Wednesday 8 June 2016

[Review] : Holiday 2D1N Thistle, Port Dickson 2016

Sebelum ni memang dah survey2 hotel untuk bawak Aqil pergi jalan2 selagi masih larat. Takut nanti bila dah sarat tak boleh nak jalan dah. Kesian Aqil kebosanan. Sy cari hotel yg ada kemudahan yg best especially untuk kanak2 and yg sebaya Aqil tu. So jumpa la Thistle. 
Kebetulan ada giveaway dekat Groupon tapi sy tak beli pun dekat Groupon memandangkan tarikh yg sy available semua dah full. So sy beli je dekat Agoda. Short holiday 2D1N ni sy pergi hari Jumaat. Waktu check in dekat Thistle ni pukul 3petang. Check Out pulak 12 tengahari. 
Rasanya orang yg paling happy sekali pergi holiday ni adalah Aqil. Happy je sepanjang dalam kereta. Bila dah sampai hotel berjalan sana sini. Environment baru la katakan. Bila check in bilik lagi la happy, Merayau sana sini. Suka jumpa katil besar. Mama so happy tengok Aqil gembira. 

Sy decide utk check in dulu sebab nak simpan bubur Aqil dalam fridge + simpan beg sebelum pergi late lunch. So ni lah gambar sekitar dalam bilik hotel.
Bilik sy Deluxe room
Toilet dia sama macam toilet Renaissance Hotel. Towel tak payah cakap punya banyak. Dari besar ke kecik semua ada. Nak pakai semua macam tak sampai hati. Penat nanti laundry basuh. Boley?
Settle snap2 gambar bilik, kami pun keluar balik sebab dah pukul 3 lebih tapi tak lunch lagi. Kesian baby dalam tummy. Tapi Hubby ajak round dulu dekat2 area hotel. So apa yg ada?
Ni consider as open small cafe yg boleh minum2 dekat depan counter check in.
Taraaa!!!! Ni adalah sebab utama kenapa sy pilih Thistle. Sebab ada playground untuk Aqil main. Tempat nya tak adalah besar mana tapi sangat colorful! Mama suka.
Time Aqil masuk ni tak ada orang. Sebab time ni still tak ramai lagi yg check in. Yela hari Jumaat kan.
Haaaaaaaaaaa...colorful kan! Bola2 api. hihi. Tapi bola semua dah tak ada angin. hihi
Dekat sini jugak kan ada Movie Theater. Ni jadual untuk cerita2 kartun setiap hari. Tapi masa sy pergi ni tak sorang pun yg tengah tgk movie. So movie tak di pasang pun. Tapi bila sy check out, sj jela jengah sekali lagi..ada budak yg tgk movie tapi gambar tak jelas dan malap. Kesian budak2 yg tengok tu. Tengok movie macam pandang dinding hitam je.
Kat sini pun ada tempat main game. Tapi kena masukkan token. Tah mana nak dapatkan token tu entah. Malas nak tanya. Kalau ikut hati, Hubby nak main game tu tapi kang tak jadik keje pulak.
Ha ape lagi yg ada? Dekat sini ada lego room. Nak dapatkan lego tu kena pergi dekat kaunter tempat orang jaga towel. Nanti dia akan bagi set lego.
Comel kan bilik lego dia..colorful sangat. Kalau lah dekat rumah ada bilik color macam ni mau tak keluar rasanya.
Lepas je bali dari makan, kami pun bawak Aqil pergi pantai. Tapi sepanjang nak berjalan ke pantai tu adalah tempat ni untuk main2. Tapi Aqil bukan main pun. Mana dia reti. Patut pihak hotel buat lah satu tempat permainan macam gelongsor ke apa. Baru budak2 akan berkerumun dekat situ.
Dah jalan2 nak ke pantai tu, kita akan jumpa tempat ni. Open air punya pool and boleh la baring2 dekat tepi ni untuk tengok sunset.
Nasib baik time ni cuaca redup je. Yela pergi masa musim panas kan. Just tak ada angin je.
Mula-mula lepas kan Aqil, dia macam geli nak pijak pasir pantai tu. Tapi lepas tu dia relax aje. Time ni air surut. So boleh nampak la anak2 ketam and mak ketam ajar anak berjalan. hihi.
Aqil keje nye asik main pasir pantai lepas tu baling sampai rambut muka mata semua tepek dengan pasir pantai. So terpaksa la basuh kan. Bila basuh nangis. Mana tak nangis, air tu kan masin. hihi. Bila dia dah nangis2 tu, macam tak kuasa pulak nak layan. So ayah la rajin layan. Mama tak dapat nak berendam sekali sebab outfit tak sesuai. Kalau tak memang da mandi dah. Bila dah puas main, bawak la Aqil balik hotel balik. Singgah kolam hotel tapi Aqil tak mau mandi dah. So mandi dekat bilik aje la. Meh belanja view dari bilik. Kami duduk di bilik permandangan laut.
Pemandangan dari kanan bilik
Pemandangan dari kiri bilik
Ni pulak view dari bilik terus ke laut. Cantik kan?
Aqil tengah tengok orang mandi manda.
Ok, cerita pasal esok hari nya pulak. Breakfast. Sedap ke? Bila dah ada anak kecil jangan harap nak makan kenyang2 slow2 sedap2 sambil menikmati. Semua kena cepat. Makan pun tak puas. Aqil bosan duduk lelama. Sudahnya mama makan yg mana sempat aje. Dah makan, naik atas mandi, rehat and kemas2 utk check out. Masa check out tu memang ramai lah orang. Nak2 dah start cuti sekolah kan. Ok dah cerita part2 yg perlu, meh cerita part yg tak best pulak ek pasal hotel ni. Adil la kan? Memang tak puas hati sungguh!

1) Booking melalui Agoda.com dan chose utk bayar pakai Debit Card during check in. Tapi masa check in boleh pulak cakap nama TAK ADA dalam reservation list. Ok la..takpe lagi since dapat jugak bilik kan.

2) Dah la ada sikit tak puas hati masa check in, the day after tu masa breakfast, jumpa pulak staff yg berlagak. Rohani nama dia. Badan gempal2. Rasanya dia chief chef kat situ kot. Sebab baju dia lain dari yg lain. Keje nye kat situ tukang buat omelette. Bila di tanya bukan reti nak jawab baik2. Kalau org lain yg foreigner or lain races bukan main dia layan siap senyum2. Dengan bangsa sendiri tak reti nak polite. Adalah time tu mintak dia buatkan omelette. Mybe time tu mata ni pandang tempat lain so tak aware la dia dah siap masak. Kalau nak panggil pun panggil la elok2, adik ke, akak ke, dik ke..ni tak. Cenggini dia panggil "Hellloooo" amboi mulut kau kan kak. Nasib baik time tu mcm sabar sikit la sebab masuk tempat orang kan. Kalau time tu mood tak baik, mau dah kena sembur.

3) Ha ok ni nak cerita tahap ketidakpuasan hati tahap cipan. Dah la masa check in kata nama tak ada dalam reservation list even dah buat booking. Lepas tu tup2 tgk2 account dah kena deduct automatik. Deduct nya pulak untuk Thistle Johor Bahru. Tak mungkin silap booking sebab dekat voucher Agoda memang dah terang2 cakap PD. Lagi satu tu dah agree nak bayar pakai debit card masa check in so yg pergi deduct tu kenapa? Bukan apa, jenuh tau nak menjawab pertanyaan laki sendiri. Itu ini itu ini dia tanya. Last2 kena la settle kan. Grrrr!

4) Bila da jadik cenggini, so call and email la cecepat pihak Hotel and dapat la bercakap dengan Finance dept. So hantar la email in writing kat PIC. Hantar email hari Isnin, seminggu lebih lepas tu tak dapat2 update lagi. Laki dah asik tanya je. Yela duit dia kan yg kena deduct. RM350++ lah jugak. Sampai lah kena follow up sendiri. Time follow up memang la dah mara sebab sikit update pun tak dengar dari diorang. Lagi bengang bila PIC reply cakap depa dah proceed call bank suruh bg instruction sekian2 tarikh ape sume and dia suruh kita sendiri yg cek dengan bank. Boleh pulak mcm tu ek? Kita tak create problem ni tapi depa suruh kita sendiri update dengan bank? Bukan depa ke kne update? Lepas dah bebel2 dalam email tu, orang lain pulak replykan email tu. Dalam email tu dia siap attachkan refund instruction tu lepas sy mintak ek utk dorang attachkan proof. Sy ni bukan la jenis kecoh sgt tapi kalau buat kerja tu biar lah elok2. Even benda tu in progress ke apa tak salah kot kalau kita update customer apa status2 latest. Bukan lah kita ni yg dok email mintak update balik kat diorang kan?

Dah..takmo cerita panjang2 even dah berjela pun. So far, Hotel ni ok. 2+/5 je since kena hadap problem2 ni semua.

No comments:

Post a Comment