Sunday 26 January 2014

Bank Negara (BNM) - Interview

When i received a called from BNM inviting me for an interview, it SHOCKED me!!!
tapi alhamdulilah Syukur pada Allah swt
Dia tetap memberi peluang dan rezeki yang bertalu-talu walaupun ada kala nya aku lalai.

So this post, bukan nak cerita pasal TTC tapi cerita pasal pengalaman mengharungi interview di Bank Negara. Post yang di apply - First Level Executive - Sourcing. Senang cerita recruitment field in HR. Dan it's was shocking bila tahu out of 999 applicants yg apply dalam Jobstreet, aku adalah 10 yg terbaik! Alhamdulillah..


Ada 2 level of assessment utk interview BNM. Dan yg i went through adalah yg pertama. Skill assessment dan group activity. Dan untuk 2nd level of interview, is face to face interview dengan pengarah. Interview session di buat di Sasana Kijang. Macam learning or training centre utk BNM. Bila buat registration, polis pembantu akan bagi sticker di bawah and u have to stick it dekat baju. 

First time menjejak kaki di Sasana Kijang, memang melopong habis. Everything semua nya kaca sampai lif pun kaca. Very the exclusive and staff2 perempuan yg muda-muda sangat la gojez ok! Sesuai la kan dengan kerja di BNM. Bukan calang-calang orang boleh kerja situ i guess.

lif kaca mcm kasut kaca Cinderella
Ok! bila person in charge datang, dia bawa kami 10 orang ni pergi ke bilik komputer. Mula dengan assessment yg pertama.

Skill assessment ---  essay writing. Kena jawab 2 soalan dari 4 soalan. 2 bahasa malaysia & 2 lagi dalam english. Soalan untuk BM, pilih soalan yg berkaitan "faktor-faktor yang mengakibatkan bebanan hutang isi rumah dan cara untuk menanganinya" dan soalan untuk BI, "how your experience, skills and knowledge can add value to the post that u are apply"..ok fine, memang takde experience la kan sebab i am in HR-Industrial Relations field. And kena tahu ye panjang setiap essay ni mesti la 150 perkataan sahaja ye. Kena pandai buat essay yg padat dan bukan meleret-leret.

Bila dah sudah skill assessment, then this is the hardest part!!!! 

Group activity --- 10 daripada kami dibahagikan kepada 2 group, and my group memang full with talented people. Ada headhunter, internal auditor, IT people, tapi little proud jugak sebab dapat kenal dengan kwn2 yg sebaya yg dah pun berjaya dalam career. Ok, untuk group activity, kami diberi 1 case study pasal Bank. Kena fikir macam mana cara untuk tingkatkan lagi market share untuk setiap produk yg Bank sediakan di market. Apa business strategy yg boleh di guna pakai. Macam mana nk up kan lagi revenue based on keadaan sekarang. Dan melalui cara-cara ni, macam mana boleh bg contribution pada stakeholder. Bila baca case study tu, kind of kami semua mcm blank! Terdiam! OMGGGG!!! Susah ok!! Tapi hentam and stay confidence even jawapan ke laut..hihi

Bila dah sudah presentation, 3 panel tanya pada setiap candidates, kenapa nak apply kerja lain. Apa value yg boleh di add kalau dapat position tu. Dan selain dari recruitment, prefer nak try field apa. Interview session dari 9 am-1 pm ok. Pengsan!


Siapa yang layak ke 2nd interview akan di beritahu dalam masa 1 minggu and next assessment adalah selepas Chinese New Year. Rasa-rasa mcm tak terpilih..hihi. Tapi tak pela sebab dah cuba dan usaha kan cuma i felt that my usaha tak sehebat mcm usaha yg sebelum2 ni. Apa-apa pun aku serahkan pada Allah SWT. Dia tahu mana yg terbaik untuk aku. And i will try again at other places!

Wish Me Luck Guys !

Wednesday 15 January 2014

OPK - Ovulation Predicted Kits

Assalammua'laikum WBT

Rasa tergerak hati untuk buat post pasal OPK. Walaupun rasa-rasanya dah ramai sangat yg expert kat luar sana pasal OPK ni, tapi sharing is caring kan ? Memandangkan diri ni tak pernah ada cycle yg pendek dan sebenarnya agak sukar utk tafsir bila datangnya hari subur, so OPK is the solution. 
OPK berfungsi utk 2 cara
- mendapatkan zuriat -
- family planning -

Hari yg subur bg seorang wanita adalah apabila ovum itu betul-betul dah bersedia utk disenyawakan oleh sperma. Dan kena ingat, hari subur tak sama pada setiap wanita. Ada yg subur hanya 1 hari dan ada juga yg berpanjangan selama 3 hari!

Macam mana cara OPK befungsi?
OPK berfungsi untuk mengesan Luteinizing Hormone (LH) dalam badan melalui ujian air kencing. Hormon LH ini adalah hormon yg mengeluarkan ovum dari ovari. Maksudnya bila dah ada hormon LH ni pada OPK strips, maka anda dalam tempoh untuk bersedia bersama dengan hubby


Bila kitaran sesuai untuk menggunakan OPK?
Untuk yg mempunyai kitaran haid genap 28 hari, maka hari subur anda adalah pada hari ke 14. Maka, dinasihatkan utk melakukan ujian OPK bermula pada hari ke 11. Kalau kitaran haid panjang dan melebihi 28 hari, contoh kitaran haid 34hari ke atas, maka kena buat ujian OPK bermula pada hari ke 17

Bila masa dan waktu sesuai untuk ujian OPK?
Ujian OPK di buat pada waktu tengahari 12.30-2.30 petang atau malam. Bukan di buat pada waktu pagi ye

Macam mana membaca ujian OPK?
Kita hanya akan bersama hubby bila ujian OPK menghasilkan result positif. Kalau result masih negative, maka belum masa anda bersama dengan hubby ye.

Contoh dari ujian OPK yg sy ambil seperti di bawah 
Seperti dalam gambar di atas, OPK menunjukkan result negative. Dimana Line T adalah kurang pekat @ tak sama pekat dengan Line C. 

Bila Line T dah sama terang dengan Line C @ Line T lebih pekat dari Line C, ini menunjukkan result positive dimana boleh la bersama dengan hubby.

Masih perlu buat ujian OPK lepas dapat result positive?
For me, YES!! Sebab kita nak mengejar waktu kita betul2 dalam kawasan subur. Even dah dapat result positive, di galakkan buat lagi OPK test sampai la result tu jadik negative balik. Kenapa?
Untuk make sure selagi kita dapat positive tu, selagi tu la kita bersama dengan hubby. Yela kita bukan boleh tahu kan bila ovum tu betul2 keluar dari ovari. So play safe. Tak pe, bersama hari-hari mungkin penat, tapi ganjaran pahala banyak tau.

Mana nak beli OPK murah?
Sy selalu beli di sini. Sangat murah! Scoobi Doobie
OPK = RM 1.20
UPT = RM 1.00
Nak mudah, msg jela Pn Nor, empunya FB di 014 - 800 4302

Moga membantu!

Wednesday 1 January 2014

2014 - Will I Feel That Joy ?

Adakah tahun baru 2014 akan memberi sejuta kemanisan?
Barangkali teman-teman menyambut tahun baru bertemankan suami dan anak-anak. Tapi me myself celebrate the new year without my husband, without his wishes. Mula lah rasa nak sensitif. This is normal. I believed semua pernah merasai nya


Bila bersendirian tanpa di temani sesiapa then mula perasaan sunyi tu muncul. Bahagia apabila membayangkan di kiri dan kanan ada anak-anak yg sedang bergelak tawa. Mula membayangkan anak-anak bergurau senda. Dan mula terfikir kan alangkah indah nya kalau rumah ni dipenuhi dengan tangis, tawa anak-anak yg ramai daripada duduk berseorangan begini. 

Melihatkan kawan-kawan silih berganti menyambut kelahiran zuriat membuatkan hati lagi sayu. Terhiris sedikit. Setiap kali wajah bayi hinggap di mata, hati mesti akan berbisik bila agaknya waktu untuk merasai pengalaman sebegitu. Tapi tak ada siapa mampu menjawab. 

Aku amat berharap agar tahun 2014, akan memberi aku dan kawan-kawan yg masih berjuang kekuatan yg lebih untuk terus menuntut rasa sabar dalam diri. Setiap kebahagian yg datang Allah tak akan turun kan percuma tanpa sebarang ujian kan? 

-AKU CUBA LAGI TAHUN NI-