Tuesday 14 June 2016

Scan 3D bersama Dr Siti, Klinik Mediviron Sri Gombak

Assalammualaikum Semua!

Alhamdulilah kandungan dah mencecah ke hujung 27 minggu. So dah masuk 3rd trim la kan?
Hari tu, Hubby ada tanya tak nak buat scan ke untuk Adik. Mula2 sy cakap tak perlu. Tapi Hubby cakap buat lah sebab dulu masa Aqil kita buat. So tak kan utk adik tak buat.

** Sebenarnya sy rasa bersalah dekat kandungan ni. Compare kan masa preggykan Aqil, sy tak banyak pun berbual dengan baby ni. Sy jarang usap. Sy jarang semuanya. Kenapa ek? Penat sgt mungkin. Bila baring je tak sempat nk berborak, nk usap, mata da lelap. Sorry Adik **

- Sambung -
So bila hubby dah cakap macam tu, so misi pencarian klinik pun bermula. Kalau ikutkan hati, sy nak scan di Klinik Fauziah, Ampang je. Tempat scan Aqil dl. Tapi bila sy tengok schedule klinik, kebanyakan sekarang dah tak ada slot. Mybe Dr Jazlyn busy sgt kot. Kalau masa yg ada pun, tak kena pulak dengan masa sy. So alternatif lain, sy pilih scan dengan Dr Siti. 
Sebelum decide utk scan dengan Dr Siti ni, jenuh jugak lah sy google review blog org lain. Dalam banyak2 tu, sy rasa nak cuba scan dengan Dr Siti. Dr Siti ni ada website dia. Dekat sini. Dalam website ni semua info ada. Dalam banyak2 package yg ada sy pilih package RM120, which is scan 3D/4D & basic growth 2D scan. Untuk makluman, lokasi untuk scan adalah di Klinik Mediviron, Sri Gombak. Sebelum nak scan, kena buat appointment dulu utk slot schedule. 

So tiba hari yg dijanjikan, sy dengan Hubby pun pergi lah. First sekali nak cakap klinik ni cantik. First time pergi Klinik Mediviron yg cantik mcm ni. hihi. 
Ni kaunter klinik untuk ambil ubat. 
Ni ruang menunggu. Compare dengan Klinik Fauziah, environment di Klinik Mediviron Sri Gombak ni win. Relax and calm plus orang pun tak ramai. Mybe sebab tengahari kot. Yela appointment pukul 12.00. Plus tak ada org pun yg buat scan time tu, Kami je yg ada dekat situ.

So by the time pukul 11.55 mcm tu, nurse suruh masuk bilik scan. Dan jumpa lah sy dengan Dr Siti. Dr Siti ni kecil molek la sgt rupanya. Nampak muda orangnya. Masuk2 aje Dr Siti suruh baring dekat tempat yg dah disediakan. Hubby pulak just pandang dekat skrin yg dah disediakan. Borak2 sikit. Dr Siti tanya reason for czer masa Aqil dl (fetal distress). Cukup minggu ke tak (40 minggu 5 hari), then Dr Siti tanya nak buat package yg mana.. then sy just mentioned je yg RM120. So better sebelum pergi tu, usha2 dulu website dia. Nanti senang nak consult. So we begin..
Ni dari kedudukan Hubby. Masa scan di Adik tengah tidur sambil mulut terkumat kamit. Kejut pun tak bangun. Most of the scene tu, Adik memang tidur aje. Susah nak tengok dengan jelas muka dia. Masa mula2 scan je nampak muka. Lepas dah kena godek tu semua, dihentamnya tutup muka dengan tangan. Siap tutup dengan dua2 belah tangan pulak tu.
 Aqil dulu, sgt jelas pulak. Siap boleh senyum lagi. Sifat pemurah dengan senyuman tu memang terbawa2 sampai sekarang. Sejuk hati tengok. Adik ni kuat main kaki. Asik menendang. Dr Siti siap tunjuk yg dua2 kaki dia ni ada dekat dinding rahim. No wonder kadang2 selalu la ada spotting and lendir with blood sikit.
Masa scan ni memang banyak kali Dr Siti kejut adik utk bangun dari tido plus alihkan tangan dia dari muka. Tapi no respon sgt. Lantak kau la situ, tido lagi best kan. Bila tangan dah alih sikit pulak, tali pusat pulak mengacau. Tapi dari scan tu, memang nampak la tali pusat tu betul2 atas muka dia, tapi alhamdulilah adik tak dibelit tali pusat pun.
Dr Siti pun start terangkan satu2. Compare kan dengan Dr Jezlyn, Dr Siti is more detailed. Dia terangkan satu2 report yg ada. Tahap perkembangan setiap chart yg ada without missed even single info. Bila dah scan2 tu, Dr Siti tetiba tanya "Dr suruh diet ke? (sebelum tu Dr Siti tanya buat check up dekat mana), and i said NO. Dalam scan report, ada 2 bahagian yg Dr Siti cakap perkembangan nya lewat seminggu. So Dr Siti advise untuk sahur dan berbuka dengan makan as much as i can. Dan kena maintain makan banyak sahur dan berbuka sepanjang bulan puasa ni. Kalau rasa tak larat utk puasa, then tak perlu puasa. Just berbuka. Puasa setakat mana mampu. Ermmm...macam mana la nak buat kan. Masa sahur mana la ada rasa nak makan sangat. Masa berbuka makan banyak pulak nanti senak perut. Tak puasa? Boleh je, tapi dekat office mana ada makanan nak beli. Tak kan nak pergi food court pulak tanpa rasa segan silu. So nak x nak kne la makan roti je kan? Tapi kenyang ke? Masalah kan...

** Dah la sekarang ni kecoh betul dengan kes2 viral pasal tak puasa/puasa time preggy ni. Macam2 cerita la dengar. Baby tak cukup zat la ape la. Benci baca sebab menakutkan **

Kalau ikutkan chart, sebenarnya ke empat2 bahagian baby adalah normal i.e kepala, badan, kaki cuma Dr Siti concern sebab dalam chart ada 2 tempat yg slightly bawah sikit dari line. Dr Siti tak nak perkembangan baby still menurun dan menurun. Kalau boleh biar maintain aje. Bercakap pasal uri pulak, alhamdulilah uri dah naik ke atas tapi still kne monitor, sebab sebelum ni low lying. Dr Siti cakap kalau uri dekat bawah, baby tak kan boleh pusing dalam keadaan sekarang which means posisi adik sekarang ni kepala dah kat bawah. Patut la kerap sangat pelvis ni.
Ukuran air ketuban pun ok. Berada dalam paras yg sepatutnya

So far, scan dengan Dr Siti rasa nya lebih banyak input dan info yg dia bagi compare to Dr Jezyln. Dr Jezlyn lebih kepada scan and dapat kan shot yg cantik tapi Dr Jezlyn pandai memujuk. Suara dia yg bit riang ria memang boleh buat baby yg tidur terbangun. Hihi. Kalau Dr Siti ni, dia lebih soft spoken. Kejut baby pun masih sopan2 dan suara tak ada la macam petir.
Meh la tengok gambar2 adik yg pemalu ni. Tutup muka sampai last2 bosan tidur kena kacau.
So far, masa scan adalah lebih kurang 20 minit. Masuk 11.55 keluar jam 12.10. Masa menunggu untuk report di print dan bayar pulak dari 12.15 ke 12.35. Total pembayaran adalah RM120.

 Dan Dr Siti bagi 1 keping gambar 3D,1 keping gambar 2D, 1 keping gambar report summary dan 1 CD. Dalam CD ada banyak lagi gambar dan banyak jugak video. Kalau sepanjang scan, baby bagi kerjasama dan sangat aktif, makanya sangat berbaloi dan best untuk tengok gambar dan video dalam CD tu selalu.
Sesiapa yg berminat nak buat scan dengan Dr Siti, boleh lah contact number dekat atas ni. Boleh wassap lagi.
Muka adik macam muka Aqil. Ramai kata gtu. Mama pun rasa benda yg sama. So agak2 boboy ke gugurl? hihi


No comments:

Post a Comment