Sunday 24 November 2013

Misi BFP = Big Fat Positive !!

TARAAAAA !!

Misi kali ni adalah untuk mendapatkan BFP setelah 100mg clomid di telan hidup-hidup. hihi. Alhamdulilah mungkin 100mg clomid sesuai dengan diri aku sebab berjaya menggemukkan 1 folikel saiz 29x19..

Maka!! Kunun-kunun mencari satu tarikh yg sesuai dalam tempoh 2ww just utk pujuk adakan la baby dalam tummy ni. Bolehhh? Cara nya = Honeymoon la di Renaissance Hotel yang berada di tengah bandar KL
Sometimes kita perlukan waktu bersama yg sangat ideal dan mybe tempat yg berbeza juga untuk create aura BFP datang. Itu la yg dilakukan. Million thanks to ayah sebab dia lah yg sponsored semua ni. Aku tahu ayah sentiasa mahukan yg terbaik untuk aku. Terima kasih AYAH !
" Ya Allah, kau kurniakan la cucu kepada kedua ibu bapa ku sebelum mereka menutup mata. Sesungguhnya Ya Allah, aku sangat terasa kesalnya kerana aku membiarkan mereka hanya melihat cucu insan lain manakala aku sendiri gagal untuk menggembirakan dan membuat mereka tersenyum "
Walaupun bila masuk bilik hotel ni, aku gagal untuk mencari suis lampu, tapi misi BFP di jayakan dengan best. Tak ada siapa kacau. Tak ada yang ganggu. Rehat sepuasnya. Makan pun di sponsored dengan jayanya. Alhamdullilah.... betapa rezeki Allah swt itu datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya wang ringgit semata-mata.


Tetap ada kesempurnaan bagi aku yg ber TTC. Allah swt tu mendekat dan memanjakan aku pada seorang suami. Tidak perlu berkongsi kasih. Tidak perlu mengabaikan dia. Tidak perlu tidak mendahulukan dia. 

~ Aku tetap bangga menjadi seorang isteri kepada suami yang belum lagi bergelar seorang ayah ~

Sunday 10 November 2013

Now You Are A MOTHER ~

Alhamdullilah Ya Allah !!

Kalau diberi peluang untuk bergelar seorang ibu. In Shaa Allah satu hari nanti. Amin untuk diri sendiri dan jugak untuk mommies to be di luar sana.


Buku "now you are a mother?"... bukan untuk org yg da pregnant je ke boleh baca? Dah pregnant ke dia? ermmm i bet mesti ada orang yg terdetik di hati bila tengok i uploaded this photo dekat FB. Tapi i'd put a caption elok-elok di situ mentioning yg " tak semesti tak ada baby tak boleh baca".. kannnnnn

Honestly, bulan ini cepat sangat tertarik dengan benda-benda yg melibatkan keibuan ni. Sampai kan bila jari tengah scroll..scroll dan scrolll FB, mata pun terpandang dekat satu post berkaitan buku ni. Tengok saja illustration dia dah menarik hati.

Kenapa sibuk sangat sy nk promote buku ni ye?

Cuba tengok isi kandungan yang ada. Tu baru 1 muka surat. Buku ni ada 7 muka surat yg hanya memuatkan isi kandungan sj. Banyak kan! Tak campur dengan segala info dia yg ada dalam 333 muka surat. Good good good..

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan sebuah terbitan dari Saudi Arabia dan di terjemahkan ke bahasa Inggeris untuk beri panduan kepada mommies atau mommies to be apakah perkara asas yg perlu di ambil kira dalam mendidik zuriat dari awal kelahiran sehingga umurnya 4 tahun. Dalam buku ni ada juga panduan membesarkan anak mengikut tatacara Islam. Diselit panduan bagaimana Nabi RasulAllah SAW mendidik dan melayan anak-anak baginda. 

Rasanya tak salah kan kalau person like me nak baca buku ni even my tummy tak ada little baby yet. At least bila ada buku ni, its gave me a positive thought. Aura utk menjadi seorang mommy 1 hari nanti InshaAllah just around the corner. Since entri ni just for the book review purpose, so lets tengok photo yg sempat di snap. 

 Ooooh yes, bestnya buku ni bukan just semua nya bercerita pasal baby tapi ada advise yg berguna utk si ibu tau! Dari segi senaman selepas bersalin dan sebagai nya. Macam photo kat bawah ni ...

 Rasanya tak salah untuk kita laburkan sikit rezeki yg Allah SWT bagi dengan invest dekat buku ni. Kalau kita boleh beli kasut yg beratus setiap bulan, kalau kita boleh tukar gadget tiap kali ada produk yg baru, rasa nya tak salah dan tak membebankan utk kita beli buku ni kan. 

Nak tahu price & macam mana nak dapat kan? 

Harga :  RM 45

Saturday 9 November 2013

Semen Analysis = Mari Belajar

Lelaki takut bila dengar pasal sperm test !!!!
Betul tak?
Ermmm i bet yes!

 Yela selalu je kan dok dengar org mention pasal "Sperm Test", tapi sebenarnya tak tahu apa benda yg lebih penting utk di fahami. Benda yg penting tu adalah Semen Analysis. Entri kali ni nak sesembang pasal apa yg perlu kita tahu pasal semen analysis punya result. Basically ini adalah secara gambaran nya. The details kita scroll down lepas ni.

General knowledge & view of sperm


Sebelum tu, semen analysis secara am nya dibuat untuk 3 benda ni >

- menyukat jumlah air mani (semen)
- menentukan bilangan sperma (sperm)
- memeriksa kualiti sperma yang terhasil


Ujian air mani biasanya akan fokus dekat beberapa parameters. Bila buat sperm test, dekat result paper benda-benda ni mesti wajib ada. Tapi entri ni just fokus dekat parameters yg penting shj ye. So jom kita faham apa yg kita perlu faham ek.

Semen Volume
- menentukan berapa banyak air mani yg dapat dihasilkan pada satu-satu pancutan. Berdasarkan WebMD, semen volume yg normal adalah dari range 1.0 ml - 6.6 ml. Mengikut praktis perubatan, semen volume yg kurang daripada 2.0 ml ditafsirkan sebagai penghidap Azoorspermia. Tapi kebanyakan hospital akan refer pada kajian 2010 yg dijalankan oleh World Health Organization, dimana semen volume yg normal adalah > 1.5 ml

Liquefaction time
-  Air mani akan likat macam gel bila pancutan berlaku. Dan selalunya air mani akan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk bertukar menjadi cecair. Secara am nya parameters ni menyukat masa yg di ambil oleh air mani untuk berubah dari likat menjadi cecair

 Sperm Count
 - Bilangan sperma yg ada dalam air mani pada satu-satu pancutan. Sperm count ini disukat dalam bacaan Milliliter @ ML). Based pada WHO, 2010 - normal sperm count bagi seorang lelaki adalah > 15 million per ML. Lelaki yg mempunyai sperm count yg rendah digelar sebagai Oligoozoospermia

Perbezaan antara bilangan sperma yg normal dan abnormal


PH 
- PH adalah untuk menentukan samada air mani bersifat asid atau alkali. Air mani yg bersifat asid akan mempunyai PH yang rendah dan air mani yg bersifat alkali akan mempunyai PH yg tinggi. Secara am nya, PH yang rendah (asid) memberi petunjuk bahawa 1@2 seminal vesicles tersumbat. Dan PH yg tinggi (alkali) memberi petunjuk air mani mengalami jangkitan. PH yang di luar range normal adalah bahaya kepada sperma. Mengikut WHO 2012, PH yg normal adalah >7.2-7.8

Motility
- Mengukur dan menentukan berapa peratus sperma yg boleh bergerak seara normal. Atau senang cerita nak tahu bagaimana sperm itu berenang, Parameters motility adalah salah satu parameter yg paling penting untuk menentukan samada sperma pihak lelaki normal atau bermasalah. Motility sperma yg di anggap normal adalah apabila > 50%. Motility yg jatuh pada range 25-50% masih di anggap normal dan motility yg kurang daripada 25% lebih cenderung utk mempunyai masalah. 

Antara elemen terpenting dalam parameters yg diukur adalah berapa banyak peratus sperma yg bergerak seperti berikut : -

a)   Rapid Linear - sperma yg bergerak dalam keadaan progresif which is sangat bagus & sangat kuat. Selain daripada bergerak secara lurus. 
b)   Slow Linear - sperma ni bergerak secara ke depan cuma yg membezakan sperma ini tak akan bergerak secara lurus. This sperm tend to moved dalam keadaan curve. Zig zag centu.
c)   Non-progressive - sperma yg tidak move forward. Dah la tak move forward lepas tu tinggalkan ekor nya terkapai2 seorang diri. 
d)  Immotile - sperma jenis ini langsung tak bergerak kemana-mana. Statik di satu tempat sahaja. 


Dalam ujikaji yg doctor buat, kebiasaanya motility sperm RAPID LINEAR akan di gabung bersama SLOW LINEAR utk mengetahui keseluruhan keputusan.

Morphology
- Morphology adalah terms yg digunakan utk merujuk kepada bentuk dan saiz sperma yg terhasil. Normal morphology bagi sesuatu sperma di ukur apabila mempunyai kepala yg berbentuk oval, smooth, dan ekor yg panjang dimana ekor ini bersambung dengan kepala sperma.

Perbezaan bentuk dan saiz sperma yg normal dan abnormal
Basically entri ni provide info yg basic sahaja utk semen analisis. At least kita dapat la info as a general. Kadang-kadang kita ni bawak hubby pergi buat sperm test tapi bila result keluar kita tak faham. Nak tanya doc mesti akan rasa ragu-ragu kan. Nak googling mungkin tak ada masa.

Hopefully entri ni memberi manfaat utk semua!! Happy reading mommies to be!