Monday 22 December 2014

Panduan Penyusuan Pre-Bersalin

Salam semua!! 
Boleh tak tajuk entri macam ni? Hihi. Kali ni nak sharing dengan semua especially dengan first time mommies yg bakal melahirkan tak lama lagi. Sebelum tu nak tepek gambar. Bagi hint sikit.
Kesimpulannya, kali ni sy nak sharing dengan semua berkenaan buku ni. Awal2 lg sy ckp sy tak jual ye. Al-kisah dulu masa baru2 dapat tahu pregnant perkara pertama yg terlintas dalam kepala adalah nak beli breast pump brand apa ye? 

Agak nya kenapa itu yg sy dulu kan? Sebab sy dah set dalam minda nak menyusukan zuriat yg bakal lahir nnt. Sebenarnya teruja bila baca & tengok ibu2 kumpul dan buat stok susu. Dari situ sy start search panduan2 tertentu yg khusus untuk penyusuan terutama sekali cara buat stok semasa dalam pantang. Memang banyak sangat panduan dari mommies. Bila da banyak panduan, kepala pun pening lah nak memahami kan. Tapi so far dapat kutip ilmu jugak at least. 

Frankly speaking, sy tak tahu lah macam mana keadaan susu lepas melahirkan nanti. Nervous jugak. Serius! Lagi2 sy jenis suka memikir. Macam mana kalau itu. Macam mana kalau ini bla bla bla..tapi dengan sikit usaha maintain kan minda yg positif, niat & bacaan surah Al Hujurat setiap minggu, harap2 segala nya dipermudahkan lah nanti. Amin
Pada sy, lebih baik kita prepare awal2 & gali ilmu dalam2 bab penyusuan baby ni. Sebab kita sendiri tahu kan susu ibu adalah susu yg terbaik utk baby kita. Sy pernah terbaca new mommy yg baru 3 hari melahirkan mengadu yg dia tak ada susu utk diberikan. Padahal setiap dari kita kena tahu memang lumrah susu tidak akan keluar seawal 1 hari melahirkan. Yg keluar hanya lah kolostrum. Sometimes ilmu macam ni yg perlu kita tahu supaya tak panik kemudian hari. Cewah, sekarang pandai la cakap kan..hihi

So disebabkan kepala dah pening dengan banyak sangat ilmu, satu hari terjumpa la buku dekat atas ni. Sy beli RM10 je. Bagus ke? SANGAT BAGUS! Sebab panduan dari A sampai Z ada di ajar. Macam gambar dekat atas ni. Ajar secara detail panduan nak perah susu pakai tangan. Kaedah marmet org panggil. Dalam ni tak ada pulak ajar cara nak urut breast utk rangsang stimulate susu. Tapi takpe, kita search jela kat internet ok! Nak lagi best, kalau samar2 boleh pergi Youtube. Dekat Youtube ada tunjuk tau mcm mana keadah marmet ni dibuat. Senangkan? Ada review yg ckp guna kaedah ni susu lagi banyak produce. Tapi mybe ikut pada orang jugak kot kan..
Ok dalam buku ni ada ajar cara nak start buat susu perahan. Digalakkan utk buat susu perahan 2 minggu lepas bersalin. Mesti ada yg fikir kenapa nak perah kalau boleh bagi direct feed dekat baby kan sebab selama pantang tu kita ada je depan mata dengan baby. Actually ini sebagai salah satu cara stimulate pengeluaran susu lebih meriah. Yela time mcm ni susu memang tengah banyak and gerenti breast akan bengkak kalau tak di pump. Tak kan nak sua je breast dekat baby even baby da kenyang kan. Sometimes ada juga mommies yg terpaksa perah lebih awal sebab baby kena tahan wad sebab jaundis. So bekalan susu utk baby mesti cukup. Susu ibu adalah ubat paling bagus untuk reda kan jaundis. Orang la kata..
Best pasal buku ni, tu dia siap buat kain time table lagi. Bila nak start perah susu dan sebagai nya & dia bagi juga panduan dekat bawah ni
Dia bagi jadual & panduan berkenaan bila waktu yg sesuai untuk memberi susu perahan yg kita dah perah seawal 2 minggu lepas bersalin tadi kepada bayi. Jadual2 ni semua sebenarnya amat membantu tau!
Yang ni pula teknik lekapan. Banyak yg sy baca antara punca puting ibu melecet adalah kerana teknik lekapan yg tidak betul semasa menyusu kan baby. So buku ni ada bg gambar cara yg sepatutnya baby hisap puting kita. * hopefully sy sendiri berjaya menyusukan baby tanpa melecet ni. Amin *
Tapi memang ini lah cara yg betul sy bc untuk teknik lekapan. Rata2 yg sy baca dekat mana2 blog atau info memang kena make sure baby buka dulu mulut luas2 dan sua kan breast. Yg pasti kena try and error jugak. 
Sampai cara mengampu breast masa menyusukan baby pun ada ajar. Macam mana jari jemari tu nak dibuat pun ada tunjuk. Tengok dari ilmu yg basic macam ni siapa yg nak ajar kan? Even basic tapi penting untuk di ambil tahu. 
Panduan posisi menyusukan baby pun ada ajar. Ada macam2 jenis kan. Rasa nya benda simple macam ni pun kena ambil tahu juga. Dalam buku ni, ada ajar cara simpanan susu dsb. Memang banyak lagi ilmu dalam buku ni. Nak tahu mommies kena la beli jugak kan? Hihi. Nak attach semua gambar dalam entri ni rasa macam tak suprised pulak. Hihi
Buku ni ada dalam 50+ muka surat lengkap dengan nombor telefon badan tertentu dalam bantuan penyusuan. 
So ilmu yg sikit ni da ada..rasa nya masih banyak sangat ilmu penyusuan yg perlu di cari. Yg penting ini hanya teori. Praktikal mungkin berbeza. Apa2 pun ilmu basic dah ada kira lengkap 10% ilmu penyusuan yg perlu ada. Ada lah dari tak ada langsung kan? 

Apa2 pun kita tengok macam mana post-bersalin nanti. Berjaya atau tak. Hihi. Untuk sesiapa yg nak dapatkan buku ni boleh ke FB dibawah
Moga kita semua berjaya secara perlahan-lahan dalam menyusukan baby. InshaAllah! 

Monday 8 December 2014

Kenali Tanda Awal Bersalin Melalui "Mucus Plug"

Pernah dengar mengenai Mucus Plug? 
Kebiasaanya kita selalu di alert kan dengan tanda bersalin seperti pecah air ketuban & contraction di mana sebelum contraction sebenar berlaku mommies akan mengalami mild contraction seperti perut mengeras setiap 5-10 minit. 2 tanda yg paling popular di bibir2 para mommies. 

Tapi, mungkin tak ramai yg alert dengan "show" yg sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dalam pelbagai jenis "show", "blood show" merupakan tanda yg paling mudah untuk di kenali berbanding dengan yg lain dimana ianya merupakan lendir yg disertai dengan darah. Dan untuk pengetahuan, "show" ini ditunjukkan dalam fasa pertama proses bersalin yg mana pada peringkat ini serviks akan terbuka sehingga 2 cm. 
Mucus plug sebenarnya terkumpul di serviks ketika mengandung. Dan apabila serviks mula terbuka sedikit demi sedikit dan terbuka secara meluas, lendir tersebut akan keluar mengalir ke kemaluan. Bila proses ini sudah mula terjadi, boleh dikatakan bersalin boleh berlaku pada bila2 masa atau satu atau dua minggu kemudian. So nampak kan yg sebenarnya penting utk kita alert pasal mucus plug ni sebab seminggu dua pun benda ni boleh terjadi. Alert untuk mommies yg mengalami perkara ni bila kandungan masih kurang 36-37 minggu sebab itu boleh di consider untuk bersalin awal. 

Sebenarnya perkara ni boleh berlaku dan tak berlaku pd mommies. So bukan satu benda yg pelik kalau ada yg terus pecah air ketuban sebelum melahirkan. So, entri kali ni, sy nk ajak kawan2 semua memahami jenis2 mucus plug yg menjadi tanda awal untuk berjaga2. Tapi kena tahan sikit la ye sebab entri kali ni banyak gambar yg tak menyenangkan. Tapi ni semua untuk pengetahuan ok!





So? Geli tak? Hihi
Penting pakai panty liner. Mudah sikit nak kenalpasti ada ke tak mucus plug ni. So mommies semua termasuk la diri sendiri, kalau ada tanda2 lendir macam dekat atas ni cepat2 lah bersedia dan berjaga2 ye! Dan sila ambil perhatian, mucus plug bukan hanya ada satu jenis sahaja ye. Ramai yg salah tafsir kena alert bila ada blood show je tapi lepas ni harap2 kita semua boleh lebih alert kalau jumpa mucus macam yg dah di share ni. 

Again, maaf ye kalau ada yg geli dengan gambar dekat entri kali ni. Nak menambah pengetahuan kena la tahan sikit kan. Hihi

Moga memberi manfaat!

Wednesday 3 December 2014

Pengalaman Kelas Antenatal

Assalammualaikum!
Entri kali ni nak share pengalaman join kelas antenatal. Sebab utama sy create this entri untuk sharing dgn mommies kat luar sana yg tak berkesempatan join kelas ni masa mengandung. Entri kali ni memang panjang ye. Diselitkan sekali dengan photo2 yg memang sengaja di LARGE kan. Hihi. Harap mommies semua enjoy ok!

Kelas antenatal ni sy join di HUKM. Slot second last untuk tahun 2014. Mana sy tahu pasal kelas ni? Secara kebetulan semasa berurusan di kaunter hospital ternampak pamplet atas ni. Bayaran kelas RM100 sekali dengan breakfast, lunch & minum petang. Slot terakhir kelas antenatal adalah pada hujung bulan 12. Tapi tak ambil slot yg terakhir tu sebab fikir dah sarat sangat. Sy join kelas ni pun masa kandungan dah 33 weeks.
Sebelum kelas start jam 9.00 pg, macam biasa lah kami kena register dulu. Once register, dorang akan bagi goodies bag. Nampak gambar kat atas? Itu lah yg sy dapat. Ok la tu kan.
Slot pertama kelas antenatal "PAIN RELIEF IN LABOUR". Speaker untuk slot ni Prof Lee. Slot ni ajar cara preggy mommies untuk kawal kesakitan/kekerapan dan berapa kuat contraction yg akan di rasa/cara untuk melegakan kesakitan contraction & banyak pendedahan berkaitan dengan Epidural.

Prof Lee explained preggy mommies akan melalui 3 peringkat kesakitan untuk melahirkan. 1st stage bila kita akan rasa sakit bahagian depan dan belakang badan. Contoh macam rasa senggugut & sakit akan makin lama makin kuat. 2nd stage bila kita rasa macam nak buang air besar. Tapi sebenarnya bukan. Bila kepala baby dah ke bawah dan baby dah ready nak keluar memang ini lah yg akan dirasa. 3rd stage pulak masa kita dah melalui saat melahirkan.

Interesting chapter bila Prof Lee terangkan method yg digunakan untuk kurangkan kesakitan dengan gunakan beberapa cara i.e natural childbirth (kawalan pernafasan/urutan/kawalan posture badan/aromatheraphy)

Selain dari guna cara natural, Doc akan gunakan injection yg sebenarnya sangat berkesan masa early labour. Selalunya Doc akan gunakan injection pethidine (lowest), entanor (middle) atau epidural (better than others).

Doc juga akan gunakan gas/inhalation yg mana kandungan nya adalah entanox. Ramai preggy mommies yg tersilap cara penggunaan gas ni. Gas ni sepatutnya digunakan bila uterus dah mula rasa sakit dan bukan bila dah rasa sakit sangat2. Maksud nya pakai masa early contraction. Sebab? Gas ambil masa untuk respon. Itu sebab sometimes ada mommies yg komplen kata gas ni tak berkesan padahal sebenarnya cara penggunaan tu salah.
Prof Lee banyak bagi penerangan berkaitan Epidural which is pain relief yg paling2 berkesan di antara yg lain. Lagipun mudah. Ramai yg akan tertanya2 epidural ni akan bg risiko ke tak sebab yela cucuk dekat bahagian yg dekat dengan saraf tunjang kan. Salah cucuk mau lumpuh. Tapi sebenarnya epidural ni dicucuk di ruang2 kosong yg mana 3/4 jauh kedudukan nya dengan saraf tunjang. Nampak gambar dekat atas? Patient selalu nya akan disuruh bongkok sikit kedepan untuk make sure saraf dan tulang mudah untuk melentur. Bila dah lentur lebih mudah untuk cucuk di ruang epidural. Then nanti catherer akan di selitkan. Catherer ni halus je macam tali pancing. Sempat snap pic catherer kat bawah ni.
Prof Lee suggest guna Epidural for 1st time mommies. Tapi kalau guna Epidural, tak dapat nak rasa natural pain masa bersalin. Tapi larat ke kan nak menahan rasa sakit contraction kalau tak cucuk pulak? Erm..
Slot ke 2 start lepas kami semua breakfast. Basically slot kali ni lebih banyak explanation berkaitan macam mana nak tahu yg kita ni betul2 dah sakit nak bersalin/apa tanda2 yg kita perlu alert/apa persediaan yg perlu parents buat sebelum nak deliver/apa tu normal & abnormal birth/proses kelahiran baby etc
Nampak tak apa Doc tunjuk tu? Proses kelahiran bila baby dah nak keluar. Biasa nya Doc akan gunting menyerong vagina kita utk bagi laluan mudah kepala baby keluar.
Doc jugak terangkan preggy mommies perlu alert bila rasa sakit senggugut/nak buang air besar/sakit belakang. Kena alert dengan tanda darah+lendir,braxton hicks & paling penting bila air ketuban dah pecah. Air ketuban ni sebenarnya melindungi baby dari kuman. So once da pecah air ketuban, Doc suggest cepat2 ke hospital sebab baby dah terdedah dengan persekitaran. Kuman boleh affect baby dengan mudah especially kuman dari dubur mommies. 
Slot ke 3 "JAGAAN SELEPAS BERSALIN & MERANCANG KELUARGA".
Kali ni, Doc terangkan kaedah2 yg boleh digunakan untuk merancang keluarga. Kaedah IUD, makan pil etc antara method untuk perancangan keluarga. Untuk jagaan selepas bersalin, ikut kata Doc sebelum kita discharge hospital akan bekal kan dengan pack macam gambar dekat atas ni. Ubat untuk sapu dekat tali pusat baby and ubat utk senangkan mommies poo poo. Oh ye! Ini penting ye. Doc pesan selepas kelahiran sila2 lah update kelahiran dekat Klinik Kesihatan even kita bersalin dekat hospital swasta. Bukan apa, ini untuk pasti kan ada nurse yg akan pantau kesihatan baby lepas lahir.
Selain daripada ubat2, hospital akan bagi buku ni. Biru untuk baby boy dan pink untuk baby girl. Ada sekali buku rujukan untuk mommies baca apa yg perlu dilakukan dan dipantau selepas proses kelahiran macam gambar kat bawah ni.
Buku ni tebal ye. Rasa nya memang complete buku ni untuk bagi panduan dekat new mommies.
Dalam buku ni pun, ada senarai injection yg perlu di ambil baby. 
Ni buku untuk baby girl. 
Ok, habis slot ke 3, kita sambung dengan slot 4 iaitu "PENJAGAAN BAYI". Kali ni, ketua jururawat bagi penerangan secara detail dari cara mandi baby, bersihkan tali pusat, pakai kan baju baby etc. Siap ada tunjuk video step by step lagi. Cara nak bersihkan tali pusat pun ada tunjuk juga step by step.
Lepas dah tengok video, ada amali lagi untuk bakal papa. Macam mana nak pakai kan bj baby, pampers, bersihkan tali pusat etc. Ni gambar snap couple sebelah. Hihi.
Slot ke 5 "PENYUSUAN SUSU IBU". Slot ni interesting cuma sebenarnya tak cukup kalau nak cerita step by step dalam masa sehari. Kena pergi talk khas untuk penyusuan susu ibu sebab nak memahami cara sebenar dari segi pengendalian EBM etc bukan benda yg mudah. Dalam talk ni, just terangkan secara asas sahaja. So nak tahu detail kena cari ilmu sendiri. Ketua jururawat ada ajar cara urutan di breast utk make sure susu keluar which is ilmu yg bagus untuk sy. Dan macam biasa lah seperti yg sy baca dekat blog, tak boleh biasa kan baby dengan puting botol. Ketua jururawat pun cakap benda yg sama. So, kalau boleh masa pantang, kalau buat stok susu bagi baby susu tu guna cawan khas atau picagari. Dan bukan nya botol ye. Gitu kekdah nye ye ... 

Slot ke 6 "PERSEDIAAN KEMASUKAN WAD & PERMOHONAN SIJIL KELAHIRAN". Rasa nya ni semua mommies dah tahu kan. So tak perlu terang lah. Hihi. Gambar pun tak snap untuk slot yg ni. 
Slot yg ke 7, pada sy slot yg sangat best. Cuma masa singkat sangat. "DEMONSTRASI SENAMAN ANTENATAL & POSTNATAL". Dalam slot ni di ajar dulu secara teori kenapa penting nya senaman i.e senaman pelvis/kemut masa pregnant untuk preggy mommies. Dan ada antara explanation yg membuat kan sy terfikir kenapa pentingnya pemakaian bengkung ketika dalam pantang. Paling penting apa relevannya bengkung dipakai bermula dari bahagian bawah punggung. 
Cer tengok tu. Antara salah satu demonstrasi senaman untuk preggy mommies done by other couple. Dalam slot ni, kita diajar juga cara pernafasan yg betul bila contraction kita lemah dan kuat. Ada cara2 yg betul untuk bernafas. So dekat sini, para suami yg perlu alert. Sebab bila isteri da sakit, selalunya lupa dah cara nak bernafas semua ni. Selain tu, di ajar juga cara untuk meneran yg betul & cara urutan yg boleh dilakukan para suami di bahagian belakang badan preggy mommies masa contraction lemah berlaku. Kalau boleh nak jugak sharing urutan tu, tapi macam mana ek..setakat tulis je orang susah nak faham. Any idea? 
Ok! Last slot ke 8. "ORIENTASI BILIK BERSALIN & WAD OBSTETRIK PPUKM". Ni best jugak. Sebab sy di bawa melawat ke wad2 bersalin biasa di HUKM dan dapat tengok Labor Room ok. Ingat hari tu nak snap pic labor room. Siap dapat kan permission lagi dari ketua tour. Tapi since dia kata boleh, just jangan upload di FB..so sy decide tak nak ambil untuk respect privasi HUKM tu sendiri. 
Ni gambar bilik di Private Wing UKM Specialist Centre. Ni ward Baldu-Executive yg mana cas bilik semalam adalah RM195. Lepas kami semua dibawa melawat wad bersalin biasa, kami di bawa ke sini pulak. Private wing ni terletak di tingkat 7. Sebenarnya jauh di sudut hati, sy nak duduk di ward private wing. Cuma kos bersalin, company tak cover sebanyak kos yg terlibat. Kos bersalin normal di private wing pun dah cecah RM4000. Ini pun tak termasuk cas yg lain. So tak dapat duduk dekat sini, dapat jejak kaki pun jadik lah. 
Nah..buat reference preggy mommies yg nak duduk dekat ward private wing. Sy bagi cas bilik semalam dekat situ. Berbeza ikut keadaan bilik. 
Beza private wing dan wad biasa adalah dari segi layanan nya. Yela bayar mahal mesti lah lagi bagus kan service nya. Cuma labor room kongsi ye antara wad biasa dan private wing. Dan di private wing kita akan di pantau 100% oleh doktor pakar. Doc pakar yg pantau kita tu jugak lah yg akan sambut baby kita di labor room nanti. 

Lawatan dekat private wing ni adalah slot terakhir. So dah habis lah kelas antenatal sehari suntuk dari pagi sampai lah ke petang. Alkisah lepas buat senaman, urat badan pun terkejut. Sakit yg amat badan ni. Tak pernah rasa sesakit macam ni. 3 hari juga la nak baik sampai rasa nak demam ye. 

So how mommies? Agak2 best tak kelas antenatal ni? Kalau ada peluang join lah ok! Banyak ilmu boleh dapat. Moga entri ni memberi manfaat!