Tuesday, 16 February 2016

Mampukah kita menjadi seorang IBU?

"Moga saya diberi rezeki untuk bergelar seorang ibu satu hari nanti"

Ini ayat biasakan? Ayat yg terlalu biasa keluar dari mulut seorang TTC. Ayat ni juga yang sy selalu amin amin kan satu ketika dulu ketika saya juga melalui proses TTC. Mungkin ini adalah ayat yang selalu anda-anda semua ucapkan setiap hari. Kan?
Perjalanan dari seorang TTC kepada seorang yg sudah bergelar IBU bukan lah satu perjalanan yang mudah. Ya tak mudah! Lagi2 untuk anak yg pertama.  

Sy selalu didatangi dengan private message (PM) di FB. Dan secara jujurnya boleh dikatakan semuanya bukan lah yg saya kenali. Tapi sy tahu. Sy tahu dari mana mereka semua tahu tentang sy. Ya...dari blog ini. Segala pertanyaan sy jawab, segala keluhan sy layankan. Ye sy layan sebab sy tahu apa perasaan mereka. Kadang2 seorang TTC ni hanya mahukan keluhan dan kesedihan mereka didengari. Sama-sama berkongsi kisah duka dan minta difahami dan kata positif yang selalu ingin didengari.

"Teringin nak jadi IBU"

Ini juga salah satu ayat yg akan keluar dari mulut kita kan?
Ada yang teringin pula.
Kawan-kawan seperjuangan, menjadi seorang IBU ni bukanlah sesuatu yang boleh diingin-inginkan. Bukanlah sesuatu yang mudah semudah bercakap. Kalau kita teringin..semua orang pun teringin, tapi bila kita fikir balik, adakah kita betul-betul teringin dan bersedia untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar selepas bergelar seorang IBU?

"HIDUP BERDUA ITU TIDAKLAH SEBURUK MANA RASANYA"

Kenapa? Kalau hidup berdua, tak seronok ke? Tak rasa bahagia macam hidup bertiga? Adakah seronok hanya diukur dengan kehadiran orang ketiga? TAK.. 
Jika masih berpeluang hidup berdua, maka jangan lah disia-siakan kemanisan itu sebab bila dah bertiga susah dah nak rasa apa yang dirasa macam hidup berdua. Serius ke? Serius lah! hihihi..
ALLAH SWT AKAN HANYA MEMBERI BILA SUDAH TIBA WAKTUNYA

Kalau kita beranggapan bahawa kita sudah berusaha sehabis daya, namun jika Allah katakan belum masanya lagi, maka belum masanya! Walau sehabis mana airmata yang jatuh sekalipun, walau selelah mana juga kudrat yg kita rasa, kalau Allah katakan kau belum lagi cukup bersedia melaluinya, maka belum lagi jawapannya!

Fikirlah positif walaupun sukar. Mungkin ada banyak sebab musabab mengapa kita belum lagi diberi peluang merasa. Kita mugkin :-

Belum cukup kuat emosi untuk menghadapi cabaran
Kalau sewaktu kita TTC pun dah berjuraian air mata yang jatuh, sanggup dan sudah bersedia mental dan fizikal ke kita untuk menghadapi cabaran dan ujian yg berkaitan dengan anak? Kuat ke kita untuk mengharungi loya dan mual seawal waktu mengandung? Bila tiba di pertengahan, cukup kuat ke kita untuk menahan sakit belakang, kaki bengkak, ulang alik hospital dicucuk di ambil darah? Itu tak campur lagi kalau kita ada kencing manis. Bila tiba saat muncul tanda untuk melahirkan, kuat ke kita untuk mengharungi sakit contraction yg maha berganda perit nya dari sakit senggugut? Sy masih ingat sewaktu bertarung melawan contraction ketika dulu. Bermula 12.00 malam sehinggalah 7 pagi, sy mengharungi sakit contraction seorang diri. Ketika 12.00 malam itu juga, air ketuban yg dah pecah menguatkan lagi sakit. Selang 2 minit contraction datang, dan sesungguhnya sy tak boleh tidur sepanjang malam. Cukup hanya mengiring utk mempercepatkan bukaan dan cukup hanya melakukan latihan pernafasan untuk mengurangkan sakit yg tak pernah kurang. Bila sy mengadu dan doctor melakukan VE, bukaan hanya lah 3 cm. Bayangkanlah. Tiba jam 7 pagi, perut lapar, tapi hanya mampu makan 2 suap nasi sahaja dan 3 biji kurma. Semua kerana sudah tak lalu nak menelan disebabkan sakit yang menggila. Jam 8 pagi ditolak ke Labor room dengan bukaan 5cm dan hinggalah jam 10 bukaan hanyalah 6cm sahaja. Tangan nurse semua habis digenggam. Kalau lah boleh ditafsirkan rasa sakit contraction yang menggila tu, sudah sy beri sikit untuk anda rasa. Tak cukup setakat itu, lepas bergelar seorang ibu, cukup bersediakah kita pula untuk mengharungi sakit akibat ditoreh digunting? Dengan keadaan begitu, kita perlu gagahkan juga untuk bangun dan menyusukan anak, memerah dan mengepam. Dan paling sebak, kuat ke kita untuk tengok anak yg masih sekecil tapak tangan perlu duduk di bawah lampu biru sambil berteriak? Kena cucuk lagi dan sebagainya? Kalau anak kita jenis yang menangis je setiap masa jenis nak melekap macam mana pula? Kasihan kan?

Kita juga mungkin belum punya cukup wang untuk hidup bertiga.
Kalau kita rasa kita dah cukup duit untuk berbelanja itu dan ini waktu hidup berdua, itu tidak menjanjikan yang kita punya cukup wang untuk dibelanjakan sewaktu bertiga. Kos hidup pun dah meningkat kan sekarang. Jelasnya ia memang terasa. Bayangkan, nak beli susu. Susu sebulan bukan cukup hanya 3-4 tin, tapi mungkin 8 tin yang mana perlu ketepikan lebih kurang RM400 setiap bulan. Bayangkan pula kalau anak kita jenis tak boleh terima susu lembu, kena cari susu kambing atau soya yg mana harga nya jauh lebih mahal dari yang biasa. Kita mungkin tak sedar semua ini tapi bila duduk sorang2, cuba lah kita fikir sejenak. Fikir jauh sikit. Hutang kita pun banyak. Kereta nak bayar. Sewa rumah. PTPTN lagi (hihihi..adoilah). Kehendak kita yang macam-macam lagi. Dan bila kita sudah bertiga, kadang kala ada pasang surut dalam poket kita. Ada masa kita punya cukup2 sahaja dan perlu untuk mengikat perut dan makan makanan yg sama setiap hari dan kehidupan mungkin sudah tidak seperti dulu lagi. Mampukah kita? Dan kalau Allah nak beri ujian lagi, cukup bersediakan kita untuk menghabiskan duit untuk mengubati anak yg sakit? Aqil..sebelum punya dia, duit sudah dihabiskan untuk turun dan naik hospital. Selepas ada dia, duit dihabiskan untuk mencari penawar sakit eczemanya. 6 bulan sy menghadap eczemanya. Bersengkang mata untuk lap air bisa saban malam. Menangis tidak berlagu setiap waktu. Ke sana ke mari untuk mencari ubat yg sesuai untuk dia. Berpantang makan kerana menyusukan dia hingga sy tinggal hanya tulang dan tiada tenaga. Walaupun hanya 6 bulan, tapi sy rasakan mirip 6 tahun. Sedih! Kebetulan suami ada record kerenahnya sewaktu muka teruk waktu dulu, sy tak sanggup nak melihat. Kalau tengok, sy wajib menangis. Sy tak mahu ulang kenangan pilu yg dulu. Mama kesiankan Aqil masa dulu sayang..sedih.
Belum cukup kuat untuk ada tenaga yang perlu diluangkan untuk anak
Bukan setakat itu, bila dah ada anak, perkara lain yang kita perlu korbankan ada tenaga. Kuatkah kita untuk bangun sekurang2 nya 3 kali setiap malam atau selang 2 jam untuk menyusukan anak? Sewaktu dulu, setiap 2 jam sy akan menyusukan Aqil. Masa menyusu ambil masa lebih kurang 30 minit. Sy angkat dan pangku Aqil untuk menyusukannya. Sy terpaksa menahan sakit belakang setiap kali menyusukannya. Dan sy perlu meluangkan semua ni 2-3 kali setiap hari setiap malam. Esoknya bangun bekerja pula. Kalau masa TTC pun, kita kadang2 ada termerungut bila kita kena berulangalik hospital setiap bulan dan menunggu berjam2 lama, macam mana kita nak tahan untuk harung perkara yang lebih memerlukan masa kita? Tak cukup setakat itu, kalau anak dah pandai sikit, cukup kuatkah kita untuk meluangkan masa untuk melayan kerenahnya? Alhamdulillah, Aqil baik budaknya. Mungkin berkat mengamalkan surah2 sewaktu mengandung. Terima kasih Allah! Bila dah jadi ibu, kita perlu bersedia dengan semua perkara. Tenaga hanya dihabiskan untuk anak. Dan bukan untuk kita. Mungkin untuk kita hanyalah 15% sahaja. Maka tidak hairan lah kalau anda lihat dan mungkin pernah terbaca bahawa ibu2 ini serabai rupanya. Lusuh bajunya. Muram mukanya. Kusam wajahnya. Masanya sudah dicuri. Tiada lagi masa untuk diri sendiri. Mungkin juga pernah kita baca yg ibu kadang kala terpukul, tercubit atau terpekik. Bukan niat. Tapi kita penat. Namun kita menyesal. Kita akan cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi orang yg sabar. Itu biasa. Sama lah kan waktu kita TTC. Kita menangis waktu kita period. Kita down. Kita tak ada mood nak bercakap dengan suami atau sesiapa pun. Tapi kita akan bangkit semula dan berazam memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih terbaik. Begitu lah seorang ibu. Anda akan rasa benda yg sama cuma keadaan sahaja yg berbeza.

Terlenyaplah masa berdua kita dengan suami
Dear Husband..i am so sorry. My time maybe not 100%, or mybe even not 80%, or 20% for you. We might not feel as before. Bersabarlah ye. Untuk tahun2 yg pertama ini mungkin ini yg perlu kita lalui. Bertabahlah..
Bila dah ada anak ni, semua anak yg didahulukan dulu. Masa adalah untuk anak semata2. Bila kita bangun tidur, anak bangun sekali. Bagi makan. Mandikan. Bila anak tidur, kita siapkan benda lain. Basuh baju, menyapu segala. Bila kita baru je nak duduk rehat, anak dah bangun. haha. Tak ke rasa semua masa adalah untuk anak? hihihi. Masa untuk suami? Suruh lah suami yg jawab sendiri. :-)

How i miss my Aqil sewaktu kecilnya. Tengok je dia terlentok. Sooo cute. How i wish to have u in a good health with no eczema attached a year ago..

Tapi itu semua perancangan Allah kan. Ada hikmahnya yg tersembunyi yg mungkin kita tak pasti di mana. Mungkin Allah nak ingatkan masa pregnant jangan bedal segala benda manis. Mungkin Allah nak uji kemampuan dan kesabaran menjadi seorang ibu. Mungkin juga Allah nak suruh kita beringat bahawa ujian dariNya tak akan berhenti sebagai pengganti tanda sayangnya pada kita.

Sama juga lah untuk kita berfikir secara baik pada Allah kalau kita masih lagi ber TTC sehingga kini dan keep counting days to days. Bila kita rasa kita mungkin kekurangan, ingat lah apa yg sy ceritakan ini. Lepas tu tanyalah pada diri "ADAKAH AKU DAH CUKUP BERSEDIA SEBENARNYA?" Cubalah tanya sekarang...ye tanya lah dekat hati. Kalau ada sedikit jawapan yg terdetik, maka kita belum bersedia. Mudah jawapan dia. Tak mengapa kawan. Biar masa yang menentukan. Jangan kita kejarkan perkara yg tak pasti. Nanti kelak kita yang akan hanya menjeruk rasa di hati. Allah tahu perancangan yg terbaik untuk hambaNya. Bila perlu Dia beri hanya Dia yang tahu. Cukup hanya kita redha dan berlapang dada. Berusaha selagi kita boleh, berdoa, dan fikirkan yg positif. Gembiralah melalui hari2 setiap hari.

InshaALLAH semuanya akan terbalas SATU HARI NANTI. Pasti! Semoga pengorbanan kalian dan kita berbaloi. Bangunlah dari jatuh. Kalau tergelincir dari laluan, perbetulkan. Kalau ada air mata yg bertakung, tumpahkan lah. Esok bila tiba hari baru, berusahalah.

Hugs, tears, and LOVE

12 comments:

  1. Salam Zira, terima kasih kerana mengingatkan....terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..

      sama2.. sama2 kita mengingatkan antara satu sama lain

      Delete
  2. Assalam. Di saat hati ini memikirkan tentang ni, terbaca plak post ni, terus rasa kuat semula dan berfikiran positif balik. Rasa macam kebetulan bila baca post ni dan relate dengan diri sendiri. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...

      welcome :-) semoga dapat memberi aura positif dan sentiasa berfikir positif

      Delete
  3. Salam.
    Saya sangat positif bila baca entry awak..
    Terima kasih....

    ReplyDelete
  4. Tenkiuuu. Terus hilang rasa down slama ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome and stop frustrating :-)

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati sy utk bca entri sis.. Terasa lapang n berfikir positive.. Allah sebaik2 perancang... Dia akn bg anugerah anak diwaktu yg terbaik.. InshaaAllah.. Terima kasih sis atas perkongsian ilmu nie.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye awak...
      Kadang kita fikir yg kita sebenarnya dah mampu utk ada anak, tapi sebenarnya kita masih belum bersedia. Hanya Allah yg tahu segalanya..

      Baby dust!

      Delete
  6. tq sis.. lapang siket dada ni baca entry sis.. btol jgk kn.. ALLAH tau bile time yg sesuai utk kite ade bby kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..
      semoga ada rezeki awk in future..in sha Allah

      Delete