Tuesday 23 September 2014

Minum Air Gula? Relax je Uolsss!

Ok...title entry macam eksyen sangat kan! Hihi. Honestly dulu mcm confident sgt tak perlu nak minum air gula ni since family semua sihat belaka. So merasa la feeling2 terlepas azab air gula. 

TAPI!! Bila pergi check up Doc suruh buat glucose test pulak! Terus rasa nak pitam! Alkisah borang atas ni pun bertukar tangan. Tarikh test air gula sehari sebelum next check up. Rasa nya sebab berat naik 1.5 kg kot. Tapi tak puas ati kan, tanya la Doc tu. Kata nya sekarang ni umur 25 tahun ke atas WAJIB ye buat test air gula. WAJIB!!!! so ada history family diabetes ke tak ada ke bersedia la anda ye. Rasa nya semua pun tahu apa motif buat test air gula  ni. Just nak tahu kita ni ada potensi@menghidap GDM masa pregnant atau tak. GDM? Kencing manis la senang cerita..biasa la masa preggy byk penyakit hinggap2 ni org kata. 
Prosedur? Harus lah berpuasa ok start dari 12 malam sampai 8 pagi. Ada orang kata dalam tempoh berpuasa tu, boleh minum air. Tapi was2 sangat kan so puasa je la makan minum. Lagipun time sleeping kan. 

Esok nya, bangun pg2 semangat berkejar ke HUKM. Tapi tak beratur sbb terus ke Makmal C tempat buat test. So tak perlu nak ambil no segala. Tapi bila dah dekat Makmal C, ramai pulak orang yg nak buat test air gula. Terpaksa la ikut turn. Sorang2 nama kena panggil. Tiba my turn, ooo bukan terus minum air gula ye. Ambil darah dulu. Lepas ambil darah, staff nurse suruh ambil cawan yg dah di atur cantik je dekat tepi sinki. Mata ni sempat tengok sinki tu ye. Ada A4 paper tulis "TIADA AIR". Ok fine! Tu nak psiko ke apa? Sebab ada je terbaca org muntah masa minum air gula. Pastu mula terfikir kalau jap lg minum termuntah mana nak sua mulut ni? Ermmm..

Masa nak minum tu, ada la dalam 2 org tengah dok minum air gula. Sorang ni teguk sikit2. Sanggup ko kak teguk sikit2. Yela sebab org cakap minum air gula ni kena sekali teguk je. Kalau ter jeluek kang siapa susah? Ok! Baiklah, dekat tangan dah ada air gula(tak ter snap pulak gambar air gula). Tak terus minum ye. Tenung dulu air tu lelama. Rasa nak celup je jari dalam air gula tu. Nak tengok pekat mana. Boleh? Pandang kiri kanan dulu. Pandang luar (ada pulak yg tengah tengok gelagat aku.iskh). Ok, tengok lg air gula tu sambil telan air liur. Pas bc Bismillah, terus gulp gulp gulp tonggang sekali gus. Sempat lagi masa teguk tu dok cakap dlm hati "manis nya air ni.huhuhu". DONE!! terus bangun and buang cawan dengan berlagak nya sebab kakak yg dok minum seteguk2 tu tak habis lagi minum sampai staff nurse tu dok pandang muka dia. Hikhik
Lepas minum, staff nurse bg benda alah ni. Cer bayangkan sampai pukul 8 pg, habis minum 8.20 pg. Kena tunggu lagi 2 jam untuk ambil darah lg. So pukul 10.20 pg la kena p cucuk balik. Lapar ok. TAK BOLEH MAKAN!!! tahan la perut kat situ ye. Tepat 10.20 pg, terus p Makmal C ambil darah balik. So result? Tak boleh tahu on the day pun. Rasa-rasa?
KENA REPEAT TEST!!!! huwaaaaaaaa... Nangis kuat2! Sebab? Result border line. Ko ada? Actually normal. Tapi sipi2 nak ke border line kata Doc. So dia suruh buat lg test air gula tanpa segan silu. Sigh! Oo bukan setakat result air gula je yg nak ke border line, tapi...
Tu ha..tekanan darah pun sama. Bertambah stress lepas ni! Semua border line. Bab BP tu terus terang salahkan work stress. Bab gula, salah kan coklat Snickers. Tapi kan tapi kan tapi kan!!!! Cer tengok berat tu. Masa g timbang tu terbeliak mata atas penimbang! Dari 68.5 naik 72kg!! Ko biar betik!!!! Banyak nya naik! Terus berazam nak diet tak mo makan benda manis segala. Berat baby masa ni 500 g, berat mummy 72 kg. So feeling gajah sangat ketika ini. Sedeyyy...

Oh ye!!! Time check up ni, kite da tau gender baby. Agak2 baby girl ke boy? Cer teka..ihiksssss. Bye uolss!

Thursday 4 September 2014

Newborn Checklist! Apa yang Perlu?

Ok! Ini pening ok!

Rasanya untuk mommies yg dah pernah mengandung dan bersalin, not a big deal kot. Tapi for me and for those yg baru pertama kali bakal menjadi mommy OF COURSE akan pening kepala nak prepare baby's stuff kan. Apa yg perlu di beli, berapa yg perlu di beli and dekat mana nak beli itu semua berpusing dalam kepala.

Ok, secara jujur pada awalnya sy tak pernah terfikir nak list kan checklist ni secara detail melainkan sy hanya pentingkan untuk beli 2 benda ni je

- BREAST PUMP-
-STROLLER-

Kes asyik penting kan breast pump ni sebab dekat office dikelilingi oleh mommies2 yg asyik la mengepam & paling penting sekali my intention untuk breastfeed baby. Yela nanti bila dah start kerja, kena la start mengepam kan. 

And one day, sy google checklist baby, and you know what? I don't have any idea! Blank 10 minit sebab bila dah baca itu dah baca ini sy jadik pening! Mana satu ni nak focus! Mana satu nak beli dulu ni! Kenapa banyak sangat ni! OMGGGGGGGGGGGGGGG!

So bila dah ada pengalaman yg cuak macam ni, sy decided untuk start slowly one by one. Lepas riki2 dekat google, utk memudahkan sy, sy create satu excel sheet which is divided into 3 parts. For baby, mommy and others mcm gambar kat bawah ni.

~FOR BABY~

Oh ye! Bila listing kan barang baby ni, sy decided utk list kan stuffs ikut urutan. Sy tak list kan baju dulu tapi sy list kan bathing & grooming dl. Sebab? Sebab tak nak pening kepala la..hihi. Sebenarnya cara ni sangat membantu sebab sy boleh fikir dengan waras mana keperluan yg sy perlu beli & lebih penting supaya sy tak terlepas pandang benda2 yg kecil. Sy akan fikir macam ni:-

Mula2 baby akan mandi dan bersiap (bathing & grooming)
Lepas mandi, baby akan pakai pampers (diapering)
Lepas pakai pampers, baby akan pakai baju (clothing)
Last, baby akan menyusu (feeding) 

Kalau tengok pada excel sheet yg sy buat, sy bahagikan kepada 5 bahagian. Pentingnya adalah pada harga. Sebab dari sini kita actually boleh buat budget. Macam harga yg sy letak, tu adalah ketika sy buat survey di Jaya Jusco. Dan paling penting kena selalu compare kan dengan harga dekat kedai lain juga sebab ada kemungkinan Kedai A lagi mahal dari Kedai B & sebaliknya. Purchase price pula untuk sy buat kiraan budget lepas sy beli semua keperluan. Tips yg sy dapat, beli bila ada expo or bila ada sale/member card sale. Sebab masa ni memang price akan murah! Lastly sy akan tandakan apa yg dah sy beli apa yg belum. Memandangkan sy baru je create excel ni sebagai preparation dan masih tak membeli so semua listing sy PENDING status. hihi

~FOR MOMMY  ~
As for keperluan sy, orang kata jamu masa berpantang pentingkan? So sy letak as a first priority, diikuti dengan yg lain2. Sebenarnya, apa yg perlu di isi terpulang pada mommies semua. Macam sy, sy penting kan disposable underwear especially utk pakai masa dekat hospital dan di awal hari bersalin. Tak perlu susah2 nak basuh panties. Pakai je yg boleh disposed.

~OTHERS  ~
Ha ni la part yg sy penting kan. Kawan sy suggest untuk mula membeli dari sekarang. Membeli dr sekarang maksud nya beli keperluan yg major mcm breast pump, stroller, car seat dan mana yg di rasa kan penting. Selain dari tu, sy akan cuba untuk survey sekali brand2 yg dpt review bagus. As for now, breast pump yg sy prefer adalah brand Medela Swing anggaran dalam RM688 survey di Anakku. Ni harga yg paling murah sy jumpa setakat ni sebab kebiasaanya dijual dalam RM700++. Sebenarnya ada brand yg lebih murah, tapi pada pendapat sy, invest untuk benda yg penting mcm ni tak salah. Lagi2 breast pump ni guna untuk bg baby menyusukan jugak kan (especially bila kita dah start kerja and travel) + boleh guna untuk anak2 yg lain in future. For baby stroller pulak, i chose cosi Sweet Cherry brand. Sy prefer style yg simple or travel used. Untuk sterilizer pulak, sy chose Little Bean brand sebab ni je brand yg sy jumpa setakat ni yg ada set sterilizer dan warmer 2 in 1. Kalau brand yg lain sterilizer dan warmer dijual secara berasingan.

NASIHAT KAWAN
Ikut kan nasihat kawan2 sy jugak, perlu utk had kan lebihan gaji setiap bulan utk 1 barang keperluan. Macam bulan ni, budget utk beli stroller, bulan depan beli car seat etc. Kenapa? Sebab barang2 major mcm ni sebenarnya yg mahal. Untuk beli sekaligus akan gunakan duit yg banyak. Lainlah kalau anda berkemampuan. Sebenarnya buat mcm ni sebenarnya untuk twist psikologi jugak. Supaya kita tak terasa sgt cash flow yg keluar tu. As for keperluan yg kecil macam baju baby tu semua, 7 bulan ke atas rasa nya masa sesuai untuk membeli. Dan kalau boleh untuk had kan pembelian, buat lah sebab tu lagi baik. Kalau rasa tak perlu, jangan beli dalam kuantiti yg banyak. Cukup sebagai spare. Yang penting senaraikan barang2 yg betul2 di rasa kan perlu ok!

Since sy tak mula beli apa2 lagi, so tak dapat nak share gambar2 yg exciting. For sure beli barang baby is the best moment kan! Since ada expo baby terbesar di PWTC tengah bulan Sept ni, sy akan gagahkan diri nak pergi. Mana2 kawan yg duduk area KL, sila lah terjah PWTC nanti ye!

** sy suka sharing. if ada kawan2 yg nak kan soft copy for this excel sheet ni, tinggal kan e-mail anda ok! **