Thursday 3 April 2014

Menggemukkan Follicle Dengan Law of Attraction

Untuk yg pernah mengikuti entri ini, pasti ingat bahawa sy ada menyatakan ingin berkongsi pengalaman bagaimana sy berjaya meng gemuk kan saiz follicle hingga ke saiz yg paling SUPERB!
Sy selitkan sekali lagi gambar yg sama. Tapi kali ini untuk highlight saiz follicle 29x19. 
Is that bigger enough? Yes it is!

APA ITU LAW OF ATTRACTION (LOA)
Sebenarnya segala perkara positif dan negatif yg berlaku pada diri kita dalam kehidupan seharian, adalah di tentukan oleh diri kita sendiri. Apa yg sy tulis ini bukan menidakkan qada dan qadar Allah. Sememangnya apa yg terjadi pada diri sudah ditentukan oleh takdir Allah. Maka jangan salah faham kerana sy bercakap soal tarikan ini melalui penguasaan minda. 

Kalau kita fikirkan benda yg positif, positif la yg kita dapat & kalau kita fikirkan benda yg negatif, negatif la yg kita dapat. Yes! Itulah LOA secara ringkas nya.

BAGAIMANA CARA NYA?
Memandangkan pd cycle tersebut, sy consume Clomid 100 mg, sy apply kan LOA untuk make sure kali ini, sy akan dapat follicle yg betul-betul besar! Apa yg sy buat, setiap hari sy akan memikirkan yg follicle sy akan membesar seperti yg sy mahukan.

1 - Sy selalu amalkan bila sy duduk berseorangan. Dalam keadaan persekitaran yg senyap. Sunyi. Kadang-kadang sy buat ketika berbaring sebelum tidur. Keseluruhan nya, pada waktu ini, kita perlu relaks kan minda kita. Tak perlu fikir masalah office dan masalah yg lain.
2 - Ketika ini, fikirkan apa yg kita mahukan. Sy fikirkan yg bulan ini, follicle sy mesti besar dan gemuk.
3 - Bila kita dah fikirkan apa yg betul-betul kita mahukan, kita hantar isyarat tersebut dengan cara kita membayangkan bentuk dan saiz follicle macam apa yg kita mahukan. Senang cerita, make your wish, ask your request. Apa yg sy buat, sy cuba membayangkan follicle tersebut betul2 besar. Besar mcm pau! Siap sy bayangkan follicle tu semua tengah menari riang ria lagi dlm ovary. Siap senyum-senyum! (arghhh banyak nye pengaruh kartun). Bayanglah apa sahaja walaupun kedengaran agak pelik dan kelakar. Tapi itu lah cara nya. Kita bayangkan apa yg kita nak, supaya nanti kita akan dapat seperti yg kita mahukan!
4 - Nyatakan apa yg kita mahukan tu. Sy selalu speak out clearly. "Bulan ni mesti follicle aku besar! Bulan ni mesti follicle aku besar! Bulan ni mesti follicle aku besar!" Itulah yg sy sebutkan. Ingat, kita nak tarik aura positif kan. So ini lah cara dia. Yes, kita kena sebut benda tu. Cakap dalam keadaan yg bersemangat! Chaiyok chaiyok! bulan ni follicle mesti besar! Besar giler! Gemuk giler!. Ada beza tau kalau kita speak out dan just cakap dalam hati je. Bila kita speak out, kita akan rasa lebih yakin. Lebih positif!

5 - Selain dari bercakap, kita boleh tulis dalam buku. "Aku sangat bersyukur dan happy sebab follicle aku bulan ni besar". Kita berangan. Walaupun kita masih tak dapat apa yg kita mahukan, tapi apa yg kita tulis dalam buku mestilah seolah2 kita dah dapat apa yg kita idamkan. Berangan seolah-olah benda yg kita nak tu dah terjadi! Sekali lagi di ingat kan, kita buat macam ni untuk tarik aura positif. Supaya kita mengajar minda kita untuk berfikir perkara yg baik-baik sahaja. Tak kisah lah tulis mcm mana pun, tapi mesti berkaitan dengan apa yg korang idam2 kan tu. Ingat! Tulis benda yg happy2 je tau!
6 - Oh ye! Selain kita focus step no 5, untuk tolong minda lebih positif, setiap hari kita tulis juga dalam buku/dalam hp benda positif yg kita buat setiap hari. Maksud di sini, kalau hari ni, kita derma RM1 dekat orang, kita tulis dalam buku. Kalau hari ni, kita ada buat orang ketawa, kita tulis dalam buku. Kalau hari ni, ada orang bagi kita karipap dekat office, kita tulis dalam buku. Kalau hari ni, kita tolong orang cacat penglihatan lintas jalan, kita tulis dalam buku. Senang cerita, apa sahaja yg kita rasa dapat buat kita hepi, kita tulis dalam buku!
7 - Last step! Percaya apa yg kita idamkan tu, kita akan dapat! Kita kena yakin tau! Macam mana ia akan terjadi kita tak perlu fikir. Tak perlu susah-susah nak persoalkan aku akan dapat ke? Menjadi ke? Tak perlu ok! Usaha sekali tak bermakna akan terus berjaya kan?

Usaha sy dengan LOA berjaya seperti yg sy mahukan. Mungkin lepas ni sy boleh try guna LOA dengan misi "PREGNANCY STRIP AKU POSITIVE BULAN NI!""PREGNANCY STRIP AKU POSITIVE BULAN NI!""PREGNANCY STRIP AKU POSITIVE BULAN N!!"

- Selamat Mencuba -