Saturday 28 September 2013

Rawatan Sengkak = Superb Senak

Iyeeee...senak. Sakit.

Sebenarnya sepanjang hidup tak pernah lah berurut. Kelakar kan?

Tapi di sebabkan selalu lah dengar orang cakap urut bagus untuk ladies yang teringin untuk be a little cute gojez preggy mommy..so aku pun cepat2 la nak urut kan.

Nak jadi kan cerita pengalaman 1st time berurut memang la menyakitkan! Actually bukan yg pertama urut je..yg kedua ketiga pun sakit. sob sob sob pilu betul. Ok serta merta aku buat andaian sakit tu sebab dalam badan ni terlalu banyak hantu angin. Urat pun terkejut kan. Yela sebelum ni asyik sangat tido. Sekali sentuh meragam la dia kan.

First time urut dekat Cheras. Mak cik Ida ni memang urut sangat lama. Habis semua badan dia urut. Tapi tulah sakit kan. Sambil dia urut sambil aku adoiii adoiiiii kat situ.

Nak buat ucapan sikit " Terima kasih dekat ibu sebab gelak kan"

Tapi aku bukan nak cerita pasal makcik urut Ida ni. Tapi aku nk cerita pasal makcik urut Limah. Bertukar!!!! Makcik ni duduk dekat belakang Pasar Gombak. Berurut dengan makcik Limah ni tak sakit. Tapi tu lah dia, dia urut sekejap sangat. Banyak songeh kan sekejap lah pulak. Memang!

Nak cerita tak tahu la aku jakun ke apa. Tapi makcik Limah ni urut siap berdiri menonggeng segala. Dia tak duduk diam mcm makcik Ida. Ok la fine kat situ dah jakun kejap. Ada satu part ni, aku terlentang. Tiba-tiba dia bongkok. Tengok dia da menonggeng kat aku dah timbul rasa gabra dah kat situ. Apa makcik nak buat ni. Neves! Dia letak ibu jari dia kat rahim dan tekan sikit. Lepas tu tekan banyak. Sekali tuuuuu.....dia tolak tangan dia kuat-kuat dekat kawasan rahim aku. Tolak ke atas. Fuhhhhh!!! Nak nangis tau! Tapi tak leh lah nangis kan. Nanti dia gelak pulak. Pastu dia buat lagi. Adoiii la makcik. Mengapa kah ..huhu. Sy mintak maaf kalau sy banyak dosa..huhu. Tetiba..

sekali lagi makcik sengkak...saya jerit !!
Bila bangun esok pagi, serius tak tipu perut sakit ok. Senak semacam. Aku da risau. Macam nk pergi jumpa doktor. Yang paling aku risau mana la tahu kan position dalam perut dah berubah. Yela, entah2, buah pinggang dah pergi kat tempat pundi kencing ke kan. Boleh macam tu? Naif nye aku..maafkan lah. Dua hari aku risau.

2 hari sy macam ni makcik. 2 hari..
 Tapi yg paling ketara perubahan aku rasa adalah aku rasa perut aku dah kat atas. Selama ni kat bawah lantai ke? Takde la. Selama ni rasa macam ada benda dekat bawah perut. Harap apa yang aku rasa tu perubahan yang positif la kan .. oh ada lagi perubahan yg aku rasa. My hubby "money water" tak de keluar sangat dah lepas kitorang bersama. Ok la tu kan?

Bila goggle..apa yg aku alami tu adalah SENGKAK. okkkk memang best rasa nya bila kena sengkak. Ok nak share sikit, antara kebaikan yang aku baca dari pengalaman orang yg pernah bersengkak ni ?

1. Menaikkan kedudukan rahim lepas bersalin 
- yela maybe la kot kan rahim da jatuh ke bawah sebab puas meneran masa baby nak keluar.

2. Mengubah kedudukan bayi songsang
- ada kakak ni dia preggy baby sonsang, bila urut sengkak baby terus jadik baik tak songsang dah. Terus bersalin normal.

3. Melancarkan peredaran darah.

4. Membetulkan or meng adjust urat-urat yang tegang dalam badan kita tanpa kita sedari

5. Orang cakap sengkak ni untuk bantu proses pemulihan dengan lebih cepat lepas je bersalin

Kebanyakan nya, rawatan sengkak ni bagus untuk wanita yg lepas bersalin. Tapi bagus juga kepada mommies yg try to be pregnant. Macam i lah. Walaupun ada bermacam rawatan moden masa kini, rasa nya penting juga kalau kita bergantung kepada rawatan tradisional kan

Cuma...adakah sengkak pada masa kini masih relevan? Tepuk dada tanya selera.


Sunday 8 September 2013

Shatavari Himalaya

Shatavari..tak pernah dengar? Tak tahu pun kewujudan dia? Ok jom baca ...

Ok harini, nak buat review pasal satu brand yang sekarang tengah aku tengah consume. Rasanya ni supplement yang tah ke berapa jenis tah lepas semua supplement yg dulu tu tak membantu. 

Owhhh sebelum tu nak update apa kisah terbaru about me. Yeeee.... saya period! (Ini tak best ye) Tak menjadi! Failed! clomid 50mg mission ke laut. Apa perasaan? Tak nak tanya? Let it be. Yang penting usaha kembali..

Dan usaha kali ini aku memberani kan diri untuk try Shatavari. Kalau ikutkan aku sangat takut untuk makan apa-apa supplement, or anything yang masuk ke dalam perut, sebab pengalaman sebelum ni yang mana period dan suhu aku ke laut membuat aku trauma..Tapi bila aku tahu yg Shatavari ni boleh membantu pembesaran ovum which is ni lah masalah aku, kali ni aku tawakal. Lupa kan perasaan gementar. Dan lagi best bila review ramai jugak yang success bila on this supplement dengan izin Allah SWT.

Shatavari RM 47.60/60 kapsul

Ok , jom kita tengok apa kebaikan Shatavari ni >

Secara keseluruhan, Shatavari yang berasal dari negara India ini merupakan herba atau supplement yang membantu sistem reproduktif wanita. Dan jangan tak tahu Shatavari ni boleh membantu menyokong sistem imunisasi badan tau. Kebaikan utama Shatavari yang lain adalah >

a) Menyokong kesihatan reproduktif dengan cara membantu menyihatkan organ reproduktif dalaman wanita
- Pernah dengar tak org cakap, dalaman yang sihat akan reflect luaran seseorang. Faham? Tak faham? Kan org selalu cakap, nak cantik luaran kena jaga dalaman. So bila dalaman kita iaitu lebih tepat RAHIM sihat, ia akan terus terpancar pada muka. Eh ini serius tau..so kita sihatkan rahim kita dulu sebelum kita conceive ye.Sama jugak kalau korang tak buang air seminggu. Rasa-rasa muka korang tu hitam tak bermaya and kelihatan tak suci kan? Ha centu la contoh paling tepat..heeeee

b) Membantu seimbangkan hormon
- Ha kalau yang selalu la period kejap 28 hari, kejap 40 hari kejap ada kejap tak ada mcm Chispmore tu, elok la makan Shatavari. Kadang-kadang even dah lama kawen pun hormon ni still ting tong.

c) Mengurangkan kesakitan akibat PMS
- Bila nak datang period or waktu period, mesti la sengugut tu akan datang kan walaupun kita tak jemput dia. So, ni salah satu fungsi Shatavari, mengurangkan kesakitan sengugut, bloating dan sewaktu dengan nya.

Cara makan > 1 biji waktu pagi selepas makan & 1 biji sebelum tidur selepas makan. Banyakkan pengambilan air kerana Shatavatri adalah berasaskan herba. Boleh makan masa period dan dalam tempoh 2WW.

Sebenarnya agak banyak lagi kebaikan Shatavari ni. Not only applicable dekat mommy yg tengah conceive tapi pada mommy yg dah jadik mommy pun ada kebaikan i.e meningkatkan susu badan. So pada sesiapa yang rasa ada problem mcm aku ni, hormon tak stabil ke or others yang related dengan sistem dalaman, jom kita try produk Himalaya yg berasaskan produk semulajadi ni. 

Since this is my 1st cycle and 1st time try Shatavari, nak-nak makan pulak lepas 2 minggu habis period, so kita tengok je kesan herbs ni. Adakah cycle period aku akan ting tong, adakah period flow aku akan lancar ATAU!! Adakah aku akan pregnant ? Hihihihihih ....berangan berangan berangan