Friday 10 June 2016

[Review] : Pregnancy Check Up di Klinik Seri Indah

Ingat lagi tak dulu sy pernah ceritakan pengalaman tak best bila buat check up dihujung2 trimister di Pusat Perubatan Naluri? Bila dah ada pengalaman pahit, untuk pregnant kali ke -2 ini, sy beralih ke klinik yang lain untuk buat check up. Doktor di HUKM pun dah advise untuk pergi check up dekat klinik lain.

Husband sy yg menyarankan untuk ke Klinik Seri Indah, Batu Caves ni. So sy mula google review2 orang yg pernah ke sana untuk buat check up. So far..nampak ok. So apa pulak review sy? Jom baca!

Kali Pertama
Doc yg sy jumpa adalah Doc Nor. Prosedur macam biasa. Cuma tak biasa kan..patut kena ambil urine test dulu. Tapi pergi jumpa Doc dulu pulak. Masa jumpa Doc, Doc tanya history kelahiran baby pertama. Czer ke, bila tarikh Aqil lahir, cukup minggu etc. Then Doc ambil darah untuk tengok rate hemoglobin (HB) samada ok atau tak. Result keluar dalam masa 2 minggu. Untuk first time scan, benda pertama yg sy cari adalah heartbeat baby. Alhamdulillah. Doc kata baby active. Dan gambar dekat atas adalah gambar scan yg pertama. Kecik je baby masa ni. (Lihat kepada kedudukan baby, sy mcm dah boleh andaikan jantina baby). Masa check up yg ni, doc andaikan sy dalam 8 weeks & EDD pada 5/9/2016. Tapi kena scan lagi akan datang utk pastikan EDD yg sebenar (ini kes sy tak ingat bila last period). 

So far, Doc Nor ok. Lembut dan cakap satu2 tapi macam jenis tak teratur sikit & not really relax. Tapi still ok for me since prosedur check up sgt detail dan teratur. Kos check up adalah RM125.00 sekali dengan obimin & vitamin 

Kali Kedua
Check up kali kedua ni sy jumpa Doc yg lain pulak. A bit calm and quiet. Nampak garang. Doc xxxxxxxxx. Awal-awal sy masuk bila sy bagi buku HUKM untuk dia catat perkembangan, dia pelik. Siap cakap Doc Nor (yg check sebelum ni) pemalas. Sebab? Masa Doc Nor check haritu, report ditulis dalam buku HUKM padahal sepatutnya klinik kena buka buku khas sendiri, Tapi bila dia dah cakap macam tu kind of tak elok la kan..memburuk2kan Doc lain di hadapan patient. So, i chose not to check up and meet her again next time. 

Check up dengan Doc xxxx, dia baca kan result HB. Border line. (sy memang jenis HB low sebab ada talasemia). Proceed to scan, then Doc cakap uri ke bawah sikit means di tepi dan bukan di atas seperti yg sepatutnya. Ok ni dah risau sebab sy harapkan boleh bersalin secara normal kali ni. Tapi Doc cakap uri masih boleh naik ke atas. So tak perlu risau sangat. Kali ni EDD berubah to 29 August 2016. Sama macam EDD yg HUKM estimate.
Doc bagi tarikh untuk appointment yang berikutnya dan untuk kali kedua punya check up, kos nya adalah RM110.

Kali Ketiga
Kali ni sy dapat Doc yg best. Doc Hazirah. Very soft spoken, calm, supportive, motherly. Sebenarnya datang kali ini adalah untuk cek sebab ada minor spotting/bleeding. Tapi dah terlanjur tu terus buat check up. Doc quite question kenapa bleeding sebab masih 20weeks++. Then sy ceritakan mybe sy terlalu active, dukung Aqil (which cannot be avoid), pergi kerja jalan terlalu lama etc. Bila Doc proceed dengan scan, sy perhatikan kedudukan uri masih di tempat yg sama. Kebetulan kaki baby di uri tersebut + baby sooo active. So mungkin itu salah satu sebab sy ada minor spotting/bleeding. Doc cakap uri masih boleh naik ke atas and the best part masa scan Doc beritahu baby gender. Tapi tak berapa dapat nak confirm kan sgt samada tekaan dia betul atau tak. (Mybe kne pakai mesin scan yg canggih sikit kot macam dekat HUKM). Tapi even mesin scan kat klinik ni old skol, tapi Doc Hazirah ni sangat amazing. Dia scan sangat detail!!! Sono pun tak scan detail macam Doc Hazirah. Dia boleh tunjuk mana buah pinggang, etc
Doc Hazirah concerned dengan berat yg naik 3.5 kg dalam masa sebulan. Dia kata sekarang prosedur minum air gula adalah wajib untuk semua preggy mommy. So itu lah dia next plan. Buat MGTT dan ambil darah untuk bacaan hemoglobin. Memandangkan HUKM plan untuk buat MGTT pada 1 Ramadhan, so Doc Hazirah advise utk buat awal sikit dari tu supaya boleh lah puasa masa 1 Ramadhan tu :-) (so concern). Kos check up kali ni tetap sama RM110 sekali dengan obimin dan vitamin. 

Kali Keempat
Hari untuk minum air gula. Awal2 pagi dah bangun dan sampai klinik jam 7 pg. Niat di hati, nak buat check up sekali tapi Doc yg bertugas hari Ahad adalah Doc lelaki. Even nurse pun macam concern whether nak check up dengan Doc lelaki atau perempuan. So niat untuk check up dibatalkan & teruskan dengan minum air gula aje. Darah pun diambil dan datang balik 2 jam lepas tu. Tapi masuk2 je bilik Doc, terkejut tengok cawan minum air gula tersangat la besar!

Besar nilah mug nye. Penuh pula tu. Tapi yg lain nya air gula kali ni macam air ribena tu. Tapi manis lagi dari ribena. Kalau air gula dekat HUKM, memang air gula pure. So minum seteguk jela tanpa henti sebab menahan manis punya pasal. Dah minum air gula, datang balik 2 jam selepas tu. And result HB pun keluar. Sedey sebab HB kali ni turun mendadak ke 8.5 je dari 11 ++. Nurse pulak dah advise untuk jumpa Doc utk seek consultation. So redha. Untuk kali ni, sy berjumpa dengan Doc Navindra Naidu. Doc lelaki. Nampak muda. Doc yg ada tulisan cantik. hihi. Doc ni nampak very concern dengan penurunan HB sy. Dan dia decided untuk tukar dari Obimin ke Iberet sebab katanya dia tak happy dengan perkembangan HB sy. Doc Navindran ada tanya samada sy alami simptom2 pening, pitam dsb dan kalau tiba2 rasa semua simptom ni cepat2 ke hospital dan bukan ke klinik. Sebab? Risau HB lagi menurun dengan mendadak.

Sy ada tanya apa consequences jika HB terlalu rendah. Doc Navindran yg nampak confident and knowledgeable terangkan pada sy. Katanya baby masih tengah develop dan baby menyerap apa sahaja yg ada pada ibu. Baby memerlukan oksigen dan nutrien yg cukup. Kalau HB low, kebarangkalian baby boleh 'defect' sebab tak cukup nutrien, oksigen etc. Bila dengar Doc cakap macam ni sy dah risau. Tapi Doc seems understand. Dia cakap selalunya kita akan lebih risau kalau HB low pada awal trimister sebab pada ketika ini lah semua perkara adalah penting untuk baby berbanding usia kandungan sy yg dah nak masuk 3rd trimister, tapi kita tak nak take a risk. Ermmm bagus Doc ni. Terasa bersalah sebab underestimate dia sebelum jumpa sebab nampak muda. hihi. 
Result utk MGTT? Alhamdulilah ok. So just menunggu masa untuk check up dekat HUKM je. 

So far dalam ramai2 Doc dekat Klinik Seri Indah ni, sy prefer untuk check up dengan Doc Hazirah yg sangat soft spoken and sy memang sangat comfortable dengan dia. Mybe ramai lagi kawan2 yg pernah experience dengan Doc dekat Sri Indah ni. Boleh lah bagi review.

** Update check up HUKM **
Scan pada minggu ke 27, uri tinggi. Tak lagi low lying. Alhamdulilah. Tapi sy still perlu berjaga2 sebab sebarang kemungkinan still boleh terjadi kan? Doa kan agar semua dipermudahkan ye! Paling penting dapat merasa pengalaman bersalin secara normal. AMIN.

No comments:

Post a Comment