Sunday 31 August 2014

Aku Berjaya dengan Clomid 150mg

Untuk sesiapa yang pernah membaca serba sedikit blog ini, pasti tahu sy adalah seorang daripada beribu pengguna Clomid. Dan pada sesiapa yg tak pernah baca, sy create entri ni untuk summarize kan perjalanan sy dengan Clomid. Moga dapat berikan panduan.

Sebenarnya sy memulakan rawatan fertility selepas 1 tahun berusaha namun tidak berhasil. Mungkin masih ada cakap-cakap yg 1 tahun itu masih tempoh yg terlalu awal dan "muda". Tapi alhamdulilah sy tidak mempunyai pemikiran sedemikian. Kalau dibiarkan 1 tahun ke 2 tahun, 2 tahun ke 3 tahun dan bertahun-tahun kemudian nya, maka di mana titik noktah bagi sy? Dan rata-rata sepanjang rawatan sy di MAC HUKM, kebanyakan nya boleh kata patient nya berumur lingkungan 30 an ke atas.

Sy bermula dengan clomid 50mg. Perjalanan pertama sy membuat rawatan di HUKM sekitar April 2013 di permudahkan. Rata-rata kawan yg ada membuat rawatan ada yg perlu menunggu lama untuk ditransfer kan kes ke MAC HUKM yg mana berkuasa penuh dalam proses fertility/infertility pesakit. 
Saat entri ini di tulis sudah pun 2014. Ketika kandungan berusia 5 bulan. 










Gambar di atas adalah chart Fertility Friend yg sy gunakan setiap bulan untuk TTC journey. Dan kalau mengikutkan perkiraan, lebih kurang setelah 1 tahun sy mula kan rawatan, akhirnya sy berjaya pregnant. Dan selama 1 tahun ini lah, sy penuhkan badan sy dengan clomid 50 mg selama 1 cycle, clomid 100 mg selama 2 cycle dan 150mg clomid selama 1 cycle. Keseluruhan nya 4 cycle menelan clomid. 

Effect makan Clomid?

Alhamdulilah, sepanjang menelan clomid tak ada perubahan atau kesan major yg meng ganggu sistem tubuh. Kesan pada badan seseorang mungkin berbeza mengikut ketahanan badan nya. Sy setakat mengalami pening2 biasa. Tapi kena ingat mesti makan pada masa yg betul. Kenapa ye?

Sebab sy ada pengalaman berjump seorang patient yg tersilap mengambil Clomid. Doctor bekalkan dia dengan clomid untuk 3 cycle sekaligus, which is sy rasa ini adalah biasa. Sy mencuri dengar perbualan dia dengan seorng doctor. "Sy rasa ubat ni tak sesuai lah dengan sy doc, sebab period sy datang 2 hari je" Doctor terus macam mana cara pengambilan Clomid. Sy sgt terkejut bila sy dapat tahu dia makan setiap hari Clomid tanpa henti sampai bekalan itu habis dalam hanya 1 cycle!

Katanya mungkin Doctor ada terangkan cara ambilan cuma dia yg tak alert. Sampai sekarang sy masih tak dapat nk membayangkan apa kesan pada sistem badan dia. Ilmu tu penting. Kalau tak tahu, tanya, alert pada arahan Doctor, dan banyak buat research dekat internet. Benda mudah kan?

Ok..sambung dengan cerita sy. hihi. Perjalanan menelan Clomid tak lengkap kalau tak ada sesi follicular tracker. 
Sy boleh kata kan hari scan follicle adalah hari yg di tunggu2. Debar ada, excited ada, tak sabar ada. Sebab? Nak tahu badan kita respon atau tak dengan Clomid yg dibekalkan itu. Macam gambar di atas, ini lah borang tracker. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh baca sini. Dan sepanjang pengambilan Clomid ini pun, suntikan Ovidrel pun merupakan prosedur yg biasa. Suntik untuk pecahkan telur yg dah matang.

Sebenarnya Clomid 100mg pun tak berapa nak membantu tapi lagi better daripada Clomid 50mg. Bila cycle kedua pengambilan Clomid 100mg tak berjaya, lastly Doctor Kadir suggestkan sy ke peringkat yg lebih mencabar yg mana membawa sy ke perjalanan ini. Pengalaman yg sangat manis.

Mungkin sy bukan seorang yg tak mudah patah semangat. Itu adalah pengalaman sy pertama kali masuk wad. Sy masih boleh tersenyum ketika disorong masuk ke wad bedah. Dan sewaktu kaki sy melangkah untuk discharge, sy tetapkan dalam hati yg sy akan kembali ke wad itu semula lepas ni tapi untuk proses melahirkan pula. Moga Allah SWT permudahkan kelak. Amin. 

* sy patut mencuri2 snap gambar En Hubby sebab dengan dia lah semangat sy semakin kuat. Melihatkan dia tak pernah mengeluh dan sentiasa ada dengan sy sejak 1 tahun sy dan kami mula kan rawatan hingga lah ke saat pembedahan membuatkan betapa sy amat bersyukur bersuami kan dia. Dia adalah cinta hati sy *
Ini adalah saat manis dalam hidup sy. Disahkan pregnant saat yg paling sy rindu kan. Ya! sy rindukan saat sy mencelup UPT, sy rindukan saat En Hubby sy belikan UPT yg berbagai-bagai brand, sy rindukan saat melihat line T naik dan semakin pekat hari demi hari. Hingga sekarang UPT result masih sy simpan. Hati sy senang dan gembira bila melihat kembali semua UPT tu. 

Dengan izin Allah SWT sy berjaya preggy. Berbekalkan Clomid 150mg selepas operation, sy gagahkan semula rutin menelan. Dan Alhamdulilah, segala di permudahkan. Perjalanan sy bersama Clomid berhenti di dosage paling tinggi. 
 ~ Sesungguhnya, segala usaha, penat, masa, duit dan air mata itu terbalas. Alhamdulilah ~

*kalau info yg sy bg tak mencukupi, jgn lupa bertanya ok!*

Sunday 17 August 2014

Aku Ada Talasemia dan HB Low

Rasa nya bukan pertama kali kita mendengar perkataan talasemia kan? Teknologi perubatan yg canggih membuatkan ibu hamil perlu melakukan pelbagai jenis ujian. Termasuk lah ujian mengesan talasemia, samada anda adalah pembawa atau pesakit talasemia. Ada beza tau.

Sy juga tak terlepas untuk ujian ini. Setakat ini sy dah mengulang 3 kali ambil darah di HUKM.
 Satu hari sy mendapat panggilan dari HUKM wad DayCare yg menyatakan sy perlu untuk mengulangi proses tersebut disebabkan result HB (hemoglobin) sy rendah. Result HB normal bg ibu mengandung adalah 11 ke atas. Tapi result pertama sy adalah 10. 
Disebabkan result HB yg rendah, Dr suspect sy mempunyai anemia yg mana ini merupakan masalah normal bg ibu2 mengandung. Sy mengulangi proses mengambil darah dengan membawa borang di atas. Ambil masa 2 minggu untuk HUKM berikan result thru phone call. Dalam hati punya lah berharap yg jangan lah HUKM call. Tapi.......sy tetap mendapat panggilan. Jawapan yg sama adalah HB result sy masih rendah. Kali ni result HB adalah 9. So apa perlu sy lakukan? Mengulangi semula proses ambil darah. Tapi kali ini, staff nurse dah cakap awal-awal Dr nak buat talasemia dianogsis. Sebab kalau dah ambil darah banyak kali tetap rendah, so talasemia lah kemungkinan nya. Masa ni, memang bermacam-macam bermain dekat fikiran. Risau sangat apa effect dekat baby. Google segala info and result nya membuat kan hati bertambah risau.
Borang yg sy bawa ketika kali ke dua mengulangi proses mengambil darah. Proses sgt cepat tak sampai pun 10 minit then boleh terus balik. 
Kali ni ambil darah banyak ye darah membazir seperti di atas. Staff nurse yg ambil kan darah tu macam tengah-tengah belajar lagi sebab ada instructor kat sebelah. Kalau sebelum ni, dekat kapas mesti ada setitik dua darah je. Tapi takpe....dah biasa.
 Oh ye...dan seperti biasa sy perlu tunggu 2 minggu untuk mengetahui result. Dan tapi!! sy tetap menerima call dari HUKM ye. Jawapan nya? Sy menghidapi talasemia yg mana lebih details sebagai Beta Talasemia Trait. Masa terima panggilan dan dengar result punya lah seriau di buatnya. Bertubi-tubi soalan di tanya dekat staff nurse.
Satu perkara yang sy suka dan respect pada staff nurse dan Dr di HUKM, mereka sangat pandai untuk mengawal keadaan dan respect to the patient. Cakap pun lemah lembut. Kalau ada yg tersasar dari landasan mungkin seorang dua je. 
 Ok, disebabkan sy telah disahkan pembawa talasemia, maka En Hubby tak memasal kena buat ujian darah jugak. Motif? Nak tahu samada suami mempunyai sejarah talasemia jugak atau pun tak. Kalau ditakdirkan suami juga mempunyai talasemia, maka chance untuk baby dapat penyakit yg sama adalah 50%. Banyak jugak tu. Tak pasal je En Hubby pun ada kad macam kat atas. Kelakar je. Tapi alhamdulilah syukur pada Allah SWT, result En Hubby normal.

  "Biarlah mummy yg mengalami & harung segala kesakitan, asalkan baby dengan papa sihat dan ok"

Check up yg ketiga, Dr suruh ambil darah lagi. Saja nak tengok result kata nya. Ceh! Kali ni result HB yg ketiga 9.1. Padahal dah makan bayam ok! (Baru sekali makan nak kecoh. Tu pun makan sehari sebelum check up. hihi) Takpela hari ni dah redha sangat dah ha. Orang kata nk bg HB naik kena jadi popeye makan bayam, makan kerang mcm2 lagi lah. Tapi sy tak rasa itu membantu untuk pembawa talasemia mcm sy ni. Ermmm....

 Oh ye, tadi sy ada bgtau talasemia ni ada 2 jenis kan >
Pic dari blog zuyyin zulaikha. Mudah nak faham
1) Pembawa @ talasemia minor.  
Pembawa selalunya tak ada pun masalah2 kesihatan. Ok je. Tak ada tanda2 sakit serius. But as for me, HB low ni buat kan rasa nak pitam sokmo. Risiko baby untuk dapat talasemia adalah 50%.
2) Pesakit @ talasemia major
Apa simptom nya? Selalu nya boleh dikesan masa umur 3-18 bulan. Pucat, anemia yg sgt serius, tumbesaran terbantut, demam kuning, buncit sebab hati dan limpa bengkak. Dan selalunya pesakit perlu untuk melakukan pemindahan darah 1 @ 2 kali setiap bulan selama seumur hidup untuk pastikan tisu badan dapat keperluan oksigen yg cukup & untuk pastikan paras HB berada dalam keadaan yg lebih baik.

Cara nak mencegah?
Talasemia ni tak ada ubat. Makan la apa pun supplement memang akan kekal begitu dalam badan. Lain lah kalau kita ada anemia dan bukan pembawa atau pesakit talasemia. 1 je cara nak mencegah. Pasangan perlu buat ujian ni. Selalunya sebelum berkahwin lah. If dua2 ada talasemia, memang tak di galakkan berkahwin sebab nanti lastly anak yg susah.

Sy just terangkan secara ringkas saja ok. Kalau nak secara details untuk setiap jenis talasemia (Talasemia Alpha & Talasemia Beta) boleh jengah sini.

*Ada tak antara kawan2 sy kat sini @ anak2 yg mempunyai sejarah talasemia?*

Friday 15 August 2014

Scan Tanpa Janin

Al kisah teringat balik kenangan masa mula-mula dapat tahu preggy. Bila dah dapat UPT positif rasa macam tak sabar sangat nak pergi scan tengok baby dalam perut. Rasa nya bukan sy seorang yg ada rasa macam ni. Tapi apa perasaan bila pergi klinik masa awal kehamilan and scan tapi Dr cakap tak nampak apa-apa?
Seriau ok!

Ikutkan pengalaman dulu masa scan baru nak cecah dalam 4-5 weeks. Saja pergi klinik dekat office memandangkan pernah nampak ada staff buat check up dekat situ. Bila Dr suruh baring dan scan, kata nya tak nampak apa-apa dalam rahim. Tapi nasib baik dia jenis cool. "Mybe its too early. You don't have to worry".

Ok not worry tapi gila tak worry? Selepas 2 tahun menunggu, boleh ke hati ni buat-buat rasa riang bila Dr kata tak nampak apa-apa lagi? Ok start dari situ terus feeling down. Wassap en hubby. Tak puas hati dengan tu, suruh dia beli pregnancy test lagi. Start dari situ la datang nya entri ini. En hubby pergi beli punya la banyak pregnancy strips yg bermacam brand.

Ok semua nya positif kan kalau tgk pada strips tu. Ok forget it. Nak cerita pula pengalaman kedua scan masa di awal kandungan.
Baik lah..scan pic dekat atas agak-agak masa kandungan 5-6 weeks dalam bulan Mei. Gatal lagi nak scan katanya. Bukan apa, appointment dekat HUKM lambat lagi, bulan June nanti. So pergi la 1 klinik ni dengan hati riang ria. Apa jadi ye kawan-kawan adalah di mana, pertama Dr tu tak reti guna mesin scanner. Terkial-kial. Kedua, bila Dr tu beriya ye kata "kosong ni. Tak nampak apa. You see. (sambil tunjuk monitor tu). Bila you cek positif..erm kosong, tak ada apa", di ulang-ulang nye lagi benda sama menyakitkan and merisau kan hati aku. hihi. Padahal kalau tengok, kantung dah ada itu da kira tanda positif la. Bukan negatif perception mcm Dr tu.
Itu baru pic ye. Tak nengok lagi apa yg dia tulis dalam surat. Dia bg reference letter dekat HUKM kunun nak suh make sure samada betul atau tak pregnant. Antara isi kandungan dalam tu "UPT +VE?" amboi-amboi Dr yg tak reti guna mesin scan, berani ye kamu mempersoalkan ke positif an UPT aku? hihi. Tapi with the letter, sy tak pergi pun HUKM. En hubby kata tunggu je lagi.So bila appointment sebetul nya di HUKM, alhamdulilah memang nampak jelas janin dalam rahim. Next entri sy akan share.

So..apa kesimpulan yg kita dapat dalam cerita ni?

1- Scan di awal kehamilan memang tak membantu langsung. Anda akan jadi lebih frust, risau, tertekan, tak ada mood, membazir duit sbb beli banyak pregnancy strips. hihi.
2- Scan di awal kehamilan dalam 4-5 weeks memang sll tak akan nampak apa. At least ada nampak kantung tapi tak ada isi dalam tu. Ada pulak jenis yg kantung baru nak grow. So dia ikut badan masing-masing. Selalu dalam 6 weeks above baru nampak.
3- Google info di internet kadang2 membantu kadang kala tak. Bila berkaitan dengan pregnancy, sy lebih prefer google info dari abroad. Sebab komen-komen org putih ni lebih positive. 90% komen adalah komen yg membina compared to komen org kita sendiri yg mana lebih banyak untuk menakutkan. Keguguran la etc. Sebenarnya ada je orang yg mengalami benda yg sama mcm apa yg kita alami. So tak perlu risau ok!
4- Kalau nak scan sila lah ke klinik yg betul-betul pakar. Bukan klinik biasa. Bukan nak merendahkan martabat klink biasa tapi sometimes Dr yg tersedia bukan lah yg expert dalam hal ehwal perempuan mengandung ni. Lebih kurang macam kalau sakit gigi pergi la ke Dr gigi kan. Bukan pergi ke Dr biasa. Kadang-kadang juga mesin scanner yg mereka ada tak secanggih yg ada di klinik pakar. So think twice ok!
5- Letak 100% harapan dan kepercayaan kepada diri dan firasat sendiri ye! Abaikan segala pandangan negatif. Dulu kadang-kadang segala komen negatif sy tak akan bc atau sy akan hide kan dari FB. Jangan layan sangat kata-kata tak membina.

Ok itu saje! Harap membantu!