Friday, 26 July 2013

Follicular Tracking

Selamat period pada 27 May 2013. Hari kedua hingga kelima period, sangat bersemangat untuk makan clomid 50mg yang Dr bagi. Hati rasa riang ria hari raya sangat sebab dekat mata dah terbayang-bayang baby comel ..hiiii

Dr tetapkan untuk buat 1st round scan pada CD9. Tapi aku pandai-pandai decide nak buat scan pada CD11. Pagi-pagi da semangat pergi sebab teruja kan. Oh ye, proses scan semua ni di buat di Klinik MAC ye. Memang ada satu bahagian klinik yang uruskan khas proses ini semua termasuk lah IUI, IVF dan segalanya.

Love this pic...

Jam 8 pagi dah register kan diri. Pukul 9, embriologist dah masuk bilik scan. Orang yang scan tengok follicle tu kita panggil embriologist. hihi. Jangan lupa sebelum scan, kena bayar dulu ye. Tapi bayaran ni untuk semua scan level for that cycle.

RM 50 untuk scan

 And here is my result.

CD11
Kesimpulannya ada 5 biji follicle di kanan dan kiri ovari. Tapi apa Dr cakap, my size is small. Patut ini saiz pada CD8 kalau ikut orang yang cycle period nya regular. Dan kena repeat scan pada CD14. Nampak tak my cyst size tu? Ada di kiri ovari. Oh ye, kalau ikutkan prosedur klinik MAC, kena buat scan setiap 2 hari sekali. Tapi me is me. Suka buat pandai sendiri. Tapi sebab baru 1st time kan buat benda ni, i followed the Dr advised and this is the result for CD14

CD14
Ikutkan bacaan, follicle saiz biasa nya akan berkembang dan membesar dalam 1-2mm setiap hari. So selang 2 hari, tumbesaran follicle ku di paras yang normal. Eh lupa nak cakap, nampak tak ada column ET tu? Tu refer kepada ketebalan dinding rahim. Makin menghampiri waktu subur, dinding rahim makin tebal ye. Macam biasa, kena repeat scan on CD16. Tapi aku kan memandai, then decide nak scan pada CD20 sebab aku tak rasa follicle aku boleh matang dalam tempoh 2 hari. So ada 6 hari and aku sangat berharap follicle akan jadi besar macam pau! And CD20, this is the result ..

CD20. Arghhhhhh.... i hate this part!

I was frustrated!!! Ingat kan dah bagi masa 6 hari, then dia nak grow tapi? huh! Yes, this time i felt deeply down! Kept thinking and asking myself where is went wrong. Tapi, dalam kecewa ada happy jugak sebab ada sebiji yang dah cantik saiz nye. 18*17mm. Ikut pembacaan, follicle yang cantik dan matang adalah bersaiz 18-20mm. Kalau terlalu besar pun tak bagus ye sebab itu dah lebih kepada pembentukan cyst dan saiz kecil lagi lah tak bagus sebab sukar nak bergabung dengan sperm. Dr advised datang CD22, dan result nya adalah............

CD22. Taraaaaaaaa ...........
Berkat hari jumaat. Aku ada 1 follicle yang dah capai saiz 20mm. Apa lagi, happy la kan..yahooooooo!! Dr decide supaya aku di beri suntikan ovidrel. Yang mana, suntikan ini adalah untuk membantu aku ovulate. Inject nya di perut ye. Dan advise for me and my husband to bersama selepas 36 jam. (Actually aku tak berapa nak nampak logik kenapa perlu bersama selepas 36 jam. Why not 24 hours?). Tapi aku baik, decided to followed Dr's advise. 7 hari selepas injection diberikan, aku kena datang untuk buat blood test sebab Dr nak tengok hormon progesterone aku meningkat ke tak. Kalau ye, then aku berjaya ovulated.Dan harap-harap lah berjaya ovulated. AMIN. Kalau tak, kena naik kan dos clomid ke 100mg. Perhaps ~

RM 100 untuk Ovidrel shot

1 comment: