Wednesday 19 March 2014

Pengalaman Pembedahan Laparoscopy

APA ITU LAPAROSCOPY ?
Secara ringkasnya, prosedur dimana, doctor akan buat satu hirisan di perut untuk masukkan kamera dan tengok keadaan dalam rahim.Selalunya prosedur ni adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio, ovarian cyst & merawat endometriosis. So in my case, adalah untuk merawat endo di sebelah kiri ovari. Tak besar sangat pun. Tapi still contribute masalah dalam menghasilkan telur. Itu pun Dr Kadir advise suruh buat lepas makan 3 kali clomid still tak berjaya.

~So jom baca my experience pertama kali masud wad for this procedure~

ADMISSION DAY
Dr Kadir suruh admit sebelum pukul 2 ptg. Datang and settle kan proses kemasukan. Kena tunggu dalam 20 minit untuk dorang settle kan proses pendaftaran. Surat admission Dr Kadir dah bagi masa appointment. Tinggal bawak surat admission & guarantee letter aje. Bila dah settle, staff nurse akan hantar ke ward. 
Yang kelakarnya, siap kena duduk atas kerusi roda lagi. First time ok naik kerusi roda. Boleh lagi tanya nurse "sy jalan je tak boleh ke?" sambil tersengih-sengih. Sampai je dekat ward, kena tukar baju. Purple lagi uolss. Owh ye, wad tu wad O&G. So duduk sekali dengan mummy yg nak deliver baby, yg ada problem uri ke bawah etc. (Malam-malam mesti akan dengar baby menangis. Happy sangat dengar suara baby tu semua. Comel je)

Da relax2, Dr datang untuk amek darah untuk penuh kan 3 botol kecil. Kne cucuk idop2 ye. Punye la  lah sakit. Staff nurse pula akan ambil tekanan darah.
 Dalam pukul 5.00 petang, Chinese Dr datang. Dia perkenalkan diri sebagai Dr bius. Terangkan segala prosedur masa hari operations. Akan di bius penuh. Apa kesan lepas bius (muntah, pening etc), risiko masa operate (gigi luka, kerongkong perit sbb wayar di masukkan thru tekak), dan rare case usus kecil dan besar akan terluka. Lepas operate apa makanan yg boleh dimakan. Start with air, roti, bubur then baru nasi. Last, Dr akan mintak signature untuk 2 form, akui that i made an agreement untuk di bius segala.
Pukul 8.00 malam, Dr datang sekali lagi. Tapi kali ni Chinese Dr yg berbeza. Perkenalkan diri sebagai Dr yg akan buat operation esoknya. Satu benda yg best dekat HUKM ni Dr dia semua baik & berbudi bahasa. Really proud of them. Dr ni terangkan prosedur yg sama untuk esok hari. Masukkan kamera dalam perut etc. (Sebenarnya da google da pasal prosedur ni. So tak de la nganga sangat masa Dr explain). Dr tekan-tekan sikit perut, bgtau kne makan ubat penenang/tidur malam ni and kne puasa at least 6 jam and we end the conversation.

Dalam pukul 11.50 malam, staff nurse datang bawak satu ubat cecair yg SANGAT TAK SEDAP! + ubat tidur. Katanya, ubat tu untuk make sure segala najis dibuang dan perut kosong sebelum operation day. Lepas dah buang air, baru boleh makan ubat tidur. Masalahnya adalah!! makan ubat cecair tu, perut still jugak tak memulas. Staff nurse cakap ubat tu efek dlm masa 15 minit je. Tapi dah pukul 3 pagi tak sakit2 perut lagi. Mengenangkan kena puasa,at last pandai2 decide makan ubat tidur tu without tunggu buang air. Know what, lepas je telan ubat tidur, terus perut memulas dan bermula lah aktiviti ke tandas awal2 pagi buta. 
masin ada, payau ada.. kesimpulan memang tak sedap! 




OPERATION DAY
Even dah telan ubat tidur yang konon-konon untuk bagi tidur tak terganggu, tapi mata ni pagi-pagi buta dah celik. 8.00 pagi, Dr datang. Kali ni Dr lain pulak. And again terangkan pasal prosedur. (Memang ramai Dr ye. Dr pelatih pun ramai. Kejap2 di tanya soalan yang sama. Period regular ke tak etc). Kali ni Dr scan perut takut2 ada baby. (Period da delayed 2 minggu). Urine test pun kena buat jugak. Staff nurse masuk kan air dekat tangan dalam 2 botol utk make sure badan tak lemah sebab puasakan. Then Dr Kadir datang tanya khabar and cek-cek buku. Dr Kadir sangat lembut orangnya. Selesa dengan dia. 
Ok, menunggu dan terus menunggu bila nak masuk OT. Ada 5 kes on that day, and tepat jam 1.00 tengahari, staff nurse datang bagi baju khas warna putih. Masuk bilik OT kena pakai baju loose ni. Staff nurse bawak ke OT. Before proceed masuk, staff nurse akan tunjukkan balik 2 form yg di sign sebelum ni (yg mbenarkan Dr buat bius penuh etc). Dia bc kan nama and nombor ic, and tunjuk signature. Bila semua da ok, dia tolak masuk ke OT. Tapi i have to wait dekat tepi dulu sementara tunggu patient yg sebelum nya keluar. Masa menunggu tu, dengar lah staff nurse panggil nama patient tu kuat2 (seems like dia tak sedar2 lepas operate. Seriau jugak)
kne pakai cap. sangat tak comel kan

Masa menunggu masuk dalam OT tu, terdengar suara azan. Serta merta hati jadi sebak. Dalam hati cakap, sampai ke tahap ni perlu buat untuk dapat kan zuriat. Tak pernah terduga pun seumur hidup kena warded + masuk OT. Mata da berair tapi cepat-cepat lap. Dr Kadir datang menyapa tanya khabar dan 10 minit lepas tu, terus di tolak masuk ke OT. Bismillah dan berdoa di muka pintu OT tu. Dengan harapan semua nya berjalan lancar. 
Masuk-masuk bilik OT je, mata terpandang kan lampu2 yg besar. Sebelah kanan pulak ada mcm skrin (tempat pancar result dari kamera), nampak la kelibat2 staff nurse + doctor tengah berdiri. Staff nurse mintak beralih ke katil utama. Bermula lah tangan2 staff nurse tampal itu tampal ini kat dada, kat badan (dengan lajunya ye). Alat untuk kesan jantung katanya. Sorang staff nurse cucuk ubat dekat tangan, lagi sorang pasang kan alat pernafasan. Dengan harapan, cucuk ubat then akan terlelap. Tapi mata ni liat pula nk tutup. Siap nurse tu cakap "lambat nya" sambil mata perhatikan satu screen ni. Then staff nurse lagi seorang cakap "ok, kita tambah dos ye" (yela dah susah sgt nk padam kan). Suddenly, slowly and slowly siling OT nampak kabur and terus lah terpadam.

In the meantime tak tahu apa jadi, sedar-sedar nama sayup-sayup di panggil. " Hazirah, ada rasa apa-apa tak?" And my first answer "SAKITTTT... sambil menangis" (perut masa tu memang rasa perit) Tak sangka boleh menangis on the spot. Sempat juga dengar seorang nurse ni cakap "Kesian nya" ... arghhh sedih sangat sebenarnya bila dengar dia cakap macam tu.

Lepas tu terus tak sedar balik, terbuka mata bila nurse suruh beralih balik ke katil ward sebelum ditolak masuk ward semula. Nampak la kabur-kabur ada dalam 3-4 orang nurse berbaju biru tengah menunggu. Lepas tu terus tak sedar. Tapi tahu mata ni tengah berair menahan sakit.
Bila dah dekat ward, tanya my hubby dah pukul berapa. Operation habis dalam 3.50 petang. Lebih kurang dalam 2 jam lebih. Lama jugak. Tapi i know, Dr buat lap surgery sekali untuk buang endo + dye test (sebelum ni tak buat HSG test. So bila buat lap atau scop, Dr boleh cek sekali tiub. So sekali jalan je. Mata ni tak tahan sangat sebenarnya. Antara sedar dan tidak. Mamai. Makan, borak sikit2 tapi lepas tu lupa ada ke makan, pukul berapa makan etc. (kesan ubat bius rasanya).

Dr yg buat operation datang terangkan keadaan peranakan. Alhamdulilah, tiub tak tersumbat, kedudukan dan bentuk tiub betul & cyst (stage 1) dah di buang. 
Dr tunjukkan gambar di atas. Macam tu lah rupanya keadaan peranakan. Last, Dr tanya nak terus mengandung ke or rehat sekejap. I chose mengandung terus. And dia akan mintak Dr Kadir advise apa yg patut. We end our conversation.

Lepas Dr jumpa, terus tertidur dari ptg sampai la pukul 3 pagi baru sedar. Badan berpeluh-peluh. Staff nurse ada supply pad. Sebab memang ada darah bila lepas buat dye test. Staff nurse siap nak tengok pad ada darah lagi ke tak. Lepas tu teman ke toilet (pening sikit-sikit). Yang paling mengharukan sangat bila staff nurse tu siap teman masuk dalam toilet. (even dah cakap "takpe, sy boleh kencing sendiri"). Tapi dia insist nk teman. Siap cakap "takpe, tak payah malu". Tebalkan lah muka kat dalam tu. Kind of proud sgt Dr + staff nurse kat HUKM (Wad 1A). Baik sangat2. Terlalu baik. THANKS GUYS!

SEHARI SELEPAS OPERATION DAY
Tepat jam 7.00 pagi, dah tersedar. Suddenly perut sebelah kanan terasa sakit sangat!. Bila tarik nafas, sakit! Sampai terpaksa tekan bell panggil Dr. Sakit angin menolak rasanya. Macam sakit pedih ulu hati tapi dekat sebelah kanan perut. Dah menangis sakan dah. Guling-guling kiri kanan menahan sakit yg secara tiba-tiba menyerang. Dr pelatih suruh cucuk ubat and staff nurse bagi pain killer, panadol + satu pil (tak tahu pil apa). After that baru ok sikit. Sebenarnya perut tiba2 rasa sakit bila sebelum pukul 7.00 pagi tu, ada Dr pelatih datang and tekan perut ni tanpa rasa bersalah. Padahal perut baru lepas operate. Angin bergelodak tu rasa sampai sekarang. Bila baring, memang sakit. Continue baring dalam keadaan menahan sakit. Macam biasa staff nurse datang cek tekanan darah. 

Pukul 10.00 pagi, Dr Kadir datang, tanya apa plan lepas lap ni. Again, chose to mengandung terus. Dia suggest untuk bersama sendiri, supply clomid 150mg untuk 1 cycle sahaja. If tak berjaya lepas tu, proceed dengan IUI. Alhamdulilah sekali lagi sebab tak perlu makan pil perancang (period akan stop 3 bulan. Macam org menopos). Dr Kadir pun dah allowed untuk discharge. 

Tengahari dalam pukul 2.00 petang, my hubby settle kan proses bayaran. Kos keseluruhan dalam RM1000++. (Tapi ada GL. Tak perlu bayar). Hubby ambil clomid and MC. And taraaaaaa ... 
2 weeks MC

Sekarang dalam proses untuk makan bubur and benda-benda lembut. Perut ni memang sakit. Duduk pun tak kena. Jalan pun tak kena. Ni baru sikit. Agaknya bila bersalin nanti mcm mana lah rupanya. 

Apa-apa pun moga selepas ni semua nya baik-baik belaka dengan harapan lepas ni warded di ward yg sama untuk melahirkan pula. InshaALLAH & Amin. 

* update ~ nak tahu samada positif atau negatif pregnancy selepas menjalani laparoscopy? Klik sini *

96 comments:

  1. semoga dipermudahkan semuanya zira...sebak rasa hati dengar cerita zira,ginilah kita yg tengah ttc kan...
    anyway,...semoga sehat cepat and dapat baby comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nisa ...
      nak dapat kan zuriat, kena harung mcm2.
      teringat2 lagi suara azan zuhur masa menunggu ke bilik OT tu..
      moga kita semua diberi kesempatan..amin

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Have a good rest MG. I mcm terasa rasa lagik ubat masam x sedap tu (yg nk buang segala isi perut mlm sebelum operation tu). Memang bercinta nak abiskan... huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik u tau mcm mana rasanya.. dah la byk jugak nak abes kan. Yg best nye staff nurse siap kasik warning awal2 yg ubt tu mmg x sedap..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian pengalaman ni. InshaAllah, semoga Allah percepatkan rezeki zuriat buat zira n suami. Amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BL. Moga masin lah mulut yg mendoakan sy. Amin

      Delete
  6. Alhamdulillah dah selamat operation ye.. In shaa Allah ada rezeki buat sis.. teruskan usaha ye.. saya pun dah sembuh endometriosis stage 3..sekarang sdg TTC juga..never give up !..(n______n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq MK!! Jom sm2 usaha. Pinjam kan sy semangat awak ye! Moga ada rezeki buat kita semua..amin

      Delete
  7. Salam zira.alhamdulillah selamat semuanya.saya ada pm2 dgn zira kat fb .saya nhazzla yg buat skop bln 9 thun lps sebab kandungan luar rahim.apa yg zira cerita sama dgn saya.semoga zira cpt sihat.mcm sy terpaksa mc smpi sebulan lebih sbb ada kesukaran masa nak buat skop sbb sy dah ada czer scars.jd luka sy lbih sikit dr org lain n luka dr pusat ke bawah membengkak..semoga zira xmelalui mcm saya.cpt sihat n cpt dpt baby twin k.

    ReplyDelete
  8. is3riziburikazz.blogspot.com/2013/10/pemergian-zuriat-ke-6.html
    ni link cite pengalaman sy laporoskopy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur awk dah merasai nikmat jadi seorang ibu wpun banyak ujian awk kne lalui. Terima kasih sbb sudi berkongsi link. Moga masin mulut awk sy dpt twin.. amin

      Delete
    2. Alhamdulillah...saya cuma x rasa bersalin normal je.yg lain sume dah.hehe.kndungan pertama gugur plus ada cyst...yg kedua n ketiga slmt.ke4 dnc ke5 complete.yg ke 6 ectopic...pnat nak lalui kehilangan zira.smpi fobia ...bkn fobia nak peknen.fobia nakndgr brita kehilangan

      Delete
  9. Assalamualaikum MG...mommy2&mommy 2 be....Allahuakbar bila baca coretan ni terasa mcm kekly pulak yg laluinye, moga Allah kurniakn kita semua ketabahan&kekuatan utk trus redha dlm mgharungi ujianNYA....insyaa Allah hikmah yg sgt indah bakal menjelma buat setiap kita yg faham&melaluinya...tc MG -from kekly kjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasala..yg sy lalui tu sikit aje. Hanya berharap ada sinar kebahagiaan di hujung jalan.. Tapi sy ttp redha awal2 dgn segala ketentuan Allah ..

      Delete
  10. http://chekyna.blogspot.com/2014/03/appendicitis.html

    same here..lap operation tp different case.. visit my blog..saje share experience... :)

    ReplyDelete
  11. hai zira,
    terima kasih kongsi pengalaman zira buat laparoskopi..
    InsyaAllah saya akan lalui pengalaman ini juga. Tarikh laparoskopi sudah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best for u... Xperlu ada rasa takot. Sebab akan ada sinar baru lepas semua ni ok! Keep strong as always

      Delete
  12. salam.. saya datang untuk baca pengalaman laparoscopy.. saya juga seperti awak.. tahun lepas doctor detect saya ada endometriosis.. masa tu size endo tu sama besar dengan size telur matang which is 2cm. tp saya tetap teruskan clomid sebab sy memang nak sangat pregnant, dan alhamdulillah, after 2x clomid, sy pregnant.. tapi my pregnancy cuma bertahan 18w sahaja.. tak de sorg doctor pun can explain kenapa keguguran tu terjadi. then bulan lepas saya check ke doctor pakar lain, sah saya ada endometriosis sebanyak 4biji.. tahun lepas sebiji je. doctor bagi ubat kecutkan cyst, alhamdulillah after sebulan, endometriosis cuma tinggal 2biji, dan size pun kecut sikit. so continue makan ubat untuk 3bulan. dari situ saya buat kesimpulan yang saya sukar pregnant kerana endo ni dan sy keguguran pun kerana virus drpd endo ni juga.

    bila sy baca yg awak cakap pasal RALAT.. sy pun terfikir, mungkinkah sebenarnya endo saya tidak mengecut, hanya doctor yang tersalah ukur. tapi bila doctor cakap from 4biji ke 2biji.. saya rasa antara percaya tak percaya. sebab saya memang mengharapkan laparoscopy.. kasi buang je walaupun terpaksa operate..

    dan awak tengah hamil kan sekarang? so fast! tahniah dear.. jaga kandungan elok2.. ambik sifat +ve scha alyahya dimana wanita yang menghidapi endometriosis juga mampu mengandung dan mempunyai zuriat sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear! No matter what u have to keep usaha ok! Jgn pts asa. Setiap apa yg kita alami ada hikmah tersembunyi..baby dust!

      Delete
  13. slm...thnx for sharing pengalaman buat laps..insyaAllah akan buat laps this coming friday..sgt nervous...baca cite awk ni pn air mata bergenang....doakan sy..

    ReplyDelete
  14. Salam. Sy pn pernah buat laps kerana cyst. Tp yg merisaukan sy masih kuar darah mcm period tp bkn period. Skrg dh hmpir 40 hari lbih..boleh sy tau berapa darah kuar yg awk punya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..sy kuar dlm 4-5 hari mcm tu. Tak ada pulak sampai 40 hari. Mybe luka dalaman awk byk kot. Cb awk tny doc tu. Rata2 sy bc xde pulak yg ckp darah akan kuar lama mcm tu...tny doc ok.

      Delete
  15. i feel you. memang setiap kali jumpa gynae, setiap kali akan rasa emotional dan sebak. Mata akan jadi berkaca-kaca sebab tahan air mata drp berlinang. *sobs* btw, sy masih dlm proses check up :)

    ReplyDelete
  16. Salam..blh sye taw..buat laporoscopy blh gune GL ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam....boleh! Sy ritu pun guna gl company..GL gomen pun boleh. Cuma kalau pakai GL gomen awk kne dok kt wad biasa. Kalau awk keje private, awk dok la kt private wing pny ward tu..hihi

      Delete
    2. doc said ma both tiub bengkak..den since i still cant get pregy..doc advice wat laps..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. perkongsian menarik....tqs awk

    ReplyDelete
  19. perkongsian menarik....tqs awk

    ReplyDelete
  20. sy kne wt laps n ivf di hukm..boelh saya tau kos laps di hukm angaaran dr bpe k ye?sb lau kt dr hamid almost 7-15k...tp bc coretat sis ni lau 1k++ ase murah n nk cpt2 wt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos dia dlm 1k shj...sy duduk di wad biasa. Bukan di hukm specialist tu.

      Delete
  21. Salam sis, boleh sy bertanya. Masa sis buat laps ni waktu period ye? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. bukan waktu period. Ms sy buat laps ni sy tgh delayed period. Lepas laps baru sy period. Then pregnant.

      Delete
    2. salam..nk tnya..delayed period as in u amek pills ke or delayed natural ya...?

      Delete
    3. salam..nk tnya..delayed period as in u amek pills to delaykan ke or cmne ya?

      Delete
    4. salam..nk tnya..delayed period as in u amek pills to delaykan ke or cmne ya?

      Delete
    5. delayed natural...period tgh haywire

      Delete
  22. Tq for your response sis. Sy ada a few soklan private boleh tak sis whatsapp sy nawa 0193569867? :)

    ReplyDelete
  23. Salam sis, Tq sbb brkngsi pngalaman sis..sy nk brtnya pndpt sis.. 11.12.2015 sy baru dpt tau yg sy ada cyst besar 3cm. N doc sahkan sy suspek endo.. doc mintak tnggu lps 3 bln(11.03.2015) dtg scan balik then bru refer hspital klu mkin truk la. Tp sy bimbang sgt... tiap kli haid, sy snggugut teruk dll.. mcm sis ckp cyst sis xbesar mana pn... tp sy akn kahwin bln 5 nnt.. ptt ke sy jmpe doc awl dr tarikh 3 bln tu utk scan skali lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ellina..
      Awak buat check up di gov hospital ke?
      Mungkin awak boleh jumpa doc dan suggest utk buat endo secepat mungkin dari tunggu bulan 3. Awk ckp la sekali yg awk senggugut sgt teruk.

      Bukan apa, better lagi cepat keluarkan endo tu dari badan. Nanti kalau dah kawen baru nak keluarkan mcm da susah pulak. Kena tunggu utk conceive dll.

      Kalau awk tny sy, sy akan suggest utk awk jumpa Doc sekarang dan utarakan utk buat Laps sekarang jgk dari tgu bulan2 hadapan. Tanyakan juga kos buat endo. If mahal, suruh refer pada hospital gomen. Kos laps di gomen lebih murah dari kos buat di private.

      Ada kawan sy buat di private kos laps cecah 15k. Method dan prosedure sama je dengan hospital gomen. So better pilih buat laps di gomen ye

      Kalau awk ada apa2 nk tny, awk leh wassap sy 0193710584

      Delete
  24. Salam sis tq sb sharing prosedur laps.sy juga disahkan endo pada kedua ovary.yg kiri 5cm dan kanan 2cm.kalau ikutkan hospital swasta masa check 4cm tu mmg da patut dibuang.tapi sbb msatu sy belajar lg sy terus mintak refre gomen hospital.dokte cme suggestkan sy untuk tunggu lg 2tahun sblm operation,kebetulan sy blm bkahwin..sy sgt sedih sbb setiap bulan sy terpaksa menanggung sakit ketika period..dan slma sethun period sy cme dtg 3hari je da hbis.tahun keduanya sy terus x dtg period.cme kadang2 3bulan skli baru period tu dtg tapi dlm keadaan yg tlalu sakit smpi 3minggu x hilang.dokter cume tambah dos painkiller shaja.smpikan sy pnh bgtau dokter sy mkn ubt n x hilang jgak..bole tak sis sarankan hospital gomen yg mana yg bole prefer operation cepat..dan kos rawatan yg tepat utk buat laps.

    ReplyDelete
  25. Last jmp dokter buln 11 2015 and next appoinmnt buln 4 nt..skrg n pon sy tgah period tp x keluar drh..sakit mcm ada batu kt perut kiri..kelengkang kiri pon perit..sy sedih bila pg HSNI dokte mcm x thu nk buat apa2..sy sllu refer klinik pakar swasta dan dokte tu mrh sy suruh buat laps scepatnya.sbb sis berketul2 dan makin byk..skrg GL pon cm x laku je sis..sbb da ade prosedur baru kne byr klu nk cpt dilyn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Norazah..

      Sy prefer awak buat check up di HUKM, kalau awk duduk dekat KL. Minta doktor untuk keluarkan referral letter untuk awak buat laps atau jalani pemeriksaan lanjut dekat hospital.

      Delete
  26. Salam sis. Saya dhea. Baru shj jalani laps pd 20hb satu haritu. Alhmdlh semua berjalan lancar.cuma satu yg merisaukan sy. Sepatutnya sy haid pd sabtu yg lepas (06 hb feb) kalau mengikut calender period. Tp skrg dah lewat seminggu.ade kemungkinan ke selepas laps period kita akan lewat atau ting tong? Pemgalaman sis sendiri mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dhea..

      Mungkin ada delayed disebabkan oleh laps yg dhea lalui. Sebab dalam badan kita dah digodek2 kan. Sy dl selalu period lambat, tapi lepas laps, nampak ok.

      Takpe, bagi masa utk badan awk ye. Badan tengah bekerja keras untuk sihat tu.

      Delete
  27. salam sis.. jadi smngt baca smua entry sis... boleh x nk prvate whtups ngn sis kalau sudi.. nie num sy 0134656926
    sy jugak pgidap endo yg masih dilema sama ada need to operate or not..

    ReplyDelete
  28. Ya Allah... sayu bila baca... gigih dan kuat semangat wanita2 TTC... saya book utk operation ni insyaAllah Dec 2016 nanti... semoga dipermudahkan segalanya jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk pun kuat semangat jugak..
      Semoga dipermudahkan segala urusan & moga dikurniakan rezeki selepas itu. AMIN

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Puan, nak tnya, sy pun minggu lepas br menjalani laparoscopy..sy nak tnya puan, bepa lama darah akan keluar slps laparoscopy.. SBB sy dah seminggu kluar darah..JD takut pula..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Husna..
      Masa sy haritu dalam seminggu jugak tapi bukan lah darah yg banyak dan melimpah mcm period tu. tak perlu risau ok. biar darah tu keluar supaya segala darah kotor turut sama keluar..

      Delete
    2. Ok..sbb dah masuk 10 hari..tq puan atas perkongsian yg bermanfaat 👍💯

      Delete
  31. Assalamualaikum

    Brp lama masa puan ambil sebelum bersama dengan suami? Adakah selepas period @ bagaimana?

    ReplyDelete
  32. Assalam...sis tq atas perkongsian, sy jgk ada cyst blkg rahim tp doktor x dpt sah smada endometriosis atau bkn. Skrg ni cyst sy 4.8 sblm ni dh kecut 3.7 doktor srh bt Laparoscopy tp mslh sy takut n xtaw smada harus bt atau x? Ape pandangan sis yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better buat...jgn di simpan benda yg x elok dalam badan.

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Salam,

    Nak share yg sy baru aje buat laps di Columbia Asia last week. Tgh pregnant 5 weeks masa tu dan hanya tau ada cyst bila buat ultrasound. Doctor tak bagi buang sbb masa tu first trimester dan bahaya untuk baby walaupun dah 5cm jadi kena tunggu 16wks. Regular checkup every month utk monitor saiz cyst, yg terakhir 7cm. Masuk je 16wks, sy check up hari Sabtu dan scan tapi saiz cyst masih sama jadi doctor schedule operation next Selasa. Admit hari Isnin. Cepat sangat kan? Lagi cepat lagi bagus sbb masa tu dah rasa baby menekan nekan cyst jadi sakit.

    Alhamdulillah operation went very well. Sy rasa sakit sikit-sikit je. Bila buat laps tgh pregnant ni lagi mencabar tau sbb baby kerap bergerak dah jadi otot perut dah tersentuh2 luka operation tu.

    Pada yang tgh fikir-fikir nak buat laps atau tidak, sy nasihatkan buat. Jangab simpan penyakit. Sy buat di Columbia walaupun kosnya RM13K tapi rasa berbaloi (sekarang takut nak bersalin pulak!). Kalau ada yang rasa nk buat, boleh cuba dgn Dr Rajesh, CA JB.

    Kita orang perempuan ni Allah ciptakan sebagai makhluk yg kuat.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good sharing!

      tp laps ms preggy doc tebuk kt pusat jgk ke?

      jg kandungan bebaik ye...

      Delete
    2. Ada 4 bahagian yang ditebuk. Satu dekat perut yg dekat peha (rasanya ini yg utama) dan lain2 sekitar perut. Pengalaman sis awal-awal tu sebijik sama dengan saya, cuma sy tak perlu makan liquid untuk kasi keluar najis.

      Lepas operation tu nurse ada masukkan ubat kuatkan rahim dalam cervix (sakit sbb jarang intercourse disebabkan adanya cyst tu kot). Buat 2x je lepas tu tak tahan, cakap kat doctor taknak dah haha. Dia pun faham.

      Delete
  36. Salam

    Sy google2 terjumpe your blog. sy pn ade cyst & suspected having endometriosis. Currently x bt lg lapa. planned this week nk jumpe doc & finalized utk operation. tp terase sgt takut.

    Selepas operation tu ade mslh period delay or mg xde mslh dh trus mengandung ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ikot org jgk kot..

      mcm sy alhamdulilah lepas laps, period sekali aje then preggy.

      lepas bsalin, anak sulung sy 11 bulan sy preggy balik. alhamdulilah

      so bde yg tak elok dlm bdn usah disimpan2. laps xde la sakit mana kalau nk compare dgn sakit bersalin tau.

      Delete
  37. Sy suspect endo jgk.. senggugut kuat tiap bulan.. da brape kali jumpa doktor n pakar kata sy ok.. cyst x perlu buang sbb kecil around 3.5cm.. 2X keguguran n doktor masih kata sy ok.. stress kdg2.. cuma fikir positif Allah gugurkan dosa2 kita semasa sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.5 cm tu besar jgk sbnye even doc kata kecik. even kecik gtu pun dia ttp akan ganggu. apa kata awk pergi ke hospital gomen and mtk suggestion. benda yg x elok dlm badan jgn disimpan.

      Delete
  38. Saya pon buad operation laparoscopy sbb apendiks.. now bru msuk seminggu.. nak tnye.. after operation.. kena pantng berpe lame ye?

    ReplyDelete
  39. Salam ...Hai semua... Saya baru menerima panggilan Dr nurse mengatakan laparscopy yang sepatutnya dibuat 3.5 ditunda ke 16.8 .... Lagi 3 bulan menunggu :( sedihnya... Endometriosis cyst sy dh de 4 biji mcm tu... 6/5/4/3/2 cm..... Nak p private xde duit... Laparscopy spptunya d buat kat hospital sultanah Aminah Johor Bahru.... Ade sesiapa tahu hospital mane yg boleh buat dengan cepat laporscpy nie kemudian nk minta rawatan kesuburan ngn Doktor.... :( Someone please suggest... Thanks all

    ReplyDelete
    Replies
    1. sll hospital xde cpt sbb rmi tgu giliran. buat di private je cpt tp mahal

      Delete
  40. Hai hazira..sy linn..sy juga insyallah akan jalani laps pd bulan 9 ni..perasaan takut dan bdebar dah mula rasa..tp bila mgenangkan baby..perasaan tu hilang sekejap..sy nak tanya selepas buat laps..hazira dah berjaya pregnant ke..

    ReplyDelete
  41. salam semua, ada yang tau berapa kos buat laps ni, and dimanakah hosp/klinik yang offer harga murah? terima kasih

    ReplyDelete
  42. Sis lepas buat lap n dye test ni..bila boleh bersama suami semula?

    ReplyDelete
  43. Sis lepas buat lap n dye test ni..bila boleh bersama suami semula?

    ReplyDelete
  44. Thankz sgt psl perkongsian.. sy da boleh berjaga utk next bby.

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/ovarian-cyst-belenggu-ibu-hamil.html?m=1

    ReplyDelete
  45. Terms kasih atas perkongsian. ni saya kongsikan pengalaman saya kena buat laps dengan Dr Hamid arshat. jemput baca.mungkin ada yang tak tau kat mana nak buat.
    https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/10/rawatan-pcos-dan-kehamilan-dengan-dr.html

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Mummygojes.. Actually, Dr baru je detect sy ada cyst ovary kiri dan kanan. Penantian utk dptkan cahaya mata tu da 4tahun+++.. Tapi sy takut utk buat pembedahan. Sbb kos terlalu tinggi. Nak kena tgu ada bajet, kena tgu bln 12 baru dpt bonus. Tapi skg ni, tahap kesakitan tu dah meningkat ke 3x sehari.. Doakan sy kuat mcm mmygojes ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuatkan semangat sis. buat di GH lambat ke procedure dia? Moga kuat ye sis -SALIZA SACHARI-

      Delete
  48. assalamualaikum sis...
    nak tnya berapa lama sis bpntang bsma suami...sy dh sbulan buat scop fibroid sbsar 7,3x8 dh ikt pntang org bsalin.. doc ada bt dye test..xdk mslh nk pregnant..cma tkut2 nk bsma ..sbb sy xpegi follow up...luka tebuk dh ok..cm dlmn ja risau ckit..agk2 brpa lma yer nk pntang ng suami tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan apa yg dirasa. kalau rasa bdn dah kuat, x sakit then boleh lah.

      operate mcm ni xde tempoh fixed utk bgtau bdn da bersedia atau x. cuma badan sendiri kena rasa.

      sy dl 2 mgu pertama jaga betul2. then dlm sebulan lepas tu br bersama

      Delete
  49. Salam sis,sy baru 3hari menjalani pembedahan laparoskopi. Sedih dpt mc 11 hari je tp x pe. Sy nk tanya berapa lama masa uyk sis hamil selepas pembedahan ni.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 bln selepas laps, sy preggy

      Delete
    2. Alhamdulillah happy nye dgr 1 mth after laps sis da preggy..semoga ada rezeki sy mcm sis...sy br je buat laps last thursday..sis ade tips berpantang x..or any suggested food during confinement nie..

      Delete
    3. Cepatnya sis.. Lps lpas tu bile peruod sis dtg.sy dh nk masuk 5 bulan tp period x dtg lg. Masa 2 month lps lpas ada buat upt to negatif.. Skrg x.. Nk test takut frust.. Tgu period x juga kunjung dtg ermm

      Delete
    4. sarini skg awak dah period ke ? saya buat laps 19/10/18. masa buat tu baru hbs period. skg dah 2minggu period tak dtg. hari tu ade buat pregnancy test tapi negative.

      Delete
  50. Hai sis...nk tanya..Klu gov mmg BLEH PAKAI GL ke..??? sis dh ada ank berapa..??

    ReplyDelete