Sunday, 17 August 2014

Aku Ada Talasemia dan HB Low

Rasa nya bukan pertama kali kita mendengar perkataan talasemia kan? Teknologi perubatan yg canggih membuatkan ibu hamil perlu melakukan pelbagai jenis ujian. Termasuk lah ujian mengesan talasemia, samada anda adalah pembawa atau pesakit talasemia. Ada beza tau.

Sy juga tak terlepas untuk ujian ini. Setakat ini sy dah mengulang 3 kali ambil darah di HUKM.
 Satu hari sy mendapat panggilan dari HUKM wad DayCare yg menyatakan sy perlu untuk mengulangi proses tersebut disebabkan result HB (hemoglobin) sy rendah. Result HB normal bg ibu mengandung adalah 11 ke atas. Tapi result pertama sy adalah 10. 
Disebabkan result HB yg rendah, Dr suspect sy mempunyai anemia yg mana ini merupakan masalah normal bg ibu2 mengandung. Sy mengulangi proses mengambil darah dengan membawa borang di atas. Ambil masa 2 minggu untuk HUKM berikan result thru phone call. Dalam hati punya lah berharap yg jangan lah HUKM call. Tapi.......sy tetap mendapat panggilan. Jawapan yg sama adalah HB result sy masih rendah. Kali ni result HB adalah 9. So apa perlu sy lakukan? Mengulangi semula proses ambil darah. Tapi kali ini, staff nurse dah cakap awal-awal Dr nak buat talasemia dianogsis. Sebab kalau dah ambil darah banyak kali tetap rendah, so talasemia lah kemungkinan nya. Masa ni, memang bermacam-macam bermain dekat fikiran. Risau sangat apa effect dekat baby. Google segala info and result nya membuat kan hati bertambah risau.
Borang yg sy bawa ketika kali ke dua mengulangi proses mengambil darah. Proses sgt cepat tak sampai pun 10 minit then boleh terus balik. 
Kali ni ambil darah banyak ye darah membazir seperti di atas. Staff nurse yg ambil kan darah tu macam tengah-tengah belajar lagi sebab ada instructor kat sebelah. Kalau sebelum ni, dekat kapas mesti ada setitik dua darah je. Tapi takpe....dah biasa.
 Oh ye...dan seperti biasa sy perlu tunggu 2 minggu untuk mengetahui result. Dan tapi!! sy tetap menerima call dari HUKM ye. Jawapan nya? Sy menghidapi talasemia yg mana lebih details sebagai Beta Talasemia Trait. Masa terima panggilan dan dengar result punya lah seriau di buatnya. Bertubi-tubi soalan di tanya dekat staff nurse.
Satu perkara yang sy suka dan respect pada staff nurse dan Dr di HUKM, mereka sangat pandai untuk mengawal keadaan dan respect to the patient. Cakap pun lemah lembut. Kalau ada yg tersasar dari landasan mungkin seorang dua je. 
 Ok, disebabkan sy telah disahkan pembawa talasemia, maka En Hubby tak memasal kena buat ujian darah jugak. Motif? Nak tahu samada suami mempunyai sejarah talasemia jugak atau pun tak. Kalau ditakdirkan suami juga mempunyai talasemia, maka chance untuk baby dapat penyakit yg sama adalah 50%. Banyak jugak tu. Tak pasal je En Hubby pun ada kad macam kat atas. Kelakar je. Tapi alhamdulilah syukur pada Allah SWT, result En Hubby normal.

  "Biarlah mummy yg mengalami & harung segala kesakitan, asalkan baby dengan papa sihat dan ok"

Check up yg ketiga, Dr suruh ambil darah lagi. Saja nak tengok result kata nya. Ceh! Kali ni result HB yg ketiga 9.1. Padahal dah makan bayam ok! (Baru sekali makan nak kecoh. Tu pun makan sehari sebelum check up. hihi) Takpela hari ni dah redha sangat dah ha. Orang kata nk bg HB naik kena jadi popeye makan bayam, makan kerang mcm2 lagi lah. Tapi sy tak rasa itu membantu untuk pembawa talasemia mcm sy ni. Ermmm....

 Oh ye, tadi sy ada bgtau talasemia ni ada 2 jenis kan >
Pic dari blog zuyyin zulaikha. Mudah nak faham
1) Pembawa @ talasemia minor.  
Pembawa selalunya tak ada pun masalah2 kesihatan. Ok je. Tak ada tanda2 sakit serius. But as for me, HB low ni buat kan rasa nak pitam sokmo. Risiko baby untuk dapat talasemia adalah 50%.
2) Pesakit @ talasemia major
Apa simptom nya? Selalu nya boleh dikesan masa umur 3-18 bulan. Pucat, anemia yg sgt serius, tumbesaran terbantut, demam kuning, buncit sebab hati dan limpa bengkak. Dan selalunya pesakit perlu untuk melakukan pemindahan darah 1 @ 2 kali setiap bulan selama seumur hidup untuk pastikan tisu badan dapat keperluan oksigen yg cukup & untuk pastikan paras HB berada dalam keadaan yg lebih baik.

Cara nak mencegah?
Talasemia ni tak ada ubat. Makan la apa pun supplement memang akan kekal begitu dalam badan. Lain lah kalau kita ada anemia dan bukan pembawa atau pesakit talasemia. 1 je cara nak mencegah. Pasangan perlu buat ujian ni. Selalunya sebelum berkahwin lah. If dua2 ada talasemia, memang tak di galakkan berkahwin sebab nanti lastly anak yg susah.

Sy just terangkan secara ringkas saja ok. Kalau nak secara details untuk setiap jenis talasemia (Talasemia Alpha & Talasemia Beta) boleh jengah sini.

*Ada tak antara kawan2 sy kat sini @ anak2 yg mempunyai sejarah talasemia?*

17 comments:

  1. serius bagus sgt info ni. saya pun 3 hari lagi kena amik darah nak cek ada talasemia ke tak. minggu lepas dah cucuk dah sepicagari besar,ni doc kata kena lagi pasal nak cek detail...huhu risau sgt...
    Hb memula 11, pastu dah 2 kali checkup 9.5 n 9.6...sekarang 20weeks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully awk and hubby normal ok! But if disebaliknya, do not worry so much. Just enjoy ur pregnancy and be positive!

      Delete
  2. Sy bru 23 weeks..hb plg last 10.3..naik la drp 9.8 sblm ni..tp nurse tetap nk amik darah sbb dh 2 kali amik ujian hb masih bwh 11.x tau la cane result nnt.pregnant anak ke 2..lst hb sblm deliver 11.6..doc kata dh ok dh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm..sy dl pun byk kali jugak amek tetap low. Nak buat mcm mana. Sume nye range 9 aje. Last buat test doctor tak bagitau result so sy assumed ok je..hihi

      Delete
  3. saya pon pembawa talasemia alpha..saya minum susu hl,makan buah dragon fruit calour merah tu.kacang badam kurma kisms.jus gulsan.tp bukan ambil pada masa yg sama..rasa suka saya mkn la selang2 tiap hari
    buat masa.ni HB SY 12.4.
    KANDUNGAN dah 4 bulan..doakan saya n baby ok ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. last check up sy bulan 2 aritu bacaan HB 11 lebih je kot..border line. tapi tu bulan 2, utk bulan 3/4 ni tak tau berapa pulak. Dragon fruit bagus ye utk naik kan HB? nanti sy try makan.

      Delete
  4. wah..bagusnya semua hb atas 8..saya da masuk pregnant anak yg ke 3... hb mesti kurang 8...adoi la

    ReplyDelete
  5. Saya ada alpha talasemia.. skrg tgh pregnant 8 bulan.. last 2 weeks cek hb 10.6.. paling rendah so far..biasa dlm 11 ngam2.. doc ckp klu atas 10 masih ok lg utk pembawa talasemia.. harap hb boleh la naik atas 11 sblm bersalin next month..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pregnant yg kedua ni mengalami masalah yg serupa..tapi sy mmg da ready pun. plg rendah aritu HB sy 8.5. plg latest adalah 10.3..

      ni tengah menunggu hari..

      Delete
    2. So far your baby okay ke? Anak you yang sulung tu ada any talasemia trait?

      Delete
    3. baby ok aje...just tak cek lagi dekat hospital

      Delete
  6. Salam. sy pun sama mcm sis ada talasemia minor. detect masa preggy anak kedua. HB tak pernah sampai 10. plg teruk 7.5. sampai la bersalin. alhamdulillah baby sihat. Cuma nak tau apa yg sis makan utk make sure HB tak rendah sgt. mana tau kot preggy no 3 ni. Boleh practice. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sy pun dok struggle nk tau mkn ape utk maintain x tll rendah..

      just sy mkn obimin tu. tp frankly, sy x sll pun mkn sbb buat sembelit.

      bukn klu ade talasemia, mkn ape pun xkn membantu ke..hihi

      Delete
    2. hihi sy pun dok struggle nk tau mkn ape utk maintain x tll rendah..

      just sy mkn obimin tu. tp frankly, sy x sll pun mkn sbb buat sembelit.

      bukn klu ade talasemia, mkn ape pun xkn membantu ke..hihi

      Delete
  7. Saya baru nak masuk 5 minggu mengandung dan doc call saya bagitau yang saya pembawa talasemia. Katanya nnt suami kena buat ujian darah jugak. Risau serisau nya saya lepas dpt call dari doc. Merbahaya tak utk sy yang tengah mengandung ni?

    ReplyDelete
  8. Salam sis.. sya ain sya bru jer try clomid 50mg 1 cycle normal ker ada rasa mual dan kembung perut... dah 4 tahun kawen thn ke 2 kawen pregnant tapi gugur kndugn nk masuk 10 mggu.. nie bru sy nk mula balik..

    ReplyDelete