Thursday 15 May 2014

Redha Yang Tertangguh

"Belum ada rezeki lagi. Tak pe lah, ada hikmah tersembunyi yg Allah SWT nak beri"
Tapi, cuba kita duduk diam-diam, tarik nafas dalam-dalam, cuba lontarkan jauh pandangan kita dan berfikir. Apakah kata-kata yg kita lafazkan dari mulut kita itu benar-benar ikhlas?
Anda jawab "ya, ikhlas". Jangan tipu! Sebab sy pernah menipu diri sy sendiri dengan kata-kata ini.
Betul. Menjadi wanita seperti kita yg sedikit terlewat untuk mendapat zuriat bukan lah sesuatu yg mudah. Pasti ada kedengaran sayup-sayup suara yg tak minta dijemput. Sinis bunyi nya. Sebutkan pada sy, siapa yg tak sedih kalau terlihat perut ibu mengandung yg sedang memboyot? Air manis diminum pun terasa pahit di tekak. 

Pernah satu ketika, sy menzahirkan rasa benci pada ibu-ibu yg mengandung. Kerana apa? Cemburu! Rutin harian sy ke kerja adalah dengan menaiki LRT. Pasti satu ketika akan ada musim terlalu ramai ibu mengandung. Bukan seorang, tapi dua tapi tiga tapi empat tapi lima! Sy pernah buat-buat tidur dalam LRT. Sy pernah buat-buat tak nampak ibu mengandung tengah berdiri. Sy pernah memalingkan muka pada ibu-ibu mengandung ini. Sehinggakan satu ketika, sy pernah terfikir yg sebenarnya mereka ini menyusahkan hidup sy! Ya, waktu ini memang benar emosi sy sungguh teruk. Sy gagal mengawal fikiran. Sy gagal mengawal hati. Sy gagal mengawal perasaan. Sy gagal stabilkan diri. Lagi-lagi bila period mengunjung tiba. 

Kedengarannya agak jahat bukan? Tapi siapalah sy untuk sentiasa berlagak mempunyai hati bersih setiap masa sedangkan jiwa sy meronta-ronta ingin menjadi seperti mereka. Pada saat itu juga, sy mempunyai rasa benci yg membuak kepada mereka. Kesannya, period tunggang langgang dan kitaran cyle entah ke mana. Tambah memeritkan, sudah pelbagai supplement sy cuba. Sebut saja. Semua nya tidak membantu. Terus membunuh perasaan baik sy secara perlahan-lahan. Sungguh! Sy benci melihat mereka!

Geram dengan keadaan tersebut hingga pernah satu ketika, sy seakan-akan marah pada Allah SWT. "Sampai bila Kau nak seksa aku macam ni? Apa lagi yang tak pernah habis?!" Astagfirullahal'azim. Ampuni aku Ya Allah kerana bersangka buruk pada mu. Aku buta tidak melihat hikmah Mu. 

Namun, bila masa silih berganti, sy rasa penat untuk terus begitu. Sampai bila nak membenci pada meraka walhal mereka tak salah apa. Cuma fizikal mereka buatkan sy terbeban menahan perasaan. Dengan bertatih, sy belajar perlahan-perlahan untuk bijak mengawal emosi. Ya!Tak mudah! Zahirnya nampak sy tersenyum, nampak sy ketawa, namun sy tahu dalaman sy tidak pernah tenteram. Emosi sy terbang melayang (sy tahu emosi tidak stabil melalui kaedah BBT yg dah sy buat sejak 2 tahun lebih. Graf sy setiap bulan tunggang langgang.
Graf bulan September 2012
Graf bulan Feb 2013
Graf bulan March 2013
Graf bulan May 2013
Nampak? Ini hanya sebahagian. Bayangkan betapa kita berharap pada satu ketika bahawa graf akan cantik tapi akhirnya tiada apa hasil. Namun hati tetap gigih. Gigih walau terpaksa menelan pahit. Rasa seperti hati dicengkam-cengkam. Pedih. Sakit.

Pernah satu masa juga, sy hide semua post berkenaan rakan-rakan FB yg mengandung. Melihat perut mereka memboyot. Melihat keluh kesah mereka ber "morning sickness", melihat mereka mengidam, lagi parah melihat mereka setiap minggu meng update status perkembangan minggu bayi yg dikandung. Eh sy benci lah semua ni! Entah la..bila perasaan dah menguasai diri, yg tak bersalah menjadi mangsa. Sepatutnya sy menjadikan mereka sebagai satu motivasi. Sy mendoakan mereka selamat melahirkan. Sy mendoakan diri sy mnjadi seperti mereka juga, namun masa tidak mengubah sy.

Sehingga lah satu ketika sy mendengar trainer bercerita mengenai Law of Attraction yg mana sy gunakan kaedah ini untuk kekal positif dan membantu follicle sy besar dengan cantik. Perlahan-lahan dari sini, sy berubah. Tiada perubahan drastik tapi sy menjadi seorang yg positif sedikit demi sedikit. Sy tidak membenci lagi ibu-ibu mengandung malah sy mendoakan kesejahteraan mereka di dalam hati. Terlihat kan anak kecil, sy mendoakan agar sy juga akan punyai zuriat sendiri nanti. Dengan kucing pun sy bercakap. Suruh mereka mendoakan agar sy mengandung. Oh! Jangan tak tahu sy pernah bercakap dalam hati mengenai seekor kucing yg ada di kawasan rumah sy. Kucing betina. Kucing singgahan yg dah hampir 2 tahun juga sy kenal. Dan dah banyak kali kucing yg sy gelarkan Comot tu mengandung. Boleh kira, dah berapa keturunan dia di sini.

 "Kau ni asiklah mengandung comot. Dah banyak kali tengok perut kau asik la memboyot tapi kakak tak juga mengandung-ngandung"

Sampai macam tu sekali kan.

Rasa pasrah sy semakin jelas bila sy terpaksa menjalani pembedahan Laparoscopy. Waktu ini sy fikir, tak apa lah kalau sy perlu menjalani sehingga tahap ini kalau boleh membuatkan badan sy sihat dan impian sy tercapai. Dan selepas pembedahan ini, 100% sy letak kan harapan pada Allah SWT. Sedikit demi sedikit sy buka kan semula mata ini. Kalau sebelum ini, sy letak kan harapan clomid, pada shaklee, pada segala supplement yg sy makan, sy harapkan dengan makan segala benda ini sy boleh mengandung. Namun sy silap dan baru sy tahu.....

RUPANYA SEBELUM INI REDHA SY ADALAH REDHA YANG TERTANGGUH

Sahabat, sama-sama kita betulkan semula hati ini. Serahkan segalanya pada Allah SWT. Menjalani kehidupan dengan penuh pasrah pada Dia. Asalkan kita berusaha, Dia lah yg menentukan semua nya.

Redha lah dengan setiap ketentuan
Senyumlah selagi bibir mampu mengukir senyuman
Hidup ini singkat untuk di pahitkan

3 comments:

  1. Lepas baca entry ziera yg ini, ly pon ade gak pengalaman serba sedikit tentang iri ni. N, tibe2 rase nak tulis mcm ziera juga. Tp ly jenis tak suke dedah benda negative tu. Tgk la kalo rase ade mood nanti ly buat entry mcm ziera ni. Tgk pd keperluan. Kalo tak perlu. Maka tak keluar la entry ly tu ziera :)

    ReplyDelete
  2. Saya pernah mengalami keguguran 2 kali semasa anak pertama berumur 1 tahun. Dah hampir setahun berlalu ,masih belum ada rezeki. Adakala saya geram tgk ibu mengandung, tp cepat2 saya istighfar kerana saya tau itu hasutan syaitan. Saya masih mencuba dan mengharapkan kehadiran cahaya mata kedua dan seterusnya In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah akan ada rezeki menyusul. Tapi kita dan sy perlu igt jugak yg rezeki Allah yu dtg dr bermacam cara yg kita mungkin tak akan tahu apa hikmah disebalik nya..kita cuma usaha setakat yg mampu. Yg penting kita mencuba dan terus mencuba ok

      Delete