Ok..itu mukadimah untuk entri kali ini.hehe
Entri kali ini, mungkin akan panjang dan meleret. Pernah dengar pasal BBT? Aku start conceive secara serius bulan August 2012. And this time, aku mula pelbagai kan kaedah yang mungkin boleh membantu aku untuk dapatkan baby. And of them is by using kaedah BBT.
Nak start guna kaedah ini tak susah tapi mungkin nak memahami pada peringkat awal itu mungkin payah. Secara kesimpulan, ini yang perlu anda buat for the first time >
What you need to have?
1. Termometer
- 1 titik perpuluhan @ 2 titik perpuluhan tak kisah. Tapi kalau beli yang 2 titik perpuluhan lebih best. Boleh cari di Guardian atau mana-mana farmasi
2. Akaun Fertility Friend
- register akaun FF ini sebab anda akan charting suhu di sini.
Website > http://www.fertilityfriend.com
Atas = 1 titik perpuluhan / Bawah = 2 titik perpuluhan |
Ini lah basic view akaun FF. Just klik pada tarikh calendar dan masuk kan data macam di atas.
Temperature > masuk kan suhu.
Time > masuk kan masa. Kalau ambil suhu terawal 30 minit, dekat chart akan keluar dotted putih. Menunjukkan yang kita ini ambil suhu awal @ lewat. Result tak berapa nak accurate.
Cervical Fluid > agak-agak dekat tut ada rasa macam basah-basah tak? if yes, masuk kan data
Intercourse > kalau ada bersama, masuk kan data.
Ok...macam mana nak faham BBT chart? Dari chart kita boleh tahu samada badan kita O, tak O, ada masalah hormon etc. Kita mula dengan chart yang cantik. And yes, these is my BBT chart.
Ovulate but end with period
Anovulatary
Pregnant
Tak pernah merasai graf pregnant, tapi In Shaa Allah akan merasai. AMIN. Dalam graf, bila kita dapat detect pregnancy, line akan berubah jadi warna hijau. Pregnancy boleh didetect seawal mungkin ikut kadar HCG dalam badan seseorang. Tapi selalu nya kita di advise tunggu sampai Day Past Ovulation (DPO16).
Waktu Bersama
Lupa nak cerita, macam mana graf BBT boleh tolong kita conceive. Selalunya bila keyed in suhu setiap hari, akan ada satu hari yang mana suhu kita menjunam jatuh dan rendah. So bila suhu yang rendah itu bermaksud dah nak mengahmpiri waktu O. Dan masa itulah kita di nasihat kan untuk bersama atau BD (body dancing). Selain kita monitor by graf, kita boleh monitor waktu ke arah subur gunakan kaedah melihat Cervical Fluid (cairan yang keluar dari anggota sulit) dan OPK (Ovulation Predicted Kit). I will make an entry for these two topics soon.
Hormon Estrogen dan Progesterone
Just nak share. Sebelum waktu O, suhu kita akan rendah kerana hormon estrogen mengambil alih dan menguasai badan dan selepas waktu O yang mana perubahan suhu meningkat dengan mendadak, hormon protgesteron pula akan mengambil alih. Hormon progesteron ini penting untuk membantu badan menyokong kehamilan. And as i said in previous post, progesteron akan meningkat lebih tinggi sewaktu mengandung. Jika terjadi keguguran, progesterone akan menurun seperti sedia kala.
Soalan cepu cemas
1. Bila boleh mula charting - seeloknya ketika period sebab lebih tepat chart untuk predict waktu O.
2. Bila waktu untuk ambil suhu - sebaik sahaja bangun dari tidur tanpa lakukan apa-apa gerakan ye. Celik mata, capai termo, masuk mulut. Bila terlalu banyak pergerakan, nanti akan beri kesan pada suhu tau.
3. Jika ter ambil suhu awal dari pada biasa, apa boleh saya buat - Boleh gunakan BBT adjuster. Tapi tak digalakkan gunakan adjuster selalu sebab menyukarkan FF untuk predict waktu O.
This is the link > http://www.whenmybaby.com/basalbodytemperature.php