Monday, 12 May 2014

Perjalanan Ini Tak Mudah

Bismillahirrahmannirrahim ....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mendengar Doa para hambaNya. Ini lah keputusan nya
 Tiada apa yang bisa diungkap kan melainkan Alhamdullilah

Hari entri ini ditulis, usia kandungan baru dan sudah mencecah 4 minggu 2 hari. Istimewa nya, hari ini merupakan Hari Ibu, semalam adalah hari lahir adik, dan satu minggu kemudiannya, adalah hari lahir sy. Tiada apa lagi hadiah yg paling bermakna melain kan keputusan ini. Mohon doa dari semua sahabat agar dapat mendoakan kandungan ini kuat di dalam rahim dan membesar dalam keadaan selamat dari mengandung hingga melahirkan. Amin Ya Rabb!
Saat melihat UPT yg dicelup positif? Sy tiada perasaan. Sungguh. Mungkin diri dah terbiasa dengan situasi mencelup OPK dan UPT yg negatif pada saat-saat yg lepas. (Sy kongsikan gambar dan hasil OPK yg positif beberapa hari sebelum detect pregnancy pada entri ini).

Sesungguhnya sy sendiri tidak pasti mengapa hati sy seakan kering. Sy tak menjerit dan sy tak menangis. Mungkin sy terkedu. Adakah ini benar? Pasti ianya positif? Betul ke? Bukan false positive? Saat sy menggunakan Clear Blue Digital pun sy masih tak percaya ini berlaku. Mungkin salah satu sebab, tak ada confirmation dari mulut Dr sendiri kot. (Sy masih tak berjumpa Dr. Kebetulan, minggu depan  appointment date dengan Dr Kadir. Pada sy biarlah sekali harung)
Bila sy tengok balik gambar di atas, betapa sy tak sangka sy begitu kuat menghadapi semua ini sewaktu Laparoscopy. Masih tak dapat sy lupa kan saat air mata sy berlinang di atas strecher ketika azan Zohor berkumandang. Sy sedih sangat! Dari hari pertama sy masuk wad, kaki boleh melangkah laju, Badan segak bila berjalan sehinggalah sy terpaksa berjalan perlahan-lahan ke tandas sambil dipapah nurse. Sedikit dan sedikit dugaan sy terima. Air mata yg jatuh jangan kata (maafkan sy kerana saat menulis entri ini air mata sy sedang mengalir). Saat sy berputus asa itu tetap ada, tapi sy dilahirkan bukan untuk menyerah kalah. Sy tahu sy bukan insan yang lemah. Semangat sy kuat sejak dari kecil. Bila kita rasa, kita jatuh, kita bangun semula. Tak salah kalau kita menangis kecewa tapi biarlah kita bangkit semula di kemudian hari.   

Ada beberapa ketika sy menangis teresak-esak ketika di atas tikar sejadah. Sy hanya boleh mengadu pada Dia. Dia sahaja yg mendengar rintihan sy. (Sy bukan jenis yg suka mengadu secara melebih pada suami. Malah sy tak pernah tunjukkan perasaan terlalu kecewa apatah lagi menangis dalam dakapan dia). Untuk apa? Sy tak nak dia tahu isi hati sy. Cukup lah mungkin dia juga bersedih dan berkata-kata dalam hati tanpa pengetahuan sy mengenai zuriat. Sy tak mahu menambah beban nya lagi. Pernah dia memberitahu pasal isteri kawan nya yg dah pregnant. Tapi sy marah pada dia. Sy tak nak dengar dan tak nak tahu pasal sesiapa yg pregnant. Sy tak ingin nak dengar. (Mungkin sy cemburu. Maafkan sy. Kedengaran nya kasar tapi sy seboleh-boleh nak mengelak supaya hati dan emosi sy tak terbeban)

REDHA
- " Ya Allah, andainya ini yang Kau tetapkan pada aku, andainya aku terpaksa bersabar dan mengharungi semua ini, andainya ini lah aturan hidup aku yg perlu aku lalui,
AKU REDHA Ya Allah"
"Aku serahkan segala nya pada Mu, aku percaya aturan Mu adalah yg terbaik untuk aku" -

Itu lah yg pernah terdetik dalam hati sy pada satu ketika. Dan ajaibnya, ketika bulan ini lah sy berjaya conceive dengan izin Allah SWT. Redha itu penting. Kita serahkan lah segala pada aturan Nya, dan dalam masa yg sama kita usaha dan berdoa. Mungkin dulu-dulu, sy silap kerana mungkin tidak redha dan pasrah dengan segalanya. Oleh itu sy mohon pada sahabat tersayang, redha lah pada Nya. Dan ketika ini pun, sy tetap akan redha dengan segala apa yg akan berlaku pada sy di masa hadapan. Sy serahkan segala nya pada Nya. Itu lah yg terbaik.
2 termometer ini lah yg banyak memberi jasa pada sy. Dah 2 tahun lebih setia pada sy. Tak pernah mendatangkan masalah dan kuat seperti sy dan In Shaa Allah kuat seperti zuriat yg sy kandungkan ini (sy dapat detect pregnant 3 hari sebelum tarikh expected period). Sy amalkan kaedah BBT sepanjang 2 tahun lebih sy berusaha. Terima kasih kepada insan yg pernah menurunkan ilmu ini pada sy. Terima kasih Allah kerana membuka hati sy untuk mencuba kaedah ini. (dan jgn kedekut ilmu untuk turunkan pada yg lain juga). Bercakap mengenai BBT, sebut sahajalah graf apa je yg sy tak pernah jumpa pada setiap cycle. Semua graf sy dah pernah ada. Dari graf tak dapat detect waktu ovulation, dari graf yg progesteron nya rendah, dari graf yg suhu pre dan post ovulation statik je suhu nya, dari graf yg paling panjang sampai 2 bulan lebih pun ada. Just name it. Sy ada 18 cycle BBT yg mana 80% dari semua graf ini adalah tak cantik. Sy tak ada regular period macam org lain. Badan sy tak boleh menerima supplement sebarang. (sy dah cuba pati delima, susu kambing, kurma blend, EPO, shatavari, shaklee). Semua buat badan sy terkejut dan period yg tak betul.

Sahabat, sejujurnya sy risaukan kandungan yg masih awal ini. Sy mohon sahabat-sahabat terbaik sy doakan agar kandungan ini kuat. Kuat seperti sy, kuat seperti anda semua, kuat seperti kita yg tak pernah lelah dengan ujian Allah SWT. Siapa tahu disebabkan doa kalian, Allah SWT beri anda semua rezeki yg dinanti-nanti. (sy percaya bila kita mendoakan perkara yg baik pada org lain, rezeki akan makin hampir dengan kita). Kalau kita nampak orang mengandung doa kan semoga beliau selamat melahirkan dan masa yg sama mendoakan agar kita diberi peluang merasa benda yg sama. (ini lah yg sy lakukan. Usaha yg lain sy kongsi pada entri yg lain)

Akhir kata, tak semua orang memahami perasaan kita kerana mereka tidak melalui apa yg kita rasa. Sy tahu apa yg anda rasa. Anda tahu apa perasaan sy. Kita saling melengkapi. Kita tak pernah kenal. Kita tak ada pertalian darah. Tapi kita menyokong antara satu sama lain. Kita memberi semangat sesama kita. Kita sayang menyayangi dari jauh. Kita mengambil berat perihal masing-masing
Percaya lah sahabat, masa anda akan tiba. Air mata yg gugur kesedihan, akan terganti dengan air mata kesyukuran. Katakan usaha yg mana tiada hasilnya? Apa yg kita kerja kan ada pahala nya. Maka sahabat, kuatkan lah semangat mu. Sapu lah air mata mu. Tekadkan lah hati mu. Nikmati lah hidup mu. In Shaa Allah, kekuatan yg ada pada diri kita sekarang akan menjadi kan kita lebih tabah di masa hadapan.

48 comments:

  1. Doa yang tak putus untukmu zira.. menangis membaca berita yang indah ini. Bukan cemburu tapi kerana tahu betapa perjalanan ini cukup perit. Semoga kurniaan ini kuat dan bakal menemani perjalanan hidup zira & suami hingga ke jannah. Sekali lagi ini bukan perjalanan yang mudah. Tapi ia manis untuk dikenang. Allah sentiasa menguji. Tapi kamu tetap akan kuat untuk menghadapinya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sekali lg kak.. sentiasa ada bersama saya berkongsi pendapat, suka dan duka bersama. Wpun kita x pernah sekali berjumpa, tp akak dah ibarat mcm kakak sy. Tak jemu mmberi nasihat dan segalanya.

      Delete
  2. Alhamdulillah....tahniah...smg Allah permudahkan dan lindungi kandungan sehingga selamat melahirkan.... Amin....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin.. terima kasih byk2. Doa awk Allah dengar dan Allah akan bls dengan pelbagai kebaikan utk awk kerana mendoakan insan lain. Terima kasih

      Delete
  3. Alhmdulillah..! Perkataan ni keluar dr mulit saya bila post awk yg ni naik kat blog saya.. Congrate dear! Moga baby kuat dan membesar dgn sihat! Aminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah juga sbb sy tak sangka sy punyai teman blog yg sentiasa mahu kan yg tbaik mcm awk. Amin sangat2 doa awk. Moga Allah limpahkan rahmat ke atas awk.

      Delete
  4. alhamdulillah, semoga baby membesar dengan sihat. Jaga kesihatan ye..

    Nak tanya, berapa lama lepas zira buat laparoskopi, zira disahkan pregnant?
    1st cycle lepas laparoskopi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat laps 17 march..then period 12 april. Then dengan izin Allah SWT terus pregnant..

      Delete
  5. Alhamdulillah. Tahniah...
    doakan saya juga ye.. saya baru je buat laparoskopi buang cyst dan endo kelmarin.. Mudah-mudahan ada rezeki lagi kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf br berkesempatan reply..semestinya sy akan doa kan semuaaaaa yg ada kes mcm sy. Semoga ada rezeki and berita gembira!

      Delete
  6. Alhamdulillahhhh tahniah dear..doakan sy jgk mndapat berita gmbira seperti kamu.sdh 3thn lbh sy mnntikan kehadiran zuriat..teringin skli merasa nikmat kehamilan,melahirkan dan mbesarkan zuriat sbgaimn hamba Allah lain yg dpilih.smoga sy jg mrasai nikmat khmilan sbgaimn awak rs..Aminnnnnn Ya Rabbal A'laminnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin! InshaAllah.. semoga perjalanan yg sukar akan jdk mudah ye. Sy doa kan yg terbaik. Positif ok!

      Delete
  7. Tahniah sis..tk cr ye..sy jg akan jalani laps esok..harap sy juga kuat spt anda..;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq syg...azam kena kuat ok! Semangat mesti ada! Plg penting positif and fikir perkara yg best aje lepas operate... Dont have to fear for the operation. Lets make it the best moment! All the best!

      Delete
  8. as salam,sy just nk share,& minta pendapat..sy last period 1sept.spttnya period sy mmg akn awl dr tarikh sblmnya,kalau di iktkan dlm 28hb sept lah next periodnya..sy dwnld period tracker,and selama 7 bulan sy pakai mmg xpnh slp..nk dijdkan story,28hb tu sy xdtg period,then sy test upt biasa ada 2 line,tp samar sgt..29hb pon sy test lg,samar jgk,tp terang pd 28hb.sy xpuas ati 30hb pg2 tu sy pakai c.blue digital & dia naik "pregnant 1-2".hepi nya rasa.1 oct,ptg tu sy bleeding,then sy p hosp check,dia buat upt,naik jgk 2 line,wlpn samar.then m.a tu buat test makmal,dia ckp -ve..huhu..sedih nya.dia ckp sy xmngndung,itu drh period.upt yg sy pakai sblm2 ni rosak/expired/xdsmpn dtmpat sejuk (m.a tu ckp) sbb tu naik +ve.adakah hosp pny result tu mmg btul.@ sy kna tgu n check blik.pls anyone yg ada same experience����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x pernah pulak dgn doc atau org bg alasan upt x valid sbb x disimpan di tmpt yg sejuk..setahu sy klu da naik line upt even samar2 tu tanda dia preggy and line tu makin lama akan makin terang...tp since awk ckp awk bleeding,sy nk tny byk ke bleeding nye? Better awk tgu beberapa hari lg utk cek. We pray for the best of this moment ok! Sy doa kan masih ada berita gembira utk awk. Amin

      Delete
    2. tu la..mgkin ada la kan,tp xkn hosp pny pon expired n xtpt jgk kan?then test lab tu terus -ve.. bleding mcm period.sbb sy period 1sept.so dorg spot itu period n test sy tu slp..huhu naik pregnant 1-2 pon slh jgk?sedih time dia ckp"awk period bkn threaten ke apa,so sy assume awk xmngndung,n itu hny drh period".darah dy tu mcm period xbrp heavy,sbb priod sy xbnyk..tp tu la test sy +ve..sblm ni mmg xpnh +ve..even dia pny strips tu pon 2 line wlpn slow..rs mcm nk test lg je lps abes period ni

      Delete
    3. satu lg sy nk tny,kalo mcm kes sy ni,dah hosp dclare sy xprgnent,kalo sy nk p prvte klinik,nk kmpemkan sy mc or x,sy nak ckp ape ek?takot jgk,kalo ye sy mc,kot ada yg ttgal..lain plk jdnya..

      Delete
    4. Cb la awk buat dekat private..tp if betol xde, awk anggp la xde rezeki. Ada je sy dgr org tu dpt positive tp period. Xtau la nak kata x menjadi ke cmne. Bl jdk mcm ni awk kne dpt kan pandangan doc lain jgk. Pergi dekat 2 atau 3 klinik or tgu lagi seminggu ke mcm mana. If doc sume ckp bde yg sama terima dgn hati tbuka.

      Delete
  9. sy dah redha,mgkin bkn rzeki..nnt lps rya nk checkup dgn prvte..thanks ��������

    ReplyDelete
  10. Salam Sahabat....Alhamdulillah syukur,,,sy menangis bace entry awak....sy jupe blog ni saat sy mencari 'apa itu Laparoscpy..' w/pun x pernah kenal sblm ni tp sy ucapkan tahniah pd awak yg cekal dan kuat mghadapinya...sy juge sdh 2 thn menunggu rezeki dr Allah utk dikurniakan zuriat. Alhamdulillah sy disahkan mengandung pd ramadhan baru ini...syukur,,,,sy faham perasaan awak atas ujian ini...kite punya cerite yg sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..tempoh 2 thn pun da rasa lama kan. Ape lg yg dah bertahun2. Semoga awk dan sy selamat melahirkan baby yg sihat. Amin

      Delete
    2. Ya,sedangkan 3bulan pun rsa sakit sngt pa kan lagi 2 3 tahun..

      Delete
  11. Congrats sis .mngis sy bce entry awk.sy jugak br lpas laps endo stage 4.hrp2 sy brpluang mrasai nikmat spt awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InshaAllah rezeki awk akan menyusul. Usaha dan usaha ye. Jgn pts asa dan teruskan semangat kuat yg ada dlm diri awk. Moga dipermudahka n dan moga beroleh rezeki dlm ms tdekat. AMIN

      Delete
  12. Salam sis.saya br operate laparscopy untuk buang cyst jenis air.cuma doktor sarankn saya xmengandung 3 bulan.knp ye? Sbb awak terus try to conceive terus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...sesape yg br lepas laps mmg doc akan tny samada nk preggy trus or hold dl. Tp sy chose preggy..mungkin sbb doc bagi choice to make sure luka dalaman bebetol elok dan sihat sebelum preggy. Tp klu nk preggy terus pun xpe. Kalau x, xde doc bg choice..

      Delete
  13. Assalam sis. Just nak tnya.. b4 awak wat test upt tu, awak x de implantation bleeding ke ek? Kuar darah mcm spotting je.. antara DP0 9- DPO 12... salah 1 tanda pregnant jgk tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..xde pulak sy alami IB tu

      Delete
  14. saya rasa apa yg sis rasa. same exactly. and saya pon baru 31hari lepas operate endometrosis. apa yg sis rasa, sis tulis that's how i feel. thanks for info and sharing experience ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awk cepat sembuh dan rezeki menyusul selepas ini ye. Amin

      Delete
    2. salam zira..saya dah byk kali bca story awak ni berulang² untuk beri smngt kpd diri sy sndri..tp baru hari ni saya nk komen.saya baru buat operation endo bulan 8 2015 dan doc bagi saya injection utk stop period 3 bulan(last inject bulan 11).lps 3 bulan saya kena tggu period saya dtg sndri paling lewat lps 3 atau 6 bulan.saya nk tnye awak atau pon geng blog yang ade pegalaman mcm sya..ape nak buat ,atau ade cara x nk cptkan period dtg..#saya nak zuriat..dah 5 tahun menanti..endo saya merebak byk kiri and kanan dindig ovari saya..hope uols dpt membantu..

      Delete
    3. tumpang jawab ye zira..

      che che: saya assume awak ambil suntikan lucrin. Kalau tengah on lucrin, doc tak galakkan preggy sebab waktu tu paras estrogen sangat rendah. Macam orang menopause. Jadi kalau preggy, kesian kat baby tak cukup kalsium and takut baby tak survive.

      Jadi kena tunggulah sampai habis lucrin tu. In case lepas 3-6 bulan still tak period, boleh terus jumpa doc awak untuk planning TTC seterusnya.

      Macam saya inject bulan 7 (untuk 3 bulan punya dos). By bulan 1 period saya still tak datang, saya terus jumpa doc saya.

      Delete
    4. tq mama orked jawabkan..hihi

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. Nk tnye, lps laparoscopy dlm sebulan, terus bersama atau slps amek clomid baru bersama? Sorry agak p&c sikit soalan ni. Sbb sy pon baru lps buat laparoscopy. Doctor pon suruh amek clomid.

    ReplyDelete
  16. saya nak tnya sy jgk sama dgn awak situasi sy bru guna kaedah tebuk 3 lubang tu tok buang cyst... sy nk tnya berapa lama kena tunggu untuk betul sembuh dan get ready for pregnant.adakah sebulan bru boleh plan pregnat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai awak rs badan awk da cukup kuat utk bersama..

      and berapa lama utk sembuh juga depends pada awk jgk. kalau nk cpt sembuh jangan melasak,jg makan etc..

      Delete
  17. Assalamualaikum sis..
    Tahniah. Bole.confirmkn kt hosp mne ye sisi wat? Bole sy tau kos laparoscopy?

    ReplyDelete
  18. Sedih dan gembira baca blog akk.
    Sy baru 5hari lepas menjalani pembedahan laparoscopy (cyst).
    Rasa kembali bersemangat lepas baca blog akk.
    Doakan sy juga ya..
    Sy rasa apa yg akk pernah alami dulu..

    ReplyDelete