Friday 21 March 2014

Endometriosis & Saiz nya

I attached back my history of follicular tracker. To show my cyst size.
Ramai yang bertanya bagaimana sy boleh detect ada cyst atau lebih mudah sy bahasa kan sebagai endo - (terjadi apabila tisu yg sepatutnya melitupi dalaman uterus tumbuh di luar uterus atau bahagian yg lain e.g ovari. Tisu di dalam uterus ni akan tanggal pada setiap kali haid dan keluar dari badan, namun tisu yg tumbuh di luar uterus atau bahagian badan yg lain walaupun turut sama tanggal dan berdarah, namun ia tidak mampu keluar dari badan)

Kali pertama rawatan di HUKM, scan merupakan perkara pertama di buat. So dari scan ini lah, sy dapat detect yg sy mempuyai cyst. Terngiang-ngiang lagi sebenarnya suara Indian Dr beritahu sy mempunyai cyst. Dan tracker di atas adalah sewaktu sy dibekalkan dengan clomid 50mg untuk 1 cycle (bulan 7, 2013). Nampak kan saiz endo sy kecil je.
 Tracker di atas pula sewaktu sy dibekalkan dengan clomid 100mg beberapa bulan selepas gagal dengan 50mg clomid. (bulan 10,2013). Mengapa tak makan clomid pada bulan 8,9? Sepatutnya sy makan tapi staff nurse tersilap bagi hanya untuk 1 cycle je. Boleh nampak kan saiz endo sy makin membesar. 
 Selepas gagal juga dengan cycle ke 2 clomid, sy makan clomid 100mg untuk kali yg ke tiga. Result endo sy seperti di atas. Tak banyak beza dari saiz sebelum. Sy ada tanya pada Dr Kadir, apa faktor yg membuatkan saiz endo ni berbeza-beza? Yela, kejap besar kejap kecik then besar balik. Jawapan Dr Kadir mudah! RALAT .. ada logik nya jugak. Dr detect saiz melalui machine kan. Tak semestinya apa yg di ukur tu tepat sebab mata dan pemerhatian manusia ni berbeza-beza.

Oh ye! Kalau yg betul-betul mahir dalam proses tracking ni, mesti akan tertanya-tanya, kenapa sy bila dah cycle day 17 baru nak pergi cek telur? Tidak kah terlalu lewat? Kot-kot terlepas tarikh subur ke. Dan bukan ke bila kita makan clomid, kena cek telur selang 3-4 hari? Selalu staff nurse akan suggest datang semula untuk scan pada cycle day 11,14,16. Tapi ikutkan tracker di atas, sy suka-suka je datang kan. 

Ok, itu sebab nya penting untuk kita belajar pasal bahasa badan sendiri. Kalau kita mahir untuk faham kitaran waktu subur kita, then tak jadi masalah. Masa pun tak terbuang kan asyik ulang alik ke hospital je. Di situ la penting nya kaedah BBT. 
(*kena rajin bertanya, belajar,cari info,slowly memahami etc. Sy mula belajar kaedah ni semua di forum Ratuhati. Special thanks to Kelly Kejora & Jurina Forestra, juga sahabat lain yg sll bg panduan)
Report di atas pula, saiz terakhir endo yg diukur sebelum sy buat pembedahan Laparoscopy. Tapi kalau tak silap sy aritu, Dr sebut 3.5*3.3. Which is which just forget it. Keseluruhannya, report di atas adalah result yg diberi sebelum sy discharge. Nampak tak kat situ "No active complaints?" hihihi.. sy sopan sewaktu di ward. hihi

Lupa pula nk highlight. Nampak kan di tracker sy tu, ovari sebelah kiri sy tak terlalu aktif menghasilkan telur berbanding ovari sebelah kanan. Ermm itu lah kesan mempunyai endo sedikit sebanyak. Walaupun Dr cakap tak de bagi efek sangat, tapi kalau baca dan fahami tracker sy, adakah ianya masih tidak memberi kesan? I think you can answer it. 

- Telur saya memang malu-malu untuk membesar. Rasanya sy akan mula mengamalkan kembali "Law of Attraction" yg sy buat sewaktu sy makan clomid pada cycle kedua. Disebabkan amalan mempositif kan diri itulah, sy berjaya menghasilkan telur yg GUMUK bersaiz 29*19!!! -

Will sharing with all of you later k!!

8 comments:

  1. Assalam, condition saya skrg ni mcm aw. Akan jalani laps utk cyst dan endo di hukm. Semoga saya pon akan preggy mcm awak lepas tu.. ��

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...suke dgr bila dgr kwn2 akan buat laps. Bukan apa, sbb sinar harapan tu makin cerah utk kita. So all the best ok! InshaAllah.. ada rezeki utk awk lps ni harap2. Amin. Semoga semua dipermudahkan ye!

    ReplyDelete
  3. Boleh sy tahu berapa cost utk buat laps di hukm?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..sis nk tya,, cyst ni sama ke dgn pcos?

    ReplyDelete
  5. Wasalam
    X sama..tp pcos mybe disebabkn oleh cyst atau hormon

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sis....saya tgh runsing sama ada nak buat rawatan di lppkn atau di hukm...saya juga ada endo...nak tanya sis pernah buat rawatan di lppkn x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..

      Sy rasakan kalau awk tny sy, sy cadangkan awak buat HUKM. Sebab? Kebanyakan yg sy tahu, solution LPPKN selalunya akan jump to IUI terus. Kalau di HUKM, mereka akan startkan rawatan satu persatu dan secara terperinci. Treatment yg dari awal, then start makan clomid, then HSG, etc then baru lah akan dicadangkan IUI etc.

      Lagi satu memang lah buat dekat mana2 pun lambat sebab kena tunggu giliran tapi sy rasa dekat HUKM tak selewat di LPPKN

      Delete