Monday 9 December 2013

Dayang Bunting - Aku Datang!!

"Dayang, kali ni kaki aku memijak tempatmu hanya berdua dengan suamiku. Aku berharap, selepas ni aku dapat memijak kaki ku lagi bersama suami dan zuriatku sendiri"

Orang kata kalau pergi Tasik Dayang Bunting, jangan lupa untuk minum sikit air nya kan? Yes, aku cuba .... ralat kalau balik tanpa usaha itu walaupun bukan lah sepenuhnya percaya. 
Aku percaya kehadiran aku di tasik ini di sambut mesra dan riang ria oleh penghuni2 nya. Dengan telatah monyet dan ikan-ikan keli yang berlegar2 di kaki. Ternyata rindu sangat walaupun meninggalkan Langkawi baru 1 minggu.

Misi kali ni, membantu follicle aku untuk membesar dengan jaya + menyeru aura positif untuk diri sendiri. Sememangnya perjalanan aku ke Langkawi selepas 17 tahun tidak menjejakkan kaki sangat menggembirakan.
Orang kata kalau nak seronok, cari hotel yg dekat dengan Pantai Cenang kan? Itu lah yg aku buat. Untuk korang yg terasa nak menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi satu hari nanti, highly recommended untuk stay di Izz Room Motel. Sangat dekat dengan Pantai Cenang, boleh jalan kaki dari motel ni dalam 10 minit. Bersih, ada aircond, ada water heater, tv, sangat selesa, sunyi, siap ada laundry service tau. Paling penting harga sangat berpatutan. Book 2 bilik superior room untuk 4 hari 3 malam baru RM420.
tak sempat nak snap gambar katil


Kalau pergi ke Langkawi, rasa nya biarlah 4H3M. Sebab sekarang dekat Langkawi dah banyak tempat untuk dikunjungi. Island hopping je dah habis separuh hari. Untuk aktiviti ni boleh la book dekat Pak Harun Island Hopping. Satu kepala RM30.


Kalau pergi Langkawi jangan lupa untuk singgah ke Bird Paradise, Galeria Perdana, Cable Car, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam macam-macam lagi lah!
pemandangan dari perigi Mahsuri
"Terima kasih sayang.. sanggup penat driving pergi dan balik utk memenuhi kehendak isterimu. Kita akan ke sini semula dengan baby satu hari nanti. Insha Allah. AMIN"

2 comments:

  1. InshaAllah...
    Semoga Allah murahkan dan percepatkan rezeki baby utk mummy gojez dan suami...amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ syg...moga masin doa dari bibir kamu..huhu

      Delete