Sunday 24 November 2013

Misi BFP = Big Fat Positive !!

TARAAAAA !!

Misi kali ni adalah untuk mendapatkan BFP setelah 100mg clomid di telan hidup-hidup. hihi. Alhamdulilah mungkin 100mg clomid sesuai dengan diri aku sebab berjaya menggemukkan 1 folikel saiz 29x19..

Maka!! Kunun-kunun mencari satu tarikh yg sesuai dalam tempoh 2ww just utk pujuk adakan la baby dalam tummy ni. Bolehhh? Cara nya = Honeymoon la di Renaissance Hotel yang berada di tengah bandar KL
Sometimes kita perlukan waktu bersama yg sangat ideal dan mybe tempat yg berbeza juga untuk create aura BFP datang. Itu la yg dilakukan. Million thanks to ayah sebab dia lah yg sponsored semua ni. Aku tahu ayah sentiasa mahukan yg terbaik untuk aku. Terima kasih AYAH !
" Ya Allah, kau kurniakan la cucu kepada kedua ibu bapa ku sebelum mereka menutup mata. Sesungguhnya Ya Allah, aku sangat terasa kesalnya kerana aku membiarkan mereka hanya melihat cucu insan lain manakala aku sendiri gagal untuk menggembirakan dan membuat mereka tersenyum "
Walaupun bila masuk bilik hotel ni, aku gagal untuk mencari suis lampu, tapi misi BFP di jayakan dengan best. Tak ada siapa kacau. Tak ada yang ganggu. Rehat sepuasnya. Makan pun di sponsored dengan jayanya. Alhamdullilah.... betapa rezeki Allah swt itu datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya wang ringgit semata-mata.


Tetap ada kesempurnaan bagi aku yg ber TTC. Allah swt tu mendekat dan memanjakan aku pada seorang suami. Tidak perlu berkongsi kasih. Tidak perlu mengabaikan dia. Tidak perlu tidak mendahulukan dia. 

~ Aku tetap bangga menjadi seorang isteri kepada suami yang belum lagi bergelar seorang ayah ~

No comments:

Post a Comment