Tuesday, 10 December 2013

Clomid 100mg = Still Failed!

Aku tak tahu la samada aku kuat atau tak sebenarnya untuk hadap semua ni. Yes, saat aku menaip emosi aku tak tenang. Dah 2 malam aku tak dapat tidur lena. Mana silapnya?

Memang aku sengaja larger kan image kat atas. Cuba tengok dekat CD18 tu. Aku sendiri terkejut aku ada follicle yg duper besar gedabak! Memang kali ni aku tersangat2 hepi. Hari yg sama juga nurse bagi suntikan Ovidrel. Rasanya method "Law of Attraction" yg aku amalkan masa cycle ni memang membuahkan hasil!

Tapi... dah puas aku menjaga emosi dan hati, last2 aku period jugak. Tak tahu la apa perasaan time tu. Sedih ada, kecewa ada. Kalau boleh aku jerit dah lama aku buat. Kadang-kadang aku tertanya tanya, aku sebenarnya boleh mengandung atau tak sebenarnya?. Orang lain senang je nak mengandung, nak beranak ada tu tak habis pantang dah mengandung lagi. Paling parah baru je kahwin dah dapat double line. Aku tensen! Memang org selalu cakap kne positif, kne positif....tapi yg tak mengalami tu tahu ke macam mana sukarnya aku nk menipu diri untuk sentiasa tersenyum? Senyum dalam kepahitan. Memang wonderful.

Sekali lagi aku larger kan image kat atas. Kali ni clomid 100mg yg kedua pula aku telan. Nurse tanya kenapa tak datang scan awal (aku rs dia ingat aku dah terlepas waktu subur). Padahal aku lebih memahami badan aku sendiri. Pernah ke aku dapat waktu subur antara hari ke 14-16? Tak pun. Hasilnya CD17, tu la saiz follicle. Suntikan Ovidrel lagi nurse bagi. Soalan pertama yg keluar dalam otak fikiran, kenapa tak besar mcm cycle lepas? Frust kat situ. Aku akui cycle kali ni, aku tak se happy dan positif mcm cycle sebelum ni. Law of Attraction pun entah ke mana. Shatavari pun aku tak telan. Sebab? AKU FED UP! Aku rasa macam sia-sia je semua ni. Buang masa aku, buang duit aku. (Maafkan aku sebab yes aku mengalami saat yg begitu sukar sekarang)

Aku salute dan tunduk hormat sebenarnya pada kawan-kawan senasib. Dan aku lagi tabik bila dorang dah berjaya melalui benda yg lebih sukar dari yg aku alami. Aku tak jumpa kekuatan untuk bertahan. Sukar kan nk tengok entri2 aku yg berbau frust and negative mcm ni. Selalunya aku akan share knowledge dan info. Tapi kali ni aku tak boleh tahan. Dengan harapan aku dapat kekuatan dan semangat dari kawan-kawan senasib.

Cycle kedua 100mg, ada 2 follicle yg pada aku cantik la saiz nya (aku sdri tak tahu sbnye berapa saiz follicle yg bagus). Harap ada rezeki aku kali ni (Again, aku menaip ayat ni dengan perasaan peluang tipis). Malas nak fikir. 

Bila aku jatuh, aku bangun, tapi akhirnya aku jatuh terduduk terus lepas tu. AS USUAL

3 comments:

  1. Zira kawen da bape lama?
    Sometimes ly pon ade ketika emosi terganggu.walaupun kate nak bertahan.jgn sedey2.tp kdg2 tewas juga...
    Ly slalu ingatkan diri...kalo ade org yg tak solat contohnye.tapi rezeki anak misalnye mudah je dia dpt.memang la hati ni mula nak berkate2 kan.tp ly ingatkan semula diri ni.rezeki tu milik dan hak Allah.Allah akan bg pd sesiapa shj yg Dia kehendakinye.aku ni siape nak persoalkan hak dan kuasa Allah.aku manusia hina.automatik sedar diri balik...
    Istigfar byk2 ye...dlm istigfar...terdapat byk kekusutan akan selesai dgn perbanyakkan istigfar...rezeki juga murah jika kita rajin istigfar. ..ok... :)

    ReplyDelete
  2. Zira dear, if rasa sedih and perlu menangis, jangan tahan...teruskan menangis...sebab air mata tu nikmat yg Allah bagi untuk kita luahkan rasa hati yg tak dapat diungkap dgn kata2. Cuma sebaik-baik tangisan, adalah tangisan pengaduan pada Yang Esa. Dia menguji, hanya bila kita mampu menghadapi. Berbahagialah menjadi insan terpilih!

    Boleh bersedih, cuma jgn bersedih terlalu lama... InshaAllah, kita yakin rezeki itu akan tiba. Allah tak pernah menganiyai hamba Nya... He Knows what is the best for us. Redha, inshaAllah... He will take care of everything .... be strong ya....

    ReplyDelete
  3. sy lg sedih..dh buat iui pn failed..papepun bawa2 bersabar.

    ReplyDelete