Monday, 18 July 2016

Eczema : Antara Steroid atau Buds?

Assalammualaikum WBT

Dalam beberapa hari yg lepas, bila scroll Facebook newsfeed, ternampak 1 post kawan yg baru melahirkan pasal baby dia. Mata dok tengok dia post gambar Calamine Lotion and hati tergerak nak baca status dia yg panjang berjela. Bila baca2 balik, dia cerita pasal anak dia yg tumbuh ruam dekat badan, pelipat etc. Dan yg palin gmenarik perhatian adalah bila dia cakap ruam jugak di kelopak mata. Allahu! Dalam hati dah cakap awal2 yg itu adalah tanda eczema. Sebab apa yg anak dia alami dulu sama macam yg Aqil alami. 

Rasanya sy tak pernah cerita perihal secara details pasal awal2 hari Aqil didetect dengan eczema kan. Benda tu benda segar dalam ingatan sampai sekarang. Dan sy nukilan kan dalam post ni untuk bacaan semua. 
Ni gambar yg sy ambil waktu Aqil dalam pantang. Gambar ni sy upload dekat FB dan antara soalan pertama yg sy dapat adalah " Kenapa dengan muka Aqil yg merah2 tu?" dan mula lah berderet bg nasihat i,e sapu tepung ubi la, minyak itu la, krim ini lah etc. Masa ni kan bukan nak cakap apa lah. Kita ni jadik new mom memang semua tak tahu. Dulu masa preggy, kita tak pernah fikir pun pasal anak ada problem kulit segala. Kita fikir semuanya indah. Kita ada anak yg comel segala tapi secara hakikatnya banyak lagi perkara yg kita perlu fikirkan. 

Masa ada ruam awal2 dulu, sy memang tak ada tempat rujukan. Ibu pun tak berapa nak tahu sangat. Google je la alternatifnya. Sy masih ingat, krim pertama yg sy tenyeh dekat Aqil adalah calamine. Cakap je krim apa yg sy tak ada. Pantang baca, dan2 tu jugak suruh hubby belikan lepas dia balik kerja. Operasi menenyeh pulak tak payah cakap. Lepas sy mandikan Aqil, sy dukung dia and ralit pulak tu sy sapu dekat semua ruam dia yg ada dekat muka especially. Esoknya? Surut ruam, tapi lepas tu ada lagi. Sy jadik pening dengan semua ni. 

Secara kebetulan dalam bulan berapa tah, sy bawak Aqil pergi KK untuk check up. (Boleh tak lepas ni tak nak pergi KK yg lama nak tunggu tu?). Nurse telek kulit Aqil. Katanya eczema. Time ni punya lah risau bila nurse cakap macam tu. Eczema? Apa tu? Tengok punya lah tak tahu kan. Nurse bagi 1 krim. Bila balik dan sapu dekat kulit Aqil, jadi lagi teruk kulit Aqil. So sy stop la and continue la dengan apa2 krim yg bukan2 je. Iskh! Kalau ikutkan, if kumpul balik boleh jual balik semua krim tu. huhuhu..even ada krim yg still tak bukak lagi dari beli dulu.
Lepas kes krim klinik tak jalan tu kan, sy start la search klinik pakar kanak2 yg recommended. Sy nak p jumpa PAED sana nak seek advice. Pastu jumpa la 1 klinik yg dekat dengan rumah. Tau tak apa Doc tu cakap bila tengok kulit Aqil? "Kulit anak awk ni da mcm kulit org tua, kenapa baru nak bawak sekarang? Lain kali kalau ada masalah cepat2 bawak jumpa Doc" sy ingat lagi Doc Hasmawati tu marah sy. So Doc bekalkan la krim antifungal segala dan losen pelembab. Krim dekat atas ni antara yg Doc bagi. So sapu dekat Aqil ok ke? Ok...sangat ok. Kulit Aqil jadik baik. Pelipat Aqil dah tak melepuh dan berair. Lebih kurang 2 bulan jugak lah sy gunakan krim steroid yg Doc bagi ni untuk pulihkan Aqil.

Tapi kan, dalam sy menenyeh2 kulit Aqil tu, sy tak duduk diam. Ye..hubby sy selalu kadang2 cakap sy ni selalu dan suka terpengaruh dengan ilmu Google. Sebab? Sikit2 sy jadikan Google as panduan dan mencari jawapan. Tapi biarlah. Dalam FB sy jumpa 1 page - Eczema Malaysia. Dalam page ni sy banyakkkkkkk belajar pasal apa itu eczema, apa yg perlu avoid dan apa yg perlu kita pakai dekat baby. Apa penjagaan yg kita as a BF mommy buat, makan dan pantang etc. 
Masa tengah2 scroll tu ramaiiiii la yg cakap eczema kena avoid steroid krim. Terus sy pandang krim yg sy tenyeh dekat Aqil. Sy baca ingredient dia satu2. Memanglah dah sah2 ada steroid kan. Dah bila sy dah betul2 study, 1 hari sy cakap dengan hubby yg sy nak stop guna steroid krim dekat Aqil and start pakai kan dan depends dekat organic krim je. TAPI!!! Satu benda yg sy kena bersiap sedia adalah --------------------------- Kena kuat untuk tengok dan melalui proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TWS). Sy nekad! Tekad!

So selama 6 bulan la sy kerap berjaga malam semata2 untuk sapu air bisa yg keluar dekat kulit pipi, pelipat Aqil etc. Selama 6 bulan lah air mata ni tak payah cakap la berapa gelen keluar. Sedih sangat. Tak suka nak ingat balik kenangan yg dulu2. Mittens Aqil penuh dengan kesan2 luka dan air bisa dia. Sedih nya Allah! Selama tempoh 6 bulan ni la sy memang bergantung dekat 3 benda. Moogoo, BUDS & Mebo. Mandian pulak sy mandikan dengan Roiboos Tea. Bila mandi air ni, lagi mengenyam jadiknya kulit Aqil.
Sy gagahkan diri untuk beli organic krim ni untuk Aqil walaupun tak tahu mana yg sesuai untuk Aqil. So dah beli Moogoo and Buds ni, bermulalah operasi untuk patch test dekat kulit Aqil. Mana yg serasi dan sesuai. Selama 6 bulan tu sy sapukan Buds je dekat Aqil. Antara Super Soothing Rescue Lotion (SSRL) & Save our Skin Lotion, lama2 Aqil rasi dengan Save Our Skin Lotion. Makin pulih kulit muka dia yg berair. Dalam masa bertarung dengan eczema Aqil ni, sy kenal dengan ramai orang. Sy jumpa sorang kawan yg dah lama suggest kan sy pergi dekat Klinik Farhat. Klinik pakar kulit. Memang masa kawan sy suggestkan tu, sy buat tak tahu sgt sebab tak berapa confident dengan ubat2 yg Doc bg. Tapi entah macam mana, tiba2 sy terdetik untuk cuba. Itu pun lepas dah last tawakal. Time jumpa Doc ni, kulit Aqil dah makin baik sebab pakai Buds. Tapi Doc still bekalkan apa yg sepatutnya untuk Aqil pakai. 

Sekarang ni, Aqil dah 1 tahun 5 bulan...masih struggle untuk fight dengan eczema. Tapi alhamdulilah kulit memang dah baik. Harap berterusan. Baru je sebulan try mandian Buds dekat Aqil sebab tak nak bergantung harap dekat ubat Klinik Farhat yg semenangnya mahal..huhu. Alhamdulilah nampaknya Buds memang serasi dengan kulit Aqil berbanding dengan Moogoo. So Moogoo yg tersadai dekat rumah tu tah sape lah nak pakai..huhuhu. Dan kalau tahu mandian Buds tu sangat ok, dah lama pakai kan dekat Aqil dulu buat mandi..huhu. 

Apa2 pun kan sy tahu dah apa nak buat kalau eczema melanda. Apa krim yg boleh pakai, apa krim yg tak boleh pakai. Dugaan yg melanda memang sangat memeritkan tapi Alhamdulilah semakin bersedia untuk mengharungi apa2 dugaan lepas ni. Insha Allah

Tuesday, 4 August 2015

Eczema dan Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz

Macam mana boleh baik? Semua dengan izin Allah SWT. Syukur. 

Sy mempunyai kawan yg kebetulan anak nya juga ada masalah eczema macam Aqil.  Kalau nak cerita kitorang memang share sikit banyak keadaan anak masing-masing. Mummy Ly Han memang dah beritahu sy lama dan suggest utk sy cuba klinik Dr Farhat ni, tapi masa tu sy masih ignore dan tak ambil pot sampai la satu masa Allah SWT gerak kan hati sy untuk cuba jumpa Dr Farhat. Sebab ignore? Sy selalu di momok kan pasal Dr mesti bagi steroid krim kalau jumpa diorang. So sy takut + risau. Alhamdulilah juga Allah swt temu kan sy dengan Mummy Ly Han. 
On the way ke Klinik Kulit Dr Farhat. Nampak kan kulit pipi Aqil yg kemerah-merahan tu. Iktihar ayah dan mama untuk pulihkan Aqil. 

Lokasi klinik Dr Farhat? 
- The Strand, 31-G, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara, Petaling Jaya -
Sy dan husband datang satu minggu lepas raya. Buat appointment dulu through phone. Sebab kata nya klinik ni ramai patient. So cop siap2 slot masing-masing. Susah tak nak cari tempat dia? Pakai waze je. hihi. Klinik ni sederet dengan Butik Ariani. Tu lah landmark dia. Bila sampai je klinik ni, tak ada orang pun. ehehe. Kata Dr sebab tak ramai yg tahu klinik buka awal. 
So bila orang pun tak ramai waiting time pun tak lama. Alhamdulilah dipermudahkan. Bila masuk je bilik Dr, ingatkan Dr Farhat tu lelaki. Rupanya perempuan, hihi. Tau soalan pertama yg Dr tanya? "Siapa yg ada asthma?" ermmmm ni soalan glamor untuk eczema. 
Dr Farhat pun terus brief apa yg patut sy avoid since breastfeed Aqil. Meh sy list kan ye. Moh kongsi sesama.

- Buah-buahan masam. Even mangga yg kita makan tu manis tapi dia berasal dari kategori masam. So avoid -
- Boleh makan semua jenis sayur kecuali terung. Tak tahu kenapa -
- Avoid seafood. Makan ikan laut dalam + salmon -
- Avoid habuk, mainan berbulu, kucing -
- Semua jenis kekacang - 
- Paling penting avoid orang yg ada kayap! Sebab eczema sufferer akan suffer dengan lebih teruk if kena kayap -
- Make sure avoid peninsilin antibiotik sebab eczema sufferer alah pada antibiotik jenis ni -

Lagi satu Dr Farhat cakap Aqil ni jenis Atopic Eczema. Biasa nya penghidap Atopic Eczema ni orang nya high intelligence. Aktif. Nak pegang sana, nak capai sini. Cuma ada masalah skin je. Kebetulan masa Doc cakap macam ni, Aqil ni memang nak mencapai benda je. Aqil siap borak dengan Dr Farhat lagi. hihi. Entah apa yg dia mengadu. hihi
So apa ubat yg sy dapat? Sabun mandi, krim dan liquid untuk bilasan terakhir masa mandi Aqil. 
Dapat jugak ubat untuk Aqil makan. 
Sy tanya Dr Farhat apa kandungan dalam krim yg dia bagi? Ada steroid atau tak?
Jawapan dia adalah NO. Krim tu setakat bertindak sebagai pelembab dari minyak ostrik (*tak tahu la ejaan dia macam mana)
Muka Aqil lepas seminggu. Ada perubahan kan. Alhamdulilah. Paling penting sekali Aqil dah pandai tidur tanpa di bedung. Waktu ni appointment kali kedua untuk jumpa Dr Farhat. 
Masa tunggu turn sempat lagi tidur. ihihi. Aqil tak perlu dah jumpa Dr Farhat. Dr suruh stop makan ubat dan hanya pakai sabun mandi dan krim je. Itu pun hanya untuk affected area. 
Last .. sy beli Prebiotik + Probiotik dari Dr Farhat untuk up kan imun badan Aqil. Ada lah dalam setengah botol dalam bentuk serbuk. Bagi sekali sehari setengah sudu sahaja. Ada sudu dia. Harga dia RM210.

Ooohh ye, berapa RM kos jumpa Dr? 
1st jumpa - RM360 sekali consultation dan ubat2. 
2nd jumpa - RM380 untuk 2 krim dan probiotik dan consultation

Kenapa mahal?? Sebab krim dan sabun yg Dr Farhat bekal kan ni adalah dari RAW INGREDIENT. Senang cerita dari organic product. 
HAPPY ME!!!! 

(Alhamdulilah Ya Allah. Moga kulit Aqil pulih sepenuhnya. Sesungguhnya sangat lah lelah aku menghadap tangis anak ku Aqil. Hanya pada Mu aku bergantung harap. AMIN)

Thursday, 16 July 2015

Permulaan Eczema Seorang Anak

Siapa sangka baby dalam gambar ni akan lahir sebagai anak yang ada eczema? Sy pun tak sangka. Alah tapi apa ada hal kan? Ini bukan masalah besar. Kalau sy boleh harung ujian perit liku nak dapat kan anak ni dulu, so untuk ujian yg sekecil macam ni dah tentu2 sy boleh harung. Tak gitu? (Gigih dan kental sangat bunyi dia kan..hihi)

Tapi sebenarnya sy tak ada lah seberapa kental. Berjuraian jugak air mata ni, Pernah je sebab tension tengok pipi anak yang merah, susu badan terus drop. Mampu? Ehhhhhh...kejap2. Tadi tak buat intro la! Dah lama tak taip tup2 tau2 buat post pasal entri anak eczema kan. Mana pasal kisah2 dulu? Malas nak cerita. So kita skip je ek. 

* Banyak kisah jugak aku ni ye. Dari kisah susah nak dapat anak. Kena bedah. Pengalaman bersalin. and now new journey *
Ni gambar Aqil masa seminggu dua balik dari hospital. Kalau di zoom gambar ni akan nampak tangan muka penuh dengan ruam dan bintik2 merah. Masa ni memang tak tahu apa. Ingat kan ruam sebab panas. Time ni memang musim panas ye. Tapi bila di google segala nya, ada yg cakap alah dekat vaksin yg dicucuk masa lahir. Sebab kan sebelum cucuk tu ok je kulit dia. Tapi ntah. So apa sy buat? Sy tenyeh la krim macam-macam kat baby tu. Kat tangan dia kat muka dia kat mana2 la yg nampak merah. Bukan satu dua krim ek. BANYAK! BANYAK JENIS! Kau sebut je apa krim yg sy tak ada. Semua sy ada, (Nanti sy share dekat entri yg lain). Tambah sy ni jenis tak sabar nak tengok anak baik. Minggu ni pakai lain, esok pakai lain pulak. So apa kesan anak pakai krim2 ni? Baik memang baik tapi dia datang balik. 
Haaaa nampak merah2 tu? Alahai anak mama. Rindu betul time dia baby2 dl. Tapi kan silap sy sendiri. Sebab ingat kan benda ni tak ada apa. Sebelum ni tak tahu yg simptom2 ada dekat Aqil tu membawa tanda eczema. Aqil ada cradle cap jugak. Kulit kering. Sampai satu pagi time nak pergi kerja, bangun2 tido tengok kulit muka Aqil kulit kepala dia terkopek2!!!! Terduduk aku! Sebelum ni memang tahu kulit dia kering tapi sy just sapu kan minyak zaitun brand Safi tu. Ingat kan baik, rupa nya lagi parah! Serius tau time ni gabra dibuatnya. Terus pergi klinik Pakar Kanak2 Desa Melawati. EL terus hari tu. Doktor tengok badan Aqil, muka, kepala. Sy kena marah ye. "Kenapa bawak anak lambat sangat datang klinik? Ni kulit anak dah macam kulit orang tua baru nak bawak. Dah tak macam kulit baby"....SUMPAH time ni tak tahu yg benda ni boleh jadi serius. Sy ingat kan lepas sapu minyak zaitun, kulit akan ok. Tapi rupa nya tak. sob sob anak mama..
Tengok badan Aqil...sy and ibu buat conclusion yg kena jangkitan kulat dari tuam yg Aqil pakai setiap hari. 

So apa doc bagi? Steroid cream of course. Ok, time ni still tak tahu ye anak eczema tak boleh pakai steroid cream. Sebab? Rasa nya korang tau la kan. Nanti akan jadik lagi worst! Doct bagi Hydorcort, pelembab, ubat anti-fungal dan mandian Ezzera. As for badan Aqil yg kering mering, pelembab memang sangat penting. So sy sapu kan pelembab yg Doc bagi. Alhamdulilah baik dan semakin baik kulit2 dia yg kering. Hydrocort tu sy sapu kan dekat kepala jugak. Muka yg ada merah2 as per Doc advise. And time jugak la Doc dah confirm kan yg Aqil ada eczema. Disuruh nya sy stop segala dairy food, chocolate etc..
Ni muka Aqil masa pakai herbal blend. Memang tip top tapi.......... (ok sambung)

Ok, lepas tu apa sy buat? Apa lagi...google la! Baca apa benda tu eczema, apa yg boleh pakai untuk kulit baby etc. Banyakkkkkkkkkkk benda yg sy jumpa. Do and Dont's. Sampai la sy jumpa pasal anak eczema kena avoid steroid. Gulp! Padahal tengah pakai steroid ni. Hati kena kuat. Kena kental. Kena buat decision!! Satu hari, sy suarakan pada husband yg sy nak stop pakai steroid Doc bg. And he agreed. Tapi AWAS la ye. Sebab? MAKIN WORST!!

Benda jadi lebih worst bila datang nya full moon. Apa kaitan nya? Susah nak terang. Korang pergi la google. Meh tengok muka Aqil. 
 Ko tak seram?? Tak tahu mana silap ye. Alkisah time ni first time bawa Aqil keluar malam tu pun sebab nak beli krim from organic product dia. Kebetulan malam tu hujan. Balik2 je lepas masuk rumah, terus je naik macam ni!!! Tiba-tiba! Aku meremang! Bila selak2 balik kalendarm time ni pulak Full Moon. Tapi nasib baik esok nya dah hilang. Tak tidur ok sy. Dalam gelap2 tu suluh muka Aqil pakai flash handphone sebab risau kan. huhu

Bila google dan google masuk group eczema segala, hati ni memang kuat nak stop steroid tenyeh dekat muka Aqil. Tapi sebenarnya new chapter baru je nak bermula. Kat sini la air mata banyak sangat keluar. Stress. Tensen. Hati tak kental. Sebab?
Bila nak stop pakai steroid, ujian makin banyak datang. Satu2 kulit Aqil melepuh. Kepala pun affected. Jadik berair. Dari ada rambut terus tak ada rambut. Dari kepala affected dekat muka. Muka paling worst sebab? Muka paling banyak sapu steroid.
Mula-mula ok lagi. Terkawal. Tapi lepas tu jadik worst! Tapi hati ni kental je untuk teruskan sapu natural krim. Sebenarnya macam ni, bila sapu natural cream memang lambat baik. Fasa nak baik tu, nanti ko akan tempuh macam2 peringkat. Kena sabar ye. Sabarrrrrrrrr mama. Sabarrrrrrrrr..
Pipi atau mana2 tempat yg pernah tenyeh steroid memang akan jadik lagi worst seperti yg tak terjangka. Ni proses TSW org panggil. TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Maksud nya, badan tengah bekerja keras nak detox balik steroid2 yg pernah di tenyeh tu. Apa gejala2 dia? Meh tengok
Haaaaaaaaa pipi akan jadik lebih teruk! Merah, keluar air bisa. Yup! Keluar air bisa ye. Lagi lama sapu steroid dekat muka, so lagi lama la nak baik. Lagi panjang proses TSW dia. Lagi banyak air mata. Lagi banyak kekentalan di perlu kan. Kesabaran apetah lagi. Kita yang tengok pun dah kesian,. Anak yg menghadap lagi la kesian kan. huhu
As for now, Aqil dah melalui 3 bulan fasa TSW officialy sy anggap Aqil start eczema masa 4 bulan. Apa yg sy hadap? Masa awal2 pakai kan Aqil natural product utk pipi dan kulit dia, lebih kurang dalam sebulan juga sy menghadap air bisa yg keluar dari pipi dia. Bila malam, lagi banyak air bisa yg keluar. Air ni penyebab gatal dan miang dekat Aqil. Setiap jam waktu malam sy bangun monitor Aqil. Tidur macam tak tidur. Tak cukup tu suluh pulak tengo muka dia. Bila pipi berair, sy lap dengan kain bersih dan tenyeh lagi krim, lap tenyeh, lap tenyeh. Itu lah yg dihadap sebulan non stop. Ada perubahan ke?

Ada..tapi bukan dalam masa yg sekejap je dah nampak beza. Produk natural tak sama mcm steroid ye.
Kulit muka Aqil dah ok sikit kan. TAPI!!!! jangan nak hepi sangat sebab sebenarnya anda2 semua akan melalui fasa yg lebih worst dari yg sebelum!! yup memang betul pun. Happy seketika je sebab selagi TSW tak habis, selagi toksik2 dari steroid tu tak keluar, korang akan melalui lagi cycle yg sama cuma dalam keadaan yg berbeza, 

Dia mcm ni... TSW teruk then pipi ok...seminggu pastu TSW jadik balik tapi akan lebih teruk! then pipi ok, then jadik lagi! Then ok balik, sampaiiiiiii la semua steroid tu keluar dari badan. Memang ambil masa lama and kena bertahan tapi inshaAllah ada hikmah dan pipi anak akan ok. Kira nya TSW cycl ni up down up down and sampai satu tahap akan ok terus. As for sekarang, di saat jari ni tengah menaip, Aqil tengah melalui TSW untuk cycle yg entah ke berapa. Tapi sy perasan, memang ada perubahan positif pada Aqil. TSW nya tak se worst dulu dan pipi nya akan baik dalam masa yg lama sebelum next cycle jadi lagi. Sebenarnya salah sendiri jugak. Masa awal puasa aritu, sy pulun makan benda manis tak berpantang. Terus naik flare dan TSW proses begin. Still jugak keluar air2 bisa dari pipi Aqil tapi sy tahu tu petanda bagus dan alhamdulilah tak sebanyak dulu yg boleh kata 2 saat lepas sapu krim terus air biasa keluar. Sampai tahap macam tu ye. 
See! Tadi dah baik kan? Ni jadik balik. Dan lebih worst. Macam tu la kawan2. Kena tabah la sikit. Jaga makan sebenarnya penting. Tapi thx to myself jugak sebab berani stop steroid dan decided natural product even kena adap segala jenis TSW proses. 

Harap2 Aqil baik cepat. Apa2 pun masih bersyukur sebab apa yg dilalui tak seteruk yg lain. Banyak sangat nak share pasal eczema ni. Next entri sy share pasal krim ok. Dari krim yg Aqil pakai masa newborn sampai sekarang. 

Untuk korang-korang yg tengah search pasal eczema and drop by kat entri ni, satu je pesanan sy, mana2 yg pakai steroid tu sila stop! Kalau nampak kulit anak lain mcm kering dia, pergi jmp Doc cepat2. Jangan jadi macam sy. 

-Tapi pengajaran tetap memberi pelajaran dan pengalaman. Mahal harga nya. -