Thursday, 16 July 2015

Permulaan Eczema Seorang Anak

Siapa sangka baby dalam gambar ni akan lahir sebagai anak yang ada eczema? Sy pun tak sangka. Alah tapi apa ada hal kan? Ini bukan masalah besar. Kalau sy boleh harung ujian perit liku nak dapat kan anak ni dulu, so untuk ujian yg sekecil macam ni dah tentu2 sy boleh harung. Tak gitu? (Gigih dan kental sangat bunyi dia kan..hihi)

Tapi sebenarnya sy tak ada lah seberapa kental. Berjuraian jugak air mata ni, Pernah je sebab tension tengok pipi anak yang merah, susu badan terus drop. Mampu? Ehhhhhh...kejap2. Tadi tak buat intro la! Dah lama tak taip tup2 tau2 buat post pasal entri anak eczema kan. Mana pasal kisah2 dulu? Malas nak cerita. So kita skip je ek. 

* Banyak kisah jugak aku ni ye. Dari kisah susah nak dapat anak. Kena bedah. Pengalaman bersalin. and now new journey *
Ni gambar Aqil masa seminggu dua balik dari hospital. Kalau di zoom gambar ni akan nampak tangan muka penuh dengan ruam dan bintik2 merah. Masa ni memang tak tahu apa. Ingat kan ruam sebab panas. Time ni memang musim panas ye. Tapi bila di google segala nya, ada yg cakap alah dekat vaksin yg dicucuk masa lahir. Sebab kan sebelum cucuk tu ok je kulit dia. Tapi ntah. So apa sy buat? Sy tenyeh la krim macam-macam kat baby tu. Kat tangan dia kat muka dia kat mana2 la yg nampak merah. Bukan satu dua krim ek. BANYAK! BANYAK JENIS! Kau sebut je apa krim yg sy tak ada. Semua sy ada, (Nanti sy share dekat entri yg lain). Tambah sy ni jenis tak sabar nak tengok anak baik. Minggu ni pakai lain, esok pakai lain pulak. So apa kesan anak pakai krim2 ni? Baik memang baik tapi dia datang balik. 
Haaaa nampak merah2 tu? Alahai anak mama. Rindu betul time dia baby2 dl. Tapi kan silap sy sendiri. Sebab ingat kan benda ni tak ada apa. Sebelum ni tak tahu yg simptom2 ada dekat Aqil tu membawa tanda eczema. Aqil ada cradle cap jugak. Kulit kering. Sampai satu pagi time nak pergi kerja, bangun2 tido tengok kulit muka Aqil kulit kepala dia terkopek2!!!! Terduduk aku! Sebelum ni memang tahu kulit dia kering tapi sy just sapu kan minyak zaitun brand Safi tu. Ingat kan baik, rupa nya lagi parah! Serius tau time ni gabra dibuatnya. Terus pergi klinik Pakar Kanak2 Desa Melawati. EL terus hari tu. Doktor tengok badan Aqil, muka, kepala. Sy kena marah ye. "Kenapa bawak anak lambat sangat datang klinik? Ni kulit anak dah macam kulit orang tua baru nak bawak. Dah tak macam kulit baby"....SUMPAH time ni tak tahu yg benda ni boleh jadi serius. Sy ingat kan lepas sapu minyak zaitun, kulit akan ok. Tapi rupa nya tak. sob sob anak mama..
Tengok badan Aqil...sy and ibu buat conclusion yg kena jangkitan kulat dari tuam yg Aqil pakai setiap hari. 

So apa doc bagi? Steroid cream of course. Ok, time ni still tak tahu ye anak eczema tak boleh pakai steroid cream. Sebab? Rasa nya korang tau la kan. Nanti akan jadik lagi worst! Doct bagi Hydorcort, pelembab, ubat anti-fungal dan mandian Ezzera. As for badan Aqil yg kering mering, pelembab memang sangat penting. So sy sapu kan pelembab yg Doc bagi. Alhamdulilah baik dan semakin baik kulit2 dia yg kering. Hydrocort tu sy sapu kan dekat kepala jugak. Muka yg ada merah2 as per Doc advise. And time jugak la Doc dah confirm kan yg Aqil ada eczema. Disuruh nya sy stop segala dairy food, chocolate etc..
Ni muka Aqil masa pakai herbal blend. Memang tip top tapi.......... (ok sambung)

Ok, lepas tu apa sy buat? Apa lagi...google la! Baca apa benda tu eczema, apa yg boleh pakai untuk kulit baby etc. Banyakkkkkkkkkkk benda yg sy jumpa. Do and Dont's. Sampai la sy jumpa pasal anak eczema kena avoid steroid. Gulp! Padahal tengah pakai steroid ni. Hati kena kuat. Kena kental. Kena buat decision!! Satu hari, sy suarakan pada husband yg sy nak stop pakai steroid Doc bg. And he agreed. Tapi AWAS la ye. Sebab? MAKIN WORST!!

Benda jadi lebih worst bila datang nya full moon. Apa kaitan nya? Susah nak terang. Korang pergi la google. Meh tengok muka Aqil. 
 Ko tak seram?? Tak tahu mana silap ye. Alkisah time ni first time bawa Aqil keluar malam tu pun sebab nak beli krim from organic product dia. Kebetulan malam tu hujan. Balik2 je lepas masuk rumah, terus je naik macam ni!!! Tiba-tiba! Aku meremang! Bila selak2 balik kalendarm time ni pulak Full Moon. Tapi nasib baik esok nya dah hilang. Tak tidur ok sy. Dalam gelap2 tu suluh muka Aqil pakai flash handphone sebab risau kan. huhu

Bila google dan google masuk group eczema segala, hati ni memang kuat nak stop steroid tenyeh dekat muka Aqil. Tapi sebenarnya new chapter baru je nak bermula. Kat sini la air mata banyak sangat keluar. Stress. Tensen. Hati tak kental. Sebab?
Bila nak stop pakai steroid, ujian makin banyak datang. Satu2 kulit Aqil melepuh. Kepala pun affected. Jadik berair. Dari ada rambut terus tak ada rambut. Dari kepala affected dekat muka. Muka paling worst sebab? Muka paling banyak sapu steroid.
Mula-mula ok lagi. Terkawal. Tapi lepas tu jadik worst! Tapi hati ni kental je untuk teruskan sapu natural krim. Sebenarnya macam ni, bila sapu natural cream memang lambat baik. Fasa nak baik tu, nanti ko akan tempuh macam2 peringkat. Kena sabar ye. Sabarrrrrrrrr mama. Sabarrrrrrrrr..
Pipi atau mana2 tempat yg pernah tenyeh steroid memang akan jadik lagi worst seperti yg tak terjangka. Ni proses TSW org panggil. TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Maksud nya, badan tengah bekerja keras nak detox balik steroid2 yg pernah di tenyeh tu. Apa gejala2 dia? Meh tengok
Haaaaaaaaa pipi akan jadik lebih teruk! Merah, keluar air bisa. Yup! Keluar air bisa ye. Lagi lama sapu steroid dekat muka, so lagi lama la nak baik. Lagi panjang proses TSW dia. Lagi banyak air mata. Lagi banyak kekentalan di perlu kan. Kesabaran apetah lagi. Kita yang tengok pun dah kesian,. Anak yg menghadap lagi la kesian kan. huhu
As for now, Aqil dah melalui 3 bulan fasa TSW officialy sy anggap Aqil start eczema masa 4 bulan. Apa yg sy hadap? Masa awal2 pakai kan Aqil natural product utk pipi dan kulit dia, lebih kurang dalam sebulan juga sy menghadap air bisa yg keluar dari pipi dia. Bila malam, lagi banyak air bisa yg keluar. Air ni penyebab gatal dan miang dekat Aqil. Setiap jam waktu malam sy bangun monitor Aqil. Tidur macam tak tidur. Tak cukup tu suluh pulak tengo muka dia. Bila pipi berair, sy lap dengan kain bersih dan tenyeh lagi krim, lap tenyeh, lap tenyeh. Itu lah yg dihadap sebulan non stop. Ada perubahan ke?

Ada..tapi bukan dalam masa yg sekejap je dah nampak beza. Produk natural tak sama mcm steroid ye.
Kulit muka Aqil dah ok sikit kan. TAPI!!!! jangan nak hepi sangat sebab sebenarnya anda2 semua akan melalui fasa yg lebih worst dari yg sebelum!! yup memang betul pun. Happy seketika je sebab selagi TSW tak habis, selagi toksik2 dari steroid tu tak keluar, korang akan melalui lagi cycle yg sama cuma dalam keadaan yg berbeza, 

Dia mcm ni... TSW teruk then pipi ok...seminggu pastu TSW jadik balik tapi akan lebih teruk! then pipi ok, then jadik lagi! Then ok balik, sampaiiiiiii la semua steroid tu keluar dari badan. Memang ambil masa lama and kena bertahan tapi inshaAllah ada hikmah dan pipi anak akan ok. Kira nya TSW cycl ni up down up down and sampai satu tahap akan ok terus. As for sekarang, di saat jari ni tengah menaip, Aqil tengah melalui TSW untuk cycle yg entah ke berapa. Tapi sy perasan, memang ada perubahan positif pada Aqil. TSW nya tak se worst dulu dan pipi nya akan baik dalam masa yg lama sebelum next cycle jadi lagi. Sebenarnya salah sendiri jugak. Masa awal puasa aritu, sy pulun makan benda manis tak berpantang. Terus naik flare dan TSW proses begin. Still jugak keluar air2 bisa dari pipi Aqil tapi sy tahu tu petanda bagus dan alhamdulilah tak sebanyak dulu yg boleh kata 2 saat lepas sapu krim terus air biasa keluar. Sampai tahap macam tu ye. 
See! Tadi dah baik kan? Ni jadik balik. Dan lebih worst. Macam tu la kawan2. Kena tabah la sikit. Jaga makan sebenarnya penting. Tapi thx to myself jugak sebab berani stop steroid dan decided natural product even kena adap segala jenis TSW proses. 

Harap2 Aqil baik cepat. Apa2 pun masih bersyukur sebab apa yg dilalui tak seteruk yg lain. Banyak sangat nak share pasal eczema ni. Next entri sy share pasal krim ok. Dari krim yg Aqil pakai masa newborn sampai sekarang. 

Untuk korang-korang yg tengah search pasal eczema and drop by kat entri ni, satu je pesanan sy, mana2 yg pakai steroid tu sila stop! Kalau nampak kulit anak lain mcm kering dia, pergi jmp Doc cepat2. Jangan jadi macam sy. 

-Tapi pengajaran tetap memberi pelajaran dan pengalaman. Mahal harga nya. -

42 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Kesian betul bila anak kena eczema ni.... anak i no 2 paling teruk kena... sampai i kena ambik cuti tanpa gaji sebulan.... sedey nya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg mcm mana ye anak? Dah baik ke?

      Delete
  3. kesiyan anak ekzema ni.. malam-malam tido bergaru.. anak i dulu pun masa umur anak u kena .. abes satu badan sampai ke pipi telinga muka abes merah.. but now AlhamduLILLAH.. getting better.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kaedah sis guna untuk baiki eczema anak ye? sy setakat ni berpantang makan..

      Delete
  4. kena tahu anak allergy apa. habuk ke, perubahan cuaca ke, makanan ke.. boleh buat ujian darah untuk kenalpasti allergy anak. saya masih breastfeed, jadi, kena kawal pemakanan. anak saya allergic seafood dan makanan yang sifatnya panas. kadang teringin nak makan udang, tapi makan satu je.. huhu,, lepas gian.. kalo makan banyak memang naik merah2 kat badan anak satu badan. siyan dia. pastu saya ada amik supplemen untuk kurangkan inflammation dan triggered allergic anak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As for now, delayed allergy test. memang sy nk buat pun tp tgu dia besar sikit. Sy pun pantang makan seafood, ikan bilis, ayam telo and anything yg gatal. As for now, nk triggered allergy anak payah sikit since sy pantang apa yg tak boleh di makan..

      the best way allergy test je boleh bg jawapan..hihi

      Delete
  5. Anak saya pun ada eczema tapi mungkin tak teruk mana kot. Masa baby dulu memang kesian sangat tengok dia. Dok garu2 sampai kena ikat tangan dengan napkin. Huhu. Sekarang ni Alhamdulillah dah pulih. Cuma tang garu2 tu masih ada mungkin sebab dah terbiasa kot. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah aqil pun da makin pulih. Sy sgt bersyukur. Tp bab habit menggaru mmg ttp ada..hehe

      Delete
  6. Anak saya pun ada eczema tapi mungkin tak teruk mana kot. Masa baby dulu memang kesian sangat tengok dia. Dok garu2 sampai kena ikat tangan dengan napkin. Huhu. Sekarang ni Alhamdulillah dah pulih. Cuma tang garu2 tu masih ada mungkin sebab dah terbiasa kot. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kan...bila jadik habit tak seronok kita menengok nye. kadang2 benda tak gatal pun. tapi takpela asalkan anak dah baik itu da cukup menggembirakan hati kita, uhuk

      Delete
  7. Salam sis...i can totally understand your feeling.having a boy with eczema as well...i have been looking for lotion that suits him up and down..macam2 dah cuba..mahal n murah..mostly xbkesan and ada yg buat makin teruk..baca blog baca product review to find out products that suit eczema..Alhamdulilah tried this lotion called Renew Lotion..produk mlm melaleuca..sy pun xpernah dgr produk ni before and now that i have tried it...xsangka bkesan...i have been using it for almost a year...my son only breaks out a bit kalau dmm sbb bdn panas2. You can email me if you want to know more about the products. aishkirana7@gmail.com. hope this can help you too.inshaAllah

    ReplyDelete
  8. Asalam...nak tanya...ubat ape yg mummygojez guna untuk anak...ble promote kat sini...sbab anak akak dah 5 taun mghidap exzema...ni baru cuba stop steroid....siksa nya tengok dia....bole info ubat apa yg diguna...tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..sis. sy pergi ke klinik farhat ayaz. Sy ada buat entri. Bila da ok, sy maintain dgn vco yg sy beli di cosway.

      Delete
  9. Ank sy pn sdg dlm fasa tsw.baru cycle kedua...ingtkan hati tu fh nk sembuh rupa2nys bnyk cycle plak...tahzan je air mata ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye sis..
      kesian kita, kesian lagi anak walau dia masih tak mengerti apa2.
      cuma nasihat sy, kalau lepas ni preggy lg, ELAKKAN makan manis! Rasa biar setakat hujung lidah aje. sebab doc pakar kulit Aqil pesan, benda manis adalah penyumbang kepada masalah eczema.

      Delete
  10. Anak saya yang kedua dulu pon ekzema sejak usia 3bulan..mase mula2 dulu mmg pakai streroid..pakai mmg elok kulitnya..tapi esok luse makin worse...mmg ada anak ekzema mmg kene banyak bersabar..sampai umur anak masuk 9bulan saya bedungkan die..kesian pada anak2 ekzema nih http://amierza84.blogspot.my/2013/08/anakku-eczema.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...bila sy ingat kan balik kan, sedih sgt2. husband sy ada video2 yg dia record saja2 ms baby. bila tengok balik sy confirm menangis sebab sedih. Tangan bedung segala tak macam baby yg lain.

      Delete
    2. samela macam anak saya..berdarah-darah pipinye...ealau bedung digosok2 muke dekat cadar..bile tgk baju2 lame die yang ade kesan darah rs sedih jerk....anak awak dah ok?

      Delete
    3. Alhamdulilah dah ok...cuma kalau salah makan benda yg tak seswai dia akan naik dekat siku dan mula bergaru2. Haritu sy cuba bg kuning telo dalam bubur dia bergaru. So sy stop. Harap berterusan sihatnya

      Delete
  11. Salam, semoga anak awak cepat sembuh, sabar dam tawakal ya. Anak saya 2 bulan ni pun mengalami perkara yg sama, dermatitis atopic. Doctor saya bagi ubat ezzera plus cream dan Ezenide cream, Alhamdulillah sembuh tapi Kadang kala naik jugak ruam, terpaksa lah sapu lagi, as eczema hard to cure,kita berusaha ya, jgn putus asa.

    ReplyDelete
  12. Salam, semoga anak awak cepat sembuh, sabar dam tawakal ya. Anak saya 2 bulan ni pun mengalami perkara yg sama, dermatitis atopic. Doctor saya bagi ubat ezzera plus cream dan Ezenide cream, Alhamdulillah sembuh tapi Kadang kala naik jugak ruam, terpaksa lah sapu lagi, as eczema hard to cure,kita berusaha ya, jgn putus asa.

    ReplyDelete
  13. Salam sis.. Herbal Blend pun ade steroid ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sy....sebab ada ingredient dalam tu yg chemical based. anak eczema seeloknya guna yg organic based sahaja...without steroid and chemical. contoh 2 brand yg organic 100% adalah BUDS dan MOOGOO

      Delete
    2. owh ok2. thanks sis.. now anak saya guna bath oil Dermaveen.. badan dah ok tak kering. cuma muka tu sangat teruk. tak tau nak sapu cream apa..

      Delete
  14. Puan, mana sy nk dptkn krim buds dan moogoo tu ye? Anak sy dah 1thun dan mngalami eczema

    ReplyDelete
  15. Puan, mana sy nk dptkn krim buds dan moogoo tu ye? Anak sy dah 1thun dan mngalami eczema

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli di farmasi i.e caring, healthlane...

      kalau susah nak cari di farmasi boleh beli online di lazada, atau dekat website jual barang baby i.e babydash

      Delete
  16. Salam mummygojez..

    just nak tye.. anak camne sekarang?.. ok dah...
    bila baca.. sedih sgt... n saya faham sgt coz sy ada anak perempuan yg ekzema seluruh badan.. xde 1 ruang pun terkecuali...
    segala ubat..segala sapuan dah pakai.. tapi ada yg elok kejap..n teruk balik...

    Tp Alhamdulillah.. sy jumpa penawar yg sesuai dengan dia.. n sekarang dia totaly stop steroid n Alhamdulillah kulit dah beransur cantik.. cuma biasala..makan masa nak cantik n licin balik...

    bila tgk gambar anak2 u tadi.. teringat gambar anak sy masa teruk.. n bila kenang balik..rasa mcm xpercaya saya lalui fasa sukar... 2 tahun anak saya bergelumang dgn darah sebab dia garu n kulit yg teruk.. sampi bila keluar org kata anak saya dinasor...huhu...

    hope anak u dah recover.. mama kena byk sabar sgt k...

    -mama amni-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..dah pulih. cuma biasalah pulih tu bukan bermaksud kulit dia terus licin cantik mcm org lain yg xde masalah. masih ada tmpt yg gatal mcm pelipat cuma terkawal. mmg kne rajin sapu krim. alhamdulilah aqil serasi dengan isb dan msm moogoo...setelah sy byk kali eksperimen antara buds and moogoo..

      dekat muka aqil dah baik sepenuhnya...cuma skg dia tgh kne hfmd pulak. habis melepuh tgn kaki semua. agak teruk compare gambar anak org lain yg turut kena hfmd.

      mungkin ada hikmah..Allah nak salinkan kulit aqil jd btl2 baik licin dan cantik

      Delete
    2. Hello mama amni and mummygojez,
      Saya dari Indonesia, punya anak perempuan dgn bad eczema and allergy. Boleh bagi nama cream yg di pakai?
      Saya sudah cuba pakai atopiclair and cetaphill tp tetap belum ok.
      Terimakasih

      Delete
  17. salam puan..anak saya pun baru disahkan kena eczema. dah refer doc pakar tp doc bagi hydrocort . so since hydrocort tu ada steroid, mmg perlu stop la kan n ganti dgn natural product?

    ReplyDelete
  18. salam puan..anak saya pun baru disahkan kena eczema. dah refer doc pakar tp doc bagi hydrocort . so since hydrocort tu ada steroid, mmg perlu stop la kan n ganti dgn natural product?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sy...

      jangan pakai kan apa2 krim yg last dia perkataan ____cort.
      kena gantikan dengan krim natural. better start now dari terlambat
      lagi lama apply steroid kt muka lagi lambat kulit nak baik
      haritu Aqil sapu steroid dalam 2 bulan. ambil masa 8 bulan untuk baik secara light. totally recover bila dah setahun lebih umurnya...

      lama kan....betapa tak eloknya steroid dekat kulit.

      Delete
  19. Salam mummygojez..

    just nak tanya.. anak macam mana sekarang?.. ok dah...
    Bila baca & lihat gambar anak , sedih.
    Teringat dengan badan anak kita dulu. Naik satu badan.
    Sekarang dah pulih sebab dah jumpa supplement yang sesuai untuk dia.
    hope anak mummgojez dah recover.. mama kena byk sabar sgt .

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Puan,

    Can i have your email address? To ask you few question regarding eczema since my daughter just diagnosis with eczema. :)

    ReplyDelete
  21. Sy bru bwk anak sy 9months old ke klinik dr farhat ayaz tu smlm.. =)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    tuan/Puan
    jika berminat ikhtiar masalah kulit in shaa Allah boleh cuba krim@sabun pati gelenggang
    untuk semua jenis kulit.
    dari bayi hingga dewasa.
    bahan2 organik suci selamat

    SET KRIM DAN SABUN GELENGGANG UNTUK SAKIT KULIT

    3 unit Krim & 1 Sabun Gelenggang
    Mengandungi Ekstrak Daun Gelenggang.
    Boleh
    menghilangkan gatal-gatal, panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, Exzema, dan bertindak sebagai anti kulat.

    Harga :
    SM : RM45.00
    Harga adalah termasuk kos Penghantaran
    www.wasap.my/+601131072630

    ReplyDelete
  23. ASSALAM PUAN, bole saya share cerita puan di fb saya? ramai ibu yg xtau apa nak buat

    ReplyDelete