Monday, 26 March 2018

RUMAWIP - Tahniah! Berjaya untuk Cabut Undi

Ini adalah penulisan kedua berkenaan dengan RUMAWIP. Bagi sesiapa yg masih belum baca penulisan yg pertama, boleh klik sini.

Alhamdullilah alhamdullilah..sebenarnya memang berharap sangat untuk dapat beli rumah di KL. Memandangkan rumah sy yg pertama terletak di Melaka, so sy kena kuburkan sahaja utk duduk sana buat masa ini. Maka, harapan sy bukan lah angan2 kosong. Memang tercapai sudah cita2. 

PERMOHONAN DILULUSKAN!!!!

Dari status LAYAK DIPROSES ke TAWARAN UNIT. 
Actually memang lah kami tertunggu2. Boleh kira memang banyak kali asyik tengok web RUMAWIP aje. Last2 husband sendiri yg beritahu yg status dekat webpage dah bertukar ke tawaran unit! 

Dan2 terus kami cek email. Dan ya! Memang ada email mengatakan kami berjaya ditawarkan unit dan layak untuk proses cabut undi. Alhamdulilah. 
So bila da dapat email mcm ni, kami kena lah buat pengesahan samada untuk terima tawaran atau tidak. So esoknya juga sy call pemaju. Dan yg paling mengejutkan, dia suruh kami datang untuk cabut undi minggu tu jugak! Awalnya!

Dan jangan salah faham ye. Proses cabut undi dia bukanlah macam proses cabut undi rumah rumah PRIMA dimana semua orang akan dikumpulkan dalam 1 masa dan buat proses cabutan undi. Proses cabut undi sy ni di sales gallery. Ambil masa dalam 15 minit aje. hihi

So sy ceritakan proses macam mana cabutan undi dibuat. Sebelum datang ke sales gallery untuk cabut undi, sy kena bawakan salinan IC, surat tawaran cabutan undi & resit pendaftaran (booking fee). Bila sampai sana, macam biasa kena daftar tulis nama dulu dan terus proceed ke tempat cabutan undi. Sebeum tu, PIC tengok dan semak dokumen berkaitan. Lepas ok, dia terus cari2 file kami & terus suruh kami cabut undi. 

Kali ni bukan sy, bukan husband yg cabut undi. Tapi anak kami. Hihihi. Mana tau tuah ada di tangan anak kecil kami. Dan alhamdulilah. Dalam diam, termakbul jugak impian sy. hihi. Sebenarnya sy mengimpikan rumah di aras tinggi dan bukannya bawah. Biar angin senang masuk. Hihi. Kami dapat tingkat 26. Total ada 43 tingkat. So rumah kami tengah2. Alhamdulilah sgt. 

Sempat lagi kami bergambar. Nasib baik PIC tahu apa dalam hati sy. Dia siap offer "nak tangkap gambar?" Sy terus lah "NAK" hahaha. 
Ini lah hasil tangkapan..Agak memuaskan. haha. 
Oklah apa proses selepas cabut undi? Kami akan disuruh sign S&P. Cuma bukanlah dalam proses terdekat. Yela sebab ramaikan nak proses so kena tunggulah. Memandangkan loan atas nama suami, so kami decided untuk meletakkan nama suami sahaja dalam S&P. Bukan tak boleh letak berdua. Boleh. Cuma nanti, kalau dua2 nama dah ada di S&P Rumawip, maka kami dah tak boleh apply rumah RUMAWIP yg lain. 

Sekarang kami dalam proses menunggu call dari pemaju untuk proses sign S&P. Bila dah sign baru husband akan proceed untuk apply loan government. Proses org kerja goverment ni lain. Kalau kita kerja biasa, biasanya kena apply loan dulu kan. Baru sign S&P. Tapi bukan untuk pekerja government. 

Rumah ni akan siap dalam masa 3 tahun atau 4 tahun macam tu. So kami kena kerja keras untuk menyimpan. Moga urusan dipermudahkan. Doakan kami!!!

4 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. Sis, masa pergi cabut undi tu, ada kena buat apa2 payment tak?

    ReplyDelete