Thursday 10 September 2015

Home Made Puree Untuk Baby 6-8 Bulan

Kali ni nak ajar cara buat puree pulak. Dulu gigih sangat belajar buat puree ni dari google. Hari2 google masa pergi dan balik kerja dalam LRT. Anak punya pasal kan. Nak dijadikan cerita, seawal nya sy agak excited dan memang agak excited untuk mulakan pemakanan semi solid food untuk Aqil, tapi bila fikirkan balik eczema dia, sy jadik gentar sikit takut Aqil alergik dekat certain2 food. Tapi alhamdulilah, setakat ni Aqil dah 7 bulan lebih segala apa yg sy bagi pada dia, semua dapat diterima baik tanpa sebarang kesan alergik. ALHAMDULILAH.
Tadaaaaa!!! Sy beli dengan harga RM119 di AEON Big. Cukup lah sebagai permulaan  untuk belajar cara buat puree untuk Aqil. 
Blender ni memang comel. Kecik ringan, Tak perlu dah sy beli bledner yg mahal2. Mula2 memang nak beli yg terbaik tapi bersedia lah dengan harga dia kan. Mahal. So sy mampu beli yg ni sahaja yet still berguna. Sangat halus puree sy bila blender.
Antara barang yg diperlukan untuk buat puree dan untuk bg Aqil makan, Tapi, penapis tu tak guna pun ye. Sebab puree yg dah diblend memang dah halus sangat. So sy beli je. Tak pernah langsung guna untuk tapis puree yg dah di blend. 

Dulu masa bagi Aqil makan buat pertama kali, sy mulakan pada umur nya lagi seminggu nak masuk 6 bulan. Sy yakin yg perut dia dah bersedia untuk menerima makanan. So bermula lah aktivit sy memuri buah dan sayuran untuk Aqil. Guess what? The activity is so exciting! Yet it will become the best weekend activity for me. Bagi Aqil makan puree dulu, sy applykan 3-4 days rules. Nak atau tidak sy kena apply takot Aqil show alergic reaction. Dalam 2 minggu pertama sy berikan Aqil puree buah sahaja diikuti dengan puree sayur. Sy berikan buah betik dulu. Buah2 masam setakat ni sy masih tak berani nak bagi atas nasihat Doc kulit dia. Doc kata, untuk eczema kena avoid makan buah yg masam. Mangga walaupun manis tapi dia berasal dari keluarga yg masam. Same goes to strawberry. Tunggu Aqil 8-9 bulan nanti. 

So untuk setiap puree buah dan sayur yg sy bagi ni, memang sy akan applykan 3-4 days rules. Antara yg sy dah bagi pada Aqil adalah :-

Puree Buah
Betik
Peach
Apple Fuji
Pear
Lai
Honeydew
Pisang

Puree Sayur
Avocado
Brokoli
Carrot
Keledek Ungu
Labu
Kurma
Kentang (kalau tak bagi bubur nasi, sy gantikan dengan kentang)
Ni selepas sy blend kan puree ni. Sy masukkan dalam bekas ice cube untuk frozen kan. Sebelah tu adalah beras perang kisar. Cara sy buat puree buah dan sayur sy akan basuh, buang kulit dan potong kecil2 buah dan sayur. Sy memilih untuk kukus di atas api gas berbanding merebus. Agak2 dah lembut baru sy akan blend di campur dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat puree tu. Bila dah blend, sy akan asing2 kan macam dalam gambar di atas. 
Sebab bekas untuk letak puree frozen limited, sy pakai bekas ice cube ni shj. Just nice saiz dia bila da keras. 
Disebabkan bekas ice cube ni tak ada penutup, so sy akan balut dengan plastik macam ni dan baru frozen kan. Ni untuk pastikan kebersihan tetap terjaga.
Sy juga ada bekas2 kecil tu. Sy prefer letak puree buah dalam bekas tu. Sy selalu buat banyak jenis puree satu masa so that sy tak terlalu penat tiap2 hari nak buat puree, Boleh kata dalam peti ais, dah penuh dengan puree. Bila puree ni semua dah keras, sy akan transfer kan ke dalam plastik.
Ni dalam plastik kecil. Sekarang sy simpan dalam bekas plastik yg besar sebab sy buat sekali banyak. 
Bila setiap kali nak bagi Aqil makan, sy akan panaskan dalam warmer Little Bean ni. Menyenangkan, 
Ni adalah contoh portion yg Aqil makan setiap hari, Since Aqil dah pass semua puree buah dan sayur, sy dah campurkan setiap puree ni setiap kali makan. 3 bekas ni adalah utk 3 kali Aqil makan. Yang bekas ada 4 kiub ni adalah puree buah untuk Aqil makan ms lunch. Untuk lagi 2 bekas tu makan untuk pagi dan petang. Untuk bekas pagi dan petang sy akan bekal kan bersama blend oat dan blend nasi atau kentang. 
So setiap portion nya adalah macam ni lah. Bubur nasi dan puree sayur keledek ungu. Selalunya kalau portion begini, Aqil akan makan less than 30 minutes habis licin. Sy tak berapa yakin untuk up kan lagi kuantiti makanan Aqil setakat ini sebab kalau disukat sekali makan portion macam ni, adalah dalam 4 oz. Tunggu la dalam 8 bulan, mungkin sy akan upkan kuantiti makan Aqil. Oh ye, sy masih tak mula berikan ikan atau ayam untuk Aqil sebab ikan sy akan mulakan masa 10 bulan. Ayam mungkin sy akan mulakan dengan ayam organik. Oh ye ikan bilis pun masih pending lagi untuk diberi. 

Tunggu Aqil besar sikit baru berani explore makanan2 lain sikit demi sikit. Moga Aqil membesar dengan sihat makan air tangan mama dia!

19 comments:

  1. Salam sis..
    boleh ke kita campur plain brown rice/rolled oat dan puree yg dah di frozen? maksud saya masak sekali lagi atas api utk campurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..

      cuma kalau macam ni nanti rasa tu akan sebati. Sy selalu asingkan untuk bg anak rasa apa dia makan tu.

      Delete
  2. Waaaa...bestnya. terima kasih utk info yg brmanfaat. Bekas ice cube tu beli kt mn byk2...

    ReplyDelete
  3. salam sis, plastic tu beli di mana? BPA free?

    ReplyDelete
  4. thanks for info.. bulan depan anak saya 6 bulan. Dia ada eczema. takut pulak if dia allergik. now baru tau kena elakkan masam2.

    ReplyDelete
  5. thanks for info.. bulan depan anak saya 6 bulan. Dia ada eczema. takut pulak if dia allergik. now baru tau kena elakkan masam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp by the time anak mmbesar dah boleh intro sikit2 yg masam

      Delete
  6. Salam sis. Nak tanya, frozen avocado tu bila nak defrost kan, mmg akan colour mcm brownish sikit eh? Ke mcm mana eh? Anak sy baru nak start makan, but sy musykil dgn colour brownish tu. Boleh terus makan ke? Or mcm mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..utk avocado ramai yg salah pilih tau.

      avocado yg dah masak kulit dia mesti warna coklat hitam...

      avocado yg warna hijau tu belom masak lg...

      so next time jangna tsalah pilih. so menjawab pertanyaan awk, its normal. sebab avocado yg dah masak memamg gtu la kaler dalam dia. sikit coklat and hijau

      Delete
    2. ok..utk avocado ramai yg salah pilih tau.

      avocado yg dah masak kulit dia mesti warna coklat hitam...

      avocado yg warna hijau tu belom masak lg...

      so next time jangna tsalah pilih. so menjawab pertanyaan awk, its normal. sebab avocado yg dah masak memamg gtu la kaler dalam dia. sikit coklat and hijau

      Delete
  7. Assalamualaikum, sis nak tanye..kalau kite masak sayur dgn nasi asing2 kan lepas tu bile keraskan and nak bagi anak makan, kite boleh jer campur kan, betul kan? sbb nampak sis asing2 kan bile nak bagi baby makan

    ReplyDelete
  8. Salam sis. Nk tnya masa bila boleh mix ye. Nk mix tu sayur + sayur ke buah + buah ke sayur + buah?

    ReplyDelete
  9. nak tnye..kalo kite buat puree epal an..x masam ke klo kite buat frozen bagi kat pengasuh

    ReplyDelete
  10. contoh kalau campor brokoli sekali kentang then buat frozen boleh ke?

    ReplyDelete