Thursday 10 September 2015

Tips & Amalan Saya untuk Pregnant

Senang sangat ke pregnant ni? Semudah basuh dan sidai baju? Lepas cuci, spin, angkat, capai hanger dan sidai? Siapa kata senang? Even lepas sidai baju pun, kena tunggu matahari naik, baju kering, dah kering angkat pulak lepas tu kena lipat. Itu kalau tak hujan. Kalau hujan kena berlari angkat jemuran. Kalau baju dah kena tempias, kena basuh balik and proses yg sama kena tempuh balik. Sigh! 

So sama lah dengan pregnant ni. Mana ada jalan pintas. I wonder how it feel kalau bunting pelamin. Tup2 lepas kahwin 1/2/3 bulan dah pregnant. Rezeki Allah SWT nak bagi kan. Tapi korang yg ditakdirkan lewat pregnant, bukan bermaksud Allah swt tak nak bagi rezeki anak,tapi ingat BELUM MASA NYA LAGI. BELOM. Tapi semua nya ada pro & cons. Kan?

Hidup berdua sebelum ada nya anak sangat best. Sy pernah melaluinya. Anda2 yg baca ni pun sedang melaluinya kan? Mesti ada macam2 cara yg dibuat untuk pregnant kan. Biar sy share tips2 yg sy jumpa dan mana2 yg sy pernah amalkan. Mana tau boleh try!
Makanan Sunnah
Ok, dulu pernah makan kurma tapi bukan setiap hari. Habbatusauda? Langsung tak pernah sebab tak kenal pun apa benda alah tu. Haha. Susu? Ada minum tapi hangat2 taik ayam. Madu? rasa nya tak pernah. huhu. Jangan tiru saya ye. Padahal makanan sunnah ni lah yg paling terbaik.
Kitaran Haid
Kalau pergi google kan, mesti google cakap hari subur adalah pada hari ke 14. Kan? Dulu gigih tau BD (body dancing), within this date. Ni semua time tengah tak ada ilmu. Sebenarnya hari subur kita hari keberapa adalah berdasarkan cycle period kita setiap bulan. Contoh mcm sy, selalu cycle period (dari period ke nak period balik) dalam 35 hari. Maksud nya boleh kata period tak normal. If normal tu org kata dalam 28 hari cam gitu. So, bila cycle period dalam 35 hari, hari subur sy selalu jatuh antara hari 18-25 hari macam tu. So antara tarikh2 macam ni, sy akan start guna OPK dengan gigih nya. Celup dan celup dan celup. 


Petua Susu Kambing
Ok yang ni pernah buat. Sy amalkan setiap hari. Padahal bila google balik lepas tu baru tahu rupanya kena buat sekali je dalam seumur hidup. (Bab seumur hidup ni google yg beritahu. Betul ke tak tu sy tak pasti). Bukan setakat bancuh kurma dengan susu kambing, percaya atau tak sy pernah minum air daun bunga raya ek utk try preggy. Yaks! Bila ingat2 balik jadik tak lalu. Tapi nak pregnant punya pasal kan. huhu. Tapi sy minum air daun bunga raya tu bukan la main minum je. Sy dapat tau dari Ratuhati dan ada yg cuba cara tu dengan izin Allah SWT pregnant pulak. So air daun bunga raya tak sesuai untuk saya. Hehe. Eh tapi korang tahu tak, makan daun inai boleh buat muka berseri2 tau. Sy pernah makan daun inai tau! (** takde kena mengena tiba2..hihi**)
Pemakanan & Diet
Dulu pernah diet ke tak ek? Tinggi sy 160cm berat time tu memang OVER pun. haha. Tapi tak nampak gemuk sebab sy tinggi. Nak kata diet tu tak pernah rasanya. Sy makan je apa yg ada depan mata. Asal kenyang dah
Elakkan Tekanan
Haaaaaaaa...ni susah! Susah sangat. Bila fikir balik kan dulu sy bukan lah seorang yg pandai mengawal tekanan. Lagi2 dulu sy ber BBT setiap bulan. Masa mula2 sy belajar menentukan masa subur melalui kaedah BBT, sy sangat stress! Sesiapa yg buat BBT ni mesti faham apa yg sy rasa. Ada yg give up ye buat BBT ni. Sy pernah sekali stop buat sebab dah terlalu stress! Sy keep counting dan merenung, meneliti, meyelidik dan study graf BBT sy ye! Lepas tu buat andaian bulan ni graf akan naik ke tak lepas 2WW. Tapi, sy tak putus asa. Sy tahu sy bukan macam orang lain yg ada period yg tetap. So nak tak nak sy terpaksa dan perlu bergantung harap pada BBT. Disebabkan ini, sy continue untuk ber BBT setiap bulan sampai lah satu masa sy dapat graf BBT yg menunjukkan sy pregnant. Alhamdulilah. The best moment i ever had. Wish u guys akan dpt rasa perkara yg sama. AMIN. So apa sy buat utk elakkan stress ni? Benda tu datang naturally. REDHA adalah perkara yg paling penting. Sungguh! Sy dan mungkin awak pernah melalui saat putus harap. Setiap bulan sy berani kan diri celup UPT ye kawan2. Tak kisah la period tak lewat lg ke, lg 1 minggu nak due ke ape ke. Sy celup jugak. Sambil celup sambil cangkung tengok line tu ada 2 ke tak. And selalu husband tak akan tahu apa yg sy buat tapi mesti akan terkantoi sebab ade ke patut dia boleh ternampak UPT yg sy buang tu dalam tong sampah. haha. So..bila korang dah redha tu kan automatic korang dah tak rasa stress dah. Just go with the flow.
Doa Ibu Bapa
Sy ni pemalu. Pemalu kat ibu sendiri. Malu nak minta ibu doa kan utk sy preggy. Tapi sy pernah minta tolong ibu doa kan sy preggy secara bergurau. Bergurau sebab sebenarnya tak nak sedih. Sebab benda yg sensitif ni boleh buat sy nangis. Lagi satu, bukan setakat ibu je. Sy pernah buat bermacam cara untuk lekat preggy. Kalau dalam LRT tu ada org preggy, bila dia keluar tren, sy akan sit dekat tempat dia duduk dengan harapan sy pun akan preggy satu hari nanti. Sampai macam tu sekali kan. Dalam masa yg sama, sy doa kan agar dipermudahkan segala urusan ibu mengandung tu + moga Allah makbulkan doa sy supaya sy pun akan merasa pengalaman yg sama.
Makanan Tambahan
Shatavari, EPO, Acid Folic, Shaklee semua dah try, End up cycle period lagi teruk dan ke laut pergi nya. So supplement terakhir yg sy makan adalah Shaklee dan lepas tu sy stop segala supplement dan hanya depends pada ubat doc sahaja iaitu clomid dan pada masa yg sama consume air lemon sahaja. Memang lah kan orang cakap makan itu makan ini baik utk period la bla bla bla and akan banyak la testimoni kata dah berjaya preggy bla bla bla tapi satu je kena ingat sebab badan setiap orang adalah berbeza, Apa yg berjaya pada dia mungkin tak berjaya pada kita. Jangan bila orang nak makan awak pun nak makan last2 period tah kemana cycle nya. Nak back to normal the period cycle seriously punya la payah.

Lagi satu kan nasihat sy, pergi lah jumpa Doctor. Sila jumpa Doctor. Sekarang ni hospital atau klinik dah terima dah kes untuk yg kahwin baru 1 tahun. Sebab sy pernah dengar orang cakap kes 5 tahun kahwin tak dapat anak baru hospital akan terima. Tidak kah terlalu lama. Baik dalam usia yg muda ni start buat rawatan. Tak payah malu. Dulu pun sy start buat rawatan bila dah setahun kahwin. Sy study dekat web RatuHati dan ambil info dari situ. Malu tak? Nak cakap apa dengan Doctor nanti? Cakap benda yg betul lah. Tak perlu berselindung. Kes sy ni, period tak tetap. Kadang datang kadang tidak. So nanti Doctor akan mulakan rawatan dari asas. Sy masih ingat lagi, dulu sy heret husband sy. Awal2 jumpa Doc, laki bini kena cek ok. Tapi selebih rawatan sy lah yg selalu kena cek. Apa2 pun bersyukur sebab husband tak pernak menolak proposal masa sy utarakan yg nak mulakan rawatan kesuburan malah dia ok masa buat sperm test segala. Biarlah kita mula kan semua ni pada usia yg muda. Jangan tangguh. Dulu masa di MAC, HUKM (tempat rawatan untuk kes kesuburan), rata2 yg ada dalam tu adalah semua nya yg dah berumur. Boleh sy katakan sy dan suami lah yg paling muda. Buat rawatan pada usia 27 tahun. Kami tak kisah pun dengan pandangan orang sebab kami mempunyai misi dan masalah yg sama. Tapi sangat bersyukur sebab diberi kesedaran untuk memulakan rawatan awal dari terlewat.

Kawan-kawan semua yg masih mencuba dan berusaha, selain daripada amal kan perkara2 di atas, ini adalah yg paling penting.
Doa
Dulu, kerap sangat sy menangis. Menangis dan menangis. Bila ada perselisihan faham, sy akan menyalahkan diri sendiri sebagai punca. Dan sy akan menangis sepuas hati dan sekuat mana yg boleh. Sy lepas kan semua nya. Tak payah cakap la...tak kira tempat sy nangis. Dalam bilik, dalam bilik air, dekat dapur. Semua tempat! Tapi sy nangis masa suami sy tak ada. Sy tak suka dia melihat dan merasa apa yg sy rasa. Kadang-kadang memang kita rasa putus asa, tapi kita ni sebenarnya tak boleh putus asa. Kalau putus harap, nanti tak akan ada hasil. Mahu atau tidak, terpaksa atau rela, kita kena teruskan apa yg kita harus teruskan.

Kawan2 yg disayangi, jangan cepat putus harap. Jangan cepat lelah. Kalau kita rasa kita ketinggalan, masih ada lagi yg jauh tertinggal dari kita. Masih ada yg lagi rumit keadaan nya. Usaha lah selagi mana kita mampu. Sesungguh nya pasti akan ada kemanisan dari sebuah pahitnya pengalaman. Insha Allah. AMIN

1 comment: