Tuesday, 13 October 2015

Natural Remedies - Untuk Anak Demam

Ahad. 2.30 petang. Aqil demam secara tiba-tiba dan suhu badan naik tinggi. Sebelum ni sy memang study sikit2 berkenaan natural remedies. Apa patut buat bila anak demam dan selsema. Di ikutkan, ini adalah kali ke 2 sy menggunakan cara natural untuk sembuhkan Aqil. 

Apa saya buat? Jom baca!
1. Sy sediakan air mandi untuk Aqil. Sy mandi kan Aqil dengan air suam. Air suam ni sy campurkan dengan lemon. Sy hiris-hiris lemon ni, perah dan biarkan lemon tu dalam tab. Sy biarkan Aqil mandi dan berendam dalam tab lebih kurang 10 minit. 
2. Air mandian Aqil, sy campurkan juga dengan epsom salts. Epsom salt ni sy beli dekat farmasi less than RM20. Epsom salts ni memang banyak sangat kebaikan dia. Mula nya epsom salts ni sy belikan masa Aqil kena eczema dulu. Selain digunakan untuk eczema, boleh juga guna untuk mandian masa baby demam. 
Tengok tu, budak demam berendam dalam tab mandi. Sayang dia.
3. Lepas mandi, sy biarkan Aqil tak berbaju. Atau pakaikan Aqil dengan baju nipis je. Ni untuk memastikan suhu panas dalam badan dapat dilepaskan ke udara. Kalau orang dewasa demam, kena selubung. Tapi kalau baby yg demam, kena pakai bj nipis.
4. Bila Aqil bangun, sy jerlum kepala Aqil dengan air lemon lagi. Sy memang jerlum kepala Aqil sekerap mungkin. Rambut Aqil tak sempat kering, sy jerlum semula kepala dia untuk pastikan basah. Selain tu, sy lap kan badan Aqil juga terutamanya dekat pelipat macam ketiak dia. Boleh kata air lemon ni memang ada tepi Aqil SETIAP MASA. 
5. Bila Aqil tidur, sy pakai Aqil dengan lemon socks. Sy hiris lemon sebesar tapak kaki Aqil, dan masuk kan dalam stokin. Bila malam pula, sy rendam stokin dalam air lemon sampai basah dan sarungkan dekat kaki Aqil. Bila kering je, sy akan rendam balik dan pakai kan pada Aqil. 
6. Sy bagi Aqil makan Olivenol plus. Sy campurkan dalam susu dia setiap hari. Bila Aqil deman, sy up kan dose ke 1.0ml. Kalau normal sy bagi 0.5ml je sehari. Olivenol plus ni utk up kan imun Aqil. 
7. Sy hiriskan bawang merah dan letak dekat area Aqil tidur. Bawang merah ni bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Dia boleh menyerap segala virus dan bakteria. Siang dan malam sy letak kan bawang merah. Bila keesokkan hari, sy buang dan gantikan dengan yg baru. 

Suhu Aqil naik jam 2.30 petang. Dari 2.30 petang sampai petang, sy usaha jerlum kepala dia dan monitor suhu setiap masa. Pukul 7 malam, suhu Aqil dah kembali normal. Even dah normal sy tetap monitor suhu dia dan jerlum kepala Aqil tak putus-putus. Dah lega dah sy..tapi bila malam dalam pukul 4 pagi, badan Aqil panas balik, sy bangun dan jerlum semula kepala Aqil setiap masa. Dalam pukul 6 suhu dah turun. Alhamdulilah.

Since sy minta tolong ibu sendiri untuk jaga kan Aqil, sy dah beritahu utk jerlumkan kepala dan mandikan Aqil dengan air lemon. Ibu ada juga jerlumkan kepala Aqil dengan air asam jawa as another optional. Overall, Aqil masa untuk betul-betul sembuh dari demam dalam 3 hari. Itu pun suhu badan Aqil on off dan boleh sy cakap kan suhu badan memang akan turun sejurus shj dijerlumkan sekerap mungkin. Cuma kita sebagai ibu, kena berkorban masa tenaga sikit lah. 

Yang best nya tak payah bagi Aqil makan ubat!

1 comment:

  1. Good sharing, for healthy purpose, Olive is highly regarded for its magical healing powers and is a superfood. A supplement product - OLIVENOL LIVIN is ready with strong antioxidant and offers multi biophenols protection for healthy and radiant skin. Clinical studies have identified unique anti-inflammatory properties in OLIVENOL LIVIN, making it effective in reducing inflammation. Read more at:
    http://kidbuxblog.com/superfood-results-in-radiant-skin/

    ReplyDelete