Sunday, 29 December 2013

Air Zam Zam - Grab the Khasiat!

Assalammualaikum !!!

Dulu tak pernah terfikir untuk beli air zam-zam hanya dengan menekan keyboard. Imagine that! Since ber TTC ni, rasa nya memiliki air zam-zam adalah satu rahmat dari Allah swt. Alhamdullilah ~

Nampak? 10 liter air zam-zam beli dengan RM100. Ermm i have no idea samada mahal atau tidak. Tapi bought that untuk niat yg baik. Dan rasanya tak perlu berkira untuk beli air zam-zam yg penuh dengan 1001 kebaikan ni. Datang nya pun dari jauh. Moga Allah swt permudahkan dan memberi berkat atas niat diri ini. AMIN

Bila dah beli air zam-zam, kena belajar macam mana cara yg betul untuk minum. Bukan main redah je. Main teguk je sesuka hati. Moga kita dapat amalkan yg baik dalam kehidupan.

ADAB KETIKA MINUM AIR ZAM-ZAM

- Menghadap kiblat -
- Bismillah sebelum minum -
- Minum dengan niat yg ikhlas tanpa paksaan -
-Minum sebanyak 3 kali diselangi dgn bernafas di luar bekas minuman, dan teguk semula-
- Pandang ke arah kiblat ketika meneguk air zam-zam -
- Ucap kan Alhamdullilah selepas minum -
- Berdoa mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat / hajat ketika minum -


SEBAHAGIAN KHASIAT AIR ZAM-ZAM MENURUT IMAM AL-TIRMIZI 

- Jika dia minum utk kenyang, maka Allah swt akan mengenyangkan nya -
- Jika dia minum utk minuman, maka Allah swt akan memberi minuman -
- Jika dia minum utk sembuh dari penyakit, maka Allah swt akan menyembuhkan -
- Jika dia minum utk mengkaya kan hati, maka Allah swt akan mengkayakan-
-Jika dia minum utk hajat nya, maka Allah swt akan mengabulkan-
- Jika dia minum kerana akhlak yg buruk, maka Allah swt akan mengelokkan -


For kawan-kawan yg rasa nak dapat kan air zam-zam ni, rasa nya boleh lah ke Facebook Page ini. Insan-insan yg mengendalikan jual beli adalah ustaz-ustaz. Ada wakil di setiap kawasan terdekat.

Moga dengan usaha ku ini di berkati Allah swt & moga dengan kehadiran tahun 2014 akan membawa sejuta kemanisan dan lebih kegembiraan untuk kita semua. Insha Allah. AMIN!

Sunday, 22 December 2013

Supplement ~ Body Experiment

Setiap bulan adalah bulan eksperimen ke atas diri sendiri. Kesian body. Apalah nasib kan.
Dari mula serius untuk ber TTC, dah bemacam supplements yg ditelan. Setiap 2 bulan pasti ada supplement baru yg aku beli dengan hanya 1 harapan.


Masuk kali ni, dah kali ke 14 aku berusaha dan terus berusaha. Dan selama 14 kali ni juga lah da berbaldi air mata aku bazirkan, emosi aku calarkan, hati aku remukkan dan paling sedih dah masuk kali ke 14 aku berikan harapan palsu pada suami. 

Tengok jela graf BBT kali ni, dah menunjukkan tanda Miss P nak jengah. Tapi dalam sedih-sedih masih ada kegembiraan dan perasaan syukur sebab cycle aku dah behave elok. Terima kasih Allah. 

Sebagai persediaan, cycle bulan depan ini lah bahan ujikaji pada badan sendiri. Zinc complex tu untuk suami. GLA & Alfafa is mine. Mungkin aku agak terlambat. Mungkin laa...sebab org ramai dah berpusu-pusu beli produk ni dari dulu lagi dan yg best dengan izin Allah dah pregnant pun. Bukan apa, dulu dalam kepala ni selalu set produk shaklee ni mahal. Rupanya sangat affordable!! Beratus-ratus kapsul pulak tu dalam 1 botol.

Mungkin ini lah last supplement yg aku telan. In shaa Allah berjanji pada diri, aku akan amalkan secara konsisten. No more malas-malas and hangat taik ayam. Tapi kalau supplement ni betul-betul dapat serasi dengan badan la. Yup!! badan aku ni manja. Sensitif. Susah benda baru nak masuk sebab nanti mula la cycle haywire kat situ.


"Sorry my dear Shatavari Himalaya, kakak stop makan kamu. Sebab kakak nk cuba makan shaklee pulak. Kakak dah penat la telan benda-benda ni. Tapi perut masih kosong. Kakak harap, teman pengganti kamu, GLA & Alfafa Shaklee dapat bantu kakak produce follicle yg banyak dan cantik dan paling penting dalam perut kakak ada baby. AMINNN!"

Tengok la cycle depan macam mana. Harap dengan conceive natural without clomid dapat cantikkan graf dan suhu akan kekal mantain tinggi sehingga melahirkan.

Tuesday, 10 December 2013

Clomid 100mg = Still Failed!

Aku tak tahu la samada aku kuat atau tak sebenarnya untuk hadap semua ni. Yes, saat aku menaip emosi aku tak tenang. Dah 2 malam aku tak dapat tidur lena. Mana silapnya?

Memang aku sengaja larger kan image kat atas. Cuba tengok dekat CD18 tu. Aku sendiri terkejut aku ada follicle yg duper besar gedabak! Memang kali ni aku tersangat2 hepi. Hari yg sama juga nurse bagi suntikan Ovidrel. Rasanya method "Law of Attraction" yg aku amalkan masa cycle ni memang membuahkan hasil!

Tapi... dah puas aku menjaga emosi dan hati, last2 aku period jugak. Tak tahu la apa perasaan time tu. Sedih ada, kecewa ada. Kalau boleh aku jerit dah lama aku buat. Kadang-kadang aku tertanya tanya, aku sebenarnya boleh mengandung atau tak sebenarnya?. Orang lain senang je nak mengandung, nak beranak ada tu tak habis pantang dah mengandung lagi. Paling parah baru je kahwin dah dapat double line. Aku tensen! Memang org selalu cakap kne positif, kne positif....tapi yg tak mengalami tu tahu ke macam mana sukarnya aku nk menipu diri untuk sentiasa tersenyum? Senyum dalam kepahitan. Memang wonderful.

Sekali lagi aku larger kan image kat atas. Kali ni clomid 100mg yg kedua pula aku telan. Nurse tanya kenapa tak datang scan awal (aku rs dia ingat aku dah terlepas waktu subur). Padahal aku lebih memahami badan aku sendiri. Pernah ke aku dapat waktu subur antara hari ke 14-16? Tak pun. Hasilnya CD17, tu la saiz follicle. Suntikan Ovidrel lagi nurse bagi. Soalan pertama yg keluar dalam otak fikiran, kenapa tak besar mcm cycle lepas? Frust kat situ. Aku akui cycle kali ni, aku tak se happy dan positif mcm cycle sebelum ni. Law of Attraction pun entah ke mana. Shatavari pun aku tak telan. Sebab? AKU FED UP! Aku rasa macam sia-sia je semua ni. Buang masa aku, buang duit aku. (Maafkan aku sebab yes aku mengalami saat yg begitu sukar sekarang)

Aku salute dan tunduk hormat sebenarnya pada kawan-kawan senasib. Dan aku lagi tabik bila dorang dah berjaya melalui benda yg lebih sukar dari yg aku alami. Aku tak jumpa kekuatan untuk bertahan. Sukar kan nk tengok entri2 aku yg berbau frust and negative mcm ni. Selalunya aku akan share knowledge dan info. Tapi kali ni aku tak boleh tahan. Dengan harapan aku dapat kekuatan dan semangat dari kawan-kawan senasib.

Cycle kedua 100mg, ada 2 follicle yg pada aku cantik la saiz nya (aku sdri tak tahu sbnye berapa saiz follicle yg bagus). Harap ada rezeki aku kali ni (Again, aku menaip ayat ni dengan perasaan peluang tipis). Malas nak fikir. 

Bila aku jatuh, aku bangun, tapi akhirnya aku jatuh terduduk terus lepas tu. AS USUAL

Monday, 9 December 2013

Dayang Bunting - Aku Datang!!

"Dayang, kali ni kaki aku memijak tempatmu hanya berdua dengan suamiku. Aku berharap, selepas ni aku dapat memijak kaki ku lagi bersama suami dan zuriatku sendiri"

Orang kata kalau pergi Tasik Dayang Bunting, jangan lupa untuk minum sikit air nya kan? Yes, aku cuba .... ralat kalau balik tanpa usaha itu walaupun bukan lah sepenuhnya percaya. 
Aku percaya kehadiran aku di tasik ini di sambut mesra dan riang ria oleh penghuni2 nya. Dengan telatah monyet dan ikan-ikan keli yang berlegar2 di kaki. Ternyata rindu sangat walaupun meninggalkan Langkawi baru 1 minggu.

Misi kali ni, membantu follicle aku untuk membesar dengan jaya + menyeru aura positif untuk diri sendiri. Sememangnya perjalanan aku ke Langkawi selepas 17 tahun tidak menjejakkan kaki sangat menggembirakan.
Orang kata kalau nak seronok, cari hotel yg dekat dengan Pantai Cenang kan? Itu lah yg aku buat. Untuk korang yg terasa nak menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi satu hari nanti, highly recommended untuk stay di Izz Room Motel. Sangat dekat dengan Pantai Cenang, boleh jalan kaki dari motel ni dalam 10 minit. Bersih, ada aircond, ada water heater, tv, sangat selesa, sunyi, siap ada laundry service tau. Paling penting harga sangat berpatutan. Book 2 bilik superior room untuk 4 hari 3 malam baru RM420.
tak sempat nak snap gambar katil


Kalau pergi ke Langkawi, rasa nya biarlah 4H3M. Sebab sekarang dekat Langkawi dah banyak tempat untuk dikunjungi. Island hopping je dah habis separuh hari. Untuk aktiviti ni boleh la book dekat Pak Harun Island Hopping. Satu kepala RM30.


Kalau pergi Langkawi jangan lupa untuk singgah ke Bird Paradise, Galeria Perdana, Cable Car, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam macam-macam lagi lah!
pemandangan dari perigi Mahsuri
"Terima kasih sayang.. sanggup penat driving pergi dan balik utk memenuhi kehendak isterimu. Kita akan ke sini semula dengan baby satu hari nanti. Insha Allah. AMIN"