Monday, 22 January 2018

RUMAWIP - Macam mana nak apply

Familiar dengan logo ni? hihi

Sy dan husband tengah riki2 untuk apply rumah. Dan sekarang ini tengah tengok2 (dah apply pun). RUMAWIP. Susah pula nak cari info dalam google. Tak ramai orang yg share pasal RUMAWIP ni. So memang frust la. Yela, kita ni tengah struggle nak tau info tapi tak jumpa. Rasa-rasa? So since sy ni dah pernah ada pengalaman apply RUMAWIP, so meh la sy share kan apa yg sy tahu. At least boleh lah orang lain buat panduan kan. 

Nak dijadikan cerita, sy (sy + husband), diarahkan untuk keluar dari rumah sewa early Jan 2018. sob sob sob. Tak tahu tau mana nak cari rumah masa tu sebab owner bagi notis sebulan aje. So disebabkan inilah, sy cepat2 apply RUMAWIP secara bersungguh2 ye. Tapi sebelum cerita lebih panjang, meh la sy cerita satu2. Biar padat. hihi

Sebelum ini sy dah apply 2 RUMAWIP yg betul2 dekat dengan rumah sewa sekarang. Yang pasti dekat betul dengan LRT. Jalan kaki boleh sampai. Nama RUMAWIP ni Wirajaya 1 & Wirajaya 2. Dan selepas tu, sy apply pulak RUMAWIP Residensi Hektar. Ketiga2 rumah ni di apply dengan cara berbeza. Jom baca lagi. 

Sebelum apa2, meh la sy cerita satu2. Nak apply RUMAWIP ni kena buat pendaftaran dekat website RUMAWIP. Isikan segala maklumat yg diperlukan. So bila dah ada akaun, boleh lah buat pendaftaran mana2 rumah yg berkenan di hati. Cuma ada kuota ye. Hanya 3 rumah aje yg dibenarkan apply dalam RUMAWIP ni. 

RUMAWIP Wirajaya 1 & 2
Sy klik mohon dalam web dan sediakan dokumen yg diperlukan. Pergi buat akuan sumpah dan hantar kepada pemaju. Kenapa pemaju? Bukan dalam web, dia suruh hantar semua dokumen ke Pejabat DBKL ke? Kawan sy yg advise begini. Dia pernah mohon RUMAWIP di Jalilmas dan dah dapat pun rumah tu. Dia hantar segala dokumen kepada pemaju instead of DBKL besertakan duit booking RM5K ye. 


So dengan nasihat dia ni, sy pun buat lah perkara yg sama. Cuma, sy tak sertakan booking RM5k. My bad..Sebelum hantar, sy call sekali lagi pemaju. (Kita boleh tahu nama pemaju dalam website RUMAWIP. So call la direct untuk tahu lebih lanjut). Dokumen ni semua sy hantar di Sales Gallery pemaju. Bila hantar, mereka akan cek kan segala borang samada kita isi betul atau tak etc. Selalu nya keputusan samada layak untuk dapat atau tidak rumah tu adalah dalam 1 bulan kemudian. Tapi untuk Wirajaya makan berbulan-bulan. (Layak bermaksud belum ambil kira loan lulus atau tak lagi ye)

Sampai lah satu hari, sy dapat satu 1 message daripada pemaju. Jemputan ke pelancaran Wirajaya katanye. Mula2 buat tak tahu aje. Sebab buat apa nk pergi kalau sekadar pelancaran. Tapi tergerak hati forward message tu pada suami. Suami pun call. Katanya, pelancaran tu a.k.a cabut undi cuma nama kami tak tersenarai untuk cabut undi dengan alasan sy pernah beli rumah sebelum ni (padahal rumah yg dibeli tu di Melaka). My bad again sebab tak submit copy S&P pada pemaju masa submit dokumen. So mereka buat assumption yg sy dah pernah beli rumah sebelum ni di kawasan KL. Ermmm..
So kami dalam proses appeal semula selepas suami sy emailkan copy S&P dekat pemaju. (Actually kami bawa je copy S&P masa hantar dokumen, tapi staff kat situ kata tak perlu submit. So tak submit la. huhu. So korang kalau ada copy S&P, bagi ajelah kat pemaju tu.) Sekarang dalam proses menunggu. So cerita Wirajaya 1&2 closed. 

RUMAWIP Residensi Hektar
Yang kali ni sy dengan suami apply bersungguh ye. Sebab? Awal 2018 tahun baru dapat berita gembira kena keluar dari rumah sewa. huhu. Rumah sewa tu baru kami duduk 5 tahun. Yela, sy tak duga seawal ini kena keluar. Sebab selalu mesti dengar orang duduk rumah sewa 10 tahun macam tu. So bila dah kena keluar ni, kami pun fikir2 sewa rumah sekarang makin mahal. RM1k di kawasan sy. So baik beli aje dari menyewa. Beza nya tak banyak pun kan. 

So bermulalah pencarian RUMAWIP yg lain. Mula2 ingat nak apply RUMAWIP Vista. RM300k & yg paling luas i.e 950+sf. Tapi dalam pada masa yg sama, RUMAWIP Hektar tengah dibuka untuk pendaftaran. Tak tahu kenapa & macam mana kami lebih prefer dengan Hektar. So sy pun mula lah cari contact di FB. Siapa contact tu? Agent pemaju HEKTAR tu sendiri lah. Sekali lagi, sy berurusan dengan pemaju terus. 


So dia tetapkan appointment untuk jumpa. Sampai lah kami dekat sales gallery, tengok rumah contoh & duduk berbual pasal loan. 1 perkara yg berbeza dengan Wirajaya, Hektar ada agent mereka sendiri. Fungsi utama adalah untuk tolong percepatkan proses i.e nak tahu loan kami akan lulus atau tak kalau apply dekat bank. Dan of course kena adalah slip gaji etc supaya dia boleh buat pengiraan. 


Hal agent pun 1 benda jugak nak cakap. Masa mula2 jumpa ni, kami buat appointment dengan chinese guy. Dia ceritalah background rumah etc. Sampailah cerita bab loan. Sy cakap kami ingat nak buat join loan tapi sy masalah CCRIS. (sy dah cek dulu). So bila dia dengar sy ada CCRIS, terus dia mcm cepat2 nk close conversation. Tapi dia ada beritahu lah kena setelkan dulu etc etc cuma usahanya utk membantu tu nampak sangat sangat sangat kurang. Boleh nampak lah dia tengah nak cari potential buyer aje instead of melayan kami ni. 
So kami pun balik lah rumah. Tapi sy tak stop setakat tu sahaja je. Lepas cakap2 dengan husband, kami rasa sebenarnya masalah boleh dibawa bincang. So sy pun gigih google lagi nama agent yg lain untuk RUMAWIP yg sama. Sampailah sy berjumpa dengan seorang agent Melayu lelaki ni. Encik Qahhar nama nya. (orangnya sangat membantu. So baik sy promote pada semua). 

So keesokan hari seawal jam 6.30 pagi ye sy wassap dia. Alhamdulilah ada respon. Dan sehari suntuk ye dari 6.30 pagi hingga 6.00 petang sy wassap beliau tak henti. Sy tanya dia SEMUA. SEMUAAAAAAAA...haaa kau. Alhamdulilah sangat2 beliau sangat sangat membantu sy. Dan nak simpulkan cerita, even sy ada masalah CCRIS, kami still je boleh apply under nama suami sy yg kerja di sektor kerajaan. So macam biasa, dia kirakan kelayakan suami, komitmen etc. Dan layak aje untuk mohon sebenarnya. 

Owh ye...untuk HEKTAR ada 2 jenis rumah. 300K & 266K. Kami apply yg RM266k. Memandangkan kelayakan suami hanyalah setakat RM265k macam tu. So mana yg terkurang tu kami akan tambah by cash nanti. Boleh aje nak apply RM300K cuma kena la sediakan 10% deposit iaitu RM30K. So since beza dua jenis rumah ni hanyalah pada balkoni, so kami pun decided untuk apply sahaja yg RM266K. 

Sepanjang sy wassap dengan agent ni, memang semua sy tanya. Mana2 yg tak pasti sy akan tanya on the spot. Pengiraan, cek dokumen semua agent yg uruskan. Alhamdulilah jumpa hamba Allah yg sudi untuk menolong dan ikhlas compared dengan yg sebelum ni. So, since kami dah bersungguh2 untuk apply, maka kami sediakan lah RM5k sebagai booking fees rumah ni. Bila semua dah ada, maka jejak kan lah kaki buat kali ke 2 di sales gallery yg sama. Tak banyak benda pun ditanya sebab semua sy dah tanya dan hadam dalam wassap. So sampai sana, terus dengan isi borang untuk pendaftaran shj. (Bila agent dah kira loan kita boleh proceed, baru dia akan suruh kita buat pendaftaran. Kalau tak, tak boleh daftar). 

Urusan nya bukan lah lama pun. Isi borang, bayar booking fees RM5k dan settle. Oh ye, dokumen lain yg diperlukan i.e akuan sumpah etc pun tetap kena settle & hantar ye. Dah sudah semua, maka baliklah kami dengan penuh harapan dan tanda tanya. Dapat ke tak agak2 ni..huhu. 

Katanya dalam bulan 2 atau 3, ada rezeki boleh sign S&P. Dan bulan 5, cabut undi. Dari kata2 orang pemaju, macam dah confirm dapat aje rumah ni. Tapi tak tahu la. I is neves. Korang doakan kami ada rezeki ye untuk Residensi Hektar ni!

** Meh sy promote agent Hartanah tersebut - Encik Qahhar , 014 318 8706, FB - Mudahnya Miliki Rumah

7 comments:

  1. Sis, dia ad ckp kan, y kena applu bank under mbmsa kn. After tau lulus baru apply loan ye

    ReplyDelete
  2. ye.bank yg urus loan adalah MBSB. tapi kalau tak lepas, dia bg pilihan utk proceed dgn bank islam & ada lg 1 bank lain .

    tp kalau sy dpt, akan pakai loan husband yg bekerja under gomen

    ReplyDelete
  3. Saya pun berurusan dgn qahhar...saya pun apply yg 266k...sekarang tengah tggu loan approval by affin bank...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy apply guna loan husband gov. alhamdulilah br isnin lepas dpt surat tawaran dan cabut undi ahad ni

      Delete
  4. kite pun berjiran nanti yer.. sy dapat Blok E tingkat 30.. loan mbsb da approved n cabut undi 4hb Mac.. tinggal nk sign snp je...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete