Friday 29 July 2016

Meruang & Apa Kebaikannya?

Assalammualaikum WBT

Harini nak cerita pasal meruang. Tak tahu la perkataan meruang ni pernah korang dengar atau tak. Sy tahu pasal meruang ni pun lepas join 1 group dalam Facebook. Rasanya dalam group TTC. Masa tengok step2 buat meruang ni memang seram. Mana tak nya kena masukkan jari and korek2 lagi dalam miss v. Dalam hati terfikir, tak sakit ke apa..

Tapi dalam takut2 tu sebenarnya sy cuba untuk buat jugak dalam toilet. Kadang meruang masa mandi. Kadang meruang lepas buang air kecil. Meruang tanpa guna apa2. Tapi lepas kesedaran pentingnya meruang ni dah meningkat dalam diri sendiri, tambah2 dengan dah ada ilmu pasal produk2 Nona Roguy, so kali ni sy mula meruang dengan 2 produk NR. 

Tapi before sy cerita pasal meruang secara details, meh sy cerita sikit apa masalah terbesar sy sampai sy decide nak buat meruang ni. Dari takut sampai dah jadi rutin. Dan insha Allah akan istiqamah untuk meruang setiap hari.

Dulu sebelum bersalin kan anak pertama, sy ada problem keputihan. Nak kata melampau tak tahu la melampau ke tak. Nak kata selalu keluar dan kena dekat panty liner, kadang2 je. Kejap ada kejap tak ada. Tapi kan, setiap kali bersama, keputihan tu mesti ada dan akan melekat dekat tutut en husband. Yela dah benda alah tu masuk dalam cik kuntum kita kan. Husband siap tegur ok. Dia kata banyak. So bila fikir2 balik keputihan tu macam stuck dekat dalam. Tak nak keluar. 

Lepas tu bila preggy kan Aqil, ada keputihan jugak. Lepas tu kena kencing kotor bagai. Cik kuntum asyik gatal je. Nak kata apa dekat sini? Sebab tak jaga cik kuntum punya pasal lah. Keputihan yg teruk boleh sebabkan gatal. Dah gatal, berbau pulak tu. Euwwwwwww....ni masalah sy dulu ek. Terus terang tak tipu. Tapi nasib baik jugak la sebab keputihan yg sy alami, tak sampai peringkat teruk. Sebab sy pernah baca ada yg ada keputihan sampai dah warna kuning,hijau gtu. Kalau yg biasa pun dah bau busuk, agak2 yg kaler kuning hijau tu bau cmne? Boleh bayangkan tak?
Sebenarnya agak ambil masa lama jugak lah sy nak tersedar & terbangun dari kesilapan, Tu pun nasib baik sekarang tersedar. Kalau buat tak tahu je, memang dah berkulat mulat la kot keputihan kat cik kuntum tu. Patutnya bila lepas bersama, buat meruang. Lepas habis period, buat meruang, Lepas bersalin dan darah nifas dah nak habis, buat meruang. HARI-HARI KENA BUAT MERUANG! Tapi sy tak buat pun..leka je. Buat dek je. Yela kan...cik kuntum tu kat bawah. Tak ada orang nampak, so buat apa nak jaga, Muka ni ha kena jaga. Kena bagi cantik, putih. Tapi sebenarnya SILAP ye. Yang bawah tu kena jaga dulu. (ayat2 lepas ni akan lebih laser..haha)

Tapi kan, sebenarnya sy tahu, ramaiiiiiiiiiiiiii lagi yg ada masalah dengan cik kuntum ni, Bau busuk tu macam dah pasti. Just lumrah lah kita ni perempuan, malu nak sharing cerita2 macam ni. So diri sendiri la yg menghadap. Suami jugak la yg menghadap benda yg sama. Itu pun kalau dapat suami yg concern, dia akan beritahu, Kalau tak concern tak pun jenis menjaga hati, sampai kiamat lah gamaknya dia tak beritahu. Last2 suami sendiri geli dengan kita, Acaner?
agak-agak kalau suami dah terduduk cam gini acaner?
So dari asyik dengan problem macam ni, ada cara tak nak solve kan? Ada. MERUANG lah satu2 nya cara. Meruang ni sebenarnya sangat bagus untuk buang segala kekotoran, keputihan, saki baki period/nifas & saki baki air mani/mazi. Selalu benda2 yg terperap ni lah yg akan buat cik kuntum bau busuk. Itu sebab kita kena keluarkan. Selain dari tu, meruang ni je la cara untuk merapatkan hubungan suami isteri. Sy ajar step2 by step ok. Baca slow2. Tak faham later boleh tanya.

CARA MERUANG

1. Sebelum meruang, kena pastikan ada benda2 ni. Kuku yg pendek, toilet, 2 barang yg penting iaitu Barra Gel NR & Minyak Berubat Herbanika (MBH). Sebenarnya meruang tanpa 2 benda ni boleh tapi tahap kebersihan dan kesegaran cik kuntum tak terjamin la. Dan kalau tak ada MBH pun tak apa. 
2. Cuci dan bersihkan cik kuntum dengan Barra Gel. Barra Gel ni sy beli online dengan harga RM27 je. Lepas dah cuci bersih, ambil Barra Gel dan letakkan di jari telunjuk tangan kiri. 

3. Cangkung sambil relaxkan otot peha, masukkan jari telunjuk yg dah ada Barra Gel tadi ke dalam cik kuntum. Masuk kan sampai ruas jari yg ketiga. Pusing2 kan jari dan korek segala lendiran yg ada dalam cik kuntum secara slowly dan keluarkan. Nanti korang akan nampak dekat jari ada lendiran2 keputihan etc. Sebenarnya ada banyak style untuk buat meruang macam gambar dekat bawah. Tapi sy prefer mencangkung terus. 

Ada yang tanya masukkan jari sampai ruas ketiga tu macam mana? Macam ni....
Untuk yg dah kahwin, meruang sampai ruas ke tiga. Untuk yg anak dara cukup setakat ruas pertama. 

4. Step berikutnya lepas meruang dengan Barra Gel, cuci dan bilas cik kuntum dengan air biasa. Make sure korang meruang sampai rasa puas hati segala lendiran dah di keluarkan dari cik kuntum. 

5. Lepas dah basuh, untuk memantapkan lagi cik kuntum dan tambah kesegaran, ambil Minyak Berubat Herbanika (MBH) dan letak kan di jari yg sama. Lepas tu meruang sekali lagi macam tadi. Lepas dah meruang, then biarkan aje & boleh lah continue mandi macam biasa. Selalunya lepas meruang dengan MBH ni, cik kuntum akan rasa beranginnnnnnn je kat dalam. Rasa fresh. 

6. Kalau nak penjagaan lebih, lepas mandi tu, tuang sikit MBH dekat panty liner dan pakai macam biasa. Memang korang akan rasa fresh setiap masa.

Itu jela cara buat meruang. Senang ke tak? Ke seram? Kalau yg dah beranak pinak tu kata takut, meh sini nak libas. Benda yg besar dari jari telunjuk tak takut pulak nak masukkan dalam cik kuntum, ni jari sendiri yg besar pensil tu yg disibukkan takut. 

So mana2 yg ada problem cik kuntum selalu gatal2, busuk, keputihan ke apa..sila2 la rajin buat meruang ni. Kalau yg dah kahwin tu, buat lah hari2 meruang ni. Sambil mandi sambil buat. Tak sampai 5 minit pun. Sy tahu benda2 macam ni selalunya still taboo untuk orang bercerita and share secara terbuka sebab malu. Malu takut orang tahu. Malu takut orang gelak. Malu takut org menjaja cerita. Tapi masalah tak selamanya perlu menjadi masalah kan? Kena la selesaikan. So sy dah bg solution untuk problem yg ni. Dah ajar satu2 pun, so kita rajin2 kan lah buat. Jangan kita dok sibuk nak beli produk cantik kan muka, putih muka la apa lah sebab yg pentingnya adalah yg bawah. Bukan atas. 

Tak guna ada muka cantik, tapi sebenarnya berbau. Orang lain mungkin tak tahu. Tapi kita tahu. Suami tahu. 

17 comments:

  1. As salam sis.
    sis sy nak bertanye la. mslh keputihan sis hilang teros ke or ade kadang2 pas sis amal kan meruang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. meruang ni bukan cara utk hilangkan masalah keputihan cuma meruang ni dia mcm mencuci faraj. buang segala kekotoran. keputihan tu masih ada cuma sikit la sebab yg sebelum2 ni punya kita dah keluarkan. just imagine kalau kita tak keluarkan dan perap je dlm miss v kita setiap hari......makin banyak la jadiknye.

      so better meruang utk bersihkan dalaman faraj.

      Delete
  2. As salam sis.
    sis sy nak bertanye la. mslh keputihan sis hilang teros ke or ade kadang2 pas sis amal kan meruang??

    ReplyDelete
  3. Salam sis, kita nk share info about meruang. Tq for info yg sgt bagus.

    ReplyDelete
  4. Saya jarang meruang. Tahu pasal meruang pun selepas kawin. Tapi setiap kali meruang,takde pula keluar lendir atau sebagai nya. Normal ke tu..???

    ReplyDelete
  5. Salam nak tny. Kalau mngndg boleh ke meruang dan pakai dua benda ni? Nnati time dalam pantang macam mana plak ye

    ReplyDelete
  6. Tq sharing... nk try tapi takut ya amat..

    ReplyDelete
  7. Salam, nk tnya sikit..normal ke faraj kita kalau kita ad tersentuh satu daging y bersifat kesat.. xlicin mcm tmpat lain..1st try bt bnda ni..takut plak

    ReplyDelete
  8. Salam, nk tnya sikit..normal ke faraj kita kalau kita ad tersentuh satu daging y bersifat kesat.. xlicin mcm tmpat lain..1st try bt bnda ni..takut plak

    ReplyDelete
  9. Salam..nak tnya..time mengandung bley ke meruang ni?

    ReplyDelete
  10. Kalau masa meruang tu kan, ada mcm dagingbygbkatbtepi tu nk kene tolak ke dalam ke canner? X penah buat sblm2 ni. Tp ade try skali. Mcm ngeri plak. Huhu

    ReplyDelete
  11. de pakar kesihatan ckp meruang (masukkan pncuci dlm faraj) lg membahayakan kesihatan.. keadah ni tk boleh pun atasi keputihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaedah meruang bukan utk mengatasi keputihan tp utk memastikan kotoran bahagian dalam faraj i.e saki baki period nifas keputihan yg terperuk dlm dikeluarkan. setiap perempuan ada keputihan dan ianya mmg tak boleh hilang.

      Delete
  12. jangan meruang please..tak elok untuk kesihatan. boleh rujuk doktor. Keputihan adalah normal selagi mana tak dijangkiti kuman atau penyakit.

    ReplyDelete
  13. Meruang sebenarnya xelok..lagi senang untuk dpt jangkitan dlm faraj..ianya menganggu keseimbangan kelembapan dlm faraj..tolong rujuk doktor sekiranya ada keputihan yang serius

    ReplyDelete