Monday, 15 August 2016

Moogoo, Moogoo, Moogoo & Kulit Eczema Aqil

Sebelum tulis panjang2, share gambar Si Bijak ni dulu. 

Orait, sebelum ni sy ada up entri pasal BUDS dekat sini. Sebenarnya Aqil serasi pakai Buds. Sebab dulu masa Aqil flare up time eczema tengah mengganas, sy pakai Buds ni je dekat kulit dia. Oh ye! Nak bgtau awal2 dekat mak2 semua kalau pakai organic product untuk merawat kulit anak2, jangan mengharapkan perubahan yg superb cepat ye. Kalau krim steroid, yes..sapu harini, esok baik. Tapi not for organic product. The effect will take a some times tapi kulit akan jadi lebih baik dan tak akan lebih teruk compared kalau kita tenyeh steroid cream dekat kulit anak2. 

Nak dijadikan cerita, masa Aqil kena eczema dulu, sy ada borong 2 organic brands which is Buds dan Moogoo. Kenapa sampai 2? Sebab TAMAK dan TAK SABAR nak tengok anak baik. Dan 2 brands ni adalah recommended by kawan2 dalam group eczema. Tak ada brand lain ke selain dari 2 brands ni? Ada memang ada tapi sorry to say, tak boleh dipercayai. Even sampai sekarangkan kalau sy post pasal eczema, sy akan abaikan aje advise2 orang lain yg suggest guna la krim ni..krim tu..bla bla bla...even dorang kata tu product organic segala. 

And me! Kenapa guna and try Moogoo pulak? Macam ni...sebenarnya kan jauhhhhhhhh di sudut hati mak2 ni, ada 1 instict yg Moogoo ni bagus untuk Aqil jugak sebenarnya. Lagipun kan, dekat rumah ada banyak krim Moogoo yg sy borong dulu tak dipakai2. Ok tipu! Bukan lah tak pakai langsung, ada pakai tapi pakai sekejap aje, dan sikit dan tak istiqamah dan tak tahu apa step by step nye. Serius tak tahu!
Cerita yg sebetul2nya macam ni...selain daripada instict mak2 yg kuat cakap Aqil serasi dengan Moogoo ni, ada 1 cerita jugak. Since Aqil ni eczema, sy ni sangat lah berhati2 bila bagi Aqil makan. Haritu sy kenalkan Aqil dengan serbuk bilis & on the same time Aqil start pakai mandian Buds Super Soothing Cleanser. Makin lama sy tengok kulit badan Aqil jadi berbiji-biji. Kering. Kasar. So bila dah jadi macam ni, sy sebagai mak yg prihatin lagi penuh kerisauan mula lah tak senang duduk. Mana silap nya ni. Serbuk bilis atau mandian Buds. Tapi mandian Buds tu macam tak logik pulak, sebab Aqil serasi dengan krim nya. 

So macam biasalah, bila ada persoalan yg berlegar2 di kepala, tangan ni cepatlah tanya kawan2 dalam group eczema. Kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa kenapa dan macam mana nak buat. So feedback yg sy dapat, ada yg suggestkan krim lain (which is of course sy akan ignore), then ada yg cakap try Moogoo, then ada yg cakap mybe serbuk bilis jadi punca. Well memang sy tahu serbuk bilis ni gatal. Terus sy wassap my mom, beritahu untuk stopkan dulu bagi serbuk bilis dekat Aqil. My mom pulak cakap nak sabunkan Aqil dengan sabun Dr Klinik Farhat yg ada lebih dulu. Ok kita proceed dulu dengan sabun untuk elakkan dari merebak. Tapi tak lama. Lepas je dapat recommendation & lepas je buat research pasal Moogoo, balik je rumah terus kembur and bukak kotak ajaib keluarkan krim2 Moogoo. Alhamdulillah lah, semua krim yg disuggest step by step ada dekat rumah cuma nak dekat expired la plak dlm 2/3 bulan lagi! So mama kena istiqamah sapukan dekat Aqil.
Moogoo Milk Wash - RM69.00

Milk wash ni sy beli kemudian untuk gantikan Buds Aqil. Semalam order dekat Lazada, harini dah sampai. Siap wassap tanya my mom ada parcel tak from Poslaju. Semangat sangat kan. Milk wash ni besar and rasanya boleh tahan berbulan-bulan. Mesti ramai yg terbeliak mata cakap mahal kan. Organic product memang mahal sebab will bring you a good result to your skin. Lagipun kan milk wash ni pump sikit je dah boleh apply merata dekat badan. Even i used milk wash as Aqil's shampoo. Bila rambut Aqil kering, lembuttttttttt je rasa. Alahai ~
Irritable Skin Balm (ISB) - RM79

Lepas mandikan Aqil dengan milk wash, sy pakaikan ISB ni dekat Aqil. Actually ramai yg cakap yg ISB ni super magical cream! Very very the super ok. Fungsi utama ISB ni sapu dekat tempat2 yg gatal. Nampak gatal je tenyeh. Anak garu je, tenyeh. ISB ni sy sapukan dekat pelipat Aqil. Lagi2 sekarang ni musim panaskan, so cepatlah leher tengkuk Aqil tu gatal. Tidur malam dah pasang kipas sampai maksimum pun boleh berpeluh2 lagi. Tak faham betul mama. 
Soothing MSM Cream - RM66

Ok, lepas sapukan ISB, sy layerkan dengan MSM. MSM ni boleh sapu kalau tengok kulit anak merah2 tak semena2. Kalau tengok bintik2 jugak boleh sapu. Tapi sy sapu je lepas sapu ISB. This is based on the step recommended by all mother dekat luar sana. Tak payah risau nak sapu banyak ke apa, sebab hujung muncung bottle ni kecik je. So tekan kuat mana pun, keluarnya secoet aje. Even secoet tapi krim dia pekat and boleh apply dekat tempat yg banyak. As for me memang worth it sgt2 krim Moogoo ni. MSM ni jugak kan fungsi dia untuk cepatkan penyembuhan (healing) dekat kulit anak. Yela kadang dah bergaru kan, mesti kulit tu penuh dengan kesan calar balar. Ha so boleh la sapu krim MSM ni.
Full Cream Moisturiser - RM55

Haaa ni nak cerita. Lepas dah sapu2 ISB, MSM, ni adalah krim yg last sekali apply dekat Aqil. Bila sy buat research, ramai suggest Moogoo Udder Cream untuk moistkan kulit anak especially kat tempat2 yg kering tu. Memang ramai yg gunakan Udder Cream. (Korang boleh la google kat sana), tapi as usual being as a mom, research and research lagi. And based on pembacaan, Full Cream ni adalah 2 kali ganda lebih melembabkan kulit compared to Udder Cream. So selamat duit tak payah beli Udder Cream. Just pakai Full Cream aje. Actually Full Cream ni lah yg paling penting for Aqil sebab kes badan dia yg kering berbintik tu kan...lagi pulak Full Cream ni nak expired lg 3 bulan. So mama kena gigih tenyeh2 dan sapu dekat badan Aqil. So far dah guna by using all these 4 steps, nampak perubahan dekat kulit Aqil. Itu pun tak sampai 1 minggu lagi pakai. Harap2 berterusan lah.
Ni pelipat tangan Aqil. Kat sini lah tempat Aqil selalu la bergaru. Ni lagi tengah musim panas, cepat aje naik merah and biji2. So setiap kali lepas mandi, ISB adalah krim paling wajib kena tenyeh dekat sini. So far,nampak ok bila Aqil pakai.
Haaa nampak tak muka Aqil yg tengah merah tu. Panas punya pasal la tu. Bila panas, bergaru. Tu yg naik merah. So sapukan ISB dekat situ. Muka Aqil ni sy sapukan jugak Full Cream kasik moist. Kesannya nampak kulit dia makin memutih qu puteh qu puteh baru la puteh! and flawless.

Sekarang ni dah jadi rutin untuk basahkan badan Aqil sebelum masuk tidur. Aqil ni memang kuat berpeluh. So nak make sure dia selesa, so basahkan sikit badan dia yg melekit2 tu. Macam biasa lah sebelum pakai baju, mama akan solekkan seluruh badan dengan krim2 Moogoo ni. Memang agak lama jugak sebab buat dengan penuh gemalai kan ditambah pulak dengan tak reti diam. Hangen aku. 

So lepas dah nampak perubahan positif ni, terfikir jugak..kenapa dulu masa sapukan ISB dekat kaki Aqil yg gatal, jadi lagi merah ek. Ada jawapan dari mak2 yg lain kata itu mybe healing crisis. Ada logiknya jugak. And sy pulak tak istiqamah time tu. Nampak merah sikit je dah stop and the end terus cakap Moogoo tak serasi dengan Aqil. My bad!!

Harap sangat ok la Aqil pakai Moogoo ni. Sebenarnya kan ralat jugak if compare Moogoo dengan Buds sebenarnya Moogoo lebih banyak kuantitinya. Buds pakai sekejap je dah abes. Kalau compare harga adalah beza dalam RM20 gtu. Mama pun dah nekad nanti masa adik, pakaikan Moogoo jugaklah. Takmo dah pakai brand lain selain dari 2 products ni. Menyesal dah. 
Moogoo ni kan dia banyak sangat products! Boleh cuba pergi dekat Website Moogoo. Dalam ni macam2 products ade. Even mama pun pakai lipbalm Moogoo aje. Murah pun murah jugak. Harga asal RM18.90 tapi mama beli dapat RM14++ aje. 

So mak2, jauhilah steroid, SLS, Paraben segala datok mak nenek tu. Mama dah insaf. Takmo dah buat kesalahan dulu. So mama tak mo mak2 yg lain rasa apa yg mama rasa. So bertukarlah dari sekarang.

CHOOSE ORGANICS!

1 comment:

  1. Salam..puan nak tanya, since aqil ekzema,puan still continue vaccine or hold dulu sampai ekzema dia reda..sebab my son 3 months dah start eczema..currently macam tengah flare lagi..so just nak opinion dari experienced mommy.Thanks :D

    ReplyDelete