Friday 8 January 2016

Cara Kira Waktu Subur Untuk Period Tak Teratur

Bila kita ada period yang jenis nya tak teratur, ermmm payah sikit nak cakap kan..
Paling susah, bila kita ni jenis yang tengah merancang untuk dapatkan baby.

Sy admit! Memang ini adalah masalah sy dulu. Sebelum sy study and gali ilmu. Yela, kita tak tahu apa2 tapi nak anak. So google la sana sini. Dan most of it akan keluarlah jawapan hasil daripada pencarian seperti ini:-

KITARAN HAID TERPANJANG - KITARAN HAID TERPENDEK = JAWAPAN NYA ADALAH "SANGAT MEMENINGKAN & TAK FAHAM" 

So korang ada tak pengalaman macam ni jugak? Hihi. Dulu memang pening gila. Setiap bulan akan tanda kalendar. Lepas tu sendiri lost nak buat apa sebenarnya. So meh la sy kongsikan cara sy untuk tentukan waktu subur walaupun sy memang da create banyak entri yg berkaitan dengan mengenali waktu subur. So disebabkan korang malas nak google carik, meh sy tepekkan link aje... cara detect waktu subur dengan tepat

*********************************************************************
- sy tulis entri ni adalah melalui pemerhatian dan hasil eksperimen sendiri. Badan kita mungkin berbeza. Tapi masih boleh dijadikan panduan ringkas -
Ada 3 benda yg gunakan sepanjang sy merancang untuk anak pertama. Tapi dalam entri ni sy akan ceritakan 2 benda sahaja untuk buat korang lagi fokus dan senang faham. Jom baca!

KENALI CYCLE PERIOD

Sy beri contoh macam ni ye

Period 1 May - Period 5 Jun = 36 hari
Period 5 Jun - Period 2 July = 28 hari
Period 2 July - 5 August = 35 hari

So, 36 hari, 28 hari, 35 hari tu kita panggil sebagai cycle period. Setiap bulan cycle tak sama so memang senang untuk kita detect yg kita mempunyai cycle tak teratur. So bila dah tahu cycle period ni, boleh la kita budget2 waktu subur kita melalui rasa hati. hihi.

Satu benda kita kena ingat, kalau kita punya cycle period jenis haywire macamni, maka waktu subur kita bukan lah pada hari ke 14 ye. Dekat internet, kalau kita google cara kira waktu subur, semua akan bagi contoh untuk cycle yg regular iaitu 28 hari kan? Yang tu memang waktu suburnya jatuh pada hari ke 14. Jangan keliru pula ye. 

So bila waktu subur kita?

Period 1 May - Period 5 Jun = 2 minggu sebelum 5 Jun
Period 5 Jun - Period 2 July = 2 minggu sebelum 2 July
Period 2 July - 5 August = 2 minggu sebelum 5 August

Secara kesimpulannya, waktu subur kita adalah 2 minggu sebelum tarikh period akan datang. TAPI! Kalau kita dah tahu bila tarikh kita akan period, senanglah kan?


Oleh itu, kat sini lah penggunaan BBT ni sangat berguna untuk kita!

Cuba tengok graf dekat atas. Ni adalah carta BBT. Nak faham mybe agak complicated utk first timer, tapi tak adalah susah mana sgt pun. Apa yg kita kena buat adalah just ambil suhu setiap kali bangun dari tidur aje. Cuba tengok suhu sy pada Day ke 15, tiba2 naik kan? Dari 36 ke 36.50, then turun semula pada Day ke 16...haaaaaaaa bila da ada petanda suhu begini, maka makin dekat la waktu subur kita. So dah boleh la start ehem2 time ni. Garis merah melintang dan menegak tu maksudnya adalah hari subur kita. Kalau ikutkan di sini, sy subur pada Day ke 17. Dan bila selepas waktu subur aje, suhu akan naik dan naik dan bila da menurun dan menurun, itu tanda nak period. Kalau suhu menaik sahaja itu tanda anda preggy.

Setakat ini, ini sahajalah 2 method yg sy gunakan utk kira waktu subur utk period tak menentu. Sy memang akan bergantung harap pada pengunaan OPK dan BBT. Selain tu sy akan perhatikan pada cervical fluid samada ada jumpa egg white ke tak.

Nak tahu waktu subur ni bukan lah boleh congak2 shj. Tolak tambah segala. Masih memerlukan usaha dan masa. So luangkan masa utk belajar dan ambil sikit ilmu yg bermanfaat.

Oh ye! sy ada create entri berkeaan cervical fluid dekat entri yg lepas. Kalau rajin,boleh lah baca ye!

5 comments:

  1. nak share ye post ni.
    Saya pun buat opk and bbt untuk tentukan bila ovulate.
    CM pun monitor juga. tapi selalunya saya takde eggwhite. Mungkin sebb pcos kot. Jadi kadang eggwhite tu tak muncul walaupun dah hari subur.
    Tapi lepas amalkan fish oil, alhamdulillah ada eggwhite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..
      sy dulu pun dulu jarang nk jumpa EW. Mmg jarang sgt. Kalau jumpa memang hepi sangat.hihi

      So sy hanya gunakan OPK dan BBT aje untuk monitor. hihi

      Delete
  2. Sy pun opk n bbt tegar,hehehe, tahniah mummy.

    ReplyDelete
  3. Tq utk info ni..inshaAllah sy jgk bakal bergelar ibu (1day..i hope)...amin...doakan sy jgk berjaya melalui kesemua proses yg ditetapkn oleh pakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah...amin. yg penting jangan putus harap & jangan mengalah walau kadang ambil masa lama untuk lalui semua proses tu

      Delete