Friday, 6 November 2015

Perjalanan Penuh Mendapatkan Zuriat

Assalammualaikum WBT

Ramai yang whatsApps dan ramai juga yang PM di FB untuk bertanya kan perihal check up sebelum sy preggy. Sy check up dekat mana, sy makan apa, laps operation dan macam2 lagi.
So, untuk memudahkan reference pembaca semua, sy create satu entry untuk ceritakan balik perjalanan daripada sy sebelum pregnant khas buat rujukan untuk sesiapa yg masih berusaha utk preggy. (sy doakan anda semua dipercepatkan rezeki anak2. Amin). Be prepared ye. Entri ni sangat panjang!

First Part
Sy start buat treatment selepas setahun kahwin. Sy tahu semua ni dari internet. Join forum Ratuhati dan kat situ ramai yg cerita pasal dorang buat treatment untuk preggy. Mybe kawan2 boleh try masuk form Ratuhati. Kat situ boleh refer banyak sangat topik menarik.

Sebenarnya kan ramai yg tersilap. Mybe dah selalu dimomok kan dengan
  -Hospital tak accept case baru setahun kahwin-
Ok..ni SALAH ye. SALAH!
Siapa kata macam tu? Mybe la dulu hospital tak accept. Tapi sekarang semua dah lain. Frankly speaking, masa sy buat treatment dulu, sy tengok ramaiiiiiiiiiiiiii sangat couple yang dah agak berumur. Dalam ramai-ramai boleh kira dengan jari berapa je couple yg muda. (perasan muda. hihi). Time treatment ni umur sy 27tahun. Husband 28. 

Sy chose untuk buat treatment dekat HUKM. Suggestion daripada member2 forum jugak. Mula2 sekali apa kena buat adalah pergi lah klinik. Pergi klinik untuk dapatkan referal letter. Sy ni period memang tak teratur. Kadang2 period tak datang 2 bulan. So time tu, sy pergi klinik cerita problem sy. Beritahu period tak tetap. Suruh doctor scan kot2 ada baby ke dalam perut even UPT negative. hihi. Lastly sy suruh doc buat referral letter untuk sy. Cakap je terus terang, nak pergi buat rawatan kesuburan dekat hospital. Time ni, sy dah set dalam mind nak buat rawatan dekat HUKM. So dalam referral letter memang dah attention to HUKM. 
Dapat je referral letter, sy terus on the spot pergi ke HUKM. Sampai sana pergi lah dekat bahagian O&G. Letak referral letter, isi form segala. Then taraaaa...sy dapat kad temujanji. Appointment sy adalah kurang sebulan dari tarikh sy datang tu. Dia tengok jugak schedule hospital. Kalau schedule penuh, then lambat la dapat first appointment. 

2nd Part
Masa first appointment, apa doc akan buat? Masa masuk2 jumpa Doc, dia akan tanya pasal kitaran period kita, Period regular ke tak. 28 hari ke lebih? On time ke tak? Background family. Period selalu sakit tak. Kekerapan bersama. Masa bersama sakit ke tak. Lepas tu Doc akan buat pap smear test. Baring, kangkang, Doc akan calit sikit mucus kita. And...bukan wife je yg ada test ye. Husband pun doc akan check. Doc akan check testis (tak tahu la kenapa kan). Result pap smear dapat masa next appointment nnt. Masa first app ni jugak kena pergi buat scan. Nak tengok ovari ok ke tak. Ada cyst ke tak. Ermm..memang dari awal2 Doc ada detect something. Some sort of cyst atau apa2 la. Tapi Doc sendiri tak dapat nak verify kan. Either that one adalah follicle atau cyst. Next time repeat scan. Before keluar, Doc akan bg 2 forms & tarikh appointment sebulan dari sekarang.

3rd Part
Bermula lah perjalanan untuk mendapatkan zuriat.
Doc akan bg 2 forms ambil darah untuk CD 2 & CD21. CD 2 ambil darah masa period then CD 21 ambil darah untuk tahu hormon progesteron. (Hormon kesuburan). Masa ambil darah ni tak payah jumpa Doc. Jumpa staff nurse je. Proses ambil darah tak lama. 5 minit aje. Then nurse akan bg time sleep. Then dari result ni, Doc akan buat satu report samada cycle korang ok ke tak. Macam sy, Doc cakap sy tak menghasilkan telur @ follicle sebab hormon CD21 tak tunjuk positive result pun. If ada result positive, means badan menghasilkan hormon kesuburan yg baik dan on track. Mcm sy ni cycle period selalu nya 32-35 hari. So hari kesuburan sy selalu nya pada hari ke 22-28 hari. So relevan lah resultnye negative. 

4th Part
Bila dah ambil darah untuk CD2 & CD21, masa jumpa Doc, Doc akan terangkan apa masalah kita. Alhamdulilah sy tak perlu melalui prosedur yg sgt rumit. Doc suggest untuk sy makan clomid 50mg selama 3 cycle. Clomid ni makan masa CD2-6. Masa hari kedua period la maksud nya. Makan clomid ni kena pada masa yg sama. If makan pagi, then pagi la. If makan malam, then malam. So far, makan clomid 50mg ni badan tak rasa kesan sgt. Ada orang yg makan clomid akan rasa pening, nak muntah segala, Mybe ikut badan masing-masing. Kalau diikutkan prosedur tak adalah terlalu mengambil masa yg sangat lama. Cuma since period sy huru hara, so masa sangat banyak terbuang. Bila dah makan clomid ni, kena bersedia untuk berulang alik ke hospital untuk scan. Nak scan follicle untuk tengok tindak balas clomid pada badan. If follicle membesar dengan cantik then maksud nya clomid 50mg sesuai dengan badan. As for me, clomid 50mg tak membantu. 
Dekat HUKM, masa scan follicle kena bayar RM50. Once dah bayar, boleh lah scan follicle. Staff nurse akan suggest kita untuk datang scan pada CD 9 dan seterusnya. Nampak tak dia bulatkan CD9 follicular tracking? Tapi sy scan pada CD11.
Sy datang pada CD11 dan kalau boleh nampak dekat form follicular tracker di atas, follicle kanan dan kiri sy membesar sedang2 aje. RT referred to right. LT referred to left. Dekat belah kanan, ada 2 biji follicle yg bersaiz 11*9 & 1 follicle saiz 13*10. Dekat belah kiri ovari pulak ada 1 biji follicle yg masing2 bersaiz 11*11 & 12*12. Dan dekat kiri ovari jugak ada cyst yg saiz 2.4*2.8 cm. Macam tu lah cara baca follicular tracker. Bila saiz follicle still tak cantik, Doc akan suruh repeat scan. Selalunya Doc akan suruh repeat 2-3 hari lagi. Nampak tak Doc tulis "scan dekat Day 14?" So maksud nye CD14 nanti sy kena repeat scan lagi. Benda ni akan berterusan sampai lah Doc dapat detect saiz follicle yg cantik. Doc ada cakap saiz follicle yg cantik adalah bersaiz 18. Bila dah jumpa saiz yg cantik, Doc akan bg HCG Shot.
Doc akan suntik HCG shot which is Ovidrel. Bila nak inject ni, kena bayar RM100. Staff nurse akan suruh kita baring, then dia akan inject dekat perut samada kiri atau kanan yg dekat2 dengan ovari. Cuba tengok dekat tracker. Sy inject Ovidrel pada CD23 pukul 10 pagi which is masa CD23 ni sy follicle sy da membesar dengan cantik.  And sy di advise untuk bersama dengan suami pada CD24 pukul 10 malam. 

5th Part
Conclusion nya, badan sy failed utk tackle clomid 50mg selama 3kali cycle. Lepas 3 kali failed, kes sy diambil oleh Dr Karim. Dia advise untuk sy start makan clomid 100mg. 
Prosedur yg sama sy lalui. Turun naik scan follicle and inject Ovidrel. Bila sekali lagi badan failed, Doc suggest utk sy buat Laparoscopy. Which is buang cyst tu terus sebab cyst makin membesar dari 2cm ke 4cm. Memang masa mula2 dulu Doc cakap cyst 2cm tu tak memberi kesan kepada penghasilan follicle. Tapi bila masuk kali ke 4 makan clomid dan follicle masih segan2 untuk membesar, Doc suggest buat Laps je terus. My respon? Happy. Yes im happy! Why? This is the first time admitted hospital and this is the chance untuk buang segala benda kotor dalam badan. Doc bagi sy tarikh untuk pilih buat Laps on the spot. And sy choose 2 minggu dari tarikh jumpa Doc. Doc bg surat admission awal2 and just waiting for the time je. Doc ada terangkan segala prosedur dan kesan Laps. Memandangkan sy tak pernah buat HSG test, then sy buat test ni sekali masa Laps nnt. 
Ni adalah abdomen2 dalam badan masa buat Laps. Entah apa lah sebenarnya benda2 tu. hihi. So far kedudukan ovari adalah good. Boleh besarkan gambar untuk baca keterangan yg sy tulis berdasarkan apa yg Doc terangkan pada sy. Korang boleh baca prosedur dan pengalaman penuh sy buat Laps dekat sini

6th Part
Lepas laps, Doc bagi 150mg untuk sy consume. Sy tak perlu menunggu lama untuk period. Dan alhamdulilah, sempat sekali period dan lepas tu Allah swt izinkan sy untuk pregnant. 
Ni follicular tracker sy masa makan clomid 150mg. Badan bagi respon yg baik. Follicle pun dah ada banyak sikit berbanding sebelum ni. Ramai jugak yg tanya sy apa supplement yg sy makan sepanjang utk try preggy. Macam2. Dari air daun bunga raya sampai shaklee sy dah cuba. Tapi semua supplement ni tak bagi kesan positif pada badan sy tapi make thing worst to my period cycle. Sy pernah try kurma blend, daun bunga raya, Shaklee, EPO, Shatavari pastu tak ingat apa lg. hihi
Sampai lah sy jumpa 1 entry pasal air lemon yg banyak sgt kebaikan dia. Sy google dekat web luar negara. Dan surprisingly, air lemon ni sangat bagus untuk membantu kesuburan husband and wife. So sy start amalkan husband and wife. Minum setiap pagi sejurus je bangun dari tidur, Sy konsisten amalkan even lepas sy laps pun sy amalkan untuk make sure badan betul2 hilang saki baki kekotoran. Sebenarnya sy korek ilmu ni lebih banyak dekat website luar negara. Banyak sangat info yg boleh dapat. Sy juga suka baca forum luar negara sebab banyak sangat positive aura. Saling support each other. Air lemon ni kan lagi satu sy tak consume sorang. Sy bagi pada suami jugak untuk consumed sebab air lemon bagus jugak untuk kesuburan lelaki. Tak tahu la secara kebetulan atau tak, lepas je sy consume aie lemon melambak pulak yg ramai cerita pasal air lemon ni. Kiranya baru tahu akan kebaikan air lemon ni untuk kesihatan dan badan. Bila sy minum air lemon? Pagi dan malam sebelum tidur.

7th Part
Sebelum preggy kan, sy amal kan buat BBT ni. Ambil suhu setiap kali celik mata pagi2. Dengar macam leceh tapi bila dah biasa rasa seronok sebenarnya. Sy belajar BBT ni pun dari forum jugak. 2 tahun sy amalkan BBT without failed. Adalah jugak failed sebenarnya. Ada skip 2-3 cycle sebab stress buat BBT ni. Entri untuk BBT ni boleh refer dekat sini.
Setiap bulan jugak sy akan beli Ovulation Prediction Kit (OPK) untuk sy detect hari subur kita. Bentuknya sama juga dengan UPT. Cuma cara bacaan je yg berbeza. Murah memang murah. Sekarang ni bukan je boleh detect hari kesuburan perempuan, alat untuk detect kesuburan lelaki pun boleh. huhu. Kawan2 boleh baca full entri OPK dekat sini.
Ni lah rupa OPK. Benda ni lah yg sy celup setiap bulan masa anggaran hari subur.
Apa lagi sy buat untuk detect subur? Sy belajar mengenai mukus. Setiap perempuan ada mukus ni. Bila menghampiri hari subur, mukus akan lebih cair di vagina kita. Sebenarnya kita ni kena buat eksperimen dekat badan sendiri. Kena belajar kenal badan sendiri macam mana. Bila kita kenal badan kita sendiri, sebenarnya senang sangat nak handle. Tak bosan but lebih excited bila kita dapat tau pasal badan sendiri. Kawan2 boleh baca pasal mukus ni dekat sini.

8th Part
Alhamdulilah. Sy simpan dekat 5-6 bulan UPT2 positive yg sy buat. Sayang nak buang. Sebelum tu, sy memang rasa tak sedap badan. Dan sy buat test dengan gunakan OPK. Sy detect preggy 1 minggu sebelum tarikh expected period. Masa buat CBD ni, lepas celup then sy tenunggggggg mata tak berkelip untuk tunggu result keluar. Alhamdulilah keluar pregnant. Rasa tak percaya langsung. huhu.
-
-
-
-
-
-
-
Kawan-kawan, bersabar lah. 

Setiap dari kita ada kisah masing2.
 Susah senang perih jerih kita sama2 faham.
 Airmata jangan kata tak pernah tumpah.
Suara jangan kata tak pernah jerit.
Hati jangan kata tak pernah rintih.

 Jiwa kita pernah rajuk.
Perasaan kita pernah remuk.
Fikiran berkecamuk. Akal teruk.

Bukan perkara yang mudah untuk terima semua ini kan, Tapi kawan2, setiap kejadian itu punya hikmah. Sabar itu manis. Faham kan? Biarlah kita penat sekarang. Penat memikir. Penat mendengar pertanyaan orang. Penat menangis. Penat berulang alik ke hospital. Penat mengeluarkan duit. Setiap apa yg kita lakukan itu InsyaAllah akan dibalas dengan setimpal cuma masanya belum ada. Belum tiba.

Hidup berdua bukanlah seteruk mana yg disangka. Tidur berdua tanpa ditemani si kecil di sisi tidaklah seburuk mana di mata. Ada sebabnya kenapa kita dibiarkan berdua dalam satu tempoh masa sebelum adanya yg ketiga. Sy dah alaminya. Sy tahu. Ya sy faham dan sy hadam. Bila anda punya anak kecil, anda tidak akan seperti dulu lagi.

Anda makin susah nak genggam tangan suami kerana tangan ini akan hanya menggengam tangan si anak kecil.
Anda makin payah untuk ada masa bagi diri sendiri kerana masa anda hanya untuk si anak kecil
Secara keseluruhan, semua adalah untuk anak kecil.

Cuba lah kita redha dengan segala ketentuan yg telah ditetapkan. Kita diminta bersabar. Kalau kita dah pass ujian untuk bersabar, maka nya InsyaAllah masa kita akan sampai kerana nak melayan kerenah anak kecil, kita perlukan 1000 kali ganda kesabaran dari menunggu diberi rezeki zuriat. Percayalah.

Makanya kawan2, kebalkan lah diri anda semua ye. Menangis lah selagi boleh menangis. Raunglah selagi boleh anda menjerit. Perjalanan hidup kita penuh corak. Penuh onak. Usahalah selagi mampu. Sy doakan agar kita semua dipermudahkan perjalanan dan dikurniakan rezeki anak2 yg akan menceriakan suasana rumah tangga kita. Amin


23 comments:

  1. Manis jalan cerita yang tersentuh hati sy baca dengan penuh emosi sy :') terima kasih sudi kongsi pengalaman dan bagi panduan.. semoga keluarga zira berada dalam perlindungan dan rahmatNya..

    bila kat hukm ada pape yg merisaukan je cepat2 sy bukak blog mummygojez ni tau( amek semangat mummy) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aminn..Perkongsian yg x seberapa... Biar susah senang kita kongsi bsama2 sbb kita je yg faham kan.. hihihi

      Delete
  2. Assalam Pn Hazira. Alhamdulillah. Seronok sgt baca perkgsian dari Puan. Saya baru semggu 5 hari lepas buat laps. Sy dh 3 tahun kawen dan Alhamdulillah Allah atur perjalanan rmhtgga sy mcm ni. Sy redha. Doakan sy ikut jejak Pn. Sy baca pngalaman Pn buat laps dan sy menangis. Sbb segala2nya yg Pn lalui sbjik sma dgn pngalaman sy. Sy sdg cuti rehat skrg. 3mggu doc bg. Hehe. Sy nk tny, brp lama lepas laps bru blh brsma dgn suami? Hehe. Tq Pn. Semoga kita semua diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah rezeki awk akn menyusul nnt. Amin amin amin!

      Klu ikotkan dlm 2 mgu da boleh bsama tp kne pasti kan badan dan perut da betul2 pulih. Dah tak rs menyenak. Dan kita sdri dah selesa. Kne sopan2 sikit lah ms bsama tu..hihi.

      Happy always and positif ya! Baby dust!

      Delete
    2. Wahhhhh ����Thank You for that baby dust. Heheh. Yes! Positif selalu. Insyaallah.. Tq utk jwpn tu.. Btw just fyi, umur sy 27thn dan suami 25thn. As yg puan cakap, kne usaha dari awl. Insyaallah.. Thanks for the inspiration.

      Delete
  3. dear very inpire..boleh whataps saya tak 0173120767 rini..saya ada bende nak tanye awak

    ReplyDelete
  4. dear very inpire..boleh whataps saya tak 0173120767 rini..saya ada bende nak tanye awak

    ReplyDelete
  5. Assalam sis. Nak tanya. Air lemon tu minum ada gula or tanpa gula ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...iye. Minum tanpa gula. Minum dengan air suam ye. Sy minum masa pagi dan sebelum tidur. Jangan lupa bg husband sekali minum..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam hai nak tanya kalau nak chek subur klinik kerajaan diorng terima ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cek kesuburan pergi dekat hospital kerajaan..bukan klinik kerajaan. Klinik tak ada terima kes2 mcm ni. Kalau klinik swasta baru ada..

      Delete
  8. Tq mummygojes..sy follow awak dari sebelum mengandung sampai dah ada anak..dari FB ke Blog..
    Terima kasih atas perkongsian..sy selalu kutip semangat dari penulisan awak..semoga awak dan family sentiasa di bawah lindunganNya..
    Doa2kan sy semoga ada rezeki anak2 pula ye.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih! InshaAllah rezeki awk dan kawan2 yg lain akan menyusul lepas ni. Amin. Keep on usaha dan positive thinking ya!

      Delete
  9. Assalam sis..tq ats perkongsian ni..sis,sy nk tanya air lemon boleh x minum slps wt iui..sbb sy bru lps wt iui pg td..so air lemon bleh teruskn x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..dlm kes IUI ni sy x berani pulak nak bg pandangan

      Rasanya tak perlu la kot minum. Biar naturally conceived by that procedure.

      Wish u all the best of luck! Semoga ada rezeki menyusul. Amin

      Delete
  10. As Salam,
    Alhamdulillah lepas baca blog puan nih, terus saya terdetik untuk lakukan Ujian Kesuburan. Genap 3 Tahun saya berkahwin, baru hari ini saya terdetik untuk melakukan ujian kesuburan.Terima kasih puan.
    Saya ingin bertanya, kalau nak ambik surat dari dr tu, boleh ke kita p mana -mana klinik swasta ??ker perlu ambil surat reference tu dr klinik kerjaan je?
    terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Alhamdulilah..boleh aje amek referal dekat klinik swasta..sy pun aritu amek dekat klinik swasta.

      All the best ya! Jgn lp dpt kan sokongan dr suami tau. Dua2 kena sabar. InshaAllah jalan akan dipermudahkan.

      Kalau x faham apa2, nnt boleh tny sy. Pm je kt fb ok. Good luck!

      Delete
    2. Alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak..harap semuanya dipermudahkan oleh Nya:D

      Anything saya akan pm kat FB:D

      Thanks!!:)

      Delete
  11. Replies
    1. https://web.facebook.com/zira.ziejoera

      saya tlng copy and pastekan

      Delete
  12. Ok dh faham, doakan agar cikna cepat&mudah dpt baby jugak ye...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby dust to Cikna! Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan rezeki..
      AMIN

      Delete