Wednesday 21 January 2015

Panduan Basuh Botol & Aksesori Pump Untuk Pertama Kali

Assalammualaikum wbt!

Mommies yg tengah tunggu baby keluar tu, dah siap2 basuh botol & aksesori pump ke? Haaaa...jangan buat last minute tau!

Ekceli sy pun buat last minute. Ekeke..memandangkan baby ni tak nak keluar lagi, so sy habis kan masa di rumah utk settle kan perkara2 yg tak selesai lagi macam basuh botol etc. 
Sebenarnya kan..sebenarnya, sy terfikir perlu ke sy buat entri ni. Nampak macam basic sangat kan. Tak kan lah nak basuh botol pun orang tak reti nak buat sampai nak refer blog. Ehhh...ada tau yg tak reti. Sy la tu. Heee.. yela first time kan. Kena tahu jugak basic thing. So sy andaikan orang lain yg first time pun mesti akan tercari2 cara nak basuh botol etc. So dekat sini meh sy ajar step by step. 

Step 1 - Basuh menggunakan air sejuk
Sedia kan apa yg nak dibasuh. Kali ni sy nak basuh aksesori pump & storage susu. Sy alirkan air dekat 2 benda ni. Untuk step 1 ni, sy hanya alirkan air sahaja. Tak perlu pakai sabun. 

Step 2 - Sedia kan bekas air panas atau suam 
Kali ni, lepas sy alirkan air sejuk, sy sedia kan bekas berisi air panas atau suam. Sy akan rendam 2 benda ni dalam bekas yg berisi air panas atau suam. Untuk pertama kali sebelum penggunaan, sy hanya rendam & bukan rebus sebab botol dan aksesori pump masih belum pernah digunakan. Gambar macam dekat bawah ni
Mesti ada yg tanya kan kenapa sy rendam bekas ni. Sy dapat inspirasi dari page breastfeed di Facebook. Penggunaan bekas dadih atau bekas separa kecil ni sangat bersesuaian dan praktikal. Sangat mudah untuk dibuat storage susu perahan dalam freezer nanti. 1 bekas kecil ni boleh isi 3oz susu perahan. Sy ada juga storage bottle dan plastik. Tapi sy prefer guna kaedah atas. Tak banyak pakai ruang dalam freezer,lebih teratur & tak perlu kan kos yg mahal. Sy beli satu plastik bekas ni hanya dengan kos kurang dari RM15.00. Tapi seeloknya, bekas ni tak perlu la recycle penggunaan dia ye.

Step 3 - Rendam botol & aksesori pump dalam air panas atau suam dengan sabun basuhan tertentu
Kalau perasan, dalam bekas rendaman tu ada buih2 kan. Sy rendam 2 benda ni dalam air panas berisi sabun basuhan botol. Tak perlu basuh guna sabun yg banyak. Sy guna kan sabun basuhan di bawah
Sy pilih yg tak ada flavour. So bila basuh tak wangi. Tapi bila tak wangi macam tak best pulak. Kihkih. 

Step 4 - Bilas botol dan aksesori pump
Bila da rendam dalam air panas atau suam selama 10-15 minit, sy akan bilas dengan air bersih. Sy tak akan terus keringkan dengan air sabun tu. Bilas dulu ye dengan air bersih. Bila da bilas, boleh guna kan sterilizer untuk bunuh segala kuman. Tapi sekali lagi sy tekan kan, disebabkan botol dan aksesori masih belum pernah di gunakan, so sy tak menggunakan sterilizer. Cukup hanya dengan kering kan di bottle rack. InshaAllah di entri yg lain, sy akan beri panduan cara membasuh & menggunakan sterilizer untuk botol2 susu yg telah digunakan. 

Step 5 - Keringkan botol & aksesori pump di bottle rack
Sy aturkan semua aksesori pump & botol di bottle rack untuk dikeringkan. Tak ambil masa yg lama pun nak kering kan. 
Kenapa sy sibuk basuh benda2 ni sebelum bersalin? Bukan lepas bersalin nanti boleh je buat ke? Dan kenapa sy basuh bekas dadih tu sikit je? Macam ni, ini sebagai preparation utk sy sendiri. Bukan apa, sy takut nanti baby akan ditahan wad sebab jaundis. (Not try to be negative minded tapi persediaan atas segala kemungkinan tu penting pada sy supaya nanti tak kelam kabut). Tapi kalau ikut kan hati jangan lah sampai kena tahan. So bila sy da siap kan segala perkakasan di atas, senang untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Tapi dalam hati masih berdoa Allah swt elakkan sy utk melalui pengalaman sebegitu. Amin.

Step 6 - Simpan di tempat yg bersih
Bila da kering, boleh dah la simpan dekat tempat yg bersih. Macam apa yg sy buat, since sy sediakan sebagai preparation takot2 baby di tahan wad, sy simpan siap2 benda2 yg sy basuh ni dalam beg yg kecik & mudah dibawa. Nanti kalau nak bawak pergi hospital, angkut je. Hihi

Ok..rasanya dah cukup kot entri kali ni. Benda basic je ni. Harap memberi manfaat!

4 comments:

  1. Hehe. Entry yang membantu. Memang tengah cari pun! Ehh, kalau sterilize awk guna sterilizer ke cmna?

    ReplyDelete
  2. Sis nk tnya klu kita gunakan plastik storage tu perlu basuh dengan air panas ke?

    ReplyDelete