Saturday, 7 February 2015

Air Mata di Dewan Bersalin - 40 Minggu 5 Hari

Assalammualaikum wbt! 

Alhamdulillah selamat melahirkan. Perjalanan daripada menjadi seorang TTCians kepada preggy mommy bukan sesuatu yg mudah. Sebelum bercerita lebih panjang, semoga insan2 di luar sana yg masih dan tak pernah berputus asa utk berusaha demi zuriat, sy doakan agar usaha anda dipermudahkan Allah swt hendakNya. Amin. 

INTRO
Jom start baca!! .. 
Kalau di ikutkan, EDD sy adalah pada 19 Jan 2015. Tapi memandangkan tak ada tanda2 sakit yg kerap, HUKM pun dah bagi tarikh 28 Jan 2015 untuk di induce.
So dalam tempoh ni, sy kerap sangat buat senaman pelvic kononnya. Wassap kawan2 pun ye. Saja nak luah rasa risau & google info pasal bersalin secara induce etc. Khatam baca semua blog pasal bersalin secara induce ok.

Tapi kan, dalam tempoh menunggu utk di induce, sy jadi terlebih risau. Dan2 la rasa macam baby dalam perut tak gerak sangat. Padahal sebelum ni "ada ko kesah nak kira pergerakan baby 10 x sehari semua?" Non hadooo.. End up, hubby jugak lah yg terpaksa susah payah anta ke HUKM memalam hari. Bila dah sampai sana, biasa lah kena seluk kan. Tapi tak ada bukaan pun. 

Dengan malu nya balik la rumah balik sampai lah pagi Khamis 22 Jan 2015, 7.00 pagi. Masa nak kencing, haaaaa amek ko panty liner penuh dengan darah!! Yang pasti, tak ada makna nya blood show sikit2 mcm entri yg pernah sy buat sebelum ni. 
Ha! Macam period kan? Sy sendiri pelik at the 1st place. "Aku period ke?" Mampu?Terkejut tapi try relax. Bila dah ada blood show ni, kena la siap2 pergi hospital kan? Tapi sy sempat lagi kemas2 rumah. Tak kan nak tinggal rumah sepah2 kan? Boleh request hubby nak pergi breaksfast dekat NZ Wangsa Maju lagi. Mihihi.

Dalam perjalanan, sempat lagi wassap dengan ibu. Lepas tengok panty liner penuh darah, sy snap pic & post kan gambar dekat ibu kunun2 nak confirmation . Boleh terlupa pulak ibu ada tekanan darah tinggi.  Alahai mau terkejut pulak nnt. Tup2 ibu terus call. Cemas betul suaranya. Masa wassap2 tu sempat juga minta maaf dekat ibu kot2 ini kali terakhir kita jumpa. Dah la ralat tak singgah uma ibu salam dia sebelum pergi hospital. Sigh..

Dalam pukul 11.00 tengahari, bila dah sampai HUKM, prosedur biasa kena seluk bagai. Ok, dah terbuka 2 cm. Padahal sebelum ni tak ada bukaan lgsg pun. Miracle. Kena la admit wad kali ni. Yahoo!!
Welcome to Wad Nilam Katil 20
Pandang depan, kanan, kiri semua katil full dengan baby. Tapi sy masuk wad utk tempuh pengalaman bersalin. Scary!
First lunch for the first day. Makan jela. Time ni fikir kena makan banyak2 sedap tak sedap pun. Nanti nak push xde tenaga. Gtuww...masa ni still ada rasa nak snap gambar semua. Yela, tak ada rasa sakit lagi kata kan..lagipun nanti kalau tak snap gambar, bosan la korang nak bc entri kali ni tak ada warna warni.Hihi
Hi tea gtu..bedal je. Sedap dik even seketul kek span je. 
Time ni hubby pun dah balik. Tinggal la sorang2. Sedih sangat. Sedih2 pun, bila dah bosan sangat, sy minta permission nurse utk keluar jalan2 dekat koridor. Nampak gambar atas ni? Sy ulang alik dekat berbelas kali tau. Lantak la semua org pandang pun. Sempat mintak maaf dekat polis bantuan jaga kaunter "sorry la kak. Bosan sikit asyik tengok muka sy ulang alik" hehe. 

Buat ni semua sebab? Nak cepat kan bukaan kata nya. Sejam lebih jugak lah. Siap turun naik tangga ko. Org lain pandang dengan muka pelik. Depa ingat aku gila kot dah perut boyot boleh main2 turun naik tangga. Hello..ini inducer ok. Ihik. 
Dah mengah2 pepeluh, sempat snap lagi pintu wad. Kali ke 2 masuk di wad yg sama. Kalau dulu sebab pembedahan Laparoscopy. Kali ni utk proses melahirkan. Alhamdulilah...Allah swt makbulkan doa ku dulu. Sy ingat lagi, dulu masa buat laps, sebelum keluar hospital, sy cakap dalam hati "inshaAllah,aku akan dtg lagi sini. Tapi untuk proses melahirkan". Dan itu terjadi dengan izin Allah swt. Alhamdulilah
Dinner last untuk hari pertama warded. Makan la sy sorang2 tanpa sesiapa di sisi. 
Bila dah habis makan, bermula la segala prosedur cek tekanan darah berkali2, ctg, tak lupa jugak cek bukaan yg masih 2cm. Setiap 4 jam doc akan cek bukaan. So setiap 4 jam tu lah kena malu kan diri depan doc. Iskh. Sakit tak selalu kena seluk? Tak de pulak.
Sepanjang malam, sy memang dah siap2 pakai pad untuk monitor blood show yg keluar. Sampai la pukul 12.00 malam, tiba2 sy terdengar bunyi "ploppp" dari dalam perut. Sy pernah terbaca selalu bunyi tu tanda air ketuban pecah. Huhu. Tp sy still buat tak tahu sampai la sy pergi toilet untuk kencing. Tengok dekat pad. "Eh pad ni macam basah". Warna pad pun coklat kuning2. Sy sendiri confius. Tebalkan muka pergi dekat nurse minta tolong nurse tengok kan pad. Masa ni dah tak ada rasa malu dah. Tapi nurse pun macam tak dpt nk confirm kan even doc pun sama. Sebab? Pada mereka, air ketuban pecah bila melambak keluar. Tapi, since sy pakai pad, xde lah mencurah2. Yela, dah diserap kot kan. Doc cek bukaan kali ni. Dah 3 cm. Tapi air tadi tu air ketuban ke? Doc tak dapat nak confirm kan sampai dia kena call doc lain tny macam mana nk buat. Boleh? (sy maafkan sebab doc tu muda lagi) So..bermula lah eksperimen menyeluk dan menyuluh tut2. Huhu. Masuk kan spatula & alat pengesan air ketuban. Kalau alat tu bertukar warna hitam, confirm air ketuban Mana sy tahu? Sy curi dengar la conversation doc tu dekat hp dia. Hihi. Lepas godek2 lebih kurang 10 minit, result nye? HITAM! Kan dah cakap doc, sy dah pecah air ketuban. Tu la tak percaya lagi. Huh!

KESAKITAN
Fine! Memang betul org cakap, lepas air ketuban pecah, memang sakit tu mula bertambah. Lagi2 lepas kena seluk tadi. Hadiah cepumas untuk sy.
Sebab? Sy kena ketuban darah. Huhu. Yes, ketuban darah memang lagi seksa dari keluar blood show di ikuti dengan ketuban. Bermula lah episod sakit dan latihan pernafasan. Sy menanggung segala kesakitan berseorangan dari 12.00 malam sehingga lah 7.00 pagi. Tanpa sesiapa di sisi. Tanpa sesiapa pun genggam tangan ni untuk redakan kesakitan. Tanpa sesiapa pun untuk bg kata2 semangat supaya sentiasa bersabar. Sesungguhnya ini adalah saat di antara aku dengan Allah

"Suami ku, andai kau ada di sisi saat aku berdepan menahan kesakitan hanya semata2 untuk melahirkan zuriatmu, pasti kau akan menitis kan air mata lelaki mu kerna melihat rontaan ku. Sesungguhnya ianya amat menyakitkan. Dan saat kau lena dibuai mimpi dan dapat melelapkan mata walau seketika, aku isterimu hanya mampu meneruskan perjuangan berdepan dengan permulaan nya saat kematian"

 Sepanjang malam, sy hanya baring mengiring di sebelah kiri dengan luruskan kaki kiri & bengkok kan kaki kanan. Petua cepatkan bukaan. Setiap kali contraction datang, sy akan mengerang menahan sakit. Kali ni nak ke toilet pun dah tak mampu. Even dalam toilet tengah kencing pun, contraction masih mampu menyerang. "Fuh fuh fuh" latihan pernafasan wajib apply. Kali ni bila tengok pad, macam ada kaler kuning2. Sy teringatkan bacaan di google. Kalau dah ada kuning2, maksudnya baby dah berak dalam perut. Tapi sy diam kan je sebab takut mata ni hanya ralat. Sampai sekarang sy masih tertanya2. 

Sakit contraction datang menyerang dari 10 minit ke setiap 5 minit. Demi Allah, memang tak tertanggung rasa nya. Duduk tak kena, baring tak kena. Sedih teramat sebab tanggung semua ni seorang diri. Sumpah! Latihan pernafasan? Memang membantu. Tapi bila contraction datang menyerang setiap 5 minit, latihan pernafasan tu dah jadi macam benda biasa yg tak akan mengubah kesakitan langsung pun. 

INI HARI NYA
Jumaat/23 Jan 2015 - tepat 7.00 pg, doc request utk cek bukaan. Kali ni memang dah tak terperi sakitnya. Gagahkan juga menapak perlahan-lahan ke bilik rawatan. Doc mula kan operasi menyeluk. "Dah 5 cm". Wahhh good progress + impressed dgn diri sendiri. Patut la punya sakit malam td. Dengar doc suruh nurse tolak ke labor room. Tapi sy request utk makan dulu. Takut nanti tak ada tenaga. Balik lah sy ke katil semula dengan perlahan2 dengan tangan pegang seluar dalam sendiri. Kihkih. Bila dah sakit, tak ada masa dah nak pakai balik spender segala. Sy singgah toilet dan hati teringin nak makan. Dah la breakfast nasi lemak. Tapi sempat makan 2 sudu je. Kurma sempat makan 3 biji. Air selusuh langsung tak sempat capai. Sebab? Dah makin sakit perut ni! Terus sy jalan ke kaunter depan + duduk di wheelchair. Hp dah ada dekat tangan. Call hubby suruh datang sebab dah kena tolak ke LR. 

DEBARAN MEMUNCAK!
Sampai di LR, nurse arahkan baring. Sebelum apa2, nurse masuk kan 2 biji ubat buang air. Cepat2 pergi toilet. Mana nk membuang mana nak tahan contraction. Lepas masuk ke LR, baju ditukar, CTG dipasang, itu dibuat, ini dibuat. Pantas. Sakit2 tu sempat jugak puji dlm hati yg LR tu cantik jugak. Tak sempat nk snap pic tau.  Haha. Bila hubby dah datang, lega sikit rasa. Doc sempat tanya "awk pergi kelas antenatal ye?" Yela dah dia nengok dok fuh fuh fuh. Keadaan dlm LR? Ramai orang! Mana yg nurse, doc, doc yg monitor CTG & ramai lg lah. Tah sape2 tah. 

Bila duduk dlm LR ni kan, doc asyik la nak seluk. Dan tiap kali nak seluk, tiap kali sy takut. Sebab? Lepas doc kuar kan tangan je, contraction 100% akan datang memuncak!menyakitkan!menyeksakan! Memang tergeliat2 badan ni kiri kanan menahan sakit. Capai je tangan nurse buat genggam. Ada satu masa tu, bila contraction menyerang, tangan ni sempat je gegar besi penghadang katil tu. Mula2 doc suruh ambil epidural. Memandangkan dah sakit kan, agree jela. Tapi tunggu pny tunggu, tak muncul pun doc cucuk epidural nya. Bad news!!! "Kita tak boleh nak bagi u epidural sebab doc yg bertugas tengah ada emergency operate patient yg anak hampir lemas dalam kandungan". Allah!!! Maksud nya? Kena la tahan sakit ni sendiri? Apa yg doc boleh bagi just gas untuk tahan sakit. Dah la tak reti guna 1 hal. Sebelum tu sedut2 tak de apa jadi. Boleh gas habis time tu? Time org sakit lah time tu gas nak habis. 

Tapi tak ada epidural tak apa lagi.. darah ni berderau bila satu masa nurse yg cek jantung baby kata keadaan jantung baby tak bagus. Serius sy pandang muka dia terkebil2 masa dia cakap macam tu. Risau. Sy berdebar. "Ya Allah! Kau selamatkan lah kandungan ku". Lagi parah bila kejap2 nurse dan doc suruh sy alih kedudukan. Kejap baring ke kiri kejap menelentang. Semata2 untuk make sure jantung baby cantik. Berkali2 macam tu. Sesungguhnya tahu la sy yg memang keadaan baby merisaukan.

Satu ketika bila doc cek bukaan lagi, kali ni dah 6 cm. Progress dari jam 7.00++ hingga 10.00 pagi bukaan sangat lambat. Terbuka 1 cm je. Kejang segala otot menahan sakit. Sampai sy request injection. Tapi doc refused. Kata nya keadaan baby tak membenarkan sy utk ambil injection. Sigh..

Mata ni sempat terpandang skrin ctg depan mata. Tiap kali contraction datang, graf memuncak. Doc yg monitor ctg sy, kerap sgt pandang sy tiap kali graf menaik. Entah kenapa. Bertarung lah lagi dengan kesakitan. Tinggal tak menjerit je. 

Tapi..semua nya masih ok hingga lah..."Hazirah, kita tengok keadaan baby awk dah tak bagus. Tiap kali awak habis contraction, jantung baby awk lemah. So kita decided utk terpaksa operate awk ye" PANG!!!!! Terpana! Operate? Luluh hati sy mendengar. Dalam terpaksa perlu merelakan. Bila sy agree utk di operate, serta merta baju sy ditukar. Itu dipasang ini dipasang. CTG sy dicabut. Memang dah complete utk di bawa ke OT sampai la tiba2 sy cakap yg sy rasa nak membuang. Terus doc cek bukaan "Dah 7 cm!" ..tiba2 semua org pasang balik benda2 yg dah ditanggalkan tadi. Katil semua dah transform ke katil asal sampai lah seorang doc lain datang dan seluk. "No..still sama. 6 cm" MashaAllah! Kejap 7 kejap 6. And boleh dengar yg doc macam tak nak ambil risiko. Mereka tetap nak sy di operate. Dan sekali lagi berlaku pergelutan antara sy, nurse,doc,emosi, dan kesakitan. Doc bius datang & terangkan prosedur etc. Dan sy yg sakit macam dah hampir hilang arah hilang akal! KESAKITAN MEMUNCAK! Sy marah doc, sy marah nurse, sy paksa mereka cepatkan kerja dan tolak sy ke OT sekarang. Dalam tak sedar sy tinggikan suara. Sy marah nurse, nurse marah sy balik. Tapi yg sy tahu, sy just nak ubat bius. Please! Sy nk ubat bius! Sy tak nak rasa sakit ni lagi! Tak nak! 

AIR MATA DI DEWAN BEDAH
Sy ditolak ke OT tanpa suami disisi. Bila di dalam OT, prosedur nya tak pantas. Dengan kena tukar katil berkali2. Sy terpaksa tanggung lg kesakitan hingga lah sy yg baring dipaksa duduk supaya doc dapat cucuk ubat bius etc di belakang badan. Sesungguhnya sy tak boleh duduk! Contraction menghalang sy dr duduk. Tapi tetap dipaksa. Serta merta...sakit contraction hilang. Bius separuh membolehkan sy rasa perut sy di toreh perlahan2. Keadaan OT yg sejuk buat sy menggigil kesejukan tak terkata. Walaupun doc bius lapik kan sy dengan selimut tebal tetap tak jalan. Ada warmer pun tetap tak rasa. 

Satu ketika, doc bius tekan perut. "Maaf ye..tahan sikit. Kita nak tolak baby untuk keluar". Dan tiba-tiba

"Air mata ini mengalir. Aku menangis di saat satu jasad yg ditarik keluar dari dalam perut ku selama 40 minggu 5 hari itu berteriak. Dia menangis dan aku turut menangis. Aku tersedu sedan. Aku pejam kan mata ini. Bahu aku terhenjut-henjut menahan rasa. Sedih. Gembira. Pilu. Lama aku begitu. Aku sudah bergelar ibu. Ya, hari ini aku sudah bergelar ibu"

Perasaan apabila anak yg dikandung keluar dari dalam perut adalah sesuatu yg tak dapat di gambarkan. Sy masih ingat bagaimana laju nya air mata ini tumpah. Sy masih terdengar2 suara anak yg berteriak hebat itu. Hinggalah satu ketika, nurse bawa kan anak itu kepada sy

"Assalammualaikum anak mama" 
Anak yg menangis hebat tadi terus diam!!
Allah!! Kau mengerti yg aku adalah ibu mu syg. Kau tahu aku adalah orang yg mengendongmu setiap hari ke sana dan ke mari. Kita sama2 pergi kerja. Kita sama2 memasak. Kita sama2 kemas rumah. Kau menemani mama di saat mama sedih. Kau lah yg selalu menendang2 perut mama. Kau la yg selalu sesedu di malam hari. Kau lah yg selalu berjaga malam. Kau lah yg selalu bergerak bila ayahmu meletakkan tangannya di perut mama. Kau memang bijak! (Ah..maaf syg, mama menangis lagi saat jari sedang menaip)

Jadi lah engkau anak yg taat kepada kami berdua ibu dan bapa mu syg. Mama dah mengharungi liku pahit hanya semata untuk mendapatkan mu. Mama dan ayah dah keluarkan segala keringat, masa, duit, tenaga dan air mata untuk mendambakan mu. Perjalanan mama tak mudah syg. Hati mama tak kuat. Jiwa mama tak kental. Tapi Allah turun kan mama ujian menjadikan mama seorang yg tabah seperti insan yg lain yg pernah senasib dengan mama. 
Untuk anak mama - Muhammad Aqil Azfar, kau mempunyai seorang ayah yg penyayang sifatnya & kau mempunyai seorang ibu yg tabah laku nya. InshaAllah syg..kami berdua akan sentiasa melindungi mu sebaik mungkin. Dan jadi lah engkau seorang khalifah yg baik budi pekerti nya. 

Salam sayang..
Mama

Dan untuk rakan2 sperjuangan TTC ku yg lain - Usahlah kalian semua bersedih. Nikmati lah saat indah berdua dan kumpul lah pahala berbuat baik pada suami kalian. Ya, perjalanan ini tak mudah. Aku tahu itu. Sebut sahaja berapa banyak keringat dan air mata yg telah kalian tumpahkan. Jangan bohong kalau kalian kata kalian kuat. Sebab aku pernah merasakan nya. Usaha lah sehabis baik. Berdoa dan tawakal lah. Hidup ini tak mudah kan? Allah tak turunkan ujian tanpa sebab. Perancangan Allah itu terbaik. Menangis lah kalau itu bisa membuatkan kalian tenang. Mengadulah kalau itu boleh membuatkan kalian kuat. Doa dr sy tak pernah putus. Percayalah. Moga kalian diberi peluang merasa manisnya bergelar ibu. Amin. Sabar itu indah kan? Walaupun pahit disebalik kebenarannya.

Salam sayang..
Sahabat

*cerita & air mata tak habis di sini .. terlantar di katil seharian tanpa boleh menyusukan + dugaan ibu baru bila anak disahkan jaundis. Next entry ya*

17 comments:

  1. Mengalir air mata saat membaca entry awak ni.. Allah hu akhbar.. Tahniah dear dh jadi ibu.. Doakan sarah dan baby selamat hingga melahirkan.. Apa pula la bahagian sarah saat mlahirkan baby nnt.. Allah hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 pun semoga semua nya dipermudahkan..perjalanan lepas menjadi ibu pun x semudah disangka. Paling penting buat latihan pernafasan tu ok. Moga dapat bersalin normal, dipercepatkan bukaan dan dikurangkan kesakitan. InshaAllah

      Delete
  2. Indah & hebat kan perjalanan menjadi seorang ibu :)
    masih ingat kata2 kat pm dulu?
    jadi ibu bapa yang terbaik
    kalian boleh

    ReplyDelete
  3. Salam..tahniah sis...tersentuh baca n3 sis..benar sabar itu indah..;') salam kenal dr sy yg ttc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi bc entri yg x seberapa..sekadar berkongsi pengalaman sebelum awk sdri mengalami nya nanti. InshaAllah. Baby dust to u!

      Delete
  4. alhamdulillah tahniah....air mata gembira :) hopefully some yang sedang ttc akan mengalaminya amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...berkat kesabaran menunggu. InshaAllah yg sedang TTC akan merasai nikmat yg sama. InshaAllah

      Delete
  5. tahniah...baru berkesempatan menjenguk....terharu sguh baca entry ni..moga sy pun dimurahkan rezki mcm awk jgk.Insha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awk..inshaAllah rezeki awk akan sampai nnt. Usaha dan terus berdoa ye.

      Delete
  6. Tahniah sis..sronok mmbcenye wlupun air mata mngalir huhu brhrap sgt utk rse pnglman jd sorg ibu..xprnah pun rse cmne hepinye upt positif..hmpir 4thun ttc..InsyaAllah..ade rzki sy nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..pasti rezeki tu ada. Sy yakin. Cuma bila masa nya kita serahkan pada yg lebih mengetahui ye. Jgn putus harap. Selalu la bc pengalaman2 org utk amek inspirasi dan pupuk kesabaran. Kalau kita rasa kita tluka ada lg yg lebih terluka dan sgt berharap.. good luck utk awk. Sy dan baby doa kan supaya rezeki awk ada utk peroleh zuriat. InshaAllah

      Delete
  7. terharunya baca..tahniah sis dah selamat melahirkan..hope ada jugak kesempatan kita menimang anak sendiri satu hr nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..amin. moga ada rezeki utk awk k. Sy doa kan yg tbaik

      Delete
  8. Tahniah on your delivery, so comelllllll. ;)

    ReplyDelete
  9. Tahniah awak .. Mengalir airmata sy bca entry awk ni .. Due sy lusa , 13-08 .. Tp smpai hari ni blom rasa apa2 tanda .. Semoga segsla urusan kita d permudahkan , In Shaa Allah , Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck dan moga selamat semua nya ye.. amin

      Delete