Saturday 3 January 2015

Pakej Bersalin Pusat Perubatan Naluri 2014-2015

Assalammualaikum wbt..
Hari ni nak sharing berkenaan Pusat Perubatan Naluri. Rasa nya ramai yg mencari2 rate pakej bersalin dekat Naluri ni kan. Yelah nak jugak tahu kan apa service lain yg dorang bagi kan? Kan? Kan?
Ok, macam mana sy boleh terjumpa pasal Naluri ni? Macam ni... sebelum ni sy buat pregnancy check up di HUKM. Memandangkan Doc set kan tarikh last check up sy 3 hari sebelum EDD..so sy terpaksa mencari2 klinik lain utk buat check up di antara tarikh tu. Kalau sebelum tu, sy buat check up dekat Klinik Kita Wangsa Maju..tp sy tengok check up nya biasa je. No urine test pun. So sy decided elok lah kira nya sy cari hospital atau klinik lain. Memandangkan Naluri salah satu panel hospital company, so sy decided buat di sini je. Bila nak buat check up, sy just prepare guarantee letter sahaja.
Bila sampai kena ambil urine test, timbang berat, jumpa Doc & scan.
 Masa first time check up disini sy diberi suntikan kancing gigi. Itu pun waktu kandungan dah 37 minggu. Dekat HUKM tak ada suntikan kancing gigi. Alhamdulilah, tak sakit pun suntikan kancing gigi ni. Yela sebelum ni selalu baca org cerita suntikan kancing gigi ni sakit sampai boleh demam. Tapi sy steady je. Gagah kan sy? Hihi
Sy nak bersalin di sini ke? Ermmmm susah nak cakap sebenarnya. Dalam hati ni kalau boleh sy memang nak bersalin di hospital yg menempatkan bilik single. Motif? Sy nak pastikan sy boleh breastfeed anak sy dengan mudah, tanpa rasa segan, tanpa rasa kekok.. lagi2 kalau baby menangis malam, sy tak mengganggu patient yg lain tidur. Keselesaan untuk breastfeed anak tu yg paling sy utama kan. Husband pun boleh teman tidur. Perasaan nak bersalin di Naluri lebih membuak (gteww) bila sy tengok rate dekat Naluri ni masih reasonable walaupun sy akan terpaksa mengeluarkan sedikit duit memandangkan company cuma cover sikit sahaja. Tapi entah la...berbelah bahagi pulak rasa nya. Bila nak cari review bloggers lain, kebanyakan tak updated pun. Pengalaman bersalin terbaru tak ada yg buat entri.  
Sy planned untuk bersalin di HUKM dengan menggunakan guarantee letter husband. Tapi dekat HUKM, mereka menawarkan wad biasa yg mana semua dilayan sama rata. Tak ada bilik perseorangan pun melainkan anda semua bersalin di private wing UKM Specialist Centre. Risau nya dalam hati ni kalau baby nangis malam2 nanti. Huhu. Macam mana ek..
Ok la ok la...dah puas meluahkan rasa, jom la sambung balik ke tajuk utama entri ni ye. Hihi
Dekat Naluri, cas untuk open ward macam di atas. Rasa nya boleh lah zoom in untuk tahu details tapi ini bukan termasuk kos2 yg tertulis di bawah tu ye. Best kan? Even open ward nampak bersih,cantik,selesa and damai je. Cewah. Hihi. Jom tengok bilik single jom! 
Haaaaa...best tak? Cuba tengok betul2. Luas kan? Damai 2 kali ganda dari open ward. Hihihi. Bila tengok rate dekat atas ni lah terus rasa nak bersalin HUKM ke Naluri menjelma dalam hati ni. Tak suka tau! Nak lagi best? Jom tengok lagi!
Taraaaaa!!! Ni rate utk bilik yg lg special. Best kan? Memang best. Tapi lg best kalau bersalin ni kita boleh tahu ada complication atau tak. Yela, epidural pun dah RM900 kan..tak guna lagi vacum atau forsep. Kalau bersalin tu dipermudahkan, Alhamdulillah. Tapi kalau Allah nak bg ujian masa bersalin? Risau jugak duit tu keluar macam air. Ini lah 3 jenis bilik yg ditawarkan dekat Naluri.
Dah alang2 cerita pasal rate bilik bersalin, meh selit sekali service yg lain. Sy baca ibu yg berdarah O+, chance untuk baby dpt jaundis tinggi. Memandangkan sy O+, so sy dah bersiap sedia prepare mental physical lepas baby lahir nanti. Dan sy dah pun decided, akan ke Naluri je if nasib tak menyebelahi nanti. Kalau dipaksa tahan wad, senang sikit dekat dengan rumah. (Ohh sy memang jenis suka fikirkan pelbagai kemungkinan. Untuk bersiap sedia apa yg patut). Tapi biarlah semua nya dipermudahkan. Harap baby nanti tak ada kuning. Amin..
Antara service lain yg ada di Naluri. Tak sangka la pula ada sedia kan rawatan infertility. 

So best kan? Tapi apa2 pun hospital atau klinik dekat mana-mana pun sama je. Cuma kadang2 kita nak yg terbaik untuk diri kita sendiri kan. Yang penting kena sedia kan duit je. So far, pengalaman 2 kali check up setakat ini masih ok. Orang pun tak ada la ramai mana memandangkan sy pergi hari Sabtu. Pergi la awal2 pagi senang tak perlu nak tunggu lama. Actually memang tak perlu tunggu lama pun. Once one patient keluar bilik Doc, terus another patient dipanggil. 

So untuk sesiapa yg tengah mencari2 latest cas dan pakej bersalin di Naluri, hope entri ini membantu ok! Kalau ada yg pernah dapatkan service di sini, boleh lah bagi review sekali. 
Till then...harap membantu! 

27 comments:

  1. thankyou fr ur positive feedback..
    we really2 appreciate with all of the write up..thnkyou <3
    # One of the staff from Naluri:)

    ReplyDelete
  2. Sis, nanti kalau dah bersalin buat review ya. Saya sebelum ni bersalin di An Nur, Bangi. Alhamdulillah, servis mmg tip top. Tapi sy skru berpindah di area Keramat. So, tu yang baru nak try kat sini. Jangan lupa review ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syg ku...sy x bsalin di naluri due to bad experience ms akhir khamiln dgn doc di naluri...sy de share entri..

      last2 sy bsalin di hukm

      Delete
    2. bad experience mcm mne tu sis dkt naluri ?

      Delete
  3. terbaik naluri...... isteri bersalin n check up dan baby check up semua disini.. terima kasih nurse dan doctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah besalin kat sini 4 org anak dr K n dr Zana.. Terbaik..

      Delete
  4. pakeh 2200++ end up bil 3900++ walaupun normal

    ReplyDelete
  5. standard lah tu, tp price mmg reasonable utk service yg amat memuaskan

    ReplyDelete
  6. standard lah tu, tp price mmg reasonable utk service yg amat memuaskan

    ReplyDelete
  7. Salam. Just nk share i have a pretty bad experienced kt Naluri ni. Masa 1st check up dgn dorang alhamdulillah cnfirm pregnant. Happy excited semua ada. 2nd check up doctor ckp heart beat baby stop meaning baby dah takda segala machine nk scan doctor guna siap masuk kn yg mcm stick tu inside there but still no clue. so doctor insisted to do D&C asap takut simpan baby lama2 bahaya utk kita. Sedih sgt sebak tak tau nk ckp mcm mana. Bila blk rumah pikir punya pikir instinct seorang ibu tu kuat menyatakn baby still ada. Esok tu try pegi check kt tempat lain eventhough masih sedih lg kot2 kalau mmg betul baby dah takda. Tp mcm tak percaya pulak masa scan dpt dgr heart beat baby blk. Naluri pulak call tnya bila nk buat appt utk D&C. Nak je ckp anak aku hidup lg la machine yg korang guna tu smpai tak dpt detect baby. Tp tak smpai hati sebab dah happy sgt dpt sah kn baby masih hidup. Kalau i dah buat D&C haritu mesti tak dpt tgk baby i sekarang. Now dah setahun 4 bln. Just saying. Maybe bad luck dekat i bkn dekat uolls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. GULP!!
      Takotnye sy bc..huhuhu. itu lah pentingnya pendapat kedua dr klinik, pihak atau doctor lain. Jangan kita membabi buta terus ikut keputusan doctor untuk perkara yg x pasti. Tapi sy mmg masih igt bila doc dengan confident dan tenang mentioned AWAK KENA INDUCE ESOK masa sy last check up tu. Tanpa rasa bersalah langsung. Sedih sy

      But now, tak mo da check up situ. Ramai yg komen check up pregnancy dekat klinik seri indah ok. So for this 2nd baby sy nk p try sana pula..hihi

      Tq for ur sharing ye!

      Delete
    2. Maaf boleh tau tak sis check up dengan doc sape ye ?

      Delete
  8. sis nik z amik pakej 2200 kenapa end up bil sampai 3900 ada amok epidural atau komplikasi lain ke..?

    ReplyDelete
  9. risau pulak baca...delivery may nnti...huhu

    ReplyDelete
  10. Klinik Sri Indah tu dekat mana? Tgh cari juga tempat yg bagus & affordable utk check up. Now wife dah 6 weeks pregnant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik Seri Indah dekat Taman Samudra, Batu Caves.

      Delete
  11. Fareez Syahmi u dah pergi ke klinik seri indah? how your experience dkt sane? ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya check up di klinik seri indah . Mmg puas hati . Doc baik & pakar ultrasound

      Delete
  12. This is worst hospital. They killed my child.
    Ini pengalaman saya ;

    Kami pergi pada malam hari ke klinik tu sebab pergerakan anak kurang dari 5 kali dalam sehari. Masa tu saya 8 bulan hamil.
    Tapi dr takde lah time tu dah 11 mlm. Midwife jer ada.
    Midwife tu pun scan perut i . Dia cakap heartbeat ok, semua ok.. dia suruh balik rumah, jgn risau. We all tanya banyak kali Sure ke okay? Boleh tak tlg call dr check? Tapi midwife cakap x payah. balik rumah jer, mesin dont lie kononnya.
    Esok pagi mmg rasa x sedap hati, sebab baby mmg kurang gerak . Kami pergi pukul 9 am.. tapi 11 jer dapat jumpa dr. Kami suruh check la baby tu risau sbb pergerakkan x byk. Lepas scan dr cakap tak de heartbeat. Damn! mati dalam kandungan.
    If midwife tu mlm tadi call dr, sure boleh buat emergency procedure, dan mungkin boleh selamat. Last2 induce dan anak i kelahiran mati. mmg i tak maafkan lah klinik ni . Biar 1 malaysia tau. Jgn pergi tempat yg x competent ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..sy bersimpati dengan kamu. Buat report tak?

      Delete
  13. I bwk my son pergi hosp ni semalam for check up and vaccine.the paed tak nmpk mcm expert lgsung.i rasa doc kt klinik biasa lg credibility.i nk check why anak i mlm2 nangis and menjerit as if ade something wrong.but the doc said maybe kaki dia cramps cz penat sgt ( i was like duhh.. thts it doc?) she didn’t even check my son heart beat,tummy etc etc.hello i dh byk kali bawak my son jumpe doc okay.they wont miss that procedure..it’s common right as doc u will check pernafasan and all..

    Next utk vaccine pulak,the doc boleh tya nk barigkan or pegang je my son utk cucuk? Ya ampun of course la baring doc..are u nuts? Jarum kot u gotta be careful! Then after jab, my son looks normal until afew hrs later, started to be cranky..i check kt peha dia bengkak teruk and my son sampi tak boleh jalan.actually masa doc jab pn i had this one feeling betol ke tempat doc ni jab..biasa nya budak kene mengiring sikit.ni my son baring straight..

    Now,as in today anak i dh boleh jalan tp terhincut2 mcm org tempang.the bengkak lgi worst. i wanted to call the hosp and talk to the ‘Doc’ nasib close on Sunday n.I think i nak call tomorrow

    For the time being i just sapu minyak gamat and nk bawak my son g clinik tya opinion doc biasa which jauh lg bagus dr hosp pakar (yg diorg claim lah but I think the worst)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so how is your son's condition now?

      i dunno la..mybe we are not so lucky as others that claimed everything is good etc.

      hope ur son getting better

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Huu...menakutkn pulak...bru plan nk bersalin kt naluri ni...rsnya xjdlah nk bersalin sn...huhu

    ReplyDelete
  16. Takut pulak nk bersalin kat sini sebab tgk banyak ibu2 share bad experience. Sbb sy ada kawan,dah 2 kali dia bersalin kt sini. Smpai husband i pun cakap nk i bersalin kt sini. Tp tgk byk pulak bad comment..

    ReplyDelete
  17. Wah ada bad experiance dan ada juga good experiance... seram plk nk bersalin kt sini...

    sy ada research Sri Rampai Medical Centre, feed back banyak yang baik dan byk artis bersalin kt situ...

    ada tak sesiapa yg nk share experience bersalin di Sri Rampai Medical centre?...

    ReplyDelete