Salam semua!!
Boleh tak tajuk entri macam ni? Hihi. Kali ni nak sharing dengan semua especially dengan first time mommies yg bakal melahirkan tak lama lagi. Sebelum tu nak tepek gambar. Bagi hint sikit.
Kesimpulannya, kali ni sy nak sharing dengan semua berkenaan buku ni. Awal2 lg sy ckp sy tak jual ye. Al-kisah dulu masa baru2 dapat tahu pregnant perkara pertama yg terlintas dalam kepala adalah nak beli breast pump brand apa ye?
Agak nya kenapa itu yg sy dulu kan? Sebab sy dah set dalam minda nak menyusukan zuriat yg bakal lahir nnt. Sebenarnya teruja bila baca & tengok ibu2 kumpul dan buat stok susu. Dari situ sy start search panduan2 tertentu yg khusus untuk penyusuan terutama sekali cara buat stok semasa dalam pantang. Memang banyak sangat panduan dari mommies. Bila da banyak panduan, kepala pun pening lah nak memahami kan. Tapi so far dapat kutip ilmu jugak at least.
Frankly speaking, sy tak tahu lah macam mana keadaan susu lepas melahirkan nanti. Nervous jugak. Serius! Lagi2 sy jenis suka memikir. Macam mana kalau itu. Macam mana kalau ini bla bla bla..tapi dengan sikit usaha maintain kan minda yg positif, niat & bacaan surah Al Hujurat setiap minggu, harap2 segala nya dipermudahkan lah nanti. Amin
Pada sy, lebih baik kita prepare awal2 & gali ilmu dalam2 bab penyusuan baby ni. Sebab kita sendiri tahu kan susu ibu adalah susu yg terbaik utk baby kita. Sy pernah terbaca new mommy yg baru 3 hari melahirkan mengadu yg dia tak ada susu utk diberikan. Padahal setiap dari kita kena tahu memang lumrah susu tidak akan keluar seawal 1 hari melahirkan. Yg keluar hanya lah kolostrum. Sometimes ilmu macam ni yg perlu kita tahu supaya tak panik kemudian hari. Cewah, sekarang pandai la cakap kan..hihi
So disebabkan kepala dah pening dengan banyak sangat ilmu, satu hari terjumpa la buku dekat atas ni. Sy beli RM10 je. Bagus ke? SANGAT BAGUS! Sebab panduan dari A sampai Z ada di ajar. Macam gambar dekat atas ni. Ajar secara detail panduan nak perah susu pakai tangan. Kaedah marmet org panggil. Dalam ni tak ada pulak ajar cara nak urut breast utk rangsang stimulate susu. Tapi takpe, kita search jela kat internet ok! Nak lagi best, kalau samar2 boleh pergi Youtube. Dekat Youtube ada tunjuk tau mcm mana keadah marmet ni dibuat. Senangkan? Ada review yg ckp guna kaedah ni susu lagi banyak produce. Tapi mybe ikut pada orang jugak kot kan..
Ok dalam buku ni ada ajar cara nak start buat susu perahan. Digalakkan utk buat susu perahan 2 minggu lepas bersalin. Mesti ada yg fikir kenapa nak perah kalau boleh bagi direct feed dekat baby kan sebab selama pantang tu kita ada je depan mata dengan baby. Actually ini sebagai salah satu cara stimulate pengeluaran susu lebih meriah. Yela time mcm ni susu memang tengah banyak and gerenti breast akan bengkak kalau tak di pump. Tak kan nak sua je breast dekat baby even baby da kenyang kan. Sometimes ada juga mommies yg terpaksa perah lebih awal sebab baby kena tahan wad sebab jaundis. So bekalan susu utk baby mesti cukup. Susu ibu adalah ubat paling bagus untuk reda kan jaundis. Orang la kata..
Best pasal buku ni, tu dia siap buat kain time table lagi. Bila nak start perah susu dan sebagai nya & dia bagi juga panduan dekat bawah ni
Dia bagi jadual & panduan berkenaan bila waktu yg sesuai untuk memberi susu perahan yg kita dah perah seawal 2 minggu lepas bersalin tadi kepada bayi. Jadual2 ni semua sebenarnya amat membantu tau!
Yang ni pula teknik lekapan. Banyak yg sy baca antara punca puting ibu melecet adalah kerana teknik lekapan yg tidak betul semasa menyusu kan baby. So buku ni ada bg gambar cara yg sepatutnya baby hisap puting kita. * hopefully sy sendiri berjaya menyusukan baby tanpa melecet ni. Amin *
Tapi memang ini lah cara yg betul sy bc untuk teknik lekapan. Rata2 yg sy baca dekat mana2 blog atau info memang kena make sure baby buka dulu mulut luas2 dan sua kan breast. Yg pasti kena try and error jugak.
Sampai cara mengampu breast masa menyusukan baby pun ada ajar. Macam mana jari jemari tu nak dibuat pun ada tunjuk. Tengok dari ilmu yg basic macam ni siapa yg nak ajar kan? Even basic tapi penting untuk di ambil tahu.
Panduan posisi menyusukan baby pun ada ajar. Ada macam2 jenis kan. Rasa nya benda simple macam ni pun kena ambil tahu juga. Dalam buku ni, ada ajar cara simpanan susu dsb. Memang banyak lagi ilmu dalam buku ni. Nak tahu mommies kena la beli jugak kan? Hihi. Nak attach semua gambar dalam entri ni rasa macam tak suprised pulak. Hihi
Buku ni ada dalam 50+ muka surat lengkap dengan nombor telefon badan tertentu dalam bantuan penyusuan.
So ilmu yg sikit ni da ada..rasa nya masih banyak sangat ilmu penyusuan yg perlu di cari. Yg penting ini hanya teori. Praktikal mungkin berbeza. Apa2 pun ilmu basic dah ada kira lengkap 10% ilmu penyusuan yg perlu ada. Ada lah dari tak ada langsung kan?
Apa2 pun kita tengok macam mana post-bersalin nanti. Berjaya atau tak. Hihi. Untuk sesiapa yg nak dapatkan buku ni boleh ke FB dibawah
Moga kita semua berjaya secara perlahan-lahan dalam menyusukan baby. InshaAllah!
Perkongsian yang menarik admin. :)
ReplyDeleteRahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas