Monday 8 December 2014

Kenali Tanda Awal Bersalin Melalui "Mucus Plug"

Pernah dengar mengenai Mucus Plug? 
Kebiasaanya kita selalu di alert kan dengan tanda bersalin seperti pecah air ketuban & contraction di mana sebelum contraction sebenar berlaku mommies akan mengalami mild contraction seperti perut mengeras setiap 5-10 minit. 2 tanda yg paling popular di bibir2 para mommies. 

Tapi, mungkin tak ramai yg alert dengan "show" yg sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dalam pelbagai jenis "show", "blood show" merupakan tanda yg paling mudah untuk di kenali berbanding dengan yg lain dimana ianya merupakan lendir yg disertai dengan darah. Dan untuk pengetahuan, "show" ini ditunjukkan dalam fasa pertama proses bersalin yg mana pada peringkat ini serviks akan terbuka sehingga 2 cm. 
Mucus plug sebenarnya terkumpul di serviks ketika mengandung. Dan apabila serviks mula terbuka sedikit demi sedikit dan terbuka secara meluas, lendir tersebut akan keluar mengalir ke kemaluan. Bila proses ini sudah mula terjadi, boleh dikatakan bersalin boleh berlaku pada bila2 masa atau satu atau dua minggu kemudian. So nampak kan yg sebenarnya penting utk kita alert pasal mucus plug ni sebab seminggu dua pun benda ni boleh terjadi. Alert untuk mommies yg mengalami perkara ni bila kandungan masih kurang 36-37 minggu sebab itu boleh di consider untuk bersalin awal. 

Sebenarnya perkara ni boleh berlaku dan tak berlaku pd mommies. So bukan satu benda yg pelik kalau ada yg terus pecah air ketuban sebelum melahirkan. So, entri kali ni, sy nk ajak kawan2 semua memahami jenis2 mucus plug yg menjadi tanda awal untuk berjaga2. Tapi kena tahan sikit la ye sebab entri kali ni banyak gambar yg tak menyenangkan. Tapi ni semua untuk pengetahuan ok!





So? Geli tak? Hihi
Penting pakai panty liner. Mudah sikit nak kenalpasti ada ke tak mucus plug ni. So mommies semua termasuk la diri sendiri, kalau ada tanda2 lendir macam dekat atas ni cepat2 lah bersedia dan berjaga2 ye! Dan sila ambil perhatian, mucus plug bukan hanya ada satu jenis sahaja ye. Ramai yg salah tafsir kena alert bila ada blood show je tapi lepas ni harap2 kita semua boleh lebih alert kalau jumpa mucus macam yg dah di share ni. 

Again, maaf ye kalau ada yg geli dengan gambar dekat entri kali ni. Nak menambah pengetahuan kena la tahan sikit kan. Hihi

Moga memberi manfaat!

5 comments:

  1. Gambar amat membantu...Sy overdue dh 3 hari...Pg ni keluar lendir mcm wrna kuning sket2....Confius jgk tanda bersalin ke app sbb ank2 sblm ni keluar lendir campor darah....
    Ni ank ke 5...Kali pertama keluar lndir gini..So kena berjaga2 lah....Tq for sharing....

    ReplyDelete
  2. tq for sharing sy bru ja keluar lendir kuning2 tu...kandungan baru msuk 34 minggu...confused nak g hospital ka tdk ni😅

    ReplyDelete
  3. saya dh overdue. td keluar lendir kental tp warna mcm asam jawa. tu mucus plug juga ke. sebelum keluar tu sakit sgt2.dah keluar je, kurang sakit. xjadi nk.g hospital.

    ReplyDelete
  4. saya baru lps mdi kluar ada lendir mix coklat td..38 weeks ya

    ReplyDelete
  5. Sy da 38weeks..dah 2 hari keluar lendir coklat mcm ni...sebelum ni ank 3 org xprnh kena mcm ni...kena g hospital x?

    ReplyDelete