Wednesday, 29 October 2014

Tingkat Peluang Kehamilan Melalui Tanda Ovulasi

Mengesan hari subur mungkin adalah perkara paling utama bagi TTCians. Secara jujur sy salute dengan semangat jatuh bangun TTCians yg terpaksa berdepan dengan emosi yg pelbagai setiap hari dan setiap bulan. Siapa yg mampu mempersiapkan diri dengan air mata tatkala period menjelma? Tapi bangun semula di pertengahan bulan dengan menilik badan dan BBT chart seterusnya bersabar menanti keputusan di penghujung bulan. Siapa? There are TTCians. Ya! Sy menyanjung semangat TTCians yg hamil selepas TTC dan kepada mereka yg masih berusaha sehingga kini. Bukan mahu menolak tepi insan yg mudah lekat rezeki nya, but...menjadi TTCians itu lebih berharga nilainya daripada mereka yg tidak tahu apa. And i will salute them FOREVER! 

Pengalaman sy menjadi TTCians selama setahun lebih sebenarnya banyak memberi impak yg positif. Positif dari segi ilmu mengenali bahasa badan sendiri terutamanya. Dan jujurnya lebih banyak istilah perbidanan yg diketahui dan dipelajari hasil dr pengkongsian rakan2, Doc dan pembacaan. So siapa kata menjadi TTCians asyik nak menangis je? Silap2 kita lebih banyak ilmunya dari Doc! Betulkan? 

Entri kali ni mungkin agak panjang. Dan sy nak sharing kepada mereka yg baru berjinak2 nak menggali ilmu berkaitan tanda ovulasi. Bila kita dapat mengenali tanda ovulasi pada badan sendiri, secara automatiknya kita akan meningkatkan peluang kehamilan more than 80%. 

Sy senaraikan 5 tanda ovulasi yg paling common kita boleh kesan pada badan sendiri. Antaranya:-

1) Perubahan cervical fluid/mucus (Egg White)
Perkara paling senang untuk kita kesan pada badan sendiri. Kalau perasan, setiap bulan kita akan ada discharge dari miss V. Dan discharge ini akan bermula bila kita dah habis waktu period. Orang kata keputihan bahasa mudahnya. Tapi setiap disharge ini berbeza setiap hari bermula dari sticky>creamy>watery>egg white. 

Penghasilan egg white adalah tanda kita berada dalam fasa yg subur (most fertile). Tapi untuk mengenali setiap discharge ini perlukan masa dan kesabaran. 
STICKY (NOT FERTILE)
Sejurus kita habis period, tidak akan ada discharge yg keluar sehingga lah 4-5 hari berikutnya yg mana discharge sticky akan 
mula keluar. Discharge ini melekit seakan nasi yg baru dimasak dan sukar diregangkan. Peringkat ini masih belum berada pada tempoh subur.
CREAMY (NOT FERTILE)
Mucus akan menjadi creamy untuk peringkat yg seterusnya. Teksturnya seakan losyen. Licin tapi masih belum boleh diregangkan. Tempoh ini masih belum berada dalam tempoh subur.
CREAMY (TOWARDS FERTILE)
Mucus tetap berada pada peringkat creamy tapi discharge akan lebih banyak dari biasa dan mula memberi tanda boleh diregangkan. Pada peringkat ini, badan memberi tanda yg sedang memasuki tempoh subur. 
WATERY (FERTILE)
Dalam tempoh creamy yg memberi signal kepada tempoh subur, anda juga akan merasa bahawa Miss V seakan berair. So get alert dengan tanda ini dan bersedia untuk mengkaji mucus sehingga lah jumpa egg white.
 
EGG WHITE (MOST FERTILE)
Nampak tak perubahan pada mucus? Mucus akan lebih mudah diregangkan dan warna seakan nak ke egg white (putih telur) walaupun ada saki baki mucus creamy. 
EGG WHITE (MOST FERTILE)
Inilah egg white. Boleh diregangkan tanpa putus dan ini menandakan anda perlu bersama dengan suami sekerap mungkin hingga lah anda dah tak jumpa egg white ini lagi. Tapi jangan risau kalau susah nak jumpa EW. Sy sendiri pun susah nak jumpa EW setiap bulan. Tak jumpa EW tak bermaksud kita tak subur ye. Kehadiran EW sangat penting untuk membantu sperma dilindungi sepanjang sedang travel ke uterus. 

Ada 2 cara nak mengesan mucus ini. Wipe dengan tisu atau tengok pada panties ataupun dengan memasukkan hujung jari ke Miss V dan ceduk sikit mucus. Kena berani la buat ye. 

2) Suhu BBT chart jatuh. 
Memandangkan sy agak sukar utk jumpa egg white, sy gunakan kaedah BBT (body basal temperature) yg mana sangat efektif dalam mengesan waktu ovulasi dan seterusnya boleh beritahu kita samada kita berjaya conceive atau tidak pada cycle tersebut.
Ini adalah contoh BBT chart. Setiap hari suhu badan perlu diambil sejurus lepas bangun pagi. Celik mata je kena ambil suhu. Kalau diperhatikan chart di atas, garisan merah menegak terbentuk pada nombor 16 (cycle day 16). Dimana suhu tiba2 jatuh merudum dan naik mendadak sehari selepas. Kesimpulannya, pada suhu merudum itu adalah hari subur kita. Peningkatan suhu selepas itu menandakan kita dah melepasi waktu subur. Ramai dah menyalah anggap bila badan terasa panas tu tanda nya sedang subur. Salah ye. Bila badan panas tu menandakan dah melepasi waktu subur. Suhu badan merudum jatuh hanya akan berlaku dalam tempoh sehari sahaja. 

Sebenarnya sangat seronok ber BBT ini. Addicted! Sy ada buat entri BBT sebelum ini. Pada sesiapa yg nak belajar, boleh la jengah sini

3) Ovulation Predictor Kit Positif
OPK memang berkesan mengesan waktu subur. Sangat berkesan ye! Sy belajar mengenai OPK ni melalui kawan2 TTCians yg lain. Pada sesiapa yg masih tak tahu, OPK ni serupa pregnancy kit atau UPT. Cuma cara bacaan nya adalah berbeza. 
Bacaan OPK yg positif menandakan kita sedang berada dalam tempoh subur. Cuba tengok gambar OPK di atas. OPK positif pada cycle day 21. Bila kita dah dapat 2 garisan sama pekat atau lebih pekat itu lah tanda positif. 5 OPK paling atas masih menunjukkan negatif yg mana line Test masih tidak sama pekat dengan line Control. 

Sebenarnya ada cara utk kita tidak membazir OPK. Tak semua dari kita ada kitaran selama 28 hari. Macam sy, kitaran selama satu bulan adalah 35 hari. Oleh itu, sy akan mulakan test OPK pada hari ke 18 ke atas sehinggalah OPK menunjukkan result positif. Sekali lagi, sy akan merujuk kepada graf BBT sebagai panduan sampingan. (tak mudah nak pregnant kan? Kena banyak menimba ilmu dan eksperimen diri sendiri)

4) Ovulation Pain
Jangan ingat masa nak period je kita akan rasa sakit di ari2 atau salah satu bahagian ok. Masa nak subur pun kita akan rasa benda yg sama. Bila tengah2 bulan, anda rasa menyucuk2 di bahagian ari2 atau sebelah kiri atau kanan, take alert itu merupakan tanda baik ok. 

5) Terasa sexy
Ermmmm..sy tak pernah pula mengalami. Hihi. Tapi bila satu masa kita rasa seksi, rasa kita ni cantik, terasa nak pakai cantik2, itu tandanya tempoh subur lah tu. Waktu ni juga kita akan rasa nak dekat je dengan suami. So faham2 la kan. Hihi

Antara 5 tanda yg sy bagi, nombor 1-4 adalah cara yg paling berkesan boleh digunakan tanpa ragu2 lagi. Dan itulah cara yg sy gunakan untuk detect waktu subur. Rasanya boleh lah anda semua cuba untuk detect dengan cara yg sama. 

Ingat ye, untuk hamil bukan semudah ABC. Kena berusaha. Dan bila kita sebut usaha, bukan hanya usaha di atas katil..tapi dalami lah ilmu2 fertility mcm di atas. Ramai yg nak mudah. Tapi tak nak usaha lebih. Tak nak susah luang masa kaji diri sendiri, buat BBT segala. Tak nak labur duit sikit. Dari labur duit ke supplement yg bermacam2 pada satu masa, baik salurkan ke OPK dsb. Ingat ye, kalau makan banyak supplement pun, tapi kita tak faham dan tak mahu nak cuba memahami badan sendiri tak membawa apa2 manfaat pun. 

Semoga anda semua akan beroleh manfaat & baby dust to all of you! 













7 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  2. sangat membantu.. thanx for sharing

    ReplyDelete
  3. Mekaseh. Mcm cikgu lah. Terang & jelas & sedikit tegas di situ ��

    ReplyDelete
  4. thanks info yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. Thanks..info yg sgt brguna dan mmbantu utk knl ovulasi

    ReplyDelete