Monday 6 October 2014

3D/4D Scan Klinik Fauziah - Awesome!

Hai semua!
Baca title entri kali ni? Yup betol..hari ni nak bercerita pengalaman buat 3D/4D scan. 

Bila baca review ramai preggy mommies yg buat scan 3D4D ni, rasa teruja nak buat jugak. Lagi2 bila tengok muka baby yg still dalam tummy. Yes itu sangat mengujakan!

Entri kali ni nak kongsi proses sepanjang nak buat 3D4D scan dari awal booking sampai la habis. Moga beri manfaat ye!

Before proceed, meh sy tepek kan 1 pic baby. Untuk buat korang sama teruja. Hihi
There u go! Hello aunty! 

Kenapa pilih Klinik Fauziah? Ok, dalam byk review yg sy bc, Klinik Fauziah dan Klinik Umra adalah klinik yg sll sy baca para mommies di luar sana sebut2 kan utk buat scan 3D4D. Kata mereka kos scan agak berpatutan + khidmat sono, Ms Jezzlyn yg pandai memujuk baby. Kebetulan Klinik Fauziah ni duduk nya dekat Ampang. So boleh dikatakan still reasonable to choose. 

Nak buat appointment? Tak perlu call ye. Mommies kena register by online di DI SINI. Next step, mommies kena pilih klinik2 yg tersenarai before proceed dgn registration. Ada 10 buah klinik so mommies pilihlah yg terdekat dengan rumah ok.
Bila dah pilih klinik yg sesuai, dah boleh pilih tarikh2 yg mommies available. Tak semua tarikh dalam sebulan tu available ye mommies. Klinik yg akan tentukan tarikh dan masa yg available mcm dekat atas ni. So kita just klik tarikh & pilih masa yg kita free. Mcm sy, sy pilih waktu petang. Sebab pagi2 sll baby tido. Tapi bila scan, baby still tido. Hihi. 
Oh ye! Bila waktu yg sesuai utk buat 3D4D scan? Cuba tengok pic dekat atas ni. Range yg sesuai adalah 24-30 weeks. Kenapa tak boleh terlalu awal? Baby still kurus. Dan kenapa tak boleh terlalu lewat? Baby dah terlalu banyak lemak so susah dah nak nampak bentuk muka segala. As for me, sy buat masa usia kandungan 25 weeks. Kalau ikut kan baby still kurus sebab fat masih tak develop tp bila scan, sono cakap baby dah tembam! Banyak makan! Hihi. Tengok je gambar kat atas tu. 
Sebenarnya ramai yg bg feedback positif for Ms Jezzlyn. Sana sini memuji Ms Jezzlyn ni. Why? Patut lah pun. Dia pandai pujuk baby. Very nice person + banyak cakap. Hihi. And yes, disebabkan kepandaian memujuk tu, baby ikutkan je arahan dia. Ms Jezzlyn suruh baby alih kaki, baby alihkan. Suruh senyum, baby senyum! I can't even forget my baby's smile. Toooo sweet! So kalau nak Ms Jezzlyn as your sono, just refer schedule kat atas. 
Price? Still reasonable. RM120 sekali dengan sekeping gambar, report, kad voucher beli barang baby & CD. Dalam CD ni ada lebih kurang 35 keping gambar + 4 video + 1 report perkembangan baby. Untuk price service yg lain boleh refer gambar ye. 
Bila dah confirm booking, mommies akan dapat confirmation macam ni. Tapi still pending sampai dapat email dari admin macam picture di bawah
Overall..settle! Just tunggu tarikh & masa yg sesuai je. Oh ye, 1 hari sebelum appointment, mommies akan receive 1 msg beritahu boleh datang 3 jam awal sebab its based on first come first serve. As for me, sampai sana pukul 1.30 petang even appointment pukul 3 petang. Tapi staff suruh datang balik 1-2 jam. Lama tu! 
Ni lah Klinik Fauziah. Kecil dan ramai orang. Agak tak selesa sebab terlalu crowded. Tapi redah jelah. Hihi

Ok! Jom tengok gambar2 scan baby. 
Mula2 scan..kaki dekat kepala. Boleh baby?? Time ni la Ms Jezzlyn pujuk2 baby untuk alihkan kaki. Baby tengah tido as usual. Hihi
Ms Jezzlyn akan selang seli tengok scan 2D untuk make sure boleh nampak muka baby. Dekat sini, kalau baby tak bg kerjasama, tak akan ada charge di kenakan. Tak pun Ms Jezzlyn akan suruh mommies pergi jalan2 dulu. 
Simple report. Baby membesar dengan jaya. Berat baby 850++ gram waktu 25 weeks ni. Cuma baby sedikit buncit sebab ukuran lilit pinggang mcm dah 26 weeks. Banyak makan kata kan. Hihi. 
Oooohh..mommy melting! Baby senyum masa ni. Ms Jezzlyn suruh baby senyum. And bila kami keep on ketawa, baby keep on smiling sama. Just tak sempat nak snap pic aje. 
Boy or girl? Ada yg pandai tengok?

~mommy LOVE u~

5 comments:

  1. salam. ada baca dlm blog yg u nak tengok gambar wad di ukmsc. boleh refer my post

    http://nurinkhairi.blogspot.com/2014/10/pengalaman-dan-kos-bersalin-di-ukm.html

    ReplyDelete
  2. Salam sis..nak tanya..sis aftee OD doc terus bekalkan clomid suro makan ke? Hari ke berapa selepas OD sis mkn clomid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas sy operate, and before discharged doc bg clomid 150 mg..makan bila da period. Xberapa igt pulak sy period minggu ke berapa lepas laps.

      Delete
  3. comell...
    kat ampang de satu lagi ultrasound centre baru buka.
    di ukay bestari
    2d3d4d5d scan @ rm100 je all in.
    boleh tgk kt website diorang www.mysonoworld.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d >> HD juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye

    ReplyDelete