Sunday, 6 October 2013

PCOS - Polyscystic Ovary Syndrome

Assalammu'alaikum WBT & Good Day (ewahh)

Tak nak cerita panjang tapi nk terus jump!!

Bukan bermakna bila kita tak mengalami masalah, kita tak perlu nak ambil tahu kan? Same goes to me. Even aku tak mengalami benda ni tak bermaksud aku perlu abaikan. Sebab bila kita terlalu abaikan sesuatu itu lah yang kita akan dapat. Agree?

Hari ini rasa tergerak hati nak kongsi cerita pasal kesihatan. Sila la ambil perhatian ye walaupun bukan anda yang alami sbb this is consider ilmu. Dan mungkin sedar tanpa tidak, entri ni ada kaitan dengan hidup anda. 

Wat is tis ? Teruskan bacaan

Chopp!!! ada simptom di bawah?

1)  Gangguan Haid
Period yg tak menentu. Selalu nya orang akan kaitkan dengan stress. Stress kerja la, stress duit,  stress pasal kawan pun ada tau. Parah sangat bila period tu dalam 2 bulan sekali baru datang. 3-4 bulan baru datang. Most parah bila ada yang setahun tak period. Heaven ke hell? Jangan put a blame dekat stress semata-mata ye sbb sistem fertility kita yg kompleks ni tak boleh di huraikan dengan mudah. Banyak lagi penyebab kepada period problem ni.

2)  Period sikit atau period yg super duper terlampau banyak
Bila tak period, problem. Dan bila period pun problem jugak. Jadi extra problem bila period datang, flow nya terlampau sikit atau terlampau banyak sampai dalam 1 hari, terpaksa buat larian pas baton ganti pad. Ada juga yang datang period sampai 15-30 hari tanpa henti. Erm...dugaan setiap org tak pernah sama kan ..

3)  Tumbuh rambut @ rerambut
Ok.. sila jangan bayangkan rambut seperti di kepala anda ye. Rambut yg di maksud kan adalah bulu-bulu roma yang ketara banyak nya yg tanpa ada tidak sedar tumbuh di tangan, kaki, perut, badan dan ada yg menyerupai seperti misai dan janggut. Pls bukan misai yg macam sarjan Hassan tu ek. Mesti tengah cek badan sekarang kan? hihi

Pesakit PCOS juga akan mengalami masalah jerawat
4)  Obesiti
Selalu sangat terjadi dekat yg baru-baru kahwin kan? Yela org kata lepas kawen senang hati. Berdua lebih baik je tiap masa. Tapi kena ingat, bila lepas kahwin betapa penting nya untuk jaga pemakanan dan mengamalkan diet seimbang (peringatan untuk diri sendiri yang gemuk gojez ni..haha). Bila berat dah naik, akan effect dekat period cycle. Ada yang cycle period nye lepas tu akan berterabur, period flow akan berubah dan lagi takot bila telur di dalam folikel tak dapat berkembang dengan baik sekaligus menyukarkan untuk mengandung

5)  Keguguran rambut
Even bukan merupakan simptom utama, tapi ramai penghidap PCOS mengalamai keguguran rambut.

Ok lah..so apa motif cerita pasal simptom segala ni? Simptom di atas adalah tanda-tanda untuk penghidap PCOS. Yes..mungkin ramai yg tak tahu langsung kan apa benda PCOS ni. Yela, kadang-kadang kita ni bila tak alami sesuatu tu, dia tak nak ambil tahu pun. Bila dah terkena batang hidung sendiri baru lah mengada-ngada nak manja-manja dengan Encik Google.

Anda MUNGKIN penghidap PCOS bila semua tanda tu anda ada. Biar doctor yang sahkan sebab sebelum di sahkan ada PCOS anda akan lalui ujian2 darah dulu dimana dianogsa boleh dibuat dengan ujian darah LH/FSH pada hari kedua/ketiga period, ujian tahap testoterone dan imbasan ultrasound. Dan indicator yg lebih mudah bila lepas kahwin bertahun, masih lagi single mingle with the lovely hubby. Tak ada pun baby kecik tu dok teman kita tidur sekali. * Tapi kalau tidur sekali pun consider mengacau kan ..ahaks *

PCOS > Bila mana ovari menjadi bengkak kerana benih-benih yang terperangkap dalam ovari dan gagal untuk menetas pada hari subur. Bila keadaan berterusan, lama-kelamaan ovari yang membengkak inilah yang menjadi punca masalah period anda.

Perbezaan ovari normal dan penghidap PCOS

Scan ovari normal dan penghidap PCOS

Telur yang gagal menetas akan menghasilkan cyst pada ovari
Pesakit PCOS akan lebih cenderung untuk mempunyai masalah berkaitan kesuburan, tekanan darah, kencing manis dan tahap kolestrol yg tinggi. So macam mana nk rawat? Haruslah bersedia dan tabah untuk menurun kan berat badan dan mengamalkan diet sihat, And for married couple, kebiasaanya doctor akan bekal kan ubat untuk bantu regularkan period and method popular buat Ovarian Drilling.

To everyone yang ada masalah mcm period tak menentu, period berketul-ketul, terlebih flow, tak datang period dalam tempoh yg lama tu....sila lah ye pergi jumpa doctor. Tak payah la tak ambik tau and buat alasan tak kahwin lagi bla bla bla. Biar kita cegah dari awal dari berlarutan or bila da lama baru nak terkedek-kedek itik jumpa doctor, sebab sometimes benda yang kita tak akan terfikir itu mungkin boleh terjadi .. daaaaaa ~

1 comment:

  1. Terima kasih atas sharing yg bermanfaat.

    PCOS ni bukan sahaja penyebab masalah kesuburan..PCOS juga penyebab Obesiti kencing manis dan darah tinggi.

    Memang, Ada juga Pengidap PCOS yg mempunyai period yang regular dan berjya memperolehi zuriat..
    tetapi dalam tempoh jangka panjang..ia perlu juga dikawal demi kesihatan dan kesejahteraan diri kita.

    Walaupon PCOS penyebab obesiti..

    Salah satu cara uyk atasi PCOS ialah dengan mengurangkan berat badan. Bila berat badan stabil, insyaAllah..hormon juga akan stabil sama dan period menjadi regular semula.

    Bagi rakan2 yang mengidap PCOS, dan masih belum dapat zuriat, saya nasihatkan spy jumpa pakar sakit puan..supaya punca masalah dapat dikenal.pasti dan diatasi..

    Dalam pada masa yang sama..tak salah juga kita berikhtiar secara tradisional dan semulajadi~ spt dengan memgamalkan intake suplimen yang selamat.

    WaAllahualam


    Salam kenal
    Che'pah

    Jemput ziarah
    www.latifahsuleiman.blogspot.com

    ReplyDelete