Friday 5 July 2013

Low Progesterone

Appointment with the doctor to know the result of my blood test for CD2 and CD21
Agak-agak apa la ye result nye? Ok...dari result blood test, Dr cakap level of progesterone of mine sikit. Blood test untuk hormon ni dibuat masa CD21. Biar aku explain ye what is progesterone meant to be.

Level progesterone SEBELUM waktu subur > kurang daripada 1.5 nanograms per milliliter (ng/ml)
Level progesterone SELEPAS waktu subur > akan meningkat lebih daripada 15 ng/ml
Level progesterone SEMASA mengandung > mencapai 300 ng/ml atau lebih

Progesterone di produced oleh corpus luteum. Setiap bulan ovari kita akan hasilkan follicle. And dalam follicle ada telur. Bila follicle dah berapa dalam tahap yang matang, dia akan keluarkan telur dan telur ni lah yang akan meet the superb sperm. Dan sarung yang tertinggal tu kita gelarkan as corpus luteum. This thing akan menghasilkan hormon progesterone yang mana hormon ini lah yang akan menjadi indicator untuk Dr tahu whether kita ni dah melepasi waktu subur atau tak.

Proses telur keluar dari follicle

Selain itu, progesterone ini lah yang membantu kita untuk kekalkan kandungan waktu kita mengandung tau. So penting untuk tahu level progesterone ini sewaktu mengandung sebab level yang rendah boleh menyebabkan keguguran.

Dan untuk kes aku yang belum jadik mommy to be, that is why Dr akan buat blood test pada CD21. Sebab generally, kita akan ovulate pada CD14. Tapi itu kalau ada cycle yang cantik which is cycle period yang regular. If cycle yang tak cantik like me, boleh terpakai ke result CD21 sebab mybe aku ovulate lepas CD21..make sense tak?

Benda ni lah yang menjadi persoalan aku. Sebab, Dr mentioned yang level progesterone aku dalam 0.5 ng/ml which is sikit. And secara kesimpulannya disitu, Dr cakap aku tak ovulate on that month.

BBT Chart - Usaha kali ke 9

Benda ni makin menjadi persoalan lepas graf BBT aku menunjukkan yang aku tak ovulate sebelum CD21. Kalau tengok pada BBT, waktu subur aku jatuh pada CD15, tapi kalau tengok dekat CD28, suhu baru betul-betul melonjak naik. Dan aku rasa kan waktu subur aku yang sebenar adalah pada CD28. Kawan-kawan TTC yang lain pun cakap benda yang sama. Dan support by UPT result yang sentiasa negatif. So boleh cakap tak result CD21 tu tak boleh pakai sebab aku sebenarnya masih tak melalui waktu subur lagi masa itu? Ermmmm .....

Dr insist aku buat TVS scan. Scan punya scan, Dr dapat detect cyst kecil yang tak membahayakan. Tapi aku tetap risau ye! Bila sit dengan dia, dia advise aku untuk makan clomid 50mg (mula dengan dose yang paling rendah) which is Yeayyy!!! memang ini lah yang aku tunggu-tunggu sebab aku percaya clomid dapat membantu follicle aku untuk lebih membesar dengan sihat dan tiada lagi istilah tak ovulate dalam kamus hidup aku.

Free + cheap uolss..kalau private clinic mahal!

Lepas habis session, ambil tarikh appointment yang baru dan lenggang kangkung ke pharmacy untuk ambil clomid. Ada 5 biji clomid 50 mg dekat 1 papan. Makan masa CD2-5. Sebelum balik, kena pergi ke klinik MAC untuk buat appointment follicular tracking.

Next appoitment - Sept
Ada yang cakap, selain bantu perkembangan follicle, clomid dapat bantu sesiapa yang ada masalah low progesterone jugak. So kita tengok jela result nanti ye!

Untuk info tambahan pasal progesterone > http://www.justmommies.com/getting-pregnant/having-problems-getting-pregnant/signs-low-progesterone
 

No comments:

Post a Comment