Sunday, 8 September 2013

Shatavari Himalaya

Shatavari..tak pernah dengar? Tak tahu pun kewujudan dia? Ok jom baca ...

Ok harini, nak buat review pasal satu brand yang sekarang tengah aku tengah consume. Rasanya ni supplement yang tah ke berapa jenis tah lepas semua supplement yg dulu tu tak membantu. 

Owhhh sebelum tu nak update apa kisah terbaru about me. Yeeee.... saya period! (Ini tak best ye) Tak menjadi! Failed! clomid 50mg mission ke laut. Apa perasaan? Tak nak tanya? Let it be. Yang penting usaha kembali..

Dan usaha kali ini aku memberani kan diri untuk try Shatavari. Kalau ikutkan aku sangat takut untuk makan apa-apa supplement, or anything yang masuk ke dalam perut, sebab pengalaman sebelum ni yang mana period dan suhu aku ke laut membuat aku trauma..Tapi bila aku tahu yg Shatavari ni boleh membantu pembesaran ovum which is ni lah masalah aku, kali ni aku tawakal. Lupa kan perasaan gementar. Dan lagi best bila review ramai jugak yang success bila on this supplement dengan izin Allah SWT.

Shatavari RM 47.60/60 kapsul

Ok , jom kita tengok apa kebaikan Shatavari ni >

Secara keseluruhan, Shatavari yang berasal dari negara India ini merupakan herba atau supplement yang membantu sistem reproduktif wanita. Dan jangan tak tahu Shatavari ni boleh membantu menyokong sistem imunisasi badan tau. Kebaikan utama Shatavari yang lain adalah >

a) Menyokong kesihatan reproduktif dengan cara membantu menyihatkan organ reproduktif dalaman wanita
- Pernah dengar tak org cakap, dalaman yang sihat akan reflect luaran seseorang. Faham? Tak faham? Kan org selalu cakap, nak cantik luaran kena jaga dalaman. So bila dalaman kita iaitu lebih tepat RAHIM sihat, ia akan terus terpancar pada muka. Eh ini serius tau..so kita sihatkan rahim kita dulu sebelum kita conceive ye.Sama jugak kalau korang tak buang air seminggu. Rasa-rasa muka korang tu hitam tak bermaya and kelihatan tak suci kan? Ha centu la contoh paling tepat..heeeee

b) Membantu seimbangkan hormon
- Ha kalau yang selalu la period kejap 28 hari, kejap 40 hari kejap ada kejap tak ada mcm Chispmore tu, elok la makan Shatavari. Kadang-kadang even dah lama kawen pun hormon ni still ting tong.

c) Mengurangkan kesakitan akibat PMS
- Bila nak datang period or waktu period, mesti la sengugut tu akan datang kan walaupun kita tak jemput dia. So, ni salah satu fungsi Shatavari, mengurangkan kesakitan sengugut, bloating dan sewaktu dengan nya.

Cara makan > 1 biji waktu pagi selepas makan & 1 biji sebelum tidur selepas makan. Banyakkan pengambilan air kerana Shatavatri adalah berasaskan herba. Boleh makan masa period dan dalam tempoh 2WW.

Sebenarnya agak banyak lagi kebaikan Shatavari ni. Not only applicable dekat mommy yg tengah conceive tapi pada mommy yg dah jadik mommy pun ada kebaikan i.e meningkatkan susu badan. So pada sesiapa yang rasa ada problem mcm aku ni, hormon tak stabil ke or others yang related dengan sistem dalaman, jom kita try produk Himalaya yg berasaskan produk semulajadi ni. 

Since this is my 1st cycle and 1st time try Shatavari, nak-nak makan pulak lepas 2 minggu habis period, so kita tengok je kesan herbs ni. Adakah cycle period aku akan ting tong, adakah period flow aku akan lancar ATAU!! Adakah aku akan pregnant ? Hihihihihih ....berangan berangan berangan