Wednesday, 17 April 2013

Rawatan Kesuburan HUKM - Episod 2

Belum apa-apa dah episod 2..Mana episod 1? hihi 
Episod 1 tak sempat nak buat post..boleyyy ?

Hari ini, 16 hb April 2013, di awal pagi yang hening walaupun mata masih mengantuk, tapi aku gagah kan juga kaki untuk melangkah, badan untuk bergerak dan mata untuk di buka (*wahhhhhh puitis lagi). Buat pertama kali nya, aku sangat merasai ke excited san untuk jumpa doktor. Yela, demi bakal baby tercinta, ter cute, ter mengada lebih dan tercomel di dunia ~ ahaks!

BAIK!! Berjanji pada diri tak nak merepek banyak sangat pada post kali ni, kerana post kali ini a little bit serious matter (*betul ke ayat ni? Ok. Abaikan).

Yeayyy!!! Jam 8.00 pagi dah sampai ke HUKM, walaupun temujanji adalah pada jam 9.00 pagi bersama doktor. Pusat rawatan untuk kes-kes gynea adalah di sini - Obstetric & Gynaecology atau kita refer sebagai O&G sahaja.

hi Encik HUKM .. saya akan menjadi regular guest anda dari sekarang ye

Walaupun baru jam 8.00 pagi, tapi depan pintu tu dah ramai yang beratur. Bila pintu buka, yang lain menyerbu masuk macam masuk Sogo masa ada sales tu. Kenapa? Ooooo.. untuk dapat kan angka giliran paling awal. (*ok, baru tahu, so lepas ni nak serbu jugak instead of beratur. haha no manners. Saya budak baik. tetibe). Selepas letak kan borang pendaftaran berwarna merah ke tempat sepatutnya (*maaf, entry episod 1 sepatutnya ada, tapi lupa nak snap pic dokumen berkaitan so terus kita lompat ke episod 2 la ye). Serba sedikit perkara yang perlu tahu untuk mula kan rawatan di O&G  buat pertama kali

EPISOD 1
Perlu dapatkan referral letter daripada klinik swasta atau kerajaan. Kalau boleh tulis sekali nama doktor yang anda tahu. At my referral letter, nama Prof Dr Zainul Razi bin Rashid menjadi insan bertuah, sebab aku request Dr klinik untuk letak nama Prof. (*Prof, saya comel tau..sila berbesar hati menerima kes saya. winkk~). Ok serius! Lepas dapatkan referral letter, terus ke O&G HUKM dan pergi ke kaunter dan taraaaaa dah ada appointment date!! Nurse di kaunter akan baca referral letter dari klinik dan dia akan bagi tarikh temujanji dan 1 borang merah which is semua detail suami isteri perlu di isi. Dan masa temujanji nanti, bawa borang merah + guarantee letter + referral letter klinik (*nasib baik ekcik hubby keje gomen ada GL)

Baik, jom sambung semula episod 2 ni yek ..lepas dah letakkan borang merah yang dah lengkap di isi+GL+referral letter, tunggu nurse beri angka giliran (*arghhh ayat-ayat aku skema la!!). Lepas dapat angka giliran, boleh la pergi timbang berat badan dan ambil tekanan darah.

Angka giliran (*maaf, ini bukan nombor aku. Ni sumber dari pakcik google as a reference)
Bila dah ambil berat, aku kena tunggu giliran la. Tepat jam 9.30 pagi, masuk dalam bilik rawatan. So inilah yang berlaku -

1)  Sesi soal jawab 
Motif - Untuk tahu latar belakang suami isteri dan hingga lah soalan-soalan sulit. Jangan terkejut dan sila bersedia di tanya soalan begini sebab ini penting ye..

2)  Pap Smear Test
Sila baring dan doktor akan cek payudara anda, perut anda, dan pap smear test akan di buat. Pap smear test ni buat melalui cek bahagian alat sulit ye. Adalah alat yang akan di masuk kan di bahagian itu. Dan akhir sekali doktor akan cek dinding rahim samada dalam keadaan baik atau tak

3)  En Hubby turn!
Dah nama nak buat rawatan, bukan isteri yg comel ni je kena lalui ni semua ye. En hubby pun sama. Sila baring ye..dan doktor akan cek benda yang berkaitan. Tapi turn en hubby tak selama turn isteri yang comel ni. Conlusion, setakat ni, doktor kata kami ok. Yeayy dengan mata bersinar-sinar

4)  Scan
Kena juga buat scan ye..tapi di bilik 11 yang khas untuk scan. So kena la tunggu dengan mama-mama mengandung sekali. Ah! first time masuk bilik scan yg macam wow....depan mata + depan dan atas kepala ada monitor yang boleh kita tengok sekali. Jakun kat situ. Masa scan macam ada cyst di belah kiri ovari. Tapi medical officer tu tak dapat nak bagi apa-apa komen. Yela, bukan dia doktor

5)  Jumpa doktor 
Lepas scan, kena jumpa doktor tadi semula untuk tahu apa dia nak komen pasal scan tadi. Dan, dia cakap ada cyst kecil di bahagian kiri. Dan tak perlu kata apa-apa ....tak perlu risau sebab tu mungkin Ovulating Cyst (*minggu ini adalah minggu subur, maka cyst itu adalah perkara normal terjadi pada semua perempuan. hiksss .meowwww~) Dan di hujung perjumpaan, doktor bagi aku kad & kertas-kertas A4 yang berwarna ini.

kad temujanji

Temujanji yang seterusnya. 2 bulan lagi..whattt?? 2 months? Tapi takpe..doktor nak yg terbaik. Nak kaji kes and result sebaik mungkin maybe

blood test CD2

blood test CD21
sperm test form



~ So itu sahaja buat kali ini. Rasanya dah cukup detail apa yang perlu di kongsi. Kita jumpa lagi nanti ye. Mungkin masa Cycle Day 2 nanti. Daaaaa ~


(** aku bengang sebab muka aku keluar jerawat dan bintik-bintik yang sangat banyak. arghhhh!!! dah la kulit susah nak baik. Terus dah tak comel macam Kak Ton! OK BYE!**)

1 comment:

  1. salam. ada ambil sebarang supplemen tak utk kesuburan?

    btw, blog saya tgh buat giveaway. jemput join ya -> http://bit.ly/11mV19E

    ReplyDelete