Wednesday, 12 November 2014

Kehebatan Lelaki Bernama SUAMI

Bangunnya seorang suami adalah kerana doa seorang isteri. Cekal nya seorang isteri kerana cekalnya juga seorang suami. 

Menjadi seorang perempuan TTC bukan mudah. Aku tahu itu. Tetapi, mungkin 100 kali juga bukan mudah untuk suamiku dan juga suamimu. Dia tak pernah meluahkan. Dia tak pernah menyatakan. Dia tidak pernah menunjukkan.
Sahabatku .... berbangga la kalian semua memiliki suami yang sentiasa menemani. Ini bukan penghujung dunia. Bukan penamat segala. Tidak juga noktah sebuah cerita.

Cuba kau pandang wajah suamimu di kala waktu tidur nya. Dapatkah kau baca betapa payah nya dia mengharungi jerih perih melayan perasaan? Dapatkah engkau tahu betapa sesak nafas nya melalui hari yang penuh dengan pertanyaan? Dapatkah kau duga emosi nya saat kau sendiri menangis melayan hati tepat pada pandangan matanya? 

Suamiku...permintaan maaf aku lontarkan untukmu. Maafkan aku dengan tangisanku. Maafkan aku dengan terbuangnya masa mu mendengar tiap patah ayat dan baris keluh kesah dari hatiku. Maafkan aku kerana membiarkan dirimu menunggu. Maafkan aku jika aku melukakan hati mu. Maafkan aku jika aku kasar melontarkan kata-kata yang kau sendiri terhiris perasaan. 

Aku tidak kuat. Ya aku tidak kuat. Namun, aku percaya Allah datangkan kau dalam diriku adalah sebagai tiang untuk menahan aku dari jatuh dan terus terjatuh. 

Suamiku ... kuatnya diri aku kerana adanya kamu
Suamiku ... cekalnya aku kerana hebatnya kamu
Suamiku ... tabahnya aku kerana sabarnya kamu

Jadikanlah aku permaisuri jiwa hingga ke akhir nyawa. Aku mohon agar kau sentiasa denganku. Pimpinlah tangan ku agar berjaya mengharungi liku hidup satu persatu. Ketawa lah bersamaku. Menangis lah jua denganku. 

Kerana aku tahu engkau hanyalah satu-satunya SUAMI KU