Monday 26 May 2014

Flora Terrace Bad Experience

Lepas tengok review makan-makan dalam JJCM, rasa macam terpanggil nak try makan dekat Flora Terrace. Bukan sebab apa sangat pun tapi melihat kan dekorasi dalam restaurant memang buat hati tertarik
Maka nak dijadika cerita, kami sekeluarga ambil peluang untuk meraikan Mother's Day dekat Flora Terrace. Selalunya memang jadi kebiasaan untuk sy, kalau nak ke mana-mana, sy akan google dan baca review dari orang ramai dl. Bila google, kebanyakan bloggers bagi review yg memberangsangkan. 
Reservation - By call. Staff yg mesra melalui phone conversation. Tapi sebelum tu, reservation sy tak dapat di confirmkan lagi bak kata staff nya sebab pada ke esok kan hari nya ada group seramai 60 orang. So sy akan di call kemudian untuk last confirmation. Alhamdulilah, rezeki menyebelahi. Permulaan yg baik.

On the Day Event 
Nak cari tempat tak lah susah sebab Mr Hubby mahir bab-bab jalan. Cuma a bit confuse kat mana nak park kereta. So kami decided parking tepi jalan je. Kata the staff, hari Ahad selalunya DBKL tak datang melawat. Ok. Tapi mata tetap jeling-jeling jugak kereta. Mana lah tahu kan

Ok, bila sampai dan masuk ke dalam restaurant, memang WOW habis. Terpukau seketika dengan dekorasi nya. Mata dah macam disihirkan. Pandang sana pandang sini. Bila duduk, akan ada staff yg nyalakan lilin atas meja. Candle light sangat kan
Tapi bila duduk je, depan mata ada macam satu habuk yg jatuh dari atas siling. Slow-slow mendongak. My view, di sebabkan terlalu berdekorasi sangat mybe habuk-habuk bunga plastik yg tergantung susah nak di bersihkan. Lagi-lagi dengan aircond yg meniup kan. Maka, jatuh la ia tanpa rasa bersalah depan mata ni. hihi.
Staff - Semua staff adalah Melayu. Macam budak-budak yang baru habis sekolah macam tu. Tapi baguslah kan, at least nak bekerja. Dari melepak tak buat apa. Tapi dari yg dilihat staff disini tak ramai. Mereka la yg bekejar ambil minuman, ambil order and ambil makanan dari dapur.

Menu -  Menu di sini rasanya biasa-biasa aje. Tak ada yg menarik hati sangat. Tak terlalu banyak pilihan. Yes memang ada local and international food tapi harga boleh tahan juga. Disebabkan tak terlalu banyak sangat benda baru yg boleh di cuba so I decided nak makan nasi beriani (tak ingat dah apa nama belit2 dalam menu tu tapi nasi beriani la based nye)
Mr Hubby and others makan nasi goreng and spagetti. Sedih kan pergi restaurant mahal tapi makan nasi macam kat kedai biasa. Hihi. Tapi all these dishes came with set. Ada keropok, sambal belacan segala. Kalau makan memang kenyang. Portion pun boleh tahan banyak. 

Frust !!
 Boleh tulis besar-besar? hihi. I don't know manalah silapnya kan, sampai ke sudah my food tak sampai-sampai lagi. Sampaikan my other family dah habis makan ok. DAH HABIS MAKAN! Dari boleh senyum terus dah masam. Muka memang tak boleh blah. Satu benda yg sy sangat pantang. Makanan sampai lambat. Marah tau. Nak makan pun tak ada selera dah sebab dah kenyang makan hati. Bila suruh waiter pergi cek food, dia kata my food tengah di prepare. And i was like "ok" sambil angguk-angguk muka tak ada hati dah rasa nak balik sekarang jugak makan dekat food court Jusco je (tapi waiter tu managed la kot handle situation. Cakap pun behave sopan santun. Yela dah salah kan)
Mengikut firasat mybe chef tu terlupa nak buat my food. Huhu. Betul la tu kot sebab dalam 10 minit juga menunggu, Tapi once food dah sampai tekak pun dah tak ada selera nak telan. Hati sakit sebab menunggu lama (my 2nd pantang). Apa perasaan agak-agak bila orang lain pinggan dah kosong kita baru terhegeh-hegeh nak tunduk makan? Gembira kan
Sangat serius ye sebab tekak dah tak ada selera nak makan ditambah pula dengan nasi beriani yg memuak kan selera. Terus i pass the palte to my mom. Suruh dia habis kan. And my dad offer me to pesan menu yg lain. Telek punya telek, nak order sandwich je. Rasa nya ni je menu yg boleh masuk. Masa order tak lupa tanya ambil masa lama tak nak siap kan sandwich ni. Staff tu cakap mungkin la sebab nak prepare menu orang lain.

Crowded - Owhh memang ramai ye time tu. Semua yg datang dengan group dengan family. Adalah dalam 4 table tapi masing-masing datang with family kan. Ditambah lagi dengan budak-budak kecil yg berlari sana sini. Satu teori, kenapa ramai orang yg sama? Sebab food lambat sampai. Yela bila food lambat, agak2 bila nak dapat makan. And bila nak balik? Logikkan? Mata ni sempat la jeling-jeling meja lain. Memang lama jugak some of them menunggu food. 

Suggestion 
Rasa nya perlu la kot rasa nya restaurant ni tambah staff especially yg dekat kitchen. Tak tau lah berapa ramai chef kat belakang tu kan. Mybe 2 orang je kot. Tu sebab lambat. Kesian, chef terkejar2 sana sini tak menang tangan. Tambah la jugak staff kat depan. Cian budak-budak tu kena melayan kerenah orang yg ramai. Sedih kadang-kadang nengok. Bab yg lain ok. Tak ada apa masalah pun. Yg pasti dekorasi di Flora Terrace sangat menarik dan cantik. Love it!
 HAPPY MOTHER'S DAY TO US!

Sunday 25 May 2014

Tanda Awal Kehamilan

Assalammualaikum WBT

Entry kali ni rasa teringin nak sharing tanda-tanda awal kehamilan sebelum disahkan hamil. Mungkin ramai yang dah tahu dari pembacaan kan. Tapi tak semua dari kita akan mengalami tanda yang sama sebab tindak balas dalam badan adalah lain-lain.
 
Macam sy sendiri, sy dah dapat detect kelainan pada badan seawal DPO 11. Dan sy share kan entry ini berdasarkan pengalaman sendiri ok! Jom baca!

1)  Perut tak selesa
Ermm, nak kata macam mana ye. Disebabkan masa banyak di habiskan di office, maka semua ini sy rasa kan ketika berada di sana. Perut yang tak selesa sampaikan duduk pun rasa tak selesa dan semua nye tak kena. Dalam 30 minit, asyik bertukar cara duduk. Ada je yang tak kena.
2) Ovulation pain
Daripada pembacaan sy yg lepas-lepas, sy tahu ovulation pain selalu nya berlaku seawal DPO11 ke atas. Perut ni rasa cramp aje. Kadang-kadang rasa cramp yg menyucuk. Kadang-kadang rasa cramp yg mild sahaja. On and off. Sebenarnya sy tak ambil kisah sangat perkara ini tapi bila rasa menyucuk berlaku seawal DPO11, so luar biasa di situ. Sebab selalunya tanda tersebut datang bila 2 atau 3 hari sebelum miss P menjelma.

3) Tak sedap badan
Rasa macam nak demam. Di tambah lagi dengan rasa seram sejuk. Kata nak demam, tak demam pun. Tapi rasa tak sedap dah berhari-hari. Biasa kalau kita nak demam, kan kita rasa macam badan tak selesa kan, so itu lah yg dirasa
4) Mual
Ok, tekak rasa tak sedap ye. Rasa mual tapi tak muntah. Asyik makan gula-gula untuk hilangkan rasa mual. Mula-mula makan HACKS, tapi tak boleh masuk dengan badan sebab akan buat perut rasa lebih berangin, so beli gula-gula yang manis. Bila makan gula-gula je baru rasa hilang mual.

5) Mengah dan Mengantuk
Bila naik tangga, jalan lama sikit mesti akan rasa mengah. Penat sangat sampai lah dok menghela nafas yang panjang. Bila dah mengah, jantung pun rasa laju je berjalan. Menguap jangan cakap la. Bila lepas pukul 1 je, dalam 15 minit 10 kali menguap.
6) Tidur malam tak lena
Ok, selalu bila malam tidur sangat lah best. Tapi kali ni, tidur pun tak lena. Asyik terjaga. Tak lena disebabkan perut yg rasa tak selesa. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Semua tak kena.

7) Kerap buang air kecil
Bila tidur malam, mesti sekali akan terjaga untuk ke toilet. Ini mesti sampai la sekarang ni. Orang kata pembesaran rahim sedang berlaku yg mana menghimpit pundi kencing kita. That is why kita akan selalu rasa nak ke tandas

8) Puting sakit
Pada awal-awal, breast tak rasa sakit. Tapi puting yang sakit. Lagi-lagi bila tersentuh baju, memang sakit. Nak pegang pun tak boleh. hihi
9)  Muntah
Dah masuk ke DPO13, mula muntah. Dan yg keluar adalah air ye. Muntah yg rasa ditarik-tarik dari 
perut.

10) Mengidam
Mengadakan, awal lagi da mengidam. Hihi. Sy teringinnnnnnnnnn sangat nak makan buah kundang. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. huhu. Kejap rasa nak makan chicken chop. Nak makan secret recipe. Dan sy teringin nak makan sambal belacan tempoyak. Sampai minta dekat kawan office suruh bawa. Bila dah dapat, hari-hari buat sambal belacan tempoyak! Sedap betul! Ibu pun naik pelik sampai cakap "mengidam ke?"hihi
11) Mimpi
Ini luar biasa ye. Sepanjang sy dalam tempoh 2ww, sering kali sy dapat mimpi yg orang kata berkaitan dengan rezeki. Sy pernah mimpi bermandikan air hujan yg sangat lebat. Pernah juga bermimpikan berkenaan banjir. Pernah sekali sy bermimpi berada dalam wad untuk tunggu proses bersalin. Mimpi diberi makan pun ada. Dan ajaibnya, bukan sy je yg alami mimpi ni. Ibu sy mimpi memancing dapat ikan besar. Hihi. Ingat lagi, ibu sy wassap cakap pasal mimpi nya. Sy hanya senyum gembira je. Time tu memang dah dapat UPT yg kabur, tapi sy diamkan aje.

Tanda di atas lah yg sy rasa sepanjang sebelum detect pregnant. Alhamdulilah, sy tak mengalami morning sickness yg teruk. So, anda ada tanda-tanda dekat atas tak? Kalau ada, TAHNIAH!!!

Thursday 15 May 2014

Brand UPT Yang Terbaik

Sejak dapat tahu diri ni pregnant, serius macam tak percaya. Not only me but my hubby sekali. Entri kali ini nak cerita jenis-jenis UPT yg pada sy bagus dalam detect pregnancy especially sebelum tarikh expected period. So entri ini sy akan share dari UPT pertama yg sy guna sehingga lah yg terkini ok!
1) UPT dari Scoobi Dobee
Sy memang penggemar tegar UPT dari Scoobi Dobee ni. Murah ye! UPT strips baru RM1.00. OPK strips baru RM1.20. Dan amazing nya even ini adalah dalam kategori murah tapi kesan setiap UPT dan OPK sangat bagus! Tak ada warna samar-samar ke apa. Everything is clear. Serius! So ini adalah UPT pertama yg sy guna untuk discover adakah sy pregnant atau tak (gambar paling bawah)

2) Clear Blue Digital
Result dari CBD ini lah yg sy wassap kan pada ibu sy pada waktu Subuh. Sebenarnya, malam sebelum sy wassapkan gambar UPT dari Scoobi Dobee. Kunun nya nak buat suprise tapi hancus bila ayah dan ibu sy reply mereka "tak berapa paham". Aishhhh baru ingat nak buat suprise. Agaknya dulu ibu sy pergi cek dekat klinik terus kot.
Sy buat test pada waktu pagi. First urine. Sebab tak percaya kan. Sangat berdebar ye bila menunggu keputusan appear dekat stick CBD ni sebab masa menunggu tu rasa macam lama sangat
Lepas celup stick dalam urine, sy tunggu dalam berapa minit untuk keluar ayat "Pregnant" di atas. Mata tak berkelip. Debar sangat. Bila dah keluar result "Pregnant" rasa macam beban batu dah jatuh dari bahu sy. Lega nya hanya Allah SWT yg tahu.
Beberapa minit, baru lah keluar nombor "2-3" yg menandakan sy pregnant dalam lingkungan 4-5 minggu. Cepat-cepat tunjuk pada hubby. Perasaan sepanjang hari sangat-sangat la seronok.

3) Clear Blue Non-Digital
Ok, macam tak de keje kan beli UPT Clear Blue lagi. Padahal UPT Clear Blue sangat mahal sebab tahap ketepatan result adalah 99% ok. Dan, boleh detect samada kita pregnant atau tak 4 hari sebelum tarikh expected period lagi. Sebenarnya nak tahu sebab kenapa beli lagi? Masa di office, sy decided nak turun ke klinik office. Sebab kepala sangat sakit. Dan ingat kan nak buat lah urine test. Tapi sebelum sy turun ke klinik, sy telan bergelen air. And the result kat klinik adalah negatif!! Mahu tak terpempam! Sy siap tunjuk result CBD yg sy buat dekat Dr. Siap Dr tanya pada assistant betul ke 1 line? And dia jawab Yes! Ok fine! Sy dah risau! Tapi sy boleh buat kesimpulan, UPT yg klinik pakai adalah UPT cap ayam dan UPT murahan. Kebetulan sy pergi klinik pada hari yg sepatutnya sy period. Mungkin UPT yg klinik pakai tak boleh detect pregnancy sebelum tarikh expected period.

Disebabkan rasa risau dan emosi yg dah pun terganggu, cepat-cepat sy wassap Hubby minta dia beli kan UPT lain tapi sy tak sangka la pulak dia boleh beli UPT bermacam-macam brand samapi kena bayar lebih dari RM50.00. Iskh iskh semata-mata nak menyenangkan hati isteri kan. Lepas balik kerja, terus masuk toilet dan celup UPT. Resultnya adalah "Pregnant" (ok, UPT CB yg mahal tak akan menipu)

4) Brand Disclosure
Esoknya, sekali lagi lepas balik kerja, buat test lagi. Kali ni pakai brand disclosure. Cepat Line T jadi pekat menandakan level HCG dah semakin meningkat. Baby berkembang dengan cepat nampaknya.

5) Brand Guardian
Ok, for me brand guardian adalah brand murah (oppsss!). Bila test, result adalah seperti di atas. Agak pekat jugak Line T. Ok, sebenarnya tak semua brand boleh menghasilkan result yg pekat pada Line T. Kadang-kadang, kita buat test pada Brand A, line T sgt terang, tapi bila kita buat test pada Brand B, line T tak terang pulak. So tu la perbezaan yg ketara pada setiap UPT strips yg mana setiap UPT ini mengukur tahap HCG pada tahap yg berbeza-beza.

6) Brand Dip "N" Tell
Brand ni adalah brand yg popular juga. Sangat berkesan untuk yg ada period tak teratur which is highly recommended untuk yg tak ada period kitaran 28 hari.

Ok, rasa nya da cukup buat review pasal brand-brand UPT yg pada sy terbaik. Sebenarnya kalau nak tahu, semua UPT tidak termasuk Dip "N" Tell sy cuba sebelum waktu expected period ok. So untuk mommies di luar sana, boleh la cuba brand UPT yg sy share ni ok!

Celup-celup UPT & OPK Positif

Assalammualaikum!!
Hari ini sy nak kongsi kan entri berkaitan bagaimana sy dapat detect pregnancy menggunakan OPK (Ovulation Predicted Kits)

Sebenarnya, tak digalakkan menggunakan OPK untuk mengesan kehamilan, kerana fungsi sebenar OPK adalah untuk mengesan hari subur. Tapi, sebenarnya OPK lah yg sy gunakan untuk mencari hint-hint samada dalam perut ni ada isi atau tak. At least bila result OPK tak seperti yg diharapkan, maka sy tahu tak perlu sy bersusah payah mencelup UPT dan berangan-angan lagi. Ohh ye, serba ringkas kalau kita pregnant, maka OPK akan menunjukkan result positif di strips (dimana Line T adalah lebih pekat dari Line C atau kedua-dua line adalah sama warna dan kepekatannya).
.
Sebenarnya sy dah merasa tak sedap badan lebih kurang seminggu sebelum tarikh sy dapat detect pregnanT. So sy ambil keputusan untuk buat OPK test dalam jam 10.00 malam. Result adalah seperti di atas. Nampak gaya nya keputusan adalah negatif. Tapi sebenarnya entah la.. sy punya instict kuat yg line ni akan pekat nanti. Nak tidur tak lena ye. Kejap-kejap tangkap gambar. Kejap-kejap belek lagi. Dah tutup lampu untuk tidur, bangun balik semata-mata nak tengok OPK strips. Punya lah tak senonoh. hihi

Lepas beberapa hari, sy ambil keputusan sekali lagi untuk menggunakan OPK memandangkan sy betul-betul tak sedap badan. Duduk tak kena, bangun tak kena, semua tak kena. Actually sy takut nak buat UPT. Itu lah sebabnya sy gunakan OPK sebagai indicator awal.

Biasalah, cangkung dalam toilet, tangan mencelup, mata memerhati. Mata sy tak berkelip ye.hihi. Perlahan-lahan sy tengok Line T pada OPK pekat sedikit demi sedikit seperti gambar OPK yg pertama. Sy macam tak percaya. Hati dah berbunga-bunga tapi tak letak harapan tinggi. Tak sabar nak tunggu esok hari!

Gambar OPK yg kedua, adalah test yg sy buat pada ke esok kan hari nya. Line T pekat sikit dari hari sebelum. Kali ni, sy decided memberanikan diri mencelup UPT tanpa perasaan berdebar-debar tapi berharap. Perlahan-lahan sy tengok Line T naik secara perlahan-lahan. Macam tak percaya!! Mata sy tak berkelip memerhati. Tapi itu lah yg terjadi! Gambar di atas adalah UPT pertama sy dapat detect bahawa sy pregnant. Dan sehingga hari ini, sy tak habis-habis mencelup UPT. Nanti sy share kan entri berkaitan UPT yg sy gunakan ye.

Kawan-kawan yg rasa takut-takut nak cek UPT, rasa-rasa boleh lah guna method yg sy gunakan ini. At least kalau UPT negatif, takde lah kecewa sangat. Betul tak? Tapi sy nk nasihat kan, bukan semua orang boleh menggunakan OPK untuk detect pregnancy ye. Its depends pada tahap HCG dalam badan seseorang.

Ooohh ye..sebenarnya sy sangat tak sangka dapat detect pregnant pada waktu yg sangat awal dan sebelum tarikh expected period. Level HCG sy sangat tinggi. Sungguh pelik di situ. Adakah kembar? Jeng jeng jeng !!

Redha Yang Tertangguh

"Belum ada rezeki lagi. Tak pe lah, ada hikmah tersembunyi yg Allah SWT nak beri"
Tapi, cuba kita duduk diam-diam, tarik nafas dalam-dalam, cuba lontarkan jauh pandangan kita dan berfikir. Apakah kata-kata yg kita lafazkan dari mulut kita itu benar-benar ikhlas?
Anda jawab "ya, ikhlas". Jangan tipu! Sebab sy pernah menipu diri sy sendiri dengan kata-kata ini.
Betul. Menjadi wanita seperti kita yg sedikit terlewat untuk mendapat zuriat bukan lah sesuatu yg mudah. Pasti ada kedengaran sayup-sayup suara yg tak minta dijemput. Sinis bunyi nya. Sebutkan pada sy, siapa yg tak sedih kalau terlihat perut ibu mengandung yg sedang memboyot? Air manis diminum pun terasa pahit di tekak. 

Pernah satu ketika, sy menzahirkan rasa benci pada ibu-ibu yg mengandung. Kerana apa? Cemburu! Rutin harian sy ke kerja adalah dengan menaiki LRT. Pasti satu ketika akan ada musim terlalu ramai ibu mengandung. Bukan seorang, tapi dua tapi tiga tapi empat tapi lima! Sy pernah buat-buat tidur dalam LRT. Sy pernah buat-buat tak nampak ibu mengandung tengah berdiri. Sy pernah memalingkan muka pada ibu-ibu mengandung ini. Sehinggakan satu ketika, sy pernah terfikir yg sebenarnya mereka ini menyusahkan hidup sy! Ya, waktu ini memang benar emosi sy sungguh teruk. Sy gagal mengawal fikiran. Sy gagal mengawal hati. Sy gagal mengawal perasaan. Sy gagal stabilkan diri. Lagi-lagi bila period mengunjung tiba. 

Kedengarannya agak jahat bukan? Tapi siapalah sy untuk sentiasa berlagak mempunyai hati bersih setiap masa sedangkan jiwa sy meronta-ronta ingin menjadi seperti mereka. Pada saat itu juga, sy mempunyai rasa benci yg membuak kepada mereka. Kesannya, period tunggang langgang dan kitaran cyle entah ke mana. Tambah memeritkan, sudah pelbagai supplement sy cuba. Sebut saja. Semua nya tidak membantu. Terus membunuh perasaan baik sy secara perlahan-lahan. Sungguh! Sy benci melihat mereka!

Geram dengan keadaan tersebut hingga pernah satu ketika, sy seakan-akan marah pada Allah SWT. "Sampai bila Kau nak seksa aku macam ni? Apa lagi yang tak pernah habis?!" Astagfirullahal'azim. Ampuni aku Ya Allah kerana bersangka buruk pada mu. Aku buta tidak melihat hikmah Mu. 

Namun, bila masa silih berganti, sy rasa penat untuk terus begitu. Sampai bila nak membenci pada meraka walhal mereka tak salah apa. Cuma fizikal mereka buatkan sy terbeban menahan perasaan. Dengan bertatih, sy belajar perlahan-perlahan untuk bijak mengawal emosi. Ya!Tak mudah! Zahirnya nampak sy tersenyum, nampak sy ketawa, namun sy tahu dalaman sy tidak pernah tenteram. Emosi sy terbang melayang (sy tahu emosi tidak stabil melalui kaedah BBT yg dah sy buat sejak 2 tahun lebih. Graf sy setiap bulan tunggang langgang.
Graf bulan September 2012
Graf bulan Feb 2013
Graf bulan March 2013
Graf bulan May 2013
Nampak? Ini hanya sebahagian. Bayangkan betapa kita berharap pada satu ketika bahawa graf akan cantik tapi akhirnya tiada apa hasil. Namun hati tetap gigih. Gigih walau terpaksa menelan pahit. Rasa seperti hati dicengkam-cengkam. Pedih. Sakit.

Pernah satu masa juga, sy hide semua post berkenaan rakan-rakan FB yg mengandung. Melihat perut mereka memboyot. Melihat keluh kesah mereka ber "morning sickness", melihat mereka mengidam, lagi parah melihat mereka setiap minggu meng update status perkembangan minggu bayi yg dikandung. Eh sy benci lah semua ni! Entah la..bila perasaan dah menguasai diri, yg tak bersalah menjadi mangsa. Sepatutnya sy menjadikan mereka sebagai satu motivasi. Sy mendoakan mereka selamat melahirkan. Sy mendoakan diri sy mnjadi seperti mereka juga, namun masa tidak mengubah sy.

Sehingga lah satu ketika sy mendengar trainer bercerita mengenai Law of Attraction yg mana sy gunakan kaedah ini untuk kekal positif dan membantu follicle sy besar dengan cantik. Perlahan-lahan dari sini, sy berubah. Tiada perubahan drastik tapi sy menjadi seorang yg positif sedikit demi sedikit. Sy tidak membenci lagi ibu-ibu mengandung malah sy mendoakan kesejahteraan mereka di dalam hati. Terlihat kan anak kecil, sy mendoakan agar sy juga akan punyai zuriat sendiri nanti. Dengan kucing pun sy bercakap. Suruh mereka mendoakan agar sy mengandung. Oh! Jangan tak tahu sy pernah bercakap dalam hati mengenai seekor kucing yg ada di kawasan rumah sy. Kucing betina. Kucing singgahan yg dah hampir 2 tahun juga sy kenal. Dan dah banyak kali kucing yg sy gelarkan Comot tu mengandung. Boleh kira, dah berapa keturunan dia di sini.

 "Kau ni asiklah mengandung comot. Dah banyak kali tengok perut kau asik la memboyot tapi kakak tak juga mengandung-ngandung"

Sampai macam tu sekali kan.

Rasa pasrah sy semakin jelas bila sy terpaksa menjalani pembedahan Laparoscopy. Waktu ini sy fikir, tak apa lah kalau sy perlu menjalani sehingga tahap ini kalau boleh membuatkan badan sy sihat dan impian sy tercapai. Dan selepas pembedahan ini, 100% sy letak kan harapan pada Allah SWT. Sedikit demi sedikit sy buka kan semula mata ini. Kalau sebelum ini, sy letak kan harapan clomid, pada shaklee, pada segala supplement yg sy makan, sy harapkan dengan makan segala benda ini sy boleh mengandung. Namun sy silap dan baru sy tahu.....

RUPANYA SEBELUM INI REDHA SY ADALAH REDHA YANG TERTANGGUH

Sahabat, sama-sama kita betulkan semula hati ini. Serahkan segalanya pada Allah SWT. Menjalani kehidupan dengan penuh pasrah pada Dia. Asalkan kita berusaha, Dia lah yg menentukan semua nya.

Redha lah dengan setiap ketentuan
Senyumlah selagi bibir mampu mengukir senyuman
Hidup ini singkat untuk di pahitkan

Monday 12 May 2014

Perjalanan Ini Tak Mudah

Bismillahirrahmannirrahim ....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mendengar Doa para hambaNya. Ini lah keputusan nya
 Tiada apa yang bisa diungkap kan melainkan Alhamdullilah

Hari entri ini ditulis, usia kandungan baru dan sudah mencecah 4 minggu 2 hari. Istimewa nya, hari ini merupakan Hari Ibu, semalam adalah hari lahir adik, dan satu minggu kemudiannya, adalah hari lahir sy. Tiada apa lagi hadiah yg paling bermakna melain kan keputusan ini. Mohon doa dari semua sahabat agar dapat mendoakan kandungan ini kuat di dalam rahim dan membesar dalam keadaan selamat dari mengandung hingga melahirkan. Amin Ya Rabb!
Saat melihat UPT yg dicelup positif? Sy tiada perasaan. Sungguh. Mungkin diri dah terbiasa dengan situasi mencelup OPK dan UPT yg negatif pada saat-saat yg lepas. (Sy kongsikan gambar dan hasil OPK yg positif beberapa hari sebelum detect pregnancy pada entri ini).

Sesungguhnya sy sendiri tidak pasti mengapa hati sy seakan kering. Sy tak menjerit dan sy tak menangis. Mungkin sy terkedu. Adakah ini benar? Pasti ianya positif? Betul ke? Bukan false positive? Saat sy menggunakan Clear Blue Digital pun sy masih tak percaya ini berlaku. Mungkin salah satu sebab, tak ada confirmation dari mulut Dr sendiri kot. (Sy masih tak berjumpa Dr. Kebetulan, minggu depan  appointment date dengan Dr Kadir. Pada sy biarlah sekali harung)
Bila sy tengok balik gambar di atas, betapa sy tak sangka sy begitu kuat menghadapi semua ini sewaktu Laparoscopy. Masih tak dapat sy lupa kan saat air mata sy berlinang di atas strecher ketika azan Zohor berkumandang. Sy sedih sangat! Dari hari pertama sy masuk wad, kaki boleh melangkah laju, Badan segak bila berjalan sehinggalah sy terpaksa berjalan perlahan-lahan ke tandas sambil dipapah nurse. Sedikit dan sedikit dugaan sy terima. Air mata yg jatuh jangan kata (maafkan sy kerana saat menulis entri ini air mata sy sedang mengalir). Saat sy berputus asa itu tetap ada, tapi sy dilahirkan bukan untuk menyerah kalah. Sy tahu sy bukan insan yang lemah. Semangat sy kuat sejak dari kecil. Bila kita rasa, kita jatuh, kita bangun semula. Tak salah kalau kita menangis kecewa tapi biarlah kita bangkit semula di kemudian hari.   

Ada beberapa ketika sy menangis teresak-esak ketika di atas tikar sejadah. Sy hanya boleh mengadu pada Dia. Dia sahaja yg mendengar rintihan sy. (Sy bukan jenis yg suka mengadu secara melebih pada suami. Malah sy tak pernah tunjukkan perasaan terlalu kecewa apatah lagi menangis dalam dakapan dia). Untuk apa? Sy tak nak dia tahu isi hati sy. Cukup lah mungkin dia juga bersedih dan berkata-kata dalam hati tanpa pengetahuan sy mengenai zuriat. Sy tak mahu menambah beban nya lagi. Pernah dia memberitahu pasal isteri kawan nya yg dah pregnant. Tapi sy marah pada dia. Sy tak nak dengar dan tak nak tahu pasal sesiapa yg pregnant. Sy tak ingin nak dengar. (Mungkin sy cemburu. Maafkan sy. Kedengaran nya kasar tapi sy seboleh-boleh nak mengelak supaya hati dan emosi sy tak terbeban)

REDHA
- " Ya Allah, andainya ini yang Kau tetapkan pada aku, andainya aku terpaksa bersabar dan mengharungi semua ini, andainya ini lah aturan hidup aku yg perlu aku lalui,
AKU REDHA Ya Allah"
"Aku serahkan segala nya pada Mu, aku percaya aturan Mu adalah yg terbaik untuk aku" -

Itu lah yg pernah terdetik dalam hati sy pada satu ketika. Dan ajaibnya, ketika bulan ini lah sy berjaya conceive dengan izin Allah SWT. Redha itu penting. Kita serahkan lah segala pada aturan Nya, dan dalam masa yg sama kita usaha dan berdoa. Mungkin dulu-dulu, sy silap kerana mungkin tidak redha dan pasrah dengan segalanya. Oleh itu sy mohon pada sahabat tersayang, redha lah pada Nya. Dan ketika ini pun, sy tetap akan redha dengan segala apa yg akan berlaku pada sy di masa hadapan. Sy serahkan segala nya pada Nya. Itu lah yg terbaik.
2 termometer ini lah yg banyak memberi jasa pada sy. Dah 2 tahun lebih setia pada sy. Tak pernah mendatangkan masalah dan kuat seperti sy dan In Shaa Allah kuat seperti zuriat yg sy kandungkan ini (sy dapat detect pregnant 3 hari sebelum tarikh expected period). Sy amalkan kaedah BBT sepanjang 2 tahun lebih sy berusaha. Terima kasih kepada insan yg pernah menurunkan ilmu ini pada sy. Terima kasih Allah kerana membuka hati sy untuk mencuba kaedah ini. (dan jgn kedekut ilmu untuk turunkan pada yg lain juga). Bercakap mengenai BBT, sebut sahajalah graf apa je yg sy tak pernah jumpa pada setiap cycle. Semua graf sy dah pernah ada. Dari graf tak dapat detect waktu ovulation, dari graf yg progesteron nya rendah, dari graf yg suhu pre dan post ovulation statik je suhu nya, dari graf yg paling panjang sampai 2 bulan lebih pun ada. Just name it. Sy ada 18 cycle BBT yg mana 80% dari semua graf ini adalah tak cantik. Sy tak ada regular period macam org lain. Badan sy tak boleh menerima supplement sebarang. (sy dah cuba pati delima, susu kambing, kurma blend, EPO, shatavari, shaklee). Semua buat badan sy terkejut dan period yg tak betul.

Sahabat, sejujurnya sy risaukan kandungan yg masih awal ini. Sy mohon sahabat-sahabat terbaik sy doakan agar kandungan ini kuat. Kuat seperti sy, kuat seperti anda semua, kuat seperti kita yg tak pernah lelah dengan ujian Allah SWT. Siapa tahu disebabkan doa kalian, Allah SWT beri anda semua rezeki yg dinanti-nanti. (sy percaya bila kita mendoakan perkara yg baik pada org lain, rezeki akan makin hampir dengan kita). Kalau kita nampak orang mengandung doa kan semoga beliau selamat melahirkan dan masa yg sama mendoakan agar kita diberi peluang merasa benda yg sama. (ini lah yg sy lakukan. Usaha yg lain sy kongsi pada entri yg lain)

Akhir kata, tak semua orang memahami perasaan kita kerana mereka tidak melalui apa yg kita rasa. Sy tahu apa yg anda rasa. Anda tahu apa perasaan sy. Kita saling melengkapi. Kita tak pernah kenal. Kita tak ada pertalian darah. Tapi kita menyokong antara satu sama lain. Kita memberi semangat sesama kita. Kita sayang menyayangi dari jauh. Kita mengambil berat perihal masing-masing
Percaya lah sahabat, masa anda akan tiba. Air mata yg gugur kesedihan, akan terganti dengan air mata kesyukuran. Katakan usaha yg mana tiada hasilnya? Apa yg kita kerja kan ada pahala nya. Maka sahabat, kuatkan lah semangat mu. Sapu lah air mata mu. Tekadkan lah hati mu. Nikmati lah hidup mu. In Shaa Allah, kekuatan yg ada pada diri kita sekarang akan menjadi kan kita lebih tabah di masa hadapan.