Saturday 24 September 2016

Pengalaman Bersalin Kali Kedua - Normal tapi Vacum

Assalammualaikum wbt

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan peluang yg diberi untuk dapat merasa bersalin secara normal bagi kelahiran yg kedua ni. 

Sewaktu post ni ditulis, baby (adik) dah pun berusia 14 hari. Dan jangan tak tahu, entri ni sy karang sewaktu sy & adik dalam wad. Dan sy gigih taip entri ni pakai hp ye untuk bacaan anda semua..cewah. Tapi, tapi, tapi kenapa & apa sy buat dalam wad? Kemudian lah sy cerita. Sesungguhnya pengalaman bergelar seorang ibu kepada 2 anak tak sama. Setiap anak itu ada ujian nya tersendiri. 

So tak payah sedih2..(pujuk diri sendiri). Meh kita baca secara santai & relax pengalaman sy bersalin kali ni yg penuh dengan cabaran dan rintangan. gtuww...hihi. Dan maaf lah ye, entri ni memang panjanggggggg. Yela kata nak cerita satu persatu kan. Hadap lah korang baca..haha

Sebelum korang bosan dan stop baca entri ni even belum masok intro lagi, meh nengok gambo meh
Sebenarnya..sebenarnya jenuh jugak nak menunggu bila lah adik nak keluar dari perut ni. Ingatkan, berangan2 & berharap yg konon adik akan keluar masa 37 weeks. Tak pun paling lambat 38 weeks. Tapi sampai 39 weeks pun adik tak tunjuk rasa ghairah (gtuww) untuk keluar melihat dunia yg penuh dengan penipuan ni..haha. And sedey sangat sebab adik tak hingin nak tengok muka mama dia yg cantik ni (pitam). 

Yela kan org kata bsalin anak first and second tak sama. First selalu lambat, second selalu cepat. Tapi andaian & kata2 tu semua adalah tipu semata2! Nampak tak marah disitu. haha. So sebab adik takmo keluar lagi, so mama gigihlah pergi kerja lagi sampai 39 weeks. Stat 40 weeks aje, mama da buat 1 plan baekkkk punya untuk mintak MC dekat klinik yg mama biasa buat check up. Nasib baik dapat. hihi. (eh tapi risiko tau kalau p kerja jugak masa 40 weeks tu. Buat nye sakit perut dalam LRT, pecah air ketuban ke sape nak jawab??)

Maka dah cecah 40 weeks ni, maka bermulalah episod risau setiap hari. Counting, counting and counting sampai 1 saat seram sendiri bila pikir tak kan la sampai kena serah diri dekat wad untuk induce. huhu.
So bermulalah episod survey pandangan mak2 dekat FB macam mana pengalaman depa bersalin secara induce. Yela kot2 betul kena serah diri ke kan..
And start 40 weeks jugaklah, dah start paksa diri wat senaman sental lantai bilik air (secara sia2 haha), exercise atas gym ball etc. Dengan harapan akan terberanak esok jugak (tapi hampa).
And start dari 38 weeks sebenarnya, dah start minum Rasberry Leaf Tea (gambar atas tu) yg katanya bagus untuk persediaan rahim masa nak bersalin nanti. So bila dan cecah 39 weeks, RLT ni sy start minum 2kali sehari. Apa rasa? Rasa ribena without gula. Masam.
Hari berganti hari..sampai lah 2 hari sebelum bersalin (jumaat), ada mild sakit2 perut on off masa tengah tidur tapi esok bila bangun sakit tu hilang. And malam esoknya (sabtu) dalam pukul 2 pagi rasa mild sakit tu datang lg masa tengah nak tidur. Tapi sebabkan rasa sakit tu, sy pun bangun and buat exercise atas gym ball. And this time sy dah start pakai contraction tracker. Memang sy rasa this is the time. Its begin! Dekat apps dah tunjukkan yg progress adalah dalam fasa early labor.
And memang betul, rasa contraction tu memang datang on off. Time sakit ni pulak husband tengah main badminton. Sempat request nasi lemak sebab rasa lapar sangat. Sambil tunggu husband balik, memang tak tinggal gym ball & breath in and out exercise. Kadang sway the hip untuk redakan sakit. By 4 am, rasa sakit dah makin kerap. Time ni sy dah start wassap ibu inform yg perut dah start sakit and mybe akan hantar si bijak Aqil lepas dia bangun tidur nanti.

Dari 2-4 pg, sy just start gerak ke HUKM jam 11 pg. Malas nak ke HUKM awal2. So p la makan sizzling dulu, beli pape makanan yg patut utk makan dalam wad nanti sambil tahan sakit. Sambil jalan, kejap2 stop just for breathing. Bila semua dah setel, bergeraklah k HUKM & sampai pun dalam pukul 2 petang. So bermulalah episod biasa. Doc tanya ada tak air ketuban pecah..jawapan sy ada. Sebab masa shishi dekat rumah time sakit2 tu terdengar bunyi pop and tiba2 air mengalir tak mo stop. Tp bila doc cek, katanya belum pecah lagi (ceh!). Sy ingat lg Doc yg cek tu Doc Azzry nama dia. Lemah lembut budi pekerti sopan santun berbahasa (puji melambung) walaupun lelaki! Cek punya cek, katanya dah 4cm! va va va va syabas beteh!! dulu masa Aqil, 2 cm je baru bukak. So bila dah 4cm, maka Doc pun pecahkan la air ketuban and siap pesan lagi nanti banyakkan zikir masa dalam LR. Siap tanya tahu tak zikir apa..sambil dia pulak yg berzikir depan kita dok mengajar. haha

So bila dah 4cm ni, memang terus ke LR la jawabnye. So apa dah jadik dengan segala makanan & coklat cadbury yg diborong tadi? Lebur makan dek laki la gamaknya gtu. Tapi, before masuk tu macam2 soalan lah tny kt Doc Azzry whether boleh tak jalan dalam LR instead of baring (sebab contraction lebih terasa bila berdiri). Jawapan dia tak boleh. Baiklah.

Bila dah settle semua, nurse tolak terus ke LR. Time tu dalam pukul 3.35 petang. Takde nye pergi wad dulu letak beg tukar baju segala. Semua benda tu angkut la pergi ke LR jugak. Sampai je kat LR, disambut dengan sorang nurse kecil molek baju merah. Relaxxxx aje muka dia. "ok, tuka baju dulu. Lepas tukar baju, baring ye".. sambil dia tengah siapkan barang dalam LR tu, sempat la tanya boleh tak nak request air sebab dari tadi tak minum. Dia bolehkan aje asalkan bukan mintak makan dah la. Once dah baring, dia masukkan 1 ubat dekat belakang so that pasni boleh la p buang segala benda dalam perut dengan jayanya. Memang ubat tu punya efek berkesan gle. Tp dok dalam toilet lama la jugak. Sebab tak konfiden yg keluar tu dah keluar habis ke belum. (geli tak? haha). Malas nak buang masa, keluar jela dari toilet. Serah diri baring atas katil & tangan ni semua mula lah dicucuk sana sini. Sambil kena cucuk sambil contraction menyerang. Ko rasa???
Tapi sakit2 pun, sempat senyum. Pakai shawl masa nak meneran. Ko ade? Jenuh jugaklah asik nak risaukan pasal shawl ni. senget ke ape ke. hahaha

Tiba2 datang masuk sorang perempuan pakai baju color kelabu which is rasanya itulah doc yg akan sambut baby nanti. Soalan pertama dia " nak ambil Epidural tak? " Jawapan pertama sy " ermm nak kot " boleh pulak kot2 kan. Sebenarnya kan sakit yg dirasa time tu takde lah sakit sangat. Still boleh tahan tapi tak tau kenapa pegi cakap nak.

 So bila dah cakap nak tu, doc2 junior yg uruskan pasal Epi mula lah start buat kerja i.e ambil darah. Untuk? before boleh ambil epi, depa akan tengok darah kita dulu. nak tengok samada pass atau x utk amek epi. Tambah2 pulak, sy ni ada talasemia. HB manjang low.  Adalah curik2 dengar conversation doc junior dengan nurse dlm LR tu, chance nak dapat epi macam tipis aje. uhuk...

Tapi sy x stop berharap la. Tp semuanya mmg hampehla. Result keluar punya la lambat. Sakit da nak menggila ni. Midwife yg terer tu da stat seluk macam nak cepatkan bukaan. Sekali still 4 cm. Sejam dalam LR tu praktis breath in and out still 4cm? Are u kidding me? Time ni pissed off la dengan diri sendiri. Marah dengan result darah yg keluar lambat. grrrrr

Midwife tu pulak macam saje je xmo bg amek epi. Sebab? Dia da p seluk sekali lagi bg tolong bukak. So dr 4cm jadik lah 6cm dalam masa 1 jam. Hadoiiiiii. dah cenggini memang sakit bertambah2 la nampaknya. Lagipun dia tak mo tunggu2 dah kot sebab nampak boleh je proceed without epi (rasanya lah..teka je. haha). Sakit punya sakit yg makin kerap rasa macam nak tertanggal pinggang. Tp kali ni a bit calm dari masa Aqil dulu. Tak de nak bising sangat. haha. Dalam menahan2 sakit tu, midwife tu asyik tanya ada rasa nak meneran tak. Mybe sebab tengok graf contraction yg mybe dah masok ke fasa active labor. Sometimes memang ada rasa nak teran pun. So midwife tu pun tak lengah2 p masokkan ubat kt belakang sekali lg. Rasanya bukan sekali tp 2 kali. Lepas masokkan aje, dia tny lagi ada rasa nak meneran tak? Adaaaaa!! "ok teran lah"..makanya yg keluar bukan lah baby tapi popo..haha. 2x popo atas katil tu ek. Sambil pemandangan itu disaksikan oleh husband sendiri. haha. So meneran yg dirasakan tu sebenarnya nak popo la kan..bukan nak beranak. See, betapa handalnya midwife tu tadi dalam membuat telahan dan menjalankan tugasnya. (cewah)

Tapi kan tapi tapi, lepas popo kan, midwife tu masukkan ape tah. Lepas masukkan benda tu, terus nampak dia dah macam get ready tau. Pakai gloove, prepare itu ini, tuka katil tu jadik lebih pendek, letak semua barang2 yg perlu dekat dengan katil. OMG...dalam kepala ni dok mikir and confuse " eh dah nak bersalin ke ni? ". Biar betul sebab baru je 6cm kan..dan secara automatiknya melepas lah nak merasa epidural sebab dah 6cm. huhuhu. so bertahan lah!

Tapi kan, dalam beberapa minit aje dari 6cm tu terus jadik 7cm. Dari 7cm terus ke 9cm. Sekelip mata. So bila dah 9 cm ni, doc perempuan tadi pun masuk lah. Suruh try push. Kita pun push la bila ada contraction. Banyak kali tapi no progress!! Contraction tak lama setiap kali datang. Rasanya sama mcm kes Aqil dulu. Then doc pun bersuara " memandangkan jantung baby da mula tunjuk tanda nak lemah, kita vacum ye " ..nasib baik doc tak cakap kita operate ye. kalau tak mau banjir kat situ.

Once agree untuk vacum, so proses pun bermula. Ni satu hal jugak. Sebab..even doc da guna vacum, baby still susah nak keluar! Push dah banyak kali masa contraction datang menggila tapi still terbukak tak luas! Oh baby please! Tapi what to do, Doc agaknya dah fed up kot sebab push banyak kali pun still susah nak keluar, then doc berdiri and masokkan tangan sedalam mungkin. Allah!!!! SAKIT!!! Allah je yg tahu. huhu. Lepas tu, doc suruh try lagi push! Kali ni harder and harder! Midwife, doc2 junior yg uruskan pasal epi tadi pun dok bg semangat "sikit lagi puan. sikit lagi. pandai bla bla bla" sambil puji tu sambil terasa Doc tarik baby keluar and ZAPPPPP!!! terasa mcm ada guntingan kat bawah tu. Push tarik push tarik push tarik!!!! baby susah jugak nak keluar sampai 1 masa decided untuk push sekuat hati sambil mata pejam menggila and ploppppppp baby pun keluar sambil badan rasa bergegar dek tarikan Doc tu tadi. Serta merta hilang terus sakit contraction. Alhamdulilah!

Once baby keluar je, Doc terus letak atas badan. Seketul baby atas perut ni. Tak terpegang sebab macam terkejut ada benda atas badan dengan darah and lendir2 segala. hihi. Nak pegang ke tak nak, nak ke tak nak. haha. Tp pegang jugak sekejap. Sebelum p bersihkan nurse tunjuk dulu tutut baby suruh cakap girl ke boy. "Girl"... ok, terus dia bawak lari lelaju lepas tu. Ermmm azab nak meneran tak habis lagi ye. Once dah tarik baby keluar, letak atas badan, yg lain sibuk inject itu ini. Injection untuk kecutkan rahim dekat area peha memang not bad sakitnya sampaikan menjerit jugaklah. Terkejut dorang sampai cakap "eh baby dah keluar dah. tak sakit dah" padahal yg sakit tu sebab injection kecutkan rahim tu. Tah sebab injection tu mmg sakit or nurse tu agak kasar. Antara 2 lah. Lagi satu, lepas je keluar baby terus request kt Doc junior tu nak air. Haus la kata kan. Yela mau tidak. Bertarung di medan perang tadi tu. Rasa macam lovely sangat sebab Doc tu suapkan air kat mulut. hahaha

Dari part meneran, injection sampai lah ke part nak keluarkan uri pulak. Ni pun masalah dunia jugak. Susah benor nak keluarnya sampai ada 1 masa ni masa Doc tengah tarik rasanya lebihan tali pusat tu terputus. Memang darah terpercik la dekat badan, muka Doc and dekat lantai.

Ok meh cte part menjahit pulak. Hadoiiii lepas satu, satu kan. Part jahit ni memang agak lama la jugak. Soalan pertama dekat Doc masa dia tengah jahit tu, "lama lagi ke Doc? jawapan dia... " lama la jugak sebab vacum kan. Laluan awk kecik. So sy terpaksa gunting " sighhhhh dari cara dia jahit tu memang agak mcm teruk and banyak je nk kne jahit. Sampai pakai 2 benang. Tak cukup 1 boleh pulak dia mintak additional benang. huhu. Sakit ke masa jahit ni? Doc bius..so tak rasa sakit cuma masa dia tarik benang tu memang rasa terasa ngilu. Dan kalau jahit kat daging memang tak rasa, TAPI masa doc jahit kat kulit itu memang azab ok! Seminggu nak hadap rasa sakit denyut2 jahitan kat kulit tu tau. Duduk bangun semua tak kena. Sampai buat andaian sendiri entah2 jahitan kat kulit tu tengah bernanah ke apa tu pasal sakit menggila! Entah apahal tah dia pergi jahit dekat kulit pun tak tau lah.. Tak tengok ke jahitan tu cmne? Jujurnya sampai sekarang tak tengok and tak nak tengok. Tapi nurse KK cakap jahitan memang banyak sampai nak ke lubang belakang. Kiranya mcm ko bersalin angkat bontot la. kan panjang jahitan sebab akan byk koyak kan...cenggitu la cuma bezanya sy ni sebab vacum even bontot tak angkat pun masa meneran (bajet terer la meneran tu sebab tak angkat bontot? puiii..haha)

Tunggu punya tunggu, Doc pun dah siap buat jahitan sembat susup kat bawah. So baby pun dah siap2. Baby timbang, berat just 2.81 kg aje. Telahan Doc and yg lain kata baby kunun besar. More than 3kg tapi hampeh 3kg pun tak sampai. hihihi.
Once dah settle semua, darah pun dah siap bersihkan..dari LR tu bersih, kotor dan bersih balik, midwife yg tadi bagi milo & biskut. Makan la dengan laju. Lepas tu midwife pass baby untuk BF. Wahhhhh first time baby suck nipple memang samgat pandai!!!!!! Tak payah ajar. Kuat sedutan dia! even kolostrum dah keluar ada ke belom tah. Saja ambil masa lama sikit utk BF baby. Adalah dalam 45 minit gtu sebelum tolak ke wad. Tak dapat gentle birth pun at least dapat biarkan baby BF lama jugak. Then its fine for me.
Dari ditolak daripada PAC ke LR jam 3.35 petang, sampai bersalin jam 5.44 petang, dalam masa beberapa jam ni bertarung nyawa menahan contraction dari 4cm ke fully dilated. Terima kasih buat husband yg sudi pinjamkan tapak tangan untuk digenggam sekuat2 boleh untuk menahan sakit contraction yg menggila. Terima kasih kepada midwife baju merah yg sangat bagus dalam menjalankan tugas dalam LR. Terima kasih pada Doc yg menyambut bb dan menjahit miss V dan terima kasih kepada semua lah. Paling tak dapat dibalas jasa, terima kasih dekat ibu ayah sebab sanggup tengok2 kan Aqil, mengadap kerenah Aqil etc sepanjang saat melahirkan....(tulis panjang2 kat sini kang tak habis pulak)

Maka bermulalah cabaran sebagai seorang mama kepada 2 cahayamata. Sememangnya ada beza melahirkan secara normal dan czer. Awal2 apa yg dirasa, darah nifas kita memang mengalir macam air. Tuka pad setiap 2 jam sebab pad memang penuh setiap masa. Bangun dari toilet bowl pun darah mengalir macam air kencing. (normalkan? ini bukan tumpah darah kan?)...

And yg paling best sangat adalah...hari ahad bersalin jam 5.44 petang, esoknya hari isnin dalam waktu tengahari dah boleh keluar wad. yahoooooo!!! Jom la baby kita balik
rumah. Mama dah rindu sama abang Aqil.

Aqil - 40 weeks 5 days
Adik - 40 weeks 6 days

TIPS
1. Pastikan sentiasa relax bila contraction datang. Kalau boleh make sure pujuk diri sendiri & positifkan diri cakap "aku boleh lalui semua ni"

2. Paling penting kawal pernafasan. Breath in & breath out. Tarik nafas guna hidung dalam kiraan 4, dan lepas kan guna mulut dalam kiraan 8. Buat setiap kali contraction datang. Memang sangat membantu! Kena ingat ye, nafas yg teratur tu penting untuk make sure kita tak stress & oksigen yg cukup sampai dekat baby. Sometimes, bila mama terlalu stress, pernafasan ke laut, itu punca baby fetal distress.

3. Layan contraction dengan cara sway hip & bounce atas gym ball. Bila contraction datang, selain kawal pernafasan penting untuk kita layan kesakitan yg menyerang. Slowly, breath in and out sambil sway kan punggung ke kiri dan kanan secara perlahan2. Takpum bounce atas gym ball sambil pejam mata.

4. Minum air herba masa pregnant. Masa start 6 -7 months, sy da amalkan minum air akar herbanika NR setiap hari di office. Jadikan rutin. Penting untuk tenaga supaya tak lesu, tak penat. Air akar ni bagus jugak utk penghasilan susu sewaktu preggy & selepas bersalin.

Rasanya itu jela kot tips yg ada..kot2 ada yg miss out, sy akan update entri ni ya! Btw. tq for those yg sudi baca cerpen ni. hihi.

** Cabaran sebenar seorang mama. Kegembiraan hanya seketika. Baby admitted sebab jaundis pada hari ke 3 selepas dilahirkan **