Sunday 23 March 2014

The Full House Restaurant

Nampak macam magazine, tapi rupanya menu.
Dah lama sebenarnya teringin nak makan dekat Full House Restaurant ni. Tapi selalu tak kesampaian mengenangkan mybe price food nye yg mahal. Yela tengok deco restaurant pun dah macam mewah-mewah kan.

I chose to lunch di Full House, Wangsa Walk. Pergi waktu tengahari. Sampai-sampai nampak kereta biru (lupa nak snap pic). Tengok dari luar macam tak bukak sebab lengang. Bila masuk, adalah dalam 4 table yg ada orang makan. Belum pay day mybe.
So far, deco restaurant boleh dikatakan cantik. English style. Cuma, mungkin dah terlalu ramai org datang menyebabkan barang-barang hiasan dah usang & nampak buruk (dah selalu dipegang2) or mungkin tak di jaga sempurna. Tapi kalau datang sini, datang la dengan group. Baru rasa meriah sebab dekat setiap bahagian restaurant, boleh snap photo cantik-cantik tau.
Agak lama sebenarnya membelek menu. Banyak sangat menu dekat restaurant ni. Tak tahu mana satu nak pilih. Semua nya menyelerakan! Dari dessert, air, sampai la main course semua nampak sedap! Serius!
Price? Not bad. Affordable. Just prepare RM100 makan untuk 2 orang (less than this actually).
Selalunya ramai orang yg datang sini sebab environment restaurant yg santai. Warna putih restaurant ni made the environment feel warm and cool. Nak borak sampai malam pun tak jadi masalah. Besar jugak ruang makan di Full House ni. Sebenarnya, banyak lagi table dekat bahagian lain, tapi closed pulak section nye. Deco restaurant berbeza pada setiap ruang tau. So kalau datang, pilih je nak duduk dekat mana yg rasa selesa.
Memandangkan masih dalam proses pemulihan lepas operation, so air lemon menjadi pilihan. Yang sebelah tu air strawberry vanilla. Sedap! Tak terlalu manis.
Chicken chop black pepper. Sangat sedap! Even nampak sikit tapi terlebih kenyang ok. Complete set. Ada sayur dan mash potato. Black pepper dia sangat sedap dan banyak. Paling penting rasa dia lain macam ok! I like!
Dory Fish. Ada fish, sayur, mash potato. Senang cerita food choice dekat Full House ni memang terbaik la. Seimbang. Deco food pun sangat menarik. Sayang nak makan. hihi
Alfredo. Kesimpulan, memang kenyang makan!
Total makan untuk 2 orang. 3 main course + 2 air. Tak mahal dan sangat berbaloi. Boleh makan sini lagi lepas ni. Highly recommended!
Muka puas dapat makan! hihi

Saturday 22 March 2014

Air Lemon Untuk Ingin Hamil - Jom Minum!

Pernah dengar tak dengan meminum air campuran lemon boleh meningkatkan tahap kesuburan & sekaligus membantu untuk ingin hamil?

- SAYA TAK PERNAH DENGAR -
 Sebenarnya entah macam mana, sy dapat tahu berkaitan lemon yg dikatakan boleh membantu pasangan untuk hamil ni. Tapi bila sy baca pengalaman org (luar negara) yg sudah mencuba, sedikit sebanyak teori amalan minum air campuran lemon memang berkesan!

Lemon dikatakan bagus untuk kesuburan di atas beberapa faktor. Ia kaya dengan vitamin C, magnesium, kalsium, pottasium dan antioksidan yg boleh membantu untuk membuang segala benda kotor dalam badan sekaligus akan meningkatkan kesihatan.
Pernah dengar orang cakap kan, kalau nk hamil, kena minum air banyak-banyak. Yes! it is the rule (sy sebenarnya sgt payah nak minum air). Air sebenarnya dapat membantu penghasilan mucus dan lendiran serviks (cervical fluid). Tanpa lendiran serviks, sperma susah nak berenang & bertemu dengan telur yg dihasilkan dalam kilang ovari. Oh ye!, kalau lendiran serviks ni berkualiti dan banyak, ia boleh membantu sperma untuk hidup lebih lama sementara menunggu hari subur tau!

Dan kalau dijadikan amalan minum air campuran lemon ni dalam rutin harian, sebenarnya ia meningkatkan lebih banyak peluang untuk mengandung! 

Tapi macam mana > Rasanya kita sendiri tahu kan apa yg kita makan tu lebih banyak tak berkhasiat pada badan dari membawa kebaikan. Betul? (Ok, yg ni sy admit). Benda-benda yg tak bagus semua ini lah yg boleh memberi kesan kepada telur, sperma dan sistem peranakan. Sooooo .. disini lah antioksidan dari lemon memainkan peranan. Antioksidan ini akan menolong untuk membuang dan membunuh semua radikal bebas dalam badan and on the spot membantu badan lebih bersedia untuk conception. So di sini lah lemon membantu dalam masalah ketidaksuburan.

Lagi satu, natural ingredient yg ada dalam lemon tak akan memberi kesan buruk pada badan. So tak perlu risau kalau minum sewaktu tengah hamil @ masa kita tengah ambil ubat-ubat kesuburan e.g clomid dan berada dalam rawatan kesuburan. 
Macam mana cara untuk minum air campuran lemon?
- masukkan perahan lemon (setengah biji atau kurang) dalam air suam -
- boleh minum bila-bila masa walaupun ramai yg menyarankan minum di awal pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur -

Sifat acidic dalam lemon tak membunuh sperma ke?
Ok, yg ni perlu dijelaskan betul-betul sebab ramai yg salah faham konsep acidic dan alkali lemon.
 Lemon bersifat acidic (mempunyai PH < 7) apabila ianya berada di LUAR BADAN. Tapi!, apabila campuran air lemon sudah memasuki dalam badan, dan ia telah di motobolisme kan + bercampur dengan darah, ia akan meningkatkan nilai PH dalam darah dan seterusnya akan berubah menjadi alkali (mempunyai PH > 7). So tak ada arguement yg boleh menyatakan sifat acid lemon akan membunuh sperma dalam badan ye. Don't get confuse!

Lagi satu, persekitaran vagina wanita adalah bersifat acidic & sangat-sangat lah memusuhi sperma yg bersifat alkali. Oleh itu, lendiran / cervical mucus lah yg membantu sperma dilindungi dari persekitaran acidic vagina selain membantu untuk sperma berenang. Tapi, kalau kita kurang lendiran macam mana nak protect sperma kan? So, disitu lah lemon memainkan peranan. Air lemon yg kita minum, akan bertukar menjadi sifat alkali dan sekaligus bersama-sama melindungi sperma. Faham tak? hihi
So kawan-kawan seangkatan yg masih mencuba untuk hamil, kita cuba lah kaedah ni. Ni adalah salah satu usaha kita kan. Selebihnya kita serahkan pada janji Allah swt. Semoga entri kali ni memberi seribu manfaat untuk sahabat semua!

* Air lemon bagus untuk lelaki jugak. Bila minum air lemon semasa perut kosong, ia membantu meningkatkan keupayaan hati untuk mengeluarkan lebihan estrogen yg ada pada lelaki. Lebihan estrogen boleh menyumbang masalah kesuburan pada lelaki tau *

Friday 21 March 2014

Endometriosis & Saiz nya

I attached back my history of follicular tracker. To show my cyst size.
Ramai yang bertanya bagaimana sy boleh detect ada cyst atau lebih mudah sy bahasa kan sebagai endo - (terjadi apabila tisu yg sepatutnya melitupi dalaman uterus tumbuh di luar uterus atau bahagian yg lain e.g ovari. Tisu di dalam uterus ni akan tanggal pada setiap kali haid dan keluar dari badan, namun tisu yg tumbuh di luar uterus atau bahagian badan yg lain walaupun turut sama tanggal dan berdarah, namun ia tidak mampu keluar dari badan)

Kali pertama rawatan di HUKM, scan merupakan perkara pertama di buat. So dari scan ini lah, sy dapat detect yg sy mempuyai cyst. Terngiang-ngiang lagi sebenarnya suara Indian Dr beritahu sy mempunyai cyst. Dan tracker di atas adalah sewaktu sy dibekalkan dengan clomid 50mg untuk 1 cycle (bulan 7, 2013). Nampak kan saiz endo sy kecil je.
 Tracker di atas pula sewaktu sy dibekalkan dengan clomid 100mg beberapa bulan selepas gagal dengan 50mg clomid. (bulan 10,2013). Mengapa tak makan clomid pada bulan 8,9? Sepatutnya sy makan tapi staff nurse tersilap bagi hanya untuk 1 cycle je. Boleh nampak kan saiz endo sy makin membesar. 
 Selepas gagal juga dengan cycle ke 2 clomid, sy makan clomid 100mg untuk kali yg ke tiga. Result endo sy seperti di atas. Tak banyak beza dari saiz sebelum. Sy ada tanya pada Dr Kadir, apa faktor yg membuatkan saiz endo ni berbeza-beza? Yela, kejap besar kejap kecik then besar balik. Jawapan Dr Kadir mudah! RALAT .. ada logik nya jugak. Dr detect saiz melalui machine kan. Tak semestinya apa yg di ukur tu tepat sebab mata dan pemerhatian manusia ni berbeza-beza.

Oh ye! Kalau yg betul-betul mahir dalam proses tracking ni, mesti akan tertanya-tanya, kenapa sy bila dah cycle day 17 baru nak pergi cek telur? Tidak kah terlalu lewat? Kot-kot terlepas tarikh subur ke. Dan bukan ke bila kita makan clomid, kena cek telur selang 3-4 hari? Selalu staff nurse akan suggest datang semula untuk scan pada cycle day 11,14,16. Tapi ikutkan tracker di atas, sy suka-suka je datang kan. 

Ok, itu sebab nya penting untuk kita belajar pasal bahasa badan sendiri. Kalau kita mahir untuk faham kitaran waktu subur kita, then tak jadi masalah. Masa pun tak terbuang kan asyik ulang alik ke hospital je. Di situ la penting nya kaedah BBT. 
(*kena rajin bertanya, belajar,cari info,slowly memahami etc. Sy mula belajar kaedah ni semua di forum Ratuhati. Special thanks to Kelly Kejora & Jurina Forestra, juga sahabat lain yg sll bg panduan)
Report di atas pula, saiz terakhir endo yg diukur sebelum sy buat pembedahan Laparoscopy. Tapi kalau tak silap sy aritu, Dr sebut 3.5*3.3. Which is which just forget it. Keseluruhannya, report di atas adalah result yg diberi sebelum sy discharge. Nampak tak kat situ "No active complaints?" hihihi.. sy sopan sewaktu di ward. hihi

Lupa pula nk highlight. Nampak kan di tracker sy tu, ovari sebelah kiri sy tak terlalu aktif menghasilkan telur berbanding ovari sebelah kanan. Ermm itu lah kesan mempunyai endo sedikit sebanyak. Walaupun Dr cakap tak de bagi efek sangat, tapi kalau baca dan fahami tracker sy, adakah ianya masih tidak memberi kesan? I think you can answer it. 

- Telur saya memang malu-malu untuk membesar. Rasanya sy akan mula mengamalkan kembali "Law of Attraction" yg sy buat sewaktu sy makan clomid pada cycle kedua. Disebabkan amalan mempositif kan diri itulah, sy berjaya menghasilkan telur yg GUMUK bersaiz 29*19!!! -

Will sharing with all of you later k!!

Wednesday 19 March 2014

Pengalaman Pembedahan Laparoscopy

APA ITU LAPAROSCOPY ?
Secara ringkasnya, prosedur dimana, doctor akan buat satu hirisan di perut untuk masukkan kamera dan tengok keadaan dalam rahim.Selalunya prosedur ni adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio, ovarian cyst & merawat endometriosis. So in my case, adalah untuk merawat endo di sebelah kiri ovari. Tak besar sangat pun. Tapi still contribute masalah dalam menghasilkan telur. Itu pun Dr Kadir advise suruh buat lepas makan 3 kali clomid still tak berjaya.

~So jom baca my experience pertama kali masud wad for this procedure~

ADMISSION DAY
Dr Kadir suruh admit sebelum pukul 2 ptg. Datang and settle kan proses kemasukan. Kena tunggu dalam 20 minit untuk dorang settle kan proses pendaftaran. Surat admission Dr Kadir dah bagi masa appointment. Tinggal bawak surat admission & guarantee letter aje. Bila dah settle, staff nurse akan hantar ke ward. 
Yang kelakarnya, siap kena duduk atas kerusi roda lagi. First time ok naik kerusi roda. Boleh lagi tanya nurse "sy jalan je tak boleh ke?" sambil tersengih-sengih. Sampai je dekat ward, kena tukar baju. Purple lagi uolss. Owh ye, wad tu wad O&G. So duduk sekali dengan mummy yg nak deliver baby, yg ada problem uri ke bawah etc. (Malam-malam mesti akan dengar baby menangis. Happy sangat dengar suara baby tu semua. Comel je)

Da relax2, Dr datang untuk amek darah untuk penuh kan 3 botol kecil. Kne cucuk idop2 ye. Punye la  lah sakit. Staff nurse pula akan ambil tekanan darah.
 Dalam pukul 5.00 petang, Chinese Dr datang. Dia perkenalkan diri sebagai Dr bius. Terangkan segala prosedur masa hari operations. Akan di bius penuh. Apa kesan lepas bius (muntah, pening etc), risiko masa operate (gigi luka, kerongkong perit sbb wayar di masukkan thru tekak), dan rare case usus kecil dan besar akan terluka. Lepas operate apa makanan yg boleh dimakan. Start with air, roti, bubur then baru nasi. Last, Dr akan mintak signature untuk 2 form, akui that i made an agreement untuk di bius segala.
Pukul 8.00 malam, Dr datang sekali lagi. Tapi kali ni Chinese Dr yg berbeza. Perkenalkan diri sebagai Dr yg akan buat operation esoknya. Satu benda yg best dekat HUKM ni Dr dia semua baik & berbudi bahasa. Really proud of them. Dr ni terangkan prosedur yg sama untuk esok hari. Masukkan kamera dalam perut etc. (Sebenarnya da google da pasal prosedur ni. So tak de la nganga sangat masa Dr explain). Dr tekan-tekan sikit perut, bgtau kne makan ubat penenang/tidur malam ni and kne puasa at least 6 jam and we end the conversation.

Dalam pukul 11.50 malam, staff nurse datang bawak satu ubat cecair yg SANGAT TAK SEDAP! + ubat tidur. Katanya, ubat tu untuk make sure segala najis dibuang dan perut kosong sebelum operation day. Lepas dah buang air, baru boleh makan ubat tidur. Masalahnya adalah!! makan ubat cecair tu, perut still jugak tak memulas. Staff nurse cakap ubat tu efek dlm masa 15 minit je. Tapi dah pukul 3 pagi tak sakit2 perut lagi. Mengenangkan kena puasa,at last pandai2 decide makan ubat tidur tu without tunggu buang air. Know what, lepas je telan ubat tidur, terus perut memulas dan bermula lah aktiviti ke tandas awal2 pagi buta. 
masin ada, payau ada.. kesimpulan memang tak sedap! 




OPERATION DAY
Even dah telan ubat tidur yang konon-konon untuk bagi tidur tak terganggu, tapi mata ni pagi-pagi buta dah celik. 8.00 pagi, Dr datang. Kali ni Dr lain pulak. And again terangkan pasal prosedur. (Memang ramai Dr ye. Dr pelatih pun ramai. Kejap2 di tanya soalan yang sama. Period regular ke tak etc). Kali ni Dr scan perut takut2 ada baby. (Period da delayed 2 minggu). Urine test pun kena buat jugak. Staff nurse masuk kan air dekat tangan dalam 2 botol utk make sure badan tak lemah sebab puasakan. Then Dr Kadir datang tanya khabar and cek-cek buku. Dr Kadir sangat lembut orangnya. Selesa dengan dia. 
Ok, menunggu dan terus menunggu bila nak masuk OT. Ada 5 kes on that day, and tepat jam 1.00 tengahari, staff nurse datang bagi baju khas warna putih. Masuk bilik OT kena pakai baju loose ni. Staff nurse bawak ke OT. Before proceed masuk, staff nurse akan tunjukkan balik 2 form yg di sign sebelum ni (yg mbenarkan Dr buat bius penuh etc). Dia bc kan nama and nombor ic, and tunjuk signature. Bila semua da ok, dia tolak masuk ke OT. Tapi i have to wait dekat tepi dulu sementara tunggu patient yg sebelum nya keluar. Masa menunggu tu, dengar lah staff nurse panggil nama patient tu kuat2 (seems like dia tak sedar2 lepas operate. Seriau jugak)
kne pakai cap. sangat tak comel kan

Masa menunggu masuk dalam OT tu, terdengar suara azan. Serta merta hati jadi sebak. Dalam hati cakap, sampai ke tahap ni perlu buat untuk dapat kan zuriat. Tak pernah terduga pun seumur hidup kena warded + masuk OT. Mata da berair tapi cepat-cepat lap. Dr Kadir datang menyapa tanya khabar dan 10 minit lepas tu, terus di tolak masuk ke OT. Bismillah dan berdoa di muka pintu OT tu. Dengan harapan semua nya berjalan lancar. 
Masuk-masuk bilik OT je, mata terpandang kan lampu2 yg besar. Sebelah kanan pulak ada mcm skrin (tempat pancar result dari kamera), nampak la kelibat2 staff nurse + doctor tengah berdiri. Staff nurse mintak beralih ke katil utama. Bermula lah tangan2 staff nurse tampal itu tampal ini kat dada, kat badan (dengan lajunya ye). Alat untuk kesan jantung katanya. Sorang staff nurse cucuk ubat dekat tangan, lagi sorang pasang kan alat pernafasan. Dengan harapan, cucuk ubat then akan terlelap. Tapi mata ni liat pula nk tutup. Siap nurse tu cakap "lambat nya" sambil mata perhatikan satu screen ni. Then staff nurse lagi seorang cakap "ok, kita tambah dos ye" (yela dah susah sgt nk padam kan). Suddenly, slowly and slowly siling OT nampak kabur and terus lah terpadam.

In the meantime tak tahu apa jadi, sedar-sedar nama sayup-sayup di panggil. " Hazirah, ada rasa apa-apa tak?" And my first answer "SAKITTTT... sambil menangis" (perut masa tu memang rasa perit) Tak sangka boleh menangis on the spot. Sempat juga dengar seorang nurse ni cakap "Kesian nya" ... arghhh sedih sangat sebenarnya bila dengar dia cakap macam tu.

Lepas tu terus tak sedar balik, terbuka mata bila nurse suruh beralih balik ke katil ward sebelum ditolak masuk ward semula. Nampak la kabur-kabur ada dalam 3-4 orang nurse berbaju biru tengah menunggu. Lepas tu terus tak sedar. Tapi tahu mata ni tengah berair menahan sakit.
Bila dah dekat ward, tanya my hubby dah pukul berapa. Operation habis dalam 3.50 petang. Lebih kurang dalam 2 jam lebih. Lama jugak. Tapi i know, Dr buat lap surgery sekali untuk buang endo + dye test (sebelum ni tak buat HSG test. So bila buat lap atau scop, Dr boleh cek sekali tiub. So sekali jalan je. Mata ni tak tahan sangat sebenarnya. Antara sedar dan tidak. Mamai. Makan, borak sikit2 tapi lepas tu lupa ada ke makan, pukul berapa makan etc. (kesan ubat bius rasanya).

Dr yg buat operation datang terangkan keadaan peranakan. Alhamdulilah, tiub tak tersumbat, kedudukan dan bentuk tiub betul & cyst (stage 1) dah di buang. 
Dr tunjukkan gambar di atas. Macam tu lah rupanya keadaan peranakan. Last, Dr tanya nak terus mengandung ke or rehat sekejap. I chose mengandung terus. And dia akan mintak Dr Kadir advise apa yg patut. We end our conversation.

Lepas Dr jumpa, terus tertidur dari ptg sampai la pukul 3 pagi baru sedar. Badan berpeluh-peluh. Staff nurse ada supply pad. Sebab memang ada darah bila lepas buat dye test. Staff nurse siap nak tengok pad ada darah lagi ke tak. Lepas tu teman ke toilet (pening sikit-sikit). Yang paling mengharukan sangat bila staff nurse tu siap teman masuk dalam toilet. (even dah cakap "takpe, sy boleh kencing sendiri"). Tapi dia insist nk teman. Siap cakap "takpe, tak payah malu". Tebalkan lah muka kat dalam tu. Kind of proud sgt Dr + staff nurse kat HUKM (Wad 1A). Baik sangat2. Terlalu baik. THANKS GUYS!

SEHARI SELEPAS OPERATION DAY
Tepat jam 7.00 pagi, dah tersedar. Suddenly perut sebelah kanan terasa sakit sangat!. Bila tarik nafas, sakit! Sampai terpaksa tekan bell panggil Dr. Sakit angin menolak rasanya. Macam sakit pedih ulu hati tapi dekat sebelah kanan perut. Dah menangis sakan dah. Guling-guling kiri kanan menahan sakit yg secara tiba-tiba menyerang. Dr pelatih suruh cucuk ubat and staff nurse bagi pain killer, panadol + satu pil (tak tahu pil apa). After that baru ok sikit. Sebenarnya perut tiba2 rasa sakit bila sebelum pukul 7.00 pagi tu, ada Dr pelatih datang and tekan perut ni tanpa rasa bersalah. Padahal perut baru lepas operate. Angin bergelodak tu rasa sampai sekarang. Bila baring, memang sakit. Continue baring dalam keadaan menahan sakit. Macam biasa staff nurse datang cek tekanan darah. 

Pukul 10.00 pagi, Dr Kadir datang, tanya apa plan lepas lap ni. Again, chose to mengandung terus. Dia suggest untuk bersama sendiri, supply clomid 150mg untuk 1 cycle sahaja. If tak berjaya lepas tu, proceed dengan IUI. Alhamdulilah sekali lagi sebab tak perlu makan pil perancang (period akan stop 3 bulan. Macam org menopos). Dr Kadir pun dah allowed untuk discharge. 

Tengahari dalam pukul 2.00 petang, my hubby settle kan proses bayaran. Kos keseluruhan dalam RM1000++. (Tapi ada GL. Tak perlu bayar). Hubby ambil clomid and MC. And taraaaaaa ... 
2 weeks MC

Sekarang dalam proses untuk makan bubur and benda-benda lembut. Perut ni memang sakit. Duduk pun tak kena. Jalan pun tak kena. Ni baru sikit. Agaknya bila bersalin nanti mcm mana lah rupanya. 

Apa-apa pun moga selepas ni semua nya baik-baik belaka dengan harapan lepas ni warded di ward yg sama untuk melahirkan pula. InshaALLAH & Amin. 

* update ~ nak tahu samada positif atau negatif pregnancy selepas menjalani laparoscopy? Klik sini *

Wednesday 12 March 2014

Suraya Seafood Kampung Baru

WELCOME TO ...............
2 kali datang Kg Baru, baru dapat makan dekat Suraya Seafood ni. Pertama kali datang jam 8.00 malam. Boleh kata peak hour. Ok fine, beralah. Ramai sangat orang dan of course tempat duduk full. So makan tempat lain. Kali kedua, datang dengan harapan ye. Siap plan lagi nak datang pukul 6 petang. Kononnya, perasan tak akan ada ramai orang. Sekali sampai, cisss!!! orang tetap ramai ye. So apa tandanya? 

~ Makanan di Suraya Seafood sedap lah. Simple kan? ~

Luckily, sampai time orang dah nak habis makan since nak dekat magrib. 5 minit berlegar-legar, baru dapat tempat duduk. (Berlegar-legar sambil mata meliar di kedai ni adalah perkara biasa ye). Oh ye, this is my first time ke sini. Ramai orang kata food kat sini sedap.

Sengaja besarkan gambar supaya nampak harga dalam menu. Standard kan harga dia? So apa yang kami order? Makan untuk 5 orang ~

- 2 set sup ekor -
- 2 set kailan goreng ikan masin -
- 1 set tomyam campur -
- kerabu mangga -
- siakap sweet sour -
- 1 set kerang bakar -
- 1 set pulut mangga -
- nasi 7 pinggan -
- sambal belacan -
- 2 set tembikai laici -
- 1 carrot susu -
- 1 horlicks -

TOTAL = RM98

Boleh di consider murah. Kuantiti setiap hidangan pun agak banyak. Rasa pun boleh tahan sedap! (di akui by mummy, daddy and hubby). Boleh di recommend pada sesiapa yg mencari tempat makan area Kg Baru.
 Kelemahan
1 - Kebersihan below average. I am very particular bab kebersihan tempat makan. Dekat kedai ni, bab kebersihan sangat kurang di jaga. Mungkin tak cukup masa untuk mengemas. Yela kan, tak dan nak kemas, orang da datang. And lagi satu nk pesan, kalau korang pergi kedai makan, cuba la jangan jadi orang yg tak bertanggungjawab. Kulit kerang bersepah2 atas meja, pinggan gelas semua berterabur. Tisu atas lantai. Bukan ke lebih baik, kalau lepas habis makan susun pinggan by pinggan, gelas by glass. Untuk memudahkan juga kerja staff kedai kan..
2. Staff kurang. Ambil masa yang lama untuk tunggu meja di kemas.
"Looks delicious right?"

CUBA LAH!!

Tuesday 11 March 2014

Produk St.Ives

Yeay! Lepas ni dah tak perlu susah-susah nak cari, beli, try losyen lagi. Sebab?
Produk St.Ives dah selamat kan poket dari terus rabak. 

My problem adalah mempunyai kulit yang kering. Satu, sebab tak selalu minum air. Dua, di office air cond sangat kuat menambahkan lagi kering nya kulit. Sebenarnya dah bermacam-macam losyen di cuba untuk elok kan kulit ni. Tapi semua tak berkesan and worst thing was kulit tiba-tiba jadi gelap! The end, losyen akan terbiar macam tu je.

Sebenarnya ke Guardian untuk cari salt scrub. Tapi biasalah lain yang di cari, lain yang dibeli. Mata terpandangkan produk St.Ives body wash ni. Jadi lebih tertarik bila tengok asasnya ialah oatmeal dan shea butter. Oat sebenarnya amat baik untuk dijadikan scrub badan dan shea butter ni boleh menjadikan kulit lembut. Bila dah beli, balik rumah terus cuba. Dan yes! Serius kulit sangat lembut!
 Sebab dah jatuh cinta dengn body wash, hati ni mula lah rasa riang ria nak cari losyen dengan asas yang sama. Yes! jumpa! Harga RM 29.50. And again, sekali lagi jakun. Balik rumah terus try. So suprise bila losyen ni tak melekit dan berlendir macam losyen yang lain. Tekstur losyen ni likat. Tak perlu apply banyak-banyak pun. Bila sapu, kulit memang akan rasa lembut sangat. Bau? sangat suka... tak terlalu wangi. Ala-ala bau susu. Keberkesanan produk ni cepat. Pakai losyen baru 2 hari tapi kulit memang tak kering macam selalu. (nampak kan betapa teruja nya..hihi)
Secara keseluruhan boleh bagi rating 9/10 for this product. So sesiapa yang rasa nak hilangkan kulit kering sekaligus kulit yang sangat lembut, boleh lah try produk ni ye! Serius tak akan menyesal!

-lepas ni nak cari facial wash dia pulak kalau ada-

Sunday 2 March 2014

Yoyoy Kamphora Spa

Perasaan ghairah nak memanjakan diri selain di manjakan suami (bhahaha) dah lama ada. Lagi-lagi bila selalu lah tengok Yoyoy Kamphora Spa ni buat promosi setiap bulan, which is affordable sangat price nya. 
Promosi untuk bulan February. Cuba tengok setiap pakej RM100 SAHAJA!!! (amek ko caps lock lagi)
Jejak je kaki kat spa ni, dijemput dengan alunan muzik ala Bali gitu. Ok bab nak pilih pakej mana, pening ok. Kunun nak buat Vitamin C facial treatment, tapi hati pulak menggedik nak buat lulur coklat tu. Memandangkan staff baya adik-adik tu dah suggest buat lulur cekelat, maka nya itu lah final nya. Siap tambah side order lagi tu, dah hubby top up lagi RM100 kan, so kita habis kan lah. hihi
lebih kurang cenggini la
Proses melulur tu di mulakan dengan scrub badan. Mybe tu lah boreh mask nya. Berdasarkan andaianku, dia gunakan garam. Staff tu pun agak kasar menyental badan ni. Tak padan dengan kecik. Bila agak kasar tu, terfikir jugak memang kena scrub kuat-kuat ke. Yela proses nak buang kulit mati ke kan. But its ok (tak berapa suka sebenarnya) Lepas tu baru lah boleh di lulur dengan coklat. Belakang badan di lulur dulu continue dengan bahagian depan. Ok ada kipas yang dipasang kuat dalam bilik tu ye untuk mengeringkan lulur tu. Sampai gigil badan menahan sejuk. huhu. Serius! 

Perubahan positif ? - Ada! Walaupun sakit kena sental, tapi boleh nampak kulit ni bersih sikit. Sebenarnya, scrubbing is part of my routine work dalam toilet. So nak nampak kesan ketara tu rasa macam tak ada sebab kulit mungkin dah bersih dari kulit mati dan daki. Tapi nampak lah segar kulit tu. Tak kering dan tak kusam. Mybe bertambah lagi cerah. Yup! cerah sikit. 

Lepas settle buat lulur cekelat, buat facial. Pilih normal facial aje. Proses facial biasa lah benda-benda yang basic just sebenarnya pilih nak buat facial untuk dia urut muka. Yang lain tak kisah sangat sebenarnya.

Lepas habis segala proses ni, minum satu cawan kecil air madu. 
So overall macam mana? Puas hati ke? 
Jawapan jujur > Tak berapa
 Kenapa? 

Lulur cekelat -- tak berapa suka dengan kekasaran scrub badan sebab tak semua org boleh tahan sakit. Walaupun proses bagi kesan positif pada kulit (lebih glowing, bersih dan nampak segar), rasa nya boleh kurangkan sikit pressure. Lagipun, masa isi form, dah tick kat box prefer medium pressure dekat body. Not hard. 

Facial --  rasanya boleh buat facial lagi details sebab yang di buat ni macam ala-ala kadar je. Sebenarnya masih mencari spa yang boleh mengurut muka ala-ala urutan Bali atau Indonesia. 

Rasanya akan datang lagi kalau ada promosi je. Nak jadi kan favourite spa mungkin tak. Sebab tak menepati citarasa. Apa-apa pun lulur coklat tu memang bagi perubahan dekat kulit. Lepas ni boleh buat sendiri je. 

Kalau korang rasa ada tempat menarik untuk spa, bolehlah bagi idea. Mana tahu nanti boleh lah terjah!

Ikan Masak Paprik !

 Hari ni kita main masak-masak !
Dulu masa di office lama, kalau waktu lunch, mesti order nasi putih paprik.
Sedap sangat paprik dia sampai tak jemu. Bila owner kedai tu pindah, tak dapat dah merasa. Sampai sanggup mencari new shop kedai tu just untuk makan paprik dia. Sampai macam tu sekali gelojoh nye kan!

Hari ni baru tahu betapa senang nya buat paprik. Tutup mata goyang badan pun boleh buat uolss. So hari ni, kasik can sama saya share resepi. Kot-kot ada yang tengah mencari resepi ni ke kan. Ok so i will share bahan-bahan dan cara memasak sekali gus ye -

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, dan cili padi. I prefer tumbuk dan hiris. Lagi banyak bawang lagi sedap masakan.
 Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Biar bawang-bawang tu layu sikit. Tumis dalam 5 minit.
Seterusnya masuk kan sos tiram, sos tomato & sos cili, kacau sehingga sebati. Anggaran kuantiti semua sos ni ikutlah banyak mana ikan/ayam/sotong/udang yang korang nak masak. Masuk kan sedikit air supaya paprik berkuah. Dalam masa yang sama, masuk kan hirisan daun limau purut. Paprik ni sedap kalau masuk daun limau purut banyak-banyak. Masuk kan ajinamoto dan garam secukup rasa. Lepas tu kacau sampai mendidih. Kalau nak kuah pekat masuk kan tepung jagung.
Masuk kan sayur-sayuran; putik jagung, carrot, apa-apa je sayur yang korang suka. Since dapur just ada kacang buncis + tomato, so pakai yang ada jela. Bawang besar tu untuk hiris dan masuk dekat step terakhir.
Agak-agak dah sebati, masuk kan ikan yang dah digoreng dulu. Balik-balik kan ikan. Tak perlu lama-lama sebab ikan dah dogreng garing. Akhir sekali masuk kan hirisan bawang besar. Nak lagi nampak menarik masuk kan daun bawang.
SIAP!!

Makan dengan nasi panas mesti sedap!