Tuesday 18 February 2014

Berkongsi Review Kecantikan !

Assalammu'alaikum ! Kemain kan subject post kat atas ni ..
Selalu bila kita tengok orang cantik, kita pun mesti nak cantik macam dia kan? Sememangnya orang cantik pakai baju apa pun cantik.

As for me, cukup setakat ala kadar. Less is more. So i want to share cara penjagaan kulit badan yg selalu di amalkan which is melulur! Dan di bawah antara lulur yg digunakan dan pernah di gunakan. Lets review!


Lulur pertama yg di gunakan dalam hidup. hehe. Bau memang tak sedap lah. hihi. Sebab bau herba. Tapi yang tak sedap bau itu lah yg bagus tau. Murah pula tu. RM3.00 je. Memang dekat paket dia tulis bedak, tapi bukan la untuk buat bedak ok. Bancuh dengan air dan lulurkan pada kulit badan, tangan dan kaki. 


Pun sama. RM3.00. Kalau boleh memang nak beli lulur yg murah-murah je. hihi. Bau lulur bunga tanjung ni memang tak ada ampun. Bau herba 100% ok. Even lepas keluar bilik air, bilik air tu still bau herba. Dalam nya serbuk dan sama cara penggunaan. Bancuh dengan air dan lulur. Fungsi utama kedua lulur di atas adalah lebih kepada buang daki-daki yg berkerak kat pelipat tu.

My favourite! Lulur Putri Binari Susu Kambing. Sebenarnya agak susah nak dapat jugak lulur ni. Kenapa susu kambing? Sebab susu kambing memutihkan. Itu la yg di cari-cari. RM12.00. Bau memang wangi dan bila dah pakai kulit memang akan lembut je. Selalunya rutin, kulit ni akan di scrub dulu dengan lulur bunga Tanjung dulu dan baru di sapu dengan lulur ni. Tapi kalau lulur Bunga Tanjung & Bunga Rambai tak ada, boleh je terus lulur dengan lulur susu kambing ni. For me, fungsi lulur ni berbeza-beza. Kalau lulur susu kambing ni dia lebih kepada nak putih kan kulit dan melembutkan. Dan i am more prefer this lulur dari lulur susu beras Putri Binari.

Oh ye!!! Ni petua tau. Orang kata kalau nak nampak lebih kesan, lepas je mandi, itu adalah waktu yg paling sesuai untuk sapu losyen pada kulit. Sebab pada waktu ni, kulit masih lagi lembap.


Lagi satu, masalah yg sering sangat dihadapi. Bibir kering dan pecah-pecah! Memang kalau salah pakai lipstik, habis hitam bibir. Kurang minum air, memang pecah-pecah bibir. Tapi masalah ended bila jumpe produk kat atas. Lipstik collagen by D'Herbs. Sumpah sangat best! Bila pakai bibir akan terus merah ikut warna darah. Dan sangat long lasting. Since sy bukan jenis suka pakai lipstik, so produk di atas consider as a lipgloss jugak. Warna bibir yg kusam boleh jadi merah segar tau.

Lepas ni , memang akan terus jatuh cinta dengan lipstik collagen D'Herbs ni. Price RM30.00.
Hasil memakai lipstik collagen D'Herbs.

Ok lah!! rasa nya dah cukup buat review melulur semua bagai. Korang, cecepat g beli lipstik collagen tu tau. Produk terlajak laris gitu ~