Sunday, 25 May 2014

Tanda Awal Kehamilan

Assalammualaikum WBT

Entry kali ni rasa teringin nak sharing tanda-tanda awal kehamilan sebelum disahkan hamil. Mungkin ramai yang dah tahu dari pembacaan kan. Tapi tak semua dari kita akan mengalami tanda yang sama sebab tindak balas dalam badan adalah lain-lain.
 
Macam sy sendiri, sy dah dapat detect kelainan pada badan seawal DPO 11. Dan sy share kan entry ini berdasarkan pengalaman sendiri ok! Jom baca!

1)  Perut tak selesa
Ermm, nak kata macam mana ye. Disebabkan masa banyak di habiskan di office, maka semua ini sy rasa kan ketika berada di sana. Perut yang tak selesa sampaikan duduk pun rasa tak selesa dan semua nye tak kena. Dalam 30 minit, asyik bertukar cara duduk. Ada je yang tak kena.
2) Ovulation pain
Daripada pembacaan sy yg lepas-lepas, sy tahu ovulation pain selalu nya berlaku seawal DPO11 ke atas. Perut ni rasa cramp aje. Kadang-kadang rasa cramp yg menyucuk. Kadang-kadang rasa cramp yg mild sahaja. On and off. Sebenarnya sy tak ambil kisah sangat perkara ini tapi bila rasa menyucuk berlaku seawal DPO11, so luar biasa di situ. Sebab selalunya tanda tersebut datang bila 2 atau 3 hari sebelum miss P menjelma.

3) Tak sedap badan
Rasa macam nak demam. Di tambah lagi dengan rasa seram sejuk. Kata nak demam, tak demam pun. Tapi rasa tak sedap dah berhari-hari. Biasa kalau kita nak demam, kan kita rasa macam badan tak selesa kan, so itu lah yg dirasa
4) Mual
Ok, tekak rasa tak sedap ye. Rasa mual tapi tak muntah. Asyik makan gula-gula untuk hilangkan rasa mual. Mula-mula makan HACKS, tapi tak boleh masuk dengan badan sebab akan buat perut rasa lebih berangin, so beli gula-gula yang manis. Bila makan gula-gula je baru rasa hilang mual.

5) Mengah dan Mengantuk
Bila naik tangga, jalan lama sikit mesti akan rasa mengah. Penat sangat sampai lah dok menghela nafas yang panjang. Bila dah mengah, jantung pun rasa laju je berjalan. Menguap jangan cakap la. Bila lepas pukul 1 je, dalam 15 minit 10 kali menguap.
6) Tidur malam tak lena
Ok, selalu bila malam tidur sangat lah best. Tapi kali ni, tidur pun tak lena. Asyik terjaga. Tak lena disebabkan perut yg rasa tak selesa. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Semua tak kena.

7) Kerap buang air kecil
Bila tidur malam, mesti sekali akan terjaga untuk ke toilet. Ini mesti sampai la sekarang ni. Orang kata pembesaran rahim sedang berlaku yg mana menghimpit pundi kencing kita. That is why kita akan selalu rasa nak ke tandas

8) Puting sakit
Pada awal-awal, breast tak rasa sakit. Tapi puting yang sakit. Lagi-lagi bila tersentuh baju, memang sakit. Nak pegang pun tak boleh. hihi
9)  Muntah
Dah masuk ke DPO13, mula muntah. Dan yg keluar adalah air ye. Muntah yg rasa ditarik-tarik dari 
perut.

10) Mengidam
Mengadakan, awal lagi da mengidam. Hihi. Sy teringinnnnnnnnnn sangat nak makan buah kundang. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. huhu. Kejap rasa nak makan chicken chop. Nak makan secret recipe. Dan sy teringin nak makan sambal belacan tempoyak. Sampai minta dekat kawan office suruh bawa. Bila dah dapat, hari-hari buat sambal belacan tempoyak! Sedap betul! Ibu pun naik pelik sampai cakap "mengidam ke?"hihi
11) Mimpi
Ini luar biasa ye. Sepanjang sy dalam tempoh 2ww, sering kali sy dapat mimpi yg orang kata berkaitan dengan rezeki. Sy pernah mimpi bermandikan air hujan yg sangat lebat. Pernah juga bermimpikan berkenaan banjir. Pernah sekali sy bermimpi berada dalam wad untuk tunggu proses bersalin. Mimpi diberi makan pun ada. Dan ajaibnya, bukan sy je yg alami mimpi ni. Ibu sy mimpi memancing dapat ikan besar. Hihi. Ingat lagi, ibu sy wassap cakap pasal mimpi nya. Sy hanya senyum gembira je. Time tu memang dah dapat UPT yg kabur, tapi sy diamkan aje.

Tanda di atas lah yg sy rasa sepanjang sebelum detect pregnant. Alhamdulilah, sy tak mengalami morning sickness yg teruk. So, anda ada tanda-tanda dekat atas tak? Kalau ada, TAHNIAH!!!